Multiple Pages

03/09/2012

Aspan Alias Perang Besar. “Karpal saja yang sibuk dengan pendirian peribadinya mengenai Hudud”.


Oleh: HHalem.
“Karpal saja yang sibuk dengan pendirian peribadinya”.

Hudud-hudud-hudud antara Pas-Dap, cukup boring kita mendengarnya kerana ia tidak ada jalan penyelesaian kerana Pas mengambil sikap “agree to disagree” yang tidak akan ada kesudahan sampai bila-bila.

Perkembangan terbaru agak menarik apabila Blogger Aspan Alias menyatakan Pengerusi DAP, Karpal Singh menentang hukum hudud atas sifat peribadi Karpal sendiri dan bukan mewakili suara rasmi DAP.

Ini cukup menarik kerana selama ini kita berfikir sebaliknya dan tiada sesiapa pun dari kalangan DAP berkata demikian, tiba-tiba sahaja Aspan bersuara. 

"DAP kata dia menghormati keputusan (laksana hudud) itu, pasal dia tiada kena mengena.. Dia orang kafir. Bukankah pendirian DAP itu menghormati agama dan kepercayaan masing-masing. Karpal saja yang sibuk dengan pendirian peribadinya, dan dia bercakap atas isu perlembagaan negara”

"Perlembagaan itu siapa yang buat? Bukan Allah Taala yang buat. Takkanlah Perlembagaan Malaysia lebih tinggi daripada perlembagaan Tuhan. Dan DAP secara rasminya tidak menentang, dia menghormati dia kata," – kata Aspan kepada AntaraPos.

Betul ka apa yang Aspan ni cakap!


Aspan menyebut, “DAP kata..”.
Siapa dikalangan mamat DAP yang kata?

Aspan menyebut, “Karpal saja yang sibuk..”..
Memang kita tahu Karpal penyebuk, tetapi Aspan perlu berhati-hati dengan bahasa sebab bila-bila masa sahaja beliau boleh terpelanting keluar dari DAP kerana DAP mengamalkan sikap diktator dan tidak boleh ditegur.

Betul ka kata Aspan yang Karpal cakap atas kapasiti peribadi kerana yang kita faham, apa yang keluar dari Karpal adalah dasar DAP?

Betul ka DAP secara rasmi tidak menentang hudud?
Berani kah DAP mengiyakan kata-kata Aspan?

Supaya senang mendapat jawapan penuh dan tepat, kita tunggu Karpal jawap atau Karpal mengamok. Atau kita tunggu Aspan terpelanting lari ditendang seperti bekas Naib Presiden Tunku Aziz Tunku Ibrahim. Kita tunggu yang mana dulu.

Sementara menunggu, ikuti penerangan Aspan yang ada juga kebenaran sana-sini, dan semua orang tahu mengenainya.

"Apa yang beliau (Hadi) cakapkan itu memang betul, hudud itu hukum daripada Tuhan. Takkan Tuhan nak merosakkan orang pula. Yang mengendalikan hukum syariat Islam ini ialah manusia yang bersifat baharu. Ada kelemahannya sedikit.”

"Tetapi secara relatifnya, hudud adalah hukum yang terbaik, sebab bukan mudah nak potong tangan. Hudud ini 'preventive law' (penghalang)..Ia nak mengelakkan orang buat kerja jahat. Jadi nak membuktikan seseorang itu buat salah contohnya, memerlukan saksi yang muktabar.”

"Nak dapatkan saksi yang muktabar itu, layakkah mereka ni nak jadi saksi? Kerana dia perlukan orang yang betul-betul sempurna. Orang yang zuhud, orang yang elok, orang yang tidak tinggal sembahyang. Jadi sebenarnya hukum hudud ini menyediakan manusia untuk menjadi manusia yang takut untuk melakukan kesalahan,"

Kita tunggu juga Datuk Mohd Ariff Sabri aka Sakmongkol 47 bersuara mengenai perkara ini. Adakah beliau setuju dengan Aspan yang Karpal penyebuk dan Karpal bercakap atas kapasiti peribadi beliau? Atau beliau lebih sopan dari Aspan?

No comments:

Post a Comment