Multiple Pages

02/08/2012

Akuan Zuraida Bahawa “PKR Belum Dan Tidak Serasi Dengan Khalid”. Satu Lagi Serangan Memalukan Oleh Zuraida.


Oleh: HHalem.
Satu lagi serangan memalukan oleh Zuraida terhadap Khalid.
Siapa yang tidak serasi dengan siapa sebenarnya?
Ibu tebuan yang ditugas khas melindungi Azmin Ali dan khusus untuk menyerang Khalid Ibrahim.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin akhirnya mengakui bahawa kepimpinan parti PKR masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya dengan cara MB Selangor walaupun setelah 4 tahun Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

Zuraida menjelaskan terdapat perbezaan pendapat yang selalu menimbulkan suasana tegang dengan TS Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat tidak serasi dengan kepimpinan parti PKR.

"Mungkin ada salah faham antara kerajaan negeri dengan parti (PKR) tetapi kita tidak mahu membesarkan isu itu kerana kita semua mahu memenangi hati rakyat”

"Dalam pentadbiran biasalah cara orang berbeza-beza, itu yang kita belum dapat serasikan,"

Di petik dari Antarapos selepas Zuraida menjadi panel di program Meja Bulat bertajuk PRU13: Apa Wanita Mahu?, pagi tadi.

PKR berpandangan bahawa kerajaan negeri tidak boleh menggunakan soal pemisahan kuasa sebagai satu alasan untuk tidak mahu mendengar pandangan parti.

Zuraida memberi maksud kuasa politik PKR mahu mencampuri segala urusan pentadbiran dan mahu membuat segala keputusan urusan kerajaan Selangor terutamanya tentang pemberian kontrak kerajaan.

Contoh-contoh yang nyata ialah isu air dan pasir di Selangor. Terkini sekali ialah isu Khalid dan exco kerajaan negeri melucutkan jawatan Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Latheefa Koya.

Terpanas sekali ialah kuasa politik mahu mencampuri urusan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin.

Jika ini akuan Zuraida bahawa “PKR belum dan tidak serasi dengan Khalid”, maka kita simpati kepada seluruh rakyat Selangor yang menderita yang memilih mereka sebelum ini.

Jadi pada rakyat Selangor, anda tahu apa yang akan anda lakukan pada PRU13 nanti.

No comments:

Post a Comment