Multiple Pages

11/09/2012

Raja Petra Akan Pulang Ke Malaysia. Beliau Akan Di Tahan Di Airport?


Oleh: HHalem.
Berhadapan risiko ditangkap? Raja Petra tentu bijak.
Sudah tentu maklumat dalaman Raja Petra telah maklum keadaan telah reda dan selamat.
........................
FreeMalaysiaToday melaporkan Raja Petra Kamarudin, pengarang Malaysia Today, sedang menghubungi Kedutaan Malaysia di London didalam usaha beliau untuk memperbaharui pasport antarabangsa untuk pulang ketanah air Malaysia.  

Raja Petra, lari dari Malaysia pada February 2009, enam bulan sebelum pasport beliau tamat tempoh dan hidup dalam buangan di Manchester sehingga kini.


Raja Petra, sebelum ini telah dilarang meninggalkan Malaysia diatas pelbagai alasan memfitnah dan dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia. Sebaliknya, beliau telah menyeludup keluar secara haram ke Thailand sebelum lari ke UK.

Selama berada di UK, Raja Petra senantiasa menimbulkan pelbagai kontrovasi dengan pelbagai pendedahan diblog beliau. Sebenarnya beliau amat merindui Malaysia untuk bertemu kawan-kawan dan sebelum ini tidak ada alasan kukuh dan munasabah untuk beliau pulang ketanah air.

Raja Petra senantiasa melaung-laungkan bahawa Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Umno-BN perlu lebih bersifat keterbukaan, perlu ketelusan dan rakyat Malaysia perlu berani menegakkan keadilan dan kebenaran. Malangnya diri beliau sendiri tidak berani menegakkan kebenaran dan cabut lari apabila pihak berkuasa memerlukan beliau untuk disiasat.

Selama berada di UK, Raja Petra mencari pelbagai alasan untuk pulang ke Malaysia dan peluang keemasan tiba apabila beliau berselindung dibawah program untuk membantu Nurul Izzah Lembah Pantai melawan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin iaitu Menteri Wilayah didalam PRU13 akan datang.

Untuk pulang begitu sahaja ke Malaysia, tanpa alasan kukuh memang beliau mencari nahas kerana beliau masih lagi diperlukan oleh pihak berkuasa.

Jadi beliau mengunakan peluang dengan memugut derma, sehingga kini Rm35,365, dengan tujuan berselindung untuk membantu Nurul bertanding.

Bayangkan jika kerajaan menahan beliau sebaik sahaja beliau menjejak kaki di bumi Malaysia. Raja Petra akan melaung-laung serata dunia bahawa beliau ditahan atas dasar politik. Buktinya ialah beliau memugut derma untuk membantu Nurul. Jumlah wang pungutan dijadikan bukti kukuh bahawa kerajaan Umno-BN mengambil sikap membenam dan memenjarakan seteru politik. Meter politik Raja Petra dan Nurul akan terus naik atas dasar simpati.

Silap-silap haribulan, mungkin sudah ada komplot oleh kuncu-kuncu Anwar untuk mencederakan Raja Petra. Umno-BN dan kerajaan pimpinan Najib akan dituduh. Sudah tentu Anwar akan disanjung dan menang besar atas tiket simpati. Entah-entah Raja Petra juga sendiri sebenarnya akan bertanding dan akan menang besar pada PRU13 nanti.

Sebelum ini, untuk melembutkan hati pengikut Umno-BN (mungkin juga Kerajaan) yang membuak-buak terhadap beliau, Raja Petra akhir-akhir ini telah menghentam Anwar kaw-kaw. Yang anihnya beliau menyokong kuat Nurul. Strategi Raja Petra mungkin akan berjaya kali ini, walaupun percaturan beliau cukup mengelirukan.

Setakat ini, Immigration Department Director-General Datuk Alias Ahmad berkata bahawa tiada apa-apa halangan bagi Raja Petra untuk pulang asalkan beliau mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Selagi beliau (Raja Petra) mempunyai dokumen perjalanan yang sah, memang tidak ada halangan untuk beliau pulang ketanahair...pasport beliau boleh diperbaharui di Kedutaan Malaysia di London” – Datuk Alias memberitahu FreeMalaysiaToday.

Kita tunggu apa kata Pak Menteri berwajib. Adakah Raja Petra akan ditahan di airport nanti apabila kaki beliau menyentuh tanah di KLIA.?

Olahan bebas dari FMT>

No comments:

Post a Comment