Multiple Pages

03/09/2012

Salahguna Masjid Di Alor Setar. Anwar Kena Serang Di Baling Selipar. Mahfuz Hampir Pengsan (Video).


Oleh: HHalem.
Video dibawah sekali. 
Tak nampak pun selipar melayang - Entah-entah mainan Anwar lagi.

Disebabkan salahguna masjid untuk berpolitik, sekumpulan penduduk telah naik berang dan mengambil tindakan membaling selipar kearah Anwar ketika sedang berucap politik di dalam Masjid selepas solat Maghrib.

Peristiwa terjadi di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar didalam siri jelajah Merdeka Rakyat yang bermula Jumaat lepas. Ia dihadiri oleh 200 jemaah dan penduduk tempatan.


Kata-kata kesat dan maki hamun terhadap Anwar dilemparkan dan Anwar dicop sebagai pendusta dan ejen Yahudi selain hon kereta dibunyikan bertujuan menengelamkan suara Anwar ketika berucap politik.

Selain itu, bekalan eletrik juga turut diputuskan dan Anwar terus berucap menggunakan pembesar suara berkuasa bateri. Sejam selepas itu Anwar berlindung dirumah Tok Imam Masjid.

Dengan peristiwa di atas Pembangkang terus tanpa lengah-lengah mengaitkan nama Ketua Perkasa, Dato’ Yusof yang terlibat dan memberi arahan menganggu Anwar.

"Anwar kini selamat di rumah Imam selepas serangan PERKASA," – tuduhan dari Naib Presiden PKR N Surendran. Baca apa kata Perkasa disini>

Pembangkang juga dengan serta merta mengatakan Anwar sedang memberi tazkirah dan kuliah agama tanpa sebarang bantahan dari ahli kariah masjid tersebut.

Hakikatnya, sebut sahaja nama Anwar, maka terbayang muka beliau dan secara jujur, adakah anda percaya 100% bahawa Anwar memberi tazkirah dan kuliah agama?

Pada sejarah yang lepas-lepas, adakah Ustaz Anwar Ibrahim selalu memberi tazkirah dan kuliah agama di masjid-masjid seperti yang anda ketahui dan seperti mana yang anda biasa pelajari ilmu agama dengan ustaz-ustaz yang tiada langsung berkepentingan politik.?

Pembangkang sendiri pun mengakui bahawa Anwar sedang mengadakan siri Jelajah Merdeka Rakyat  seluruh Malaysia dengan bas yang pernah disimbah dengan cat merah di Kota Bharu (disini>). Tujuan jelajah bas tersebut semua orang ketahui.

Adakah siri jelajah berbunyi “Jelajah Tazkirah Dan Kuliah Agama Oleh Ustaz Anwar”?

Kedua-dua jawapan diatas cukup mudah dan penulis cukup kagum dengan pengikut Anwar yang tidak dapat berfikir dengan rational dan waras.

Mahfuz Omar sempat juga berkata ia tidak mendapat bantahan dari ahli kariah Masjid Pumpung.

Untuk soalan itu, anda perlu menjawap dengan ikhlas.

Pernahkah anda ke mana-mana masjid, kemudian Tok Imam mengumumkan seorang penceramah bebas dan aktivis akan memberi tazkirah agama?

Penceramah bebas (seperti Anwar) memulakan dengan memuji-muji kebesaran Allah dan junjungan Nabi Muhammad saw. Anda kemudiannya memandang kiri-kanan gelisah hendak bangun dengan perasaan marah pada penceramah bebas ketika nama junjungan disebut. Kemudian nama Rosmah diselit perlahan-lahan dengan diselit kisah-kisah Nabi. Kemudian nama Altantuya dan kapal selam Perancis diselit lagi dengan kisah bahtera Nabi Noh.

Adakah anda bangun membantah dan menempelak penceramah dan keluar meninggalkan masjid? Hendak menyusun ayat membantah kisah bahtera Nabi Noh dikaitkan dengan kapal selam, anda tidak begitu mahir seperti penceramah tersebut. Maka lahirlah, “tiada seorang pun bantahan dari kariah masjid”.

Itu baru kena baling dengan selipar, jika di Amerika entah apa telah jadi. Kiranya di Malaysia ini cukup aman dan sebagai rakyat biasa apa lagi yang kita mahu sebenarnya.?
Baru selipar, kalau ketul bata, mahunya bengkak dahi.
.............................

1 comment:

  1. Mungkin inilah pembalasan dari Allah SWT terhadap penipu yg mengelar dirinya anugerah Tuhan, padan muka!!! Muka penipu, muka tak laku dan muka yg tak boleh dipercayai.

    ReplyDelete