Multiple Pages

06/09/2012

Pelajar Bontot Telah Di Buang Kolej dan PTPTN Di Tarik Balik.


Oleh: HHalem.

Menteri Pengajian Tinggi, DS Mohamed Khaled Nordin memaklumkan bahawa sebuah kolej swasta di Cheras telah memberhentikan seorang pelajarnya yang terlibat dengan insiden menunjuk bontot dikelayak ramai pada ambang merdeka lepas pada 30 Ogos.


Pelajar berkenaan adalah pelajar semester tiga Diploma Multimedia Kreatif di kolej swasta, Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Taman Maluri, Cheras yang ditahan semalam dan kemudiannya dibebaskan berhubung insiden menunjuk bontot ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, malam Khamis 30 Ogos lepas.

"Saya percaya keputusan memberhentikan pelajar itu telah dipertimbangkan sebaik-baiknya sehingga membawa kepada pemecatan itu," – Khaled Nordin dipetik Bernama.

Ini merupakan satu tindakan yang paling wajar dan hukuman yang paling berat diambil oleh Kolej tersebut. Satu kepujian pada Kolej terbabit kerana kedua-dua ibubapa pelajar terlibat telah kehabisan modal bagaimana untuk mengajar anak mereka yang tersangat kurang ajar itu. 

"Saya berdoa agar anak saya segera insaf dan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut," - A Rahman Abdullah, 53, bapa pelajar kolej

Tindakan pelajar tersebut bukan sahaja mencemar namabaik ibubapa dan mencemar negara, malah mencemar nama baik kolej berkenaan.

Bukan setakat diberhentikan sahaja, malah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar terbabit, juga telah diberhentikan serta merta.

Jika anda kesian dan simpati dengan pelajar berkenaan kerana PTPTN beliau telah di berhentikan dan dibuang dari kolej, maka anda harus berfikir duakali atas tindakan yang telah dilakukan oleh pelajar terbabit yang terlebih waras dan diluar batasan. Malah beliau telah terlebih Kreatif dan tersalah tempat.  

Satu pengajaran kepada ramai pelajar-pelajar yang kurang cerdik diluar sana.

Yang membuat pengumuman ini Khaled Nordin, nanti pembangkang sudah tentu menuduh Umno yang membuang pelajar berkenaan.

Sumber Bernama.

2 comments:

  1. Satu tindakan yg tepat dan bijak.. Saya sokong sepenuhnya, tetapi kenapa Adam Adli sekadar digantung semester?

    UPSI seharusnya mengambil tindakan sama kerana pelajar tu sudah pasti dibawah tajaan Kementerian atau PTPTN.

    ibu

    ReplyDelete
  2. ...
    ..
    .

    Mamat Samdol ini boleh sambung belajar di PKR...Politeknik Kencing Rakyat..Jurusan Demo Jalanan.

    Masa hadapan Mamat Hingus telah di Liwat oleh Al-Jubs! Kesian. Kesian sunggoh!


    .
    ..
    ...

    ReplyDelete