Multiple Pages

14/09/2012

PENDEDAHAN Dalaman Memalukan - Apa Yang Berlaku Pada Pok Nick Dalam Mesyuarat Majlis Syura.


Oleh: HHalem.

Pok Nick sedih kerana arahan dan kehendak beliau tidak lagi diikuti.
Tarikh 9/9 Ahad bermulalah detik-detik kejatuhan Pok Nick.

Utusan menulis seorang pemimpin ulama Pas yang juga ahli Majlis Syura Ulama telah mendedahkan yang Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pok Nick) telah tidak berpuas hati dengan Majlis Syura Ulama yang mengambil ketetapan tidak mengenakan tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan beliau meninggalkan mesyuarat majlis itu lebih awal, Ahad lalu, 9 September.

Kata pemberi maklumat bahawa Pok Nick betul-betul mahu melihat Nasharudin dihukum kerana bersikap bertentangan dengan dasar PAS yang menjalin kerjasama dengan DAP.


Kata sumber lagi, Pok Nick menunjukkan reaksi tidak selesa dan tidak berpuas hati apabila membaca agenda mesyuarat pada malam tersebut yang sepatutnya membincangkan isu Nasharudin, tetapi langsung tiada dalam senarai sebagaimana diharapkan oleh beliau.

"Reaksi Tok Guru begitu ketara, selepas beliau meneliti agenda mesyuarat. Beliau nyata tidak berpuas hati dengan ketetapan majlis syura untuk tidak membincangkan isu Nasharudin, malah, sepanjang mesyuarat, beliau begitu kerap melihat jam tangan sebagai tanda tidak selesa.

"Terdahulu semasa Nasharudin bersalam dengan beliau sebelum mesyuarat, Tok Guru dilihat bersikap dingin. Nik Abdul Aziz turut memberi alasan terpaksa meninggalkan mesyuarat awal kerana tidak tahan dengan kesejukan pendingin hawa di bilik itu," - kata sumber itu yang juga pemimpin kanan Pas kepada Utusan Malaysia.

Menurut sumber sama, Pok Nick meninggalkan majlis kira-kira pukul 9 malam dan mesyuarat itu kemudian dipengerusikan Timbalannya, Datuk Dr. Haron Din. Iaitu selepas beliau hanya berada 20 minit didalam mesyuarat.

Sumber juga memberitahu bahawa golongan talibarut Anwar sebenarnya berharap Nasharudin tidak hadir pada mesyuarat malam tersebut bagi membolehkan tindakan disiplin diambil terhadap beliau.  Tetapi hajat mereka terbantut apabila bekas Timbalan Presiden Pas itu muncul kira-kira 10 minit sebelum majlis syura bermula.

"Mereka (talibarut Anwar) sebenarnya sudah maklum dengan pendirian golongan ulama dalam majlis syura yang tegas mempertahan Nasharudin dan sebagai jalan terakhir untuk 'mengenakan' anak didik Allahyarham Datuk Fadzil Noor ini ialah berharap beliau tidak hadir mesyuarat,"

Maka terjawap lah sudah bahawa kepercayaan terhadap Pok Nick sudah mula pudar dan segala kehendak Pok Nick tidak lagi diikuti bulat-bulat seperti sebelum ini.

Dengan itu pada tarikh 9 September, maka bermula lah detik dan pertanda kejatuhan Pok Nick didalam sejarah Pas.

Ini adalah kerana langkah Pok Nick sebelum ini dengan beriya-iya mahu memecat Hassan Ali atas desakan Anwar telah banyak membawa mudarat daripada kebaikan kepada PAS.

Mudarat kepada PAS, tetapi sebaliknya ia membawa banyak hikmah kepada Umno-BN.

Diolah semula dari sumber Utusan.

4 comments:

  1. ANA SETUJU PAS BALIK ASAL, BERDIRI SENDIRI MENJADI PENDESAK KEPADA UMNO/BN SUPAYA BERADA DI LANDASAN ISLAM;

    OLEHKERANA MELAYU ITU ISLAM; MENJAGA HAK MELAYU BERERTI MENJAGA KEUTUHAN ISLAM CUMA ANA MAHU UMNO PERKASAKAN INSTITUSI KEHAKIMAN, KEPOLISAN DAN AGENSI PENGUATKUASA DENGAN MENUBUHKAN KOR AGAMA SEPERTI DI DALAM TENTERA;

    UNIT TETAP YANG AKAN MERTARBIAHKAN MUSLIM SUPAYA TIDAK RASUAH DAN DERHAKA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA.

    ReplyDelete
  2. Pada muka pok nik!!! Si-penipu di-tipu oleh si-pembohong....kehkehkeh.

    ReplyDelete
  3. PAS hanya akan kembali menjadi parti BERMARUAH sekiranya tidak ada lagi masalah 'satu kapal dua nakhoda' menghantuinya, dan mengembalikan MARUAH presidennya, Hj Hadi. Setelah begitu lama asyik 'memberi muka' kepada Nik Aziz, akhirnya Hj Hadi sudah mula mengambil langkah-langkah 'menunjukkan jalan keluar' kepada Nik Aziz.
    Belum terlambat untuk Hj Hadi menebus segala dosanya ke atas umat Melayu/Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
  4. You actually make it seem really easy with your presentation however I
    to find this topic to be actually something that I believe I'd never understand. It seems too complicated and extremely wide for me. I'm
    having a look ahead in your next publish, I will attempt to get the cling
    of it!

    Here is my homepage; bankruptcy in florida

    ReplyDelete