Multiple Pages

10/09/2012

Wakil Rakyat Perlis Di Tumbuk Biji Mata Oleh Pembangkang.


Oleh: HHalem.

Di Kuala Perlis seorang lelaki, katanya pembangkang, telah menumbuk ADUN Kuala Perlis, Mat Hassan kerana tidak puas hati dengan perjuangan beliau.

Kejadian berlaku di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis, ketika Mat Hassan menziarahi kematian.


Kata Mat, lelaki itu dipercayai daripada parti pembangkang dan tidak puas hati apabila ramai penduduk di sekitar kawasan berkenaan memilih perjuangan yang dibawanya.

“Keadaan ketika itu tidak tegang dan hanya seperti biasa. Tiba-tiba sahaja lelaki itu bertindak agresif dan menumbuk bahagian bawah mata kiri saya,”

“Saya tidak menyangka sama sekali perkara seperti ini akan berlaku, tambahan lagi di kawasan sendiri”

“Ini kita anggap sebagai peringatan kepada wakil rakyat yang lain, jika berada di luar perlu lebih berjaga-jaga” - SinarHarian

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, seorang suspek telah ditahan kira-kira jam 4 pagi semalam dan direman tiga hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Rahman memaklumkan bahawa semakan mendapati suspek, yang juga seorang nelayan pernah:-

a- 5 kali ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya di Perlis,

b- 5 kali ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas di Batu Gajah dan

c- 1 kali ditangkapan di bawah Seksyen 411 dan 332 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi menakutkan penjawat awam menjalankan tugas.

Bab tumbuk menumbuk ini sudah tentu lah budaya Pas-Pkr yang semakin menjadi-jadi.

Adakah ia dilakukan oleh nelayan pengikut PKR atau pengikut PAS?

Berdasarkan rekod jenayah yang lepas, nelayan tersebut  lebih mirip kepada gangster yang mungkin mempunyai fahaman politik pembangkang seperti yang dinyatakan oleh Mat Hassan.

Nama pun gangster, sudah tentu anti-establishment seperti pembangkang.


5 comments:

  1. Hhaleem hg ni memang lidah syaitan buat fitnah hg org utara ni dh tau maklumat dari akhbar sehari selepas kejadian yb mat pun tau sapa yg pukul dia hg jng tabur fitnah

    ReplyDelete
  2. hg jadi la admin oi...hg mohon laa taubat kt allah swt tntang fitnah yg hang taboq tu...yg tumbuk tu tadak kaitan dgn pembangkang pon..org yg tumbuk mat hassan tu mmg jenih baran tak ketahuan..meniaga tak laku dok salah org lain..haha..hg ni bodo laa blogger..asai wakil rakyat bn kna tibai,pembangkang kna tuduh...bila pembangkang kna tibai, bn kna tuduh..ni dia laaa punca rakyat msia terutama org melayu dok jadi bodo dan dungu..pasai org macam hg laa admin oi

    ReplyDelete
  3. mau jadi wakil rakyat tapi langsung tidak ada ilmu pendinding atau ilmu bela diri,senang2 kena tumbuk, padan muka....hahaha

    ReplyDelete
  4. Tajuk pun dah lucu nak baca. YB kena penumbuk di Perlis.Tak baik buat begini..bukan budaya rakyat Malaysia. Tetapi di sebalik peristiwa ini tentu ada sesuatu yang menyebabkan rakyat (panas baran) sanggup bertindak begini.Dah merdeka 55 tahun. Tengoklah sama ekonomi Perlis. Dok takuk mana. Berubahkah atau tidak.Rasanya Kelantan lagi maju dari Perlis.Fikir-fikirkanlah dan jangan ada orang dok fikir bila gaji nak naik,pangkat nak naik,alaun nak tambah, bonus, banglo ,mers...sampai terlena dalam opis yang sejuk atas kerusi empuk. Kata pun tak kena...Tak kata pun depa terus lena..Jeng..Jeng..Jeng...waning..undi dah dekat ooi...dok lena lagi kaaaaaaa ????

    ReplyDelete
  5. Ciri2 jahat busuk mengaum seperti yang Ada pada Puak Penyokong Ahli LGBT...

    ReplyDelete