Multiple Pages

02/09/2012

Setiausaha Agung Pas Menempelak Pok Nick Yang Senantiasa Ghairah.


Oleh: HHalem.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menempelak pemimpin-pemimpin Pas yang terlalu ghairah membuat kenyataan dalam media sehingga menampakan PAS seperti hilang arah tujuan, berselisih pendapat dan menampakan ketidak-cerdikan Pas di mata umum; terutamanya pada ahli-ahli Pas yang bertambah kebingungan dan malu dengan sikap pemimpin terpilih mereka.

Mustafa memaklumkan hanya dua individu sahaja yang boleh bersuara mengenai isu kontroversi seperti hudud, iaitu Presiden Pas Hadi Awang dan Ketua Penerangan Pas Pusat.


Kata Mustafa ketika di Rumah Terbuka Perantau di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Ibai.
“Kita telah mengambil keputusan baru-baru ini supaya yang sepatutnya memberi respons dalam isu kontroversi ialah Presiden Parti dan Ketua Penerangan (Pas Pusat). Kita sudah mengambil keputusan seperti itu supaya tidak timbul lagi percanggahan”

“Jadi, yang bawah ini kena jagalah sikit,  jangan ghairah sangat. Surat khabar ini, memang dia cari ‘point’ orang bercakap sebenarnya,”  - di petik SinarHarian>.

Jika hanya Presiden Pas dan Ketua Penerangan Pas Pusat sahaja yang layak, bermakna Pok Nick juga tidak layak bercakap pasal hudud dan beliau termasuk juga dalam golongan yang terlalu ghairah.

Pemimpin-pemimpin Pas lain sebenarnya tidak boleh dipersalahkan kerana orang yang ghairah dan selalu mengelirukan ahli-ahli Pas ialah Hadi Awang dan Ketua Penerangan Pas Pusat itu sendiri. Contoh Pok Nick disini>, Hadi disini>, Mahfuz disini>

Malahan semuanya bertambah haru-biru apabila Pok Nick masuk campur. Jahanam lagi apabila dua Samdol (Mahfuz dan Mat Sabu) didalam Pas membuka mulut mereka.

Jika diteliti betul-betul, sebenarnya Mustafa Ali ini sendiri terlalu ghairah bercakap sehingga beliau terlupa hendak mengkatogarikan kedudukan Pok Nick.

Pemimpin Pas mulai sedar kesilapan-kesilapan mereka sendiri selama ini. Yang menjadi mangsa ialah pengikut Pas kerana mereka konpius (ada kata mereka bebal).

1 comment:

  1. mana ada ahli pas yang sanggup melagang buah fikiran yang telah diset oleh president repbulic dalam kepala otak memanda menterinya.tengok datuk hassan ali.jaga periok nasi abang,betul tak?.

    ReplyDelete