Multiple Pages

14/09/2012

GAY – Akuan Benar Khairy Jamaluddin. “Saya Juga Pakai Baju Sendat, Kolar-V”


Oleh: HHalem.
KJ juga ada simptom2 Gay, tapi dia "straight-bukan Gay"

Bermacam-macam reaksi apabila garis panduan simptom Gay & Lesbian ditimbulkan dan di sokong oleh Kementerian Pendidikan untuk diedarkan di sekolah-sekolah. Garispanduan boleh dilihat disini>


Antara yang paling menarik sekali dan paling popular, seperti dilaporkan Mkini, ialah pengguna Twitter dengan katakunci (#SymptomsOfBeingGay) ialah:-

Antaranya, seorang aktivis Pang Khee Teik menulis dengan nada sinis atau pun mungkin beliau benar-benar Gay menulis bahawa dengan garis panduan tersebut beliau mudah mencari pasangan.

"Sebelum ini saya kesunyian. Tapi dengan #SymptomsOfBeingGay saya sekarang boleh mencari gay lain. Terima kasih Menteri Pelajaran!,"

Yang paling menarik sekali ialah Twitter dari Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (KJ) yang mengakui bahawa beliau juga mengenakan baju sendat dengan kolar-V.

"Saya juga pakai baju sendat, kolar-V. Saya OK," – tulis KJ dengan katakunci (#SimptomsOfBeingStupid).

Dengan Twiit KJ tersebut, sudah tentu dengan sengaja atau tidak, dengan sedar atau separuh sedar, musuh-musuh KJ akan mengambil kesempatan menghebahkan bahawa KJ adalah seorang Gay.

Itu lah cara KJ. Mengkritik secara sinis dan mengejek bahawa garis panduan yang diedarkan adalah benda paling bodoh dengan katakunci (#SimptomsOfBeingStupid).


2 comments:

  1. Dalam twitter @501Awani hari ini memberitahu bahawa “Kementerian Pelajaran tidak pernah sahkan kepada mana-mana pihak untuk mengeluarkan garis panduan berhubung LGBT dan diedarkan ke sekolah”

    ReplyDelete
  2. huhu funny.. KJ Ok je la.. hehe biasalah garis panduan camni bkn betul sgt

    ReplyDelete