Multiple Pages

02/09/2012

Sikap Angkuh Anwar Terserlah Ketika Membaca Rukun Negara (Video).


Oleh: HHalem.


Jelas samaada:-

1- Anwar tidak mahu langsung menghormati Rukun Negara atau

2- Anwar sedang berangan dan menganggap diri beliau Presiden Republik Rakyat Malaysia ketika Rukun Negara sedang dibaca, atau

3- Anwar memikir beliau sebagai tetamu kehormat mengantikan Sultan Selangor, maka tidak perlu langsung mengangkat tangan.

Ketiga-tiganya mempamirkan sikap angkuh Anwar.

Sedarlah pengikut PAS-PKR sebelum terlambat.

Sudahlah Sultan Selangor tidak dijemput, kemudian bendera Malaysia hendak ditukar, kini tidak menghormati langsung Rukun Negara.

Kata Setiausaha Sulit Baginda Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, bahawa Baginda Sultan Selangor merasa pelik (belum murka lagi).

“Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi”

“Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan, tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi bukan politik”

Penulis merasakan bahawa jika Baginda Sultan dijemput sekalipun, Baginda tidak akan hadir kerana tema hari merdeka Selangor "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" berlainan sekali dengan tema merdeka Kerajaan Persekutuan "Janji Ditepati". 

Tetapi sebagai formaliti, Khalid lebih waras menjemput Baginda. Datang atau tidak, itu belakang kira. Jika Baginda dijemput tentu tidak terjadi krisis seperti sekarang. Khalid tersilap percaturan sekali lagi. 




No comments:

Post a Comment