Multiple Pages

31/08/2012

Pok Nick Buat U-Turn Kerana Gelabah Dan Takut Tersingkir. Nasha Semakin Gagah.


Oleh: HHalem.

Mengenai isu Nasharudin yang akan di hadapkan ke Majlis Syura Ulama Pas pada 9 September nanti, Pok Nick sebelum ini telah menjatuhkan hukum terlebih awal melalui media dan menunjukan sikap sombong dan angkuh beliau. Pok Nick mengucapkan selamat tinggal bye-bye kepada Nasha seperti diktator berkuasa mutlak.

“Serupa sahaja, Karpal Singh (Pengerusi DAP), Nasha ke, Allahyarham Datuk Asri Muda (bekas Presiden Pas), yang turut peraturan kita terima, yang tak turut peraturan bye-bye," – kata Pok Nick di sini>

Tapi hari ini Pok Nick berlembut, merasa kecut dan membuat pusingan-U terhadap Nasha yang beliau mahu nyahkan dengan bye-bye pada Nasha sebelum ini.

Lihat apa kata Pok Nick yang tiba-tiba melihat Nasha seperti orang yang berjasa kepada agama dan tidak mahu beliau diusir dari Pas.

“Saya akan hadir pada mesyuarat (Majlis Syura) itu jika tidak uzur. Tidak usah peduli sangat siapa orang itu. Yang penting, Pas mengutamakan mereka yang pernah berjasa kepada agama..Jika orang itu didapati pernah berjasa kepada agama, kita hormat dan beri  sokongan kepadanya,” – dipetik Sinar Harian.

Nampak gayanya, Hassan Ali yang telah disingkir dari Pas sebelum ini tidak berjasa langsung pada agama.

Boleh tahan juga lidah dan politik Pok Nick ! Siapa yang tidak tahu sikap Pok Nick yang tidak konsisten, malahan semua pemimpin PAS seperti Pok Nick, pagi cakap lain, petang cakap lain.

Kenapa Pok Nick tiba-tiba gelabah dan beralih arah? Ini sebab-sebabnya.


Pertamanya, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din memberi sokongan dan mempertahankan Nasharudin Mat Isa apabila menegaskan gesaan bekas Timbalan Presiden itu agar Pas mempertimbangkan semula hubungan dengan Pakatan Rakyat adalah wajar dan bukan satu kesalahan.


Kenyataan Nasharudin yang menggesa parti mengkaji semula hubungan dengan pakatan sehingga mencetus polemik bukan satu kesalahan. Saya melihat ia satu kewajaran kerana akhir-akhir ini Pengerusi DAP, Karpal Singh kembali mengeluarkan kenyataan yang amat keras dalam menolak hudud.”

Bagi saya sebagai seorang pemimpin Islam, Nasharudin berjuang atas kapasiti yang ada pada beliau ketika membuat gesaan tersebut. Sebagai parti yang mengamal demokrasi kenapa ia harus dilihat sebagai kesalahan. Saya tidak nampak ia satu kesalahan,"  

“Nasharudin kekal relevan dengan Pas walaupun tewas pada pemilihan muktamar lalu kerana Ahli Parlimen Bachok itu masih ahli parti.”

“Nasharudin juga masih Ahli Majlis Syura Ulama serta banyak menyumbang kepada perjuangan Pas”

Kata-kata Datuk Haron Din yang amat berpengaruh itu membuat Pok Nick berfikir dua kali.

Haron Din adalah Timbalan Mursyidul Am PAS dan beliau bukan kecik punya anak, sebab itu Pok Nick gelabah dan akur.

Sekarang kita tahu, hanya Haron Din seorang sahaja yang mampu mengugat dan menundukkan Pok Nick.


Keduanya, bukan itu sahaja, malahan team Nasharudin dan Haron Din mendapat sokongan kuat dari seluruh negara, termasuk dari;

a- Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib,
b- Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed,
c- Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Muhamad Zin Abdul Rahman.

(update: 02-09-2012)
d- Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak – Nor Azmi Musa.
e- Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu – Mohd Nor Hamzah.
f- Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas – Nik Zawawi Nik Salleh.
g- Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan. – Mohamad taufek Abdul Ghani.

Ramai lagi belum bersuara. 200 ahli dan penyokong Pas kawasan Yan Kedah diberitakan bersedia mengadakan demonstrasi aman membantah tindakan Pok Nick dan Majlis Syura jika mereka memecat Nasha.

Cuba bayangkan betapa banyaknya penyokong Nasha. Hadi Awang juga tentu naik kecut.

Sekarang kita nampak dengan jelas siapa team Nasha dimana Haron Din adalah penyokong kuat beliau.

Jika krisis yang timbul ditukar kepada peluang/opportunity, silap-silap haribulan Pok Nick terpelanting tersingkir kena pukulan Timbalan Mursyidul Am Pas, Haron Din pada Muktamar nanti.

Hassan Ali bersama-sama geng beliau juga sudah tentu bersedia untuk masuk semula kedalam Pas, jika Hadi Awang dan Pok Nick terpelanting keluar.

Sebab itu Pok Nick kecut dan membuat pusingan-U kerana beliau takut disingkir atas kehendak ramai kerana bercakap angkuh.


5 comments:

  1. kesian pok nick..

    ReplyDelete
  2. Buat apa nak kesian kat org tua kutuk yg dah sezen tuh!

    ReplyDelete
  3. pok nick nyanyok nak buat camner

    ReplyDelete
  4. muka tua kutuk pok nick semakin rapuh dan reput.

    ReplyDelete
  5. dulu dia hina Nabi, sekarang mungkin giliran dia pula yg kena.

    ReplyDelete