Oleh: HHalem.
Cakap lah apa pun, PAS tetap buat pekak badak.
Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Haji Zakaria, menyeru dan mengingati semua umat Islam yang akan mengundi atau menyokong pemimpin atau wakil-wakil rakyat supaya berhenti menyokong mereka yang terang-terang dan terbukti menghina agama Islam dan Rasullullah, Nabi Muhammad SAW.
Malahan Harussani berkata adalah haram hukumnya mengundi dan menyokong wakil rakyat yang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam pada Pru13 nanti.
Selepas menghadiri Forum Pendermaan Organ di Kompleks Rawatan harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Rabu, Harussani ditanya mengenai tweet Pengerusi Dap Negeri Ngeh Koo Ham yang telah menghina Nabi Muhammad.
Ini jawapan Harussani.
Umat Islam harus mengundi wakil rakyat yang boleh menolong mereka, yang boleh membangunkan dan menjaga keselamatan negara.
“Kita mengundi wakil rakyat yang boleh menolong kita, yang boleh membangunkan negara kita, yang boleh memajukan dan menjaga keselamatan negara kita”
“Kalau kita mengundi orang yang akan merosakkan negara kita yang akan hanya membuat permusuhan itu haram kita buat, maknanya kita mendedahkan diri kita kepada kebinasaan,’’
Katan Harussani, tindakan DAP adalah tidak peka dengan perasaan orang Islam kerana dia bukan orang Islam.
“Cuba kalau agamanya kena sendiri yang kena, saya ingat lebih dari itu..dia akan mengamuk lebih teruk,’’
Harussani meminta orang Islam tidak bersekongkol dengan orang yang memusuhi agama Islam dan menghina Nabi.
Dari segi syarak umat Islam termasuk pemimpin Islam dalam pembangkang tidak boleh bersekongkol sama sekali dengan orang yang memusuhi Islam kerana itu dianggap sebagai harbi.
“Harbi ialah orang yang memerangi kita, orang yang mencari kesempatan untuk menjatuhkan kita,’’
Sehubungan dengan itu beliau menasihati pemimpin-pemimpin PAS supaya tidak bersikap membisu dalam soal penghinaan terhadap nabi dan agama Islam.
“Saya lihat orang Pas masih berdiam diri dalam soal ini ,’’
Menurut Harussani, Pas mengambil sikap berdiam diri disebabkan benci yang amat sangat terhadap kerajaan sekarang. PAS buat pekak badak didalam hal ini.
“Jadi mereka sudah tidak kira lagi, apa yang penting ialah untuk menjatuhkan kerajaan”
“Kita orang Islam wajib bersatu, walau dalam apapun keadaan yang kita hadapi kita mesti bersatu, kita berbeza pendapat itu masalah lain tapi masalah beza pendapat itu memang perangai manusia ..kalau manusia ta ada beza pendapat maka tidak akan ada kemajuan.”
``Kemajuan disebabkan ada perbezaan , ada bangkangan barulah orang berfikir sama ada baik atau tidak baik.”
“Jadi perbezaan pendapat tidak boleh menjadikan kita berputus arang apa tah lagi kita telah dipersaudarakan dengan kalimah syahadah dan Rasul pernah berkata orang yang memutuskan hubungan sesama Islam tidak akan masuk syurga jadi apa yang kita nak cari,’’
Harussani mahu tindakan undang-undang diambil ke atas Ngeh Koo Ham yang menghina nabi dan agama Islam kerana terdapat peruntukan undang-undang bagi kesalahan itu.
“Setiap undang-undang yang dibuat mestilah kita hormati undang-undang itu dan apabila undang-undang kita sendiri tidak dihormati maka terjadilah kacau – bilau,’’
Sumber AgendaDaily.
Pengikut serta pemimpin PAS dah jadi dunggu.UMNO yg banyak membuat kebajikan dikapirkan, dap dah diislamkan konon.sekarang ngeh koo ham menghina nabi orang islam semua pengikut pencai2 Pati Ajaran Sesat seperti saitan bisu.
ReplyDeleteGAMBARAN PEMIMPIN YANG TAK SEJIWA DENGAN MASYARAKAT
ReplyDeletebila mahathir hina hukum hudud dia diam membisu buat bodo...
ReplyDelete...ya betul, apasal tuli n bisu apabila si mahathir pandikuti menghina Nabi SAW n Hukum Islam
Deletebetui ka mahathir hina hukum hudud...kat mana ayat dia tu....
Deletebetui ka mahathir menghina Nabi SAW n Hukum Islam.....kat mana ayat dia tu......
DeleteBetul ke ngeh koo ham hina islam...kat mana ayat dia tu...
ReplyDeletepok nik dan harusani 2x5,keduanya tua kutuk tak sedar diri,keduanya bodoh ketahap tertinggi.
ReplyDeleteMufti Umno ni..bab Soi Lek hina islam dan hudud, dia diam je. Nak tanya dia...undi pemimpin Umno yg kaki rasuah dan rompak wang rakyat..tak haram me? Tang Umno..Harus sana..Harus sini.
ReplyDeletebila pulak umno lantik Mufti? hairan bin ajaib sungguh. contoh pemikiran yang terkongkong dek pembohongan demi pembohongan yang disajikan setiap hari. yang pemimpin kafir tu tak ada suci bersihkah dari amalan yang disebutkan.....
DeleteUndi pemimpin umno yg kaki rasuah dan rompak wang rakyat hukumnya harus....kah kah kah
ReplyDeletewajib kerana melalui mereka orang Islam yang memimpin sebagai peneraju kerajaan, maka orang kafir tidak boleh berleluasa sesuka hati. undi pemimpin pas haram kerana mereka akan membukakan laluan kepada orang kafir menjadi peneraju kerajaan dan bertindak sesuka hati di bumi Islam. pas hanya akan menjadi pengikut dalam kerajaan yang diterajui orang kafir.....
Delete