Multiple Pages

31/08/2012

PAS Kedah Tenat. Azizan Buat Mesyuarat Exco Di Hospital.


Oleh: HHalem.
Bolehkah kita bayangkan keadaan Azizan semasa mempengerusikan Mesyuarat Exco di hospital? 
Pengerusi duduk (entah-entah terlentang) di hujung meja sekali.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini, memaklumkan Mesyuarat Exco yang tertangguh minggu ke empat berturut-turut, akan dibawa ke hospital dimana Azizan berada. Ini kerana doktor tidak membenarkan Azizan bergerak kemana-mana disebabkan keadaan beliau yang dirasakan amat teruk.

“Doktor berpendapat beliau perlu berehat di hospital buat masa ini dan mendapat pengawasan doktor dan tidak membuat kerja yang terlalu berat tetapi boleh mempengerusi mesyuarat-mesyuarat penting,” - kata Mustafa selepas melawat Azizan dipetik oleh AntaraPos

“Saya diberitahu MB akan memanggil mesyuarat Exco dalam waktu yang terdekat dan atas nasihat doktor, ia akan diadakan di hospital” – kata Mustafa di petik oleh Sinar Harian.


Mendengar berita diatas, kita rasa hendak ketawa pun ada, terasa pelik pun ada, tetapi yang pastinya perbuatan Pas Kedah amat janggal. Kata orang Kedah, “pelik-pelik kebangun”.

Dulu kita dengar “Mesyuarat Exco Bawah Pokok”, sekarang “Mesyuarat Exco Dalam Hospital”.

Punya la nak perintah negeri, jika datang kes-kes kecemasan, memang Pakatan Pembangkang tidak bersedia langsung. Mereka tidak langsung memikirkan hal-hal kecemasan seperti mana berlakunya banjir di Kedah tempoh hari.

Mananya Pemangku, mana Memangku, mana Timbalan, mana Penolong atau mana Naib. Tidak masuk akal langsung dari segi perundangan. Silapnya dimana? Silap Pas atau silap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah?.

Semasa zaman Umno, ketika Menteri Besar DS Syed Razak sakit, Pemangku Menteri Besar Kedah dilantik. Susah sangat ka bagi Pas berbuat demikian?

Persoalannya, dengan keadaan sakit Azizan, adakah keputusan beliau waras dan bijaksana. Boleh ka ia diterima pakai? Boleh kah orang yang disahkan sakit oleh doktor membuat keputusan penting?

Azizan masih didalam tempoh bercuti secara rasmi, kemudian dipaksa mempengerusikan mesyuarat exco. Boleh kah ia diterima dari segi perundangan?

Nasib baik mesyuarat Exco akan diadakan di Pusat Perubatan Kedah (KMC), jika di hospital kerajaan, sudah tentu ia menyalahi peraturan.

Memang Kedah akan lingkop !

5 comments:

  1. kalau nak menikah takpe lah kt hospital. mesyuarat patut dijalankan oleh pemangku. ini menunjukkan pentadbiran tidak sistematik

    ReplyDelete
  2. hancor le Kalu ghuper ni. .

    ReplyDelete
  3. hancor le Kalu ghuper ni. .

    ReplyDelete
  4. Liatnya nak kiok

    ReplyDelete
  5. naper tak resign jerrr wooooiiiiiiiiiii

    ReplyDelete