Multiple Pages

06/08/2012

Saifuddin Abdullah Menolak Tawaran Anwar Supaya Masuk PKR.


Oleh: HHalem.
Macam ni pun boleh kena tipu kaa...aduhaii..

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah tertipu besar apabila menolak 'tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim', supaya menyertai PKR yang dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog Twitter. Akaun digunakan ialah beralamat @anwaribrrahim bukannya @anwaribrahim

Saifuddin menjawap;

"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi.

Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang.

"Kalau saya tidak jawab, saya kenalah," kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa "palsu atau tidak, saya masih kena jawab."

Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun @anwaribrrahim adalah bukan kepunyaan Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR.

"Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu - akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq," kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR.

HHalem –
Di sini timbul beberapa persoalan, pertama sekali Saifuddin sudah tentu selalu dan acapkali berinteraksi diluar dengan Anwar Ibrahim sehinggakan dengan sambil selamba sahaja menjawap twitter orang lain kerana disangkakan twitter tersebut dari Anwar sendiri.

Sehubungan dengan itu, apa yang beliau berinteraksi dengan Anwar sudah tentu menjadi misteri kerana idealogi Saifuddin ini dilihat lebih cenderong kepada Anwar.

Malahan, keselambaan nya memaparkan bahawa Saifuddin memang pernah dan biasa diajak oleh Anwar supaya berbuat demikian.

Keduanya, seorang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi boleh melakukan kesilapan sedemikian rupa, memang susah dipercayai. Kenapa Saifuddin boleh menganggap Anwar boleh dan sanggup menawarkan beliau memasuki PKR melalui laman sosial twitter.? Adakah sejarah Anwar pernah mempelawa Menteri-menteri Umno-BN secara individu melalui laman sosial memasuki PKR sebelum ini? Anwar sudah tentu lebih bijak dari itu.

Nampak benar Saifuddin terlalu gopoh dan kurang bijak dan Samdol.

Perkara-perkara Samdol begini biasanya berkait rapat dengan Mahfuz dan Mat Sabu PAS.

Sumber SinarHarian.

No comments:

Post a Comment