Multiple Pages

11/09/2012

Kedah Di Bawah PAS - 960 Orang Tenat, Gulung Tikar dan Mati.


Oleh: HHalem.

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Kedah (PKMM) melalui Bernama melaporkan 960 anggotanya daripada 1,600 telah tenat, gulung tikar dan banyak yang mati. Hanya baki 40% sahaja dikatakan berjaya.

"PKMM cawangan Kedah dukacita kerana untuk tahun ini kerajaan Kedah hanya memberi peluang kepada kita menyelenggara jalan negeri bernilai RM50 juta sahaja," - kata Yang Dipertua PKMM Kedah, Ahmad Fatahi Omar kepada Bernama, semasa majlis perasmian mesyuarat agung tahunan ke-35 PKMM di Alor Setar semalam.

Apakah punca tenat dan gulung tikar?


Penyebab utama ialah Kerajaan Kedah dibawah PAS pandang dengan sebelah mata terhadap Persatuan Kontraktor Melayu yang majoritinya ahlinya dikatakan orang-orang Umno semenjak dari zaman dulu lagi. Puak-puak PAS dikatakan belum berjaya menembusi Persatuan ini. Atas alasan itu persatuan dianaktirikan.

Untuk membaiki keadaan Ahmad Fatahi berkata pihak Persatuan telah menghantar surat kepada kerajaan Kedah dua bulan lepas supaya menganugerahi projek melalui cabutan undi dan menghentikan pemberian projek kepada konsortium yang dikuasai anak syarikat miliknya.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Azmi Lateh semasa perasmian berkata kerajaan pusat melalui Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) telah menyalurkan RM1.38 bilion dalam bentuk projek infrastruktur kepada Kedah untuk menyemarakkan pelaburan dan aktiviti ekonomi tahun ini.

Azmi Lateh berkata jumlah itu belum termasuk perlaksanaan projek kecil dari semasa ke semasa mencecah hampir RM60 juta.
   
Habis, sebenarnya apa yang telah terjadi?

Kerajaan PAS Kedah dikatakan telah menganaktirikan Persatuan dengan memberi projek-projek kepada GLC untuk menghidupkan mereka. Kerajaan pusat pula diberitakan menyalurkan projek berbillion-billion kepada Kedah.

Habisnya, kenapakah 60% ahli persatuan tenat, gulung tikar dan mati?

Untuk projek mega dan berjuta-juta, kita cukup faham masalah sebenarnya kerana majoriti ahli-ahli persatuan kontraktor adalah kecil dan anak bilis. Ini dapat dilihat sendiri melalui bukti luaran senarai nama ahli-ahli jawatankuasa dimana majoritinya berdaftar perniagaan dan tidak mampu pun dari segi kewangan untuk mendaftar sendirian berhad. Lihat disini>


Mereka hanya mengharap tadahan projek-projek kecil pemberian Majlis Daerah, Perbandaran dan jabatan negeri dibawah kuasa penuh dan mutlak kerajaan Azizan PAS.

Berapa banyak kah projek-projek kecil yang ujud dibawah PAS?

3 comments:

  1. Hakikatnya memang dah lama mati dan lingkup.

    ReplyDelete
  2. Its like you read my mind! You seem to know a lot about this, like you wrote the book in it or something.

    I think that you can do with a few pics to drive the message home a little bit, but instead of that, this is magnificent blog.
    A great read. I'll definitely be back.
    Feel free to surf my web site : sex

    ReplyDelete
  3. Bila nak berdikari?

    ReplyDelete