Multiple Pages

03/08/2012

Siapa Beliau?. Pemimpin Tertinggi Parti Politik Pengikut Ajaran Sesat Pak Habib.


Oleh: HHalem.

RAWANG - Nabi Muhammad SAW dianggap tuhan, al-Quran hanya sebuah salinan buku lama, solat hanya perlu pada hari Khamis dan tidak perlu berpuasa di bulan Ramadan adalah antara amalan yang jelas terpesong dilakukan sekumpulan pengikut ajaran Pak Habib yang bergiat aktif sejak beberapa tahun di Bandar Country Homes (BCH) di sini.

Demikian maklumat yang didedahkan seorang individu yang hampir terikut dengan ajaran sesat itu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 42, berkata, pengikut Pak Habib menganggap Nabi Muhammad yang layak dijadikan tuhan kerana dalam Islam ada menyebut ‘barang siapa memuji ke atas Muhammad maka darjat mereka diangkat’.

“Terlalu banyak yang terpesong dan menyesatkan dalam amalan Pak Habib. Mereka menganggap Khamis menjadi penghulu bagi segala hari sebab itu pada setiap Khamis malam Jumaat pengikutnya dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan berhimpun melakukan pemujaan”

“Yang peliknya, pada hari tersebut mereka akan sama-sama bermain muzik yang disifatkan wajib,”

Menurut Zaidi, amalan Pak Habib juga menghalalkan arak kerana bagi mereka minuman itu menyihatkan badan.

“Minum sedikit (arak) jatuh haram, tapi jika minum banyak menyihatkan badan (halal),” katanya.


Zaidi berkata, pengikut ajaran itu juga menolak kandungan al-Quran kerana disifatkan hanya sebuah buku biasa yang mengandungi tulisan jawi serta disalin dan dicetak kemas.

Menurutnya, Ramadan bukanlah satu bulan rahmat bagi mereka kerana bagi pengikut Pak Habib puasa bukan satu kewajipan.

Katanya, kegiatan tersebut bergerak aktif sejak berkurun lama berdasarkan pengikutnya yang lahir daripada generasi awal Pak Habib sehingga ke hari ini.

“Malah, kesemua pengikut ajaran itu mempunyai salah silah atau susur galur keluarga atau bersaudara.”

“Pengikutnya adalah golongan profesional seperti doktor, jurutera, pasukan keselamatan, pensyarah dan sebagainya, termasuk seorang di barisan pimpinan tertinggi sebuah parti politik” katanya.

Katanya, ajaran itu berpusat di BCH di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar, di sebalik kawasan perindustrian dan terletak kira-kira 5 kilometer dari jalan utama.

Jelasnya, pusat tersebut dipercayai pernah dikunjungi pihak berkuasa dan terdapat notis penutupan diletakkan pada pintu utama pusat itu.

Bagaimanapun, setelah lebih dua tahun notis dikeluarkan kegiatan itu masih bergiat aktif.

Justeru, dia berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya.

SinarHarian
..........................................................

Berita Harian: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memantau penyebaran ajaran sesat di internet dikatakan semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata JAKIM turut meminta kerjasama jabatan agama serta pejabat mufti membuat tindakan sama bagi memastikan umat Islam tidak mudah dipengaruhi sehingga terpesong akidahnya.

“Kita mengadakan penerangan melalui ceramah, forum, diskusi dan pengeluaran buku untuk memberi penerangan kepada orang ramai," katanya selepas merasmikan Persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD) Peringkat Kebangsaan 2011 di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau diminta mengulas mengenai pihak tertentu menggunakan internet untuk menyebarkan ajaran sesat dengan berselindung di sebalik laman blog.

Katanya, JAKIM melalui e-fatwa turut memuatkan senarai ajaran sesat yang diharamkan untuk dirujuk masyarakat Islam di negara ini.

“Ini tidak termasuk senarai dikeluarkan Majlis Agama Negeri dan Jabatan Agama yang menyenaraikan pergerakan ajaran sesat,” katanya.
...............................

Berikut adalah senarai ajaran yang telah diwartakan sesat diMalaysia oleh Majlis Ugama Islam Malaysia.

1) Nasrul Haq
2) Budi Suci
3) Al Watan
4) Budi Suci Sejati
5) Jawa Faradin
6) Silat Sunda Pukulan Ghaib
7) Tusuk Hikmat
8) Ilmu Kebatinan
9) Potong Maya
10) Naluri
11) Kaula
12) Haqqullah Syahadah
13) Rampai
14) Wali Suci
15) Kalimat Sakti
16) Silat Pukulan jarak Jauh
17) Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18) Zikir Sha'ban Islam Haq
19) Asal Wujud Garis Laksamana
20) Al Ma'zat
21) "Trancendentel Meditation"- Maharsi Mahish Yugi
22) Abdul Manan bin Harun - Tolak Hadis Ilmu
23) Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T. Qahar
24) Kumpulan Ikhwan / Al Mas
25) Kuasa Ghain (Tahan Diri)
26) Mohd. Nordin Putih
27) Nasrun S.T. Qahar
28) Roslan Katimun - Ajaran Wali Sembilan
29) Tariqat Naqsyahbandiah Kadirun Yahya
30) Wali Sembilan
31) Khatijah binti ali @ Puan Tijah
32) Syed Mutalib Bin Syed Mohd. Nordin
33) Ajaran Mohd. Seman Al Banjari
34) Al Arqam
35) Golongan Anti Hadis
36) Ajaran Juruzon bin Abdul Latif (Hj. Ahmad Al Walidie(Pak Su))
37) Syiah
38) Ajaran Hj.Ghazali Othman Hulu Kelang
39) Ajaran Hj. Kahar Ahmad
40) Ajaran Ilmu Tajali Ahmad Laksamana
41) Ajaran Ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
42) Tarikat Mufaridiah
43) Ajaran Hassan Anak Rimau
44) Tarikat Aurad Ismailiah
45) Ajaran Martabat Tujuh
46) Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
47) Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
48) Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
49) Ajaran Ahmadiah / Qadiani
50) Ajaran Mohd. Nor Seman
51) Ajaran Ayah Pin
52) Ajaran Bahai


2 comments:

  1. Ajaran pak habib memang sesat. X payah sembahyang,x puasa. Jakim, ambil tindakan segera. Sebelum ramai umat islam sesat dgn ajaran ni.

    ReplyDelete
  2. baru semalam 27/10 /2012 dari jam 6 ptg sampai pukul 3 pagi saya berada d tempai ini ternyata JAKIM maupun JAIS tak buat sebarang tindakan apa apa selain pasang poster ajaran sesat sahaja.

    ReplyDelete