Oleh: HHalem.
Satu keputusan yang paling bijak oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pemuda Pas Nasrudin Hassan apabila membatalkan rancangan bergabung protes bersama pada hari Jumaat esok, bagi tujuan mengecam filem “Innocence of Muslims”.
Apabila mereka berdua, pada mulanya, setuju untuk bergabung protes bersama, kita berpandangan bahawa ia sudah cukup bagus dan pertanda baik kerana Pemuda Umno dan Pas dilihat bersatu hati untuk mencapai objektif bersama. Ini dilihat sebagai langkah permulaan bersatunya Umno-Pas di bawah satu payung oleh anak-anak muda.
Kemudian mereka berdua bersetuju untuk membatalkan protes bersama di atas sebab-sebab keselamatan.
"Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung.”
"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," - Khairy.
Pemuda Pas dan NGO Pembangkang dan parti pembangkang akan berprotes di Kedutaan Amerika, Jalan Tun Razak. Di mana kita tahu bahawa di Kedutaan Amerika lah pusat menimbulkan segala kemarahan.
Bayangkan huru-hara yang akan berlaku berdasarkan sejarah-sejarah protes pembangkang yang lepas-lepas?
Disebaliknya, Pemuda Umno akan berhimpun protes di pekarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat.
Sebanyak 13 pertubuhan NGO dan parti politik akan turut serta seperti seperti Pemuda dan Puteri Umno, parti MIC dan MCA, Belia 4B, Perkasa, Pekida, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan India Muslim.
Adakah huru-hara, pecah memecah akan berlaku di kawasan Masjid? Pembaca tentu dapat memberi jawapan kerana ia dihadiri juga oleh MCA-MIC.
Wahal, jika protes bersama dilakukan di Kedutaan Amerika dan jika berlaku apa-apa trajedi, maka akan berlakulah tuduh menuduh antara Pembangkang dan Umno-BN. Tuduhan siapa yang membuat provokasi dan huru-hara terlebih dahulu. Ini akan menimbulkan perbalahan yang amat sengit.
Oleh itu, penulis berfahaman bahawa protes bersama dibatalkan hanya kerana Ketua Pemuda dan Pas tidak bersetuju dengan lokasi protes.
Nampak sahaja umat Melayu/Islam bersatu hati, tetapi mereka tidak akan bergabung walaupun agama Islam terancam demi politik
SDRA HHalem,izin saya
ReplyDeleteMesti kah kita terlupa bahwa KJ bercita besar?
Nak jadi PM satu kan ?
Maka wajib jaga hati Amerika dari sekarang.
Dalam ucapan nya, dia cakap: bolih marah bolih demo bolih mengamuk tapi tak bolih sentak hati Amerika.
Lagi pun kalu pergi ke Jalan tun razak, depan kedutaan,nanti tak dapat fokus publisiti, sebab pas punya lagi ramai.
Nak jaga hati Amerika lagi, pergi ke konvention politik pemuda antara bangsa,amat berani saran buang subsidi henti subsidi mansuh subsidi.
Tak cakap pun atas usul buang subsidi di bahasan Bajet.
Nak jaga jaga hati, PRU 13 "coming soon".Idris Jala lagi berani.
arjuna waspada
changkat lobak
Dapat lesen besar 1M.