Multiple Pages

06/09/2012

Akhirnya Nasharudin Di Beritakan Akan Di Pecat PAS 9 September.


Oleh: HHalem.
Corak politik Nasha akan berubah Ahad ini.

Utusan melaporkan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipercayai akan dipecat daripada parti itu pada Ahad ini, iaitu sempena mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat dan mesyuarat Majlis Syura Ulama parti tersebut.

Menurut sumber Pas, pemecatan Ahli Parlimen Bachok itu akan dipersetujui pada mesyuarat AJK Pas Pusat yang dikuasai oleh golongan Anwarinas yang bersidang pada sebelah pagi 9 September ini.


Katanya, golongan Anwarinas itu akan mempengaruhi mesyuarat Majlis Syura Ulama pada sebelah malam tarikh tersebut pula bagi memastikan Nasharudin dipecat.

Difahamkan Anwar telah memberi arahan kepada puak Anwarinas yang duduk sebagai AJK Pas Pusat untuk memecat Nasharudin pada mesyuarat AJK Pusat yang akan diadakan pada pagi 9 September.

Jika benar-benar Nasha dipecat ia akan memperkukuhkan lagi tangkapan bahawa PAS dan Pakatan tidak demokratik, berkuku besi dan mengamal pentadbiran secara diktator. Ini kerana hanya seorang sahaja yang boleh mempengaruhi semua keputusan.

Anwar terpaksa bertindak demikian kerana dibelakang tabir sudah tentu DAP memberi tekanan kepada beliau.

Selepas pemecatan Nasha nanti maka corak permainan politik akan berubah wajah dan akan bangun terserlah lah team Timbalan Mursyidul Am Pas Haron Din, Ketua Dewan Ulamak Pas Harun Taib, Hassan Ali dan Nasha. Ramai lagi penyokong-penyokong mereka (disini>) yang membuat Pok Nick gentar dan mengambil langkah U-turn tempoh hari.

Mungkin hakikat sebaliknya akan berlaku iaitu satu persatu kita lihat kumpulan Nasha & Hassan Ali akan gulung tikar, termasuk Haron Din. 

Apakah plan perancangan seterusnya oleh Najib terhadap Nasha?


2 comments:

  1. Memecat Ustaz Nasha akan menjadikang PAS kelihatan Amat lemah Di bawah tekanan Anwar Dan DAP.
    Mungkin Inilah turning point utk ulama kembali kpd fikrah Asal.

    ReplyDelete
  2. NASHA SEORANG PENEGAK KEBENARAN DAN BERANI BERTINDAK. USAHLAH INGAT NASHA AKAN TENGGELAM KERANA INTAN ITU TETAP GEMERLAP WALAU TERJATUH KEPERUT BUMI PUN.

    ReplyDelete