Multiple Pages

17/09/2012

AMARAN Muhyiddin Kepada Khalid – “Nak kata bodoh, tak tahu lah. Berani bawa la jentolak’


Oleh: HHalem.
 Muhyiddin main kasar nampak.

TS Muhyiddin Yassin betul-betul feed-up dan naik menyampah dengan kebodohan Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncu Khalid dalam PKR kerana kebodohan mereka yang tidak berkesudahan.

Muhyiddin,  Timbalan Presiden UMNO, ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Selayang di Rawang, pagi Sabtu, membidas Khalid yang beriya-iya benar hendak sabotaj Projek Air Langat 2 dengan kuasa-kuasa kerajaan negeri yang ada pada beliau.

Hanya satu sahaja tujuan Khalid. Beliau bertungkus lumus untuk menyelamatkan survival politik beliau sebagai MB Selangor dan nasib PKR di Selangor selepas Pru13 nanti.

Sebelum ini Khalid cuba menunjukan yang beliau berkuasa penuh, sehingga mengeluarkan kata-kata ungutan, disini>.

Muhyiddin naik berang;
“Kalau hendak bawa jentolak, nak sekat Projek Langat 2, buatlah, kerajaan Pusat tetap akan teruskan”

Mesej Muhyiddin jelas dan padat. Buat lah jikalau Khalid berani !

Dengan selamba Muhyiddin menambah;
“Nak kata bodoh, tak tahu lah. Tunjuk air dalam empangan. Kita (rakyat) nak air dirawat. Nak rawat perlu loji. Yang ada sekarang 37 tetapi sudah penuh kapasiti dan terpaksa operasi 24 jam. Kalau rosak, tak dapatlah air bersih,”

Kita masih lagi ingat dengan bodoh-piang YB Ronnie Liu Tian Khiew, ADUN Pandamaran yang berdiri megah di tepi empangan sambil menunjukkan kearah air yang penuh dan hampir melimpah di sebuah empangan.

Macam ayam berak-kapor.
Khalid termenung bisu sekejap dengan amaran Muhyiddin.


Seterusnya Muhyiddin berkata;

"Kalau tak diselesaikan segera, kalau tak dibenarkan kerajaan pusat teruskan projek Langat 2 mungkin satu krisis air yang besar akan berlaku, bukan sahaja menimpa Selangor tetapi kawasan Putrajaya dan Kuala Lumpur di mana jumlah penduduknya mungkin lima atau enam juta atau lebih daripada itu,"

Ini sesuatu yang kita tidak duga akan berlaku jika krisis air melanda Selangor seperti yang dijelaskan oleh Muhyiddin. Iaitu anggaran kira-kira 200 projek di Selangor akan terbengkalai jika 'Certificate of Fitness (COF)' tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa. .

"Kerana dikatakan, kalau dikeluarkan (COF) maka kerajaan negeri bertanggungjawab mengeluarkan utiliti iaitu bekalan air bersih, jadi tak mampu dibuat, maka tak keluar la sijilnya, lihat bagaimana kerugian besar kepada negeri dan rakyat Selangor," .

Misi Projek Langat 2 ini dilihat sebagai misi Muhyiddin dan Khalid yang akan berlaga kepala head-on untuk menentukan kewibaan diri masing-masing dan parti yang diwakili.

Berjayanya Umno-BN merampas Selangor maka berjayalah Muhyiddin dengan Projek Langat 2. Rakyat akan untung.

Jika Pakatan Haram masih menang dan memerintah Selangor, maka rakyat Selangor haruslah bersedia untuk hidup sengsara dan menanggung masalah air yang tidak berkesudahan.

Pru13 nanti, pilih lah kerajaan dengan bijak !  

Sumber petikan AgendaDaily.

6 comments:

  1. Apa susah-susah tan Sri, bukankah Kerajaan Pusat ada kuasa isytihar darurat...di Selangor...jadi tak payah lagi nak ikut undang-undang biasa...

    ReplyDelete
  2. Tak pe. Air Mineral kan ada. Dulu-dulu pun orang mandi, basuh dan minum air sungai pun hidup jugak. Tak dengar pun kena rawat dulu.

    Tak cukup air untuk pengkilang dan taman baru, senang je. Tutup saluran air ke Putrajaya dan salurkan kat tempat yang lebih memerlukan. Mandi kerbau ler dia orang kat sana.

    Kalau lepas PRU 13 dan PR menang, bolehlah dipertimbangkan semula projek Langau 2, ni. Bukan lama sangat pun nak menunggu. Paling lama pun 6 bulan lagi. Tak kan lah negeri Selangor jadi padang pasir dalam 6 bulan pun.

    ReplyDelete
  3. Kau ni bangang ke pe? Dulu2 zaman bila?? Kau sanggup minum air sungai klang?? Kilang2 haram salurkan sisa buangan ke sungai..kau sanggup minum & mandi?
    Dalam masa 6 bulan,projek boleh siap?? Kau ni guna akal ke tak?? Infrastruktur memerlukan tanah.. Maka pengambilalihan tanah memakan masa..cakap guna akal bukan lobang bontot..

    ReplyDelete
  4. Rakyat selangor akan sengsara dgn tarif baru sbb nak bayar hutang 8 bilion projek langau 2.yg sebenarnya umno akan dpt komisyen dari hutang tu sbb tu meroyan sakan nak buat juga langau 2 puak2 ni tak habis2 tipu rakyat

    ReplyDelete
  5. Geng2 UMNO cepat2 nak buat sebelum bungkus dalam PRU13 ni..
    mrk hanya tau keuntungan atas angin..
    RM RM RM saja dimata mereka ..dengan mengaburi rakyat dgn alasan kekurangan air.

    Tunggu jer lepas PRU13....selesailah masalah air ni..
    Kat negeri2 BN pun masalah kronik air tak dapat diselesaikan walaupun 55 tahun perintah.
    buat malu jer jadi kerajaan Pusat......

    ReplyDelete
  6. lu bangang ke mat.. xde la pulak johor ni yg di perintah oleh BN ada masalah kronik air.. selangor yg diperintah oleh PR je yg ada masalah.. jgn nk kata BN/UMNO untung atas angin je, abis negeri yg di perintah oleh PR xde untung atas angin ke?? pegi daaaa..

    ReplyDelete