Multiple Pages

10/09/2012

TERKINI. Nasharudin Terselamat Dari Tindakan Majlis Syura.


Oleh: HHalem.

Penat menunggu berhari-hari dengan pelbagai spekulasi, akhirnya berita baik diterima malam ini. Majlis Syura, selesai bersidang malam ini tanpa mengeluarkan sepatah ayat pun mengenai kedudukan bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa.

Ini bermakna, Nasharudin yang turut hadir pada mesyuarat malam ini yang berlangsung lebih dua jam, kekal sebagai ahli Majlis Syura.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Pas. Bab Nasha tidak dibincang.

"Mesyuarat hari ini membincangkan tentang calon pilihan raya yang ke 13,"

"Tidak ada dalam agenda (mesyuarat). Tak ada. Dan dia hadir dalam mesyuarat. Dia masih lagi jadi ahli Majlis Syura Ulama,"

"Tidak timbul apa-apa masalah. Siapa yang timbul masalah (ini) ?" soal Abdul Hadi.



Mursyidul Am, Pok Nick yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura, dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat Pas jam 9.15 malam, selepas mengetuai mesyuarat bulanan kira-kira 20 minit.

Difahamkan mesyuarat disambung kemudian oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Jika Nasha tidak hadir mesyuarat hari ini, beliau memang akan nahas dan akan diambil tindakan.

Sekarang apa lagi spekulasi mengenai Nasha?

Ada satu lagi !
Adakah Nasha dicalonkan semula untuk bertanding pada PRU13?

Jawapannya sudah tentu kerana Nasha mempunyai ramai pengikut tersendiri. Jika kekal sebagai ahli Majlis Syura, sudah tentu beliau mesti dicalonkan.


6 comments:

  1. Yg bloger umno sebok2 apa hal

    ReplyDelete
  2. Mestilaa sebok..sebab ustaz nasha tu nampak condong sebelah depa....

    ReplyDelete
  3. erk eleh yg mr.bean dan lebai gila peh sibuk psal UMNO xpa plak...

    ReplyDelete
  4. bukan pas dan ustaz nasha ..tp puak2 lain pulak yg kemaruk..macam anak itik kelaparan ..setakat brader hasan dan ustaz mentah ufb tu boleh la..tp ust nasha ni teguh dan ampuh imannya..jgn nk dibuat main wei..hahahaa

    ReplyDelete
  5. PAS semakin hilang kepimpinan ulama yang mereka laung-laungkan dulu..adalah baik jika PAS kembali seperti dulu..walaupun belasahan dalam politik..tapi PAS amar maaruf nahi munkar..sekarang..sudah terbalik..amar munkar nahi maaruf..

    ReplyDelete
  6. Seronok tengok kaldai lawan cakap tokey Anuwar & Kit Sial..heeehaaaawwwww..heehaaaawwww

    ReplyDelete