Multiple Pages

18/09/2012

AMARAN Majlis Peguam - “Tragedi besar akan terjadi di Malaysia jika PR menang”


Oleh: HHalem.
Andrew Khoo - “Bagi saya, tragedi besar akan terjadi di Malaysia jika PR menang dan kemudian gagal sebagai sebuah kerajaan”

Di Petaling Jaya semalam satu forum diadakan bertajuk “Aktivisme Politik Baru dan Penjajaran Semula: Implikasi untuk PRU 13 Malaysia”.

Panel terdiri daripada :-
1- Peguam Andrew Khoo, Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam.
2- Bridget Welsh, Profesor Madya Sains Politik dari Universiti Pengurusan Singapura.
3- Peguam Lim Heng Seng. bekas Pengerusi Mahkamah Perusahaan

Kepada soalan mengenai samaada Pakatan Rakyat mampu dan bersedia kah untuk memerintah negara Malaysia selepas Pru13 nanti?

Ini jawapan-jawapan mereka.


Peguam Andrew Khoo :-
Pertamanya, untuk Pakatan merampas Putrajaya dan memerintah Malaysia adalah tipis samasekali kerana terdapat isu-isu yang tidak dapat diselesaikan dan menggugat peluang keemasan tersebut.

Andrew Khoo berkata Pakatan tiada kredibiliti langsung kerana yang “menyekat kredibiliti PR” adalah kerana PR masih belum tampil dengan “kabinet bayangan” atau “kerajaan menunggu”.

“Walaupun mereka mempunyai dasar biasa dalam Buku Jingga... ketidakupayaan atau keengganan PR untuk membentuk kabinet bayangan... bermakna mereka tidak dapat menyuarakan apa bentuk polisi mereka,” – kata Andrew.

Andrew Khoo harus faham bahawa Pakatan memang lemah didalam hal ini kerana bagi mereka untuk mencari calon bertanding Pru13 pun satu masalah besar, ini kan pula hendak membentuk kabinet bayangan.

Pergolakan dan pergaduhan merebut jawatan menteri-bayangan akan berterusan dan menampakkan kelemahan dan akan menjurus kepada perpecahan. Mereka tidak mahu menteri-bayangan nampak berat sebelah kearah mana-mana parti. Ini yang Pakatan mahu elakan.

Keduanya, Andrew Khoo selanjutnya berkata bahawa amalan Pakatan Pembangkang “sentiasa mempunyai jawatankuasa tiga” mewakili DAP-PAS-PKR, tetapi apa yang dipersoalkan adalah, siapa paling “berwibawa” untuk bercakap mengenai dasar dicadangkan.

Dengan lain perkataan, Andrew Khoo mempertikaikan siapa yang memperkudakan siapa yang sebenarnya didalam Pakatan pembangkang. Siapa kah kuasa penentu didalam PR berbanding sepertimana yang terdapat didalam BN?

Ketiganya, Pakatan telah berjanji untuk menukar pelbagai dasar negara yang telah terbukti mantap sebagai sebahagian daripada kempen Pru13. Cadangan terbaru termasuk membuat kereta lebih murah, membanteras jenayah dan menangani isu-isu wanita.

“Saya mempunyai kebimbangan. Bagi saya, tragedi besar akan terjadi di Malaysia jika PR menang dan kemudian gagal sebagai sebuah kerajaan. Itu akan dalam beberapa cara meletakkan kemungkinan bahawa akan ada satu lagi pembangkang”

Ini merupakan rumusan terakhir dan mustahak bagi Andrew Khoo iaitu ia adalah satu tragedi jika Pakatan membentuk kerajaan baru di Putrajaya.


Profesor Bridget Welsh :-
Welsh juga seperti Andrew kurang yakin dengan sikap Pakatan yang suka mencampur aduk tugas penjawat awan dengan politik.

Kata Welsh, Pakatan akan bermasalah dan menghadapi “cabaran bekerja dengan penjawat awam” jika mengambil alih kerajaan pusat.

“Tidak pernah parti-parti politik yang mentadbir negara, birokrasi yang memerintah negara”

Kebimbangan Welsh memang berasas berdasarkan contoh-contoh yang ada di Selangor dan Pulau Pinang, dimana mainan politik Pakatan menganggu gugat kerja-kerja penjawat awam yang sepatutnya tidak perlu dicampur oleh orang-orang politik.

Rumusan kedua-dua diatas sudah tentu cukup merisaukan Pakatan.

Andrew Khoo adalah dari Majlis Peguam, dimana kita tahu mereka adalah jurucakap dan penyokong kuat Pakatan Rakyat. Mereka sendiri juga mencampur aduk dasar-dasar majlis peguam dengan isu-isu politik yang berat sebelah. Majlis Peguam merupakan kaki pembangkang dan sekutu kuat Pakatan Rakyat.

Yang menariknya disini ialah kata-kata diatas adalah pandangan Andrew Khoo, penyokong dan sekutu kuat PR, bukannya ciptaan kata-kata dari Umno-BN.

Masing-masing telah nampak kelemahan dan kepincangan Anwar/PR dan akan kalah teruk pada Pru13 nanti.

Soalan standard kepada PAS-PKR :-

Adakah Majlis Peguam sudah dibeli oleh Umno?

Adakah ia pandangan Majlis Peguam, atau ia adalah hal peribadi Andrew?


Sumber rujuk kenyataan dari MInsider>

5 comments:

  1. kt oversea tu..aPa yg tak terjadi?sume ada!!rusuhan,rampasan,pembunuhan...yg hidup must move on.....

    jadi pembangkang nak macamtu.....yg berkuasa,ada kekuatan..harta dan kewangan...terus hidup..

    yg pencacai...camner pula?

    fikir-fikirlahhhh......

    ReplyDelete
  2. Jika PR menang pertama sekali mereka akan bergaduh sesama sendiri,kedua negara akan huruhara,keadaan tidak terkawal.rakyat menjadi susah.maka akan terjadi perang saudara,mungkin juga 13 may akan berulang dan lebeh dashat dari itu.

    ReplyDelete
  3. Ya lah Yang memerintah perlu ada pembangkang. Pembangkang yang mendedahkan dan melondehkan kepincangan dan prejudis pemerintah hingga kepringkat umbinya.Tapi ini tidak berlaku.pembangkang yang kita ada hanya kaki borak kosong tampa membawa isu apa2.me3reka macam lapar kuasa lapar duit kita rakyat.fitnah sana fitnah sini. punah negara kalau macam ni. yang educated pun jadi bisu - kalah dalam gelanggang sendiri pagi2 lagi. pembangkang jenis apa ni yg rakyat dok sokong....?

    ReplyDelete
  4. Pohon lonk ke blog

    ReplyDelete
  5. <>
    .o.
    <>
    .o.
    <>
    .
    .
    .
    Pakatan Haram Akan menang pada PRU13 nanti.? Ha ha ha Lawak Lucu geli geleman cerita bodoh.


    Orang orang Kuat Pakatan Haram yg Sudah menggalkan Kapal karam Aljubs...

    Dato Zulkifli Nordin, Zahid, Ezam Dan lain lain...apa dah jadi dgn Lateepah Koya?

    Kepimpinan PR hanya penuh ilusi Anwar yang gila talak untuk jadi Perdana Menteri!

    No subtance...full of Indah Water material...


    <>
    .o.
    <>

    ReplyDelete