Multiple Pages

07/08/2012

PAS Perlu Jawab Segera Perjanjian Setan. Hukum Syarak Undi DAP Yang Menolak Hudud.

Oleh: HHalem.

Apakah hukum ahli Pas undi DAP Yang Menolak Hudud?

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli Pas mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, persoalan itu perlu dijawab oleh Pas kerana jelas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

Beliau berkata, begitu juga dengan hukum daripada sudut syarak mengenai arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi Pas seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta ahli-ahli parti mereka mengundi DAP.

''Adakah ia dibolehkan atau tidak, memandangkan DAP terang-terang mengecam penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Ini bukan soal Pas, tetapi kecaman yang dibuat oleh Karpal itu jelas melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam”  -  Utusan.



Graphic menarik dari OB21>

3 comments:

  1. Undi DAP masuk syurga kata PAS..

    ReplyDelete
  2. PAS so far tak buat apa2 untuk mencegah nahi mungkar di Sgor...ambik contoh mudah rumah urut di kawasan MP Kota Raja Klang Dr Mariah..meriah di bulan ramadan..tanpa apa2 sekatan...sebab takot DAP...bila gamaknya kami penduduk Bdr Bkt Tinggi & Bandar Botanic Klang akan dapat sebuah Masjid yee...mohon EXCO PAS & PKR luluskan pembinaan Masjid sekadar segera..untuk kebaikan penduduk Islam ...

    ReplyDelete
  3. apa jawapan PAS nanti.. soalan maut tu.. nanti masa raya kalau ada sape2 yang bising & fanatik PAS, aku nak tanya soalan tu jugaklah...

    ReplyDelete