Oleh: HHalem.
Malaysia perlu mengikut contoh Mesir dan menutup segera NGO/Suaram/Malaysiakini sebelum terlambat.
Tun Mahathir - "Kerajaan interim Mesir telah pun menghentikan kegiatan sesetengah NGO ini yang datang dari Amerika. Mereka ini sebenarnya dibiayai oleh kerajaan (Amerika), mereka pergi ke Mesir dan cuba mempengaruhi orang Mesir dan siapa-siapa yang hendak menghadapi pilihan raya. Mesir telah menghalang mereka daripada masuk campur (PRU)”
......................
Tun Mahathir telah diminta mengulas mengenai penyaluran dana asing kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dari pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang George Soros, iaitu :-
a- RM1.6 juta dari National Endowment for Democracy (NED) dan
b- RM845,835 dari Open Society Institute (OSI),
Ikuti apa kata Tun dibawah :-
Tun berpendapat bahawa apa yang dimahukan oleh pihak asing itu bukan setakat regime change atau perubahan kerajaan DS Najib yang memerintah tetapi mereka mahu mengangkat Anuar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menyokong dan mengikut telunjuk pihak Amerika dan Yahudi.
Tun berkeyakinan bahawa wang asing itu juga adalah untuk perhimpunan BERSIH sebahagian daripada operasi untuk menyokong Anwar dan menjatuhkan kerajaan.
"Jerman pun bagi duit, apa kena-mengena dengan Jerman?”
“Adakah anda tidak bersetuju dengan kerajaan sekarang dan mahu menjatuhkannya?”
“Kalau nak bagi duit, bagi dua-dua belah (pihak). Bagi kepada pihak penyokong kerajaan dan pihak pembangkang tak apa. Tapi apabila anda memberi dana hanya kepada satu pihak bermakna anda mengapi-apikan rakyat supaya menentang kerajaan.”
"Ini salah! Ia adalah hak rakyat negara ini untuk memilih kerajaan yang mereka kehendaki bukannya orang luar menentukan kerajaan yang mereka mahukan,"
Kata Tun, apa yang diperjuangkan oleh NGO/Suaram/Malaysiakini yang menerima dana asing ini bukan lagi mewakili suara rakyat Malaysia sebaliknya suara pihak luar.
"Ia bukannya inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Tak kan kita hendak dikuasai oleh orang asing? Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar. Jadi siapa yang nak pilih Perdana Menteri Malaysia, orang Malaysiakah orang asing?," soalnya.
Menurut Tun, modus operandi yang digunakan adalah sama seperti di Libya, Mesir dan negara Arab lain yang mereka namakan sebagai Arab Spring, iaitu pihak asing memberi bantuan kewangan bagi membiayai aktiviti NGO mengapi-apikan rakyat supaya bangkit menentang kerajaan dan melakukan apa yang dikatakan sebagai regime change.
"Kerajaan interim Mesir telah pun menghentikan kegiatan sesetengah NGO ini yang datang dari Amerika. Mereka ini sebenarnya dibiayai oleh kerajaan (Amerika), mereka pergi ke Mesir dan cuba mempengaruhi orang Mesir dan siapa-siapa yang hendak menghadapi pilihan raya. Mesir telah menghalang mereka daripada masuk campur (dalam pilihan raya)”
"Kita tak pernah campur tangan, tak pernah pergi kacau, dia punya pilihan raya, dia punyalah. Kita punya pilihan raya adalah hak rakyat kita, pasal apa dia nak cuba pengaruhi orang untuk menukar kerajaan, kerajaan yang mesra kepada mereka? Inilah tujuannya. Ini yang diuar-uarkan sebagai regime change,"
Petikan kata-kata Tun kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya kelmarin.
Tiap-tiap kerajaan di dunia ini ada polisi sendiri untuk mengatasi kelicitan musuh dalam selimut. Malaysia apa kurangnya- takkan tak tau lagi gejala ini yang dah terburai segala isi perjuangan NGO yang bermotif menjatuhkan kerajaan dan membentuk kerajaan boneka yang dijajah olih kuasa asing. Tak kan nak biar Luncai itu menjadi raja. Bertindaklah , rakyat dah tahu, kata pepatah biar senget jangan tumpah.Sedarlah dah ramai rakyat tergoda dengan propoganda licik mereka. Bertindaklah dan gunakan segala saluran media yang ada untuk menyedarkan rakyat kenapa kerajaan harus bertindak demikian. Masa dah suntuk dan jangan harap 100% kepada kemenangan PRU 13. Macam2 bolih jadi dengan PRU kali ini. Media pun jangan ashik dengan rancangan hiburan sahaja tapi masa ini guna betul2 untuk membela kerajaan . Lakukan penerangan kepada rakyat 24 jam terus agar rakyat sedar gejala yang dihadapi. Ini hal cukup serius. Kami rakyat tak rela hidup dalam kerajaan boneka. Selamatkanlah bumi MELAYU ini sebelum terlambat.
ReplyDeletebn..be end....no 2 b n
ReplyDeletemadey ... merapu lg ... anakcucu mual dah ... njib ni jwtan apa? sahaya madey ka?
ReplyDeletebumi melayu dah cacamarba kerna umno ... hub dadah, hub pelacur, hub along n gangster , hub judi, hub arak, hub ragut n rogol, .... hub PATI ......
ReplyDeletemelayu dilalaikan ............
hub disko tumbuh seperti cindawan kat kedah(parti kononnya isle)....hub pelacuran kt penang pon bnyk(parti rasis)...hub kelate serambi mekah pelacuran masalah sosial pon tak habis2(had ni parti sesat)....kate isle...22 tahun perintah dok takat tu ja la....hub arak kt selangor makin bertambah lagi ader ler(parti kuat kencing).....abes ore melayu jadi kuli batak orang cine sejak pakatan harem ni ambil alih....sian ore melayu jadi kuli orang gila kuaso ni hahaha
ReplyDeleteInsyaAllah kita nyah kan pengkhianat2 yang nak rosak kan negara dengan bantuan yahudi laknat ni dalam PRU13 nati BN mng jgn nak salah kan BN slh kan diri sndri yang bodoh tak guna otak ikut telunjuk pakatan haram yang tak berapa nak pakat tu hahahahaha
ReplyDeleteInsyaAllah sejarah perit kejatuhan Kerajaan Melaka yang gah tidak akan berulang. Portugis dengan mudah menakluk Melaka kerana kealpaan orang Melayu dan kelicikan pihak yang ingin merosakkan Kerajaan Melaka/Melayu. Ingatlah seruan Dato Onn: " Melayu jangan takut. Bersatu padu boleh memadamkan bahaya. Ingatan kepada semua pemimpin Melayu. drsbos
ReplyDeleteCasinos Near Me - Best Casino Near Me - MapyRO
ReplyDeleteMapyRO provides a complete list 순천 출장마사지 of 남원 출장샵 casinos with 안동 출장안마 convenient access to the Las 안성 출장안마 Vegas 포항 출장마사지 Strip, with gaming options that include:.
Anonymous said...
ReplyDeleteDATUK YIP KUM FOOK sangat jahat kerana menggunakan polis dan gangster untuk menghalau sami Buddha keluar dari kuil, memaksa semua sami Buddha keluar dari kuil secepat mungkin, dll.
Kemudian Sami Buddha perlu keluar dari Kuil kerana mereka atau pasukan DATUK YIP KUM FOOK kuat dan garang, beberapa sami perlu ke hotel untuk berehat, dan beberapa penganut membawa sami ke rumah mereka di Kepong Baru
Kalau ada yang tak percayakan kami, sila hubungi Ah Wah, Selayang...Bob Tan, Ah Chuah, dll.... adalah saksi kejadian pada hari tersebut.
Segala-galanya tidak akan dilupakan oleh penganut Buddha di Taman Desa Jaya, Kepong, dan kami akan menghantar maklumat ini kepada dunia Buddha(Buddhist) dan Dunia Buddha Sangha dan juga berkongsi di internet
Oleh Yap, Taman Desa Jaya, Kepong
Re- shared by Datuk Kim and Friends, Taman Desa Jaya…Kepong