Multiple Pages

19/09/2012

Karpal “Akan Nasihat PAS Secara Mendalam”. Saman Terus Pok Nick.


Oleh: HHalem.
Apa yang nak dinasihat secara mendalam?
Saman saja PAS, Pok Nick dan Hadi. Kemudian DAP keluar Pakatan, habis cerita.
.............
Utusan menulis bahawa Menteri Besar Kelantan (Pok Nick), melalui laman blognya menegaskan, pelaksanaan hudud tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia diwajibkan di dalam Islam dan hukum tersebut bukan satu pilihan untuk manusia menerima atau menolak.

"Tiada hukum atau undang-undang di dunia ini sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dahulu baru ia dilaksanakan," kata Nik Aziz pada 24 Ogos lalu.


Seperti yang dijangkakan, apabila timbul bab hudud yang disuarakan oleh Pok Nick, maka Karpal Singh akan segera menyambut statement beliau.

Seterusnya Utusan menulis Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk tetap melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Pas akan diberi nasihat secara mendalam agar mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya sebagai reaksi segera kepada pendirian terbaru Nik Abdul Aziz.

Lambat laun dirasakan akan tiba masanya, Karpal dan DAP akan feedup dengan Pok Nick dan PAS mengenai bab hudud ini. Untuk menutup kedegilan Pok Nick buat selama-lamanya, mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS, Pok Nick dan Hadi Awang.

Sekurang-kurangnya, DAP akan tunggu selepas Pru13 nanti, jika tiada hasil dari segi politik, PAS akan dipersalahkan kerana kalah teruk dalam Pru13.

Kesudahannya dan ultimatum terakhir, DAP akan keluar Pakatan, jika DAP tidak berjaya memberi “nasihat secara mendalam” kepada PAS “agar mematuhi peruntukan Perlembagaan”


2 comments:

  1. Assalam Bro

    Tak abis-abis lagi sandiwara semasa hudud PAS ni... Asal nak pilihanraya aje Hudud timbul.. Lepas pilihanraya terus tengelam... Cakap tak guna buat dulu kat Kelantan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJU 100% BUAT DULU HUDUD DI KELANTAN. BIAR SEMUA ORANG ISLAM TAHU AKAN KEBENARAN AJARAN ISLAM. LAMA DAH MU DOK CAKAP KOSONG. GUANA NI,MU NAK TIPU KE?

      Delete