Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label Shahrizat Jalil. Show all posts
Showing posts with label Shahrizat Jalil. Show all posts

23/05/2012

TERKINI. NFCorp Saman Public Bank Berhad.


Oleh: HHalem.

Sepatutnya NFC telah lama mengambil tindakan saman terhadap Public Bank. Kerani yang mendedahkan segala maklumat kepada PKR Rafizi ialah Johari Sulaiman.

..mStar..
Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) pada Selasa memfailkan saman terhadap Public Bank Berhad di Mahkamah Tinggi di sini, bagi menuntut kerugian yang dialami sehingga menjejaskan kredibiliti dan reputasi syarikat itu dalam perniagaan berikutan bank tersebut didakwa telah melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Peguam Cara yang mewakili NFCorp dalam satu kenyataan menegaskan bahawa perlanggaran keselamatan oleh Public Bank membolehkan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli, seperti yang didakwa untuk membuat spekulasi dengan memburukkan reputasi, kredibiliti dan keupayaan syarikat.

Ini katanya, ia termasuk syarikat-syarikat berkaitan dan pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dengan pihak kerajaan, orang awam dan ahli-ahli perniagaan.

“Dalam saman tersebut dinyatakan bahawa maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya, serta pengerusi (plaintif) telah disebarkan kepada umum secara meluas, sehingga mengakibatkan kehidupan pengarah-pengarah dan ahli keluarga plaintif terdedah kepada ancaman bahaya,” katanya.

Peguam Cara NFCorp berkata, Public Bank bertanggungjawab melindungi maklumat mengikut dasar undang-undang, secara kontrak dan tanggungjawab telah diamanahkan daripada ia dicetak semula, diedar, dihebah, didedahkan atau disiarkan kepada mana-mana pihak, atau merekodkannya bagi mana-mana pihak, terhadap apa-apa maklumat atau dokumen membabitkan akaun pihak plaintif untuk disiarkan oleh mana-mana pihak ketiga.

“Tindakan undang-undang ini diharapkan akan menjadi satu peringatan kepada bank-bank dan juga institusi-institusi kewangan terhadap tanggungjawab mereka untuk melindungi maklumat rahsia pelanggan-pelanggan mereka dalam sebarang keadaan termasuklah memastikan pelanggan-pelanggan mereka tidak terdedah kepada ancaman bahaya,” katanya lagi.

Beliau menambah, Seksyen 97 BAFIA menyatakan,

“Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) yang dengan apa jua cara sekali pun mendedahkan kepada mana-mana orang lain.”

............ 
(NEWS RELEASE prepared and issued on behalf of National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) by public relations consulting firm – GRA Communications Sdn Bhd.)
Comments / Pandangan Melalui Facebook

07/04/2012

PANAS: Najib Memangku Jawatan Menteri Wanita. Rosmah Senyum Lebar Untuk Memangku.



Oleh: HHalem.

1- Berita cukup menarik hari ini ialah Perdana Menteri DS Najib Razak telah membuat keputusan untuk memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat setelah tamat tempoh perkhidmatan DS Shahrizat Abdul Jalil sebagai Senator pada 8 April.

Pengumuman Najib hari ini berikutan DS Sharizat Abdul Jalil telah melepaskan jawatan beliau dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarganya.

2- Sebaik sahaja membaca berita Najib memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, sekelip mata terlintas di fikiran kita bahawa ini adalah satu perkara yang sangat bijak dan bertepatan yang dibuat oleh DS Najib.

Selain DS Najib sangat-sangat meminati hal ehwal pembangunan wanita, beliau juga di lihat tidak mahu memecahbelahkan lagi Wanita Umno yang sekarang telah berkecamuk dan masing-masing mengharapkan kem masing-masing menjadi Menteri mengantikan Shahrizat. Ini satu keputusan bijak oleh Najib.


3- Walau bagaimana pun, DS Najib juga harus berhati-hati kerana sekelip mata juga telah diketahui bahawa terdapat satu lagi jawatan di belakang tabir yang kerjanya ialah pangku memangku Kementerian Wanita berkenaan. Kita tidak mahu dilihat, akhir-akhir sekali Rosmah Mansur yang pangku memangku mengantikan beliau disetiap mesyuarat dan acara kementerian. Biar lah Rosmah dibelakang tabir kerana tersilap langkah oleh Najib kerana mengikut kehendak Rosmah akan menimbulkan publisiti buruk yang akan merosakan image Najib-Umno-BN-Kerajaan.

Apa-apa pun kita lihat dahulu setakat mana kebijaksanaan DS Najib kerana kita tidak mahu diperkatakan, sebenarnya “Rosmah Mansur Memangku Jawatan Kementerian Wanita” yang running-the-whole show, dan bukan nya DS Najib.


Sumber KLPos.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

28/03/2012

Tender Semula. DS Najib Akhirnya Akur Kepincangan NFC.


Oleh: HHalem.

....start berita Bernama...
Kerajaan Buka Tender Ambil Alih Projek Fidlot Nasional.

Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta memastikan projek itu diteruskan.

"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini)”

"Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," – Noh Omar ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.

-Bernama

....end berita Bernama...

HHalem:-

Dengan pengumuman DS Najib sebelum ini meminta supaya projek NFC diteruskan dan dengan susulan oleh Noh Omar sebagai menteri berkaitan, terbukti lah sudah bahawa kerajaan akhirnya akur dengan apa yang terjadi dengan pengurusan dan salahguna pentadbiran NFC.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

23/03/2012

Tarik Rambut Antara Shahrizat-Kamilia Di Leraikan Oleh Najib.


Oleh: HHalem.

1- Wanita Umno cukup pantas bekerja dan bertindak sepantas kilat untuk menyelesaikan masalah.

Satu pujian besar perlu diberi kepada Datuk Kamilia Ibrahim, yang cukup berani seperti seorang serikandi.

Kerana Kamilia, desas-desus akar umbi meminta Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Umno telah beres dan  tidak menjadi duri dalam daging; dan tidak membakar seperti api dalam sekam; dan bisul tidak menunggu masa untuk meletup.

Bayangkan jika tidak ada sesiapa yang berani bersuara seperti Kamilia? Ia sudah tentu akan merebak bak barah sehingga ke PRU13. Malah ia boleh merebahkan perpaduan Wanita Umno di saat menjelang PRU13.


2- Kamilia sebelum ini difahamkan meminta Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno urutan dakwaan Shahrizat terlibat dalam isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) di mana syarikat mengendalikan projek itu National Feedlot Corporation (NFCorp) adalah milik suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

12/03/2012

Shahrizat Confirm Resign. Najib Senyum Rasa Lega.


Oleh: HHalem.

1- DS Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April 2012.

Tarikh tersebut juga adalah hari Shahrizat tamat tempoh penggal sebagai Senator.

“Saya memaklumkan bahawa pada 8 April depan selepas tamat penggal sebagai ahli dewan negara saya akan berundur sebagai menteri”

“Namun begitu selepas berbincang dan memikirkan perkara ini saya mengambil keputusan akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno ”  

“Ini adalah masa yang sesuai untuk saya berundur dan saya sudah siapkan surat perletakan jawatan dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri hari ini ” – Shahrizat.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

10/03/2012

Shahrizat Letak Jawatan . Tafsiran Kenyataan Najib.


Oleh: HHalem.



"Bukan khabar angin, kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," – DS Najib

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas desas desus yang mengatakan Sharizat akan mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai menteri dan Ketua Pergerakan Wanita Umno dalam majlis yang dihadiri lebih 20,000 anggota Wanita Umno serta sayap parti dari seluruh negara itu.

Daripada kenyataan Najib di atas pelbagai tafsiran boleh dibuat. Kenapa Najib perlu membuat apa-apa pengumuman mengenai Shahrizat jika didalam keadaan biasa, kecuali berita mengejut seperti perletakan jawatan.

Salah satunya ialah Shahrizat akan meletak jawatan beliau pada hari tersebut.


Sumber mStar.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

14/02/2012

PAS - Shahrizat Wanita Bani Makhzum versi Umno.


Oleh: HHalem.

1- Lihat bagaimana buruk dan seburuk-buruknya perangai orang-orang PAS dengan mengambil petikan dari Hadith Rasulullah dan meletakan nya kepada sesiapa sahaja yang mereka pilih, contoh kali ini keatas Shahrizat.

Bagi kebanyakan pengikut PAS yang celaru, akan menimbulkan konflik dalam diri. Hendak menidakkan tuduhan PAS, hadith Rasullullah digunakan sebagai landasan.

Mengkritik PAS kerana menuduh Shahrizat begitu rupa, adakah juga bermakna seseorang itu menidakkan Hadith Rasul.?

Lihat bagaimana PAS menggunakan Agama, Hadith dan Al Quran untuk melawan Umno-BN sehingga menimbulkan konflik dalam diri bagi pengikut-pengikut PAS. Mahu tidak mahu, mereka menerima nya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka, terutamanya Pok Nick, supaya akidah tidak dikatakan sesat.

Ini lah makna sebenarnya ayat, "menggunakan agama Islam untuk kepentingan politik" yang selalu disebut-sebut, tetapi maksudnya kita kurang jelas.

  
.....HarakahDaily...

Shahrizat wanita Bani Makhzum versi Umno

Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Comments / Pandangan Melalui Facebook

11/02/2012

Daim Zainuddin Mengkritik Shahrizat. Boleh Gulung Kain Segera.


Oleh: HHalem.

1- Hari ini nasib Shahrizat cukup malang lagi apabila Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata agak sukar bagi Ketua Wanita Umno Datuk Sharizat Jalil bertanding sekali lagi di Lembah Pantai setelah tewas pada PRU tahun 2008.

Sebaliknya Daim berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin adalah calon paling sesuai untuk merampas balik kerusi Lembah Pantai pada pilihanraya umum akan datang.

2- Daim jarang-jarang sekali memberi komen politik, dan pandangan beliau masih lagi didengari. Ini yang membuat tamparan hebat ke muka Shahrizat yang telah parah.

Masih kah kita ingat bagaimana Daim membuat komen politik bahawa 5 negeri akan tewas ke tangan Pakatan semasa PRU 12 dahulu?.  

"Saya tidak nampak Shahrizat boleh ke kawasan ini...kerana dia kalah. Kalau kalah, nak cuba lagi...saya ingat susahlah. Itu pandangan saya,”  

“Sekarang ada ketua bahagian, seorang menteri (Raja Nong Chik). Kalau tidak pilih dia, nak pilih siapa lagi" - Daim di majlis anjuran Umno di Lembah Pantai - Bernama.


Daim, bekas Bendahari Umno memberi pandangan bahawa peluang merampas kembali kerusi Lembah Pantai memang ada jika ahli-ahli UMNO bersatupadu dan pucuk pimpinan memilih calon yang betul, iaitu memilih Nong Chik. Walaupun ia amat sukar untuk dimenangi.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

09/02/2012

Video Shahrizat - Bertemu SPRM


Oleh: HHalem.



Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO kembali bertugas di Kementeriannya pada hari ini (08/02/12), selepas bercuti tiga minggu, berada di ibu pejabat SPRM pada jam 4 petang tadi, berkaitannya dengan siasatan isu National Feedlot Corporation (NFC). 

Menurut laporan TheStar Online>, Shahrizat mendakwa dirinya secara sukarela memohon untuk disiasat SPRM, melalui satu pesanan ringkas (sms) kepada wartawan media itu.

"Excuse me !! I am here at SPRM willingly. Have requested to be questioned and investigated so that no stone is left unturned. Enuff of wild allegations!" 
(Saya berada di SPRM secara sukarela.  Saya meminta untuk disoal-siasat agar siasatan itu dilakukan secara menyeluruh.  Cukuplah tuduhan liar!).

Namun demikian, ketika dihubungi MerdekaReview> pada jam 6 petang, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali mengesahkan bahawa Shahrizat dipanggil untuk memberi kenyataan. 

"Saya tak tahu apa dia cakap.  Yang saya tahu dia dipanggil untuk beri kenyataan," kata Mustafar Ali. 

Kaedah panggilan adakah bersurat, ber-sms atau bertalipon sahaja? Bagi Jabatan-jabatan kerajaan, kebiasaannya bersurat.

Boleh kah sesiapa sahaja orang awam ke pejabat SPRM dan berkata, "tolong lah siasat diri saya, mungkin saya bersalah"

Kes yang jelas bagaimana seorang Menteri tidak boleh menerima kenyataan dan hakikat bahawa beliau "di panggil".

Di Jabatan Kerajaan, bagi yang "memanggil" ia cukup seronok dan penuh dengan kuasa. Bagi yang "kena panggil" pula ia cukup aib dan memalukan.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

06/02/2012

Shahrizat Di Hendap Oleh Kaki Intai Yang Cun Dan Jambu Milik Anwar. Gelabah Shahrizat.


Oleh: HHalem.

Siapa kah yang mengintai dan mengendap Shahrizat selama 3 bulan?

Kali ini si pengintai nya telah tertangkap dan diketahui umum. Berdasarkan Shahrizat si pengintai adalah seorang lelaki yang cun dan jambu.


Rafizi Ramli !

Ada kah Anwar terlepas pandang si Rafizi yang dikatakan cun dan jambu ini oleh Shahrizat ?

Sebelum ini Rafizi sahaja yang menyerang Shahrizat bertubi-tubi secara peribadai dan memalukan didalam kes lembu NCF.

Tetapi kali ini giliran Shahrizat pula menyerang Rafizi secara peribadi dan kaedah memalukan pihak lawan.

Shahrizat bertukar dari ‘defensive-mode’ kepada ‘attacking-and-humiliating-mode’. Kita menyokong penuh usaha Shahrizat ini.

Apa kah serangan peribadi kepada Zuraidah Mak Lampir yang cukup sesuai?

"Pontianak Sundal Malam" ?



Comments / Pandangan Melalui Facebook

20/01/2012

Sempena Raya China - Dari Shahrizat 100 juta untuk Rafizi & Zuraida PKR.


Oleh: HHalem.


Kenapa lambat sangat Shahrizat hendak saman menyaman ni.!
Walaubagaimana pun, better late than never..

NFC sendiri tidak berminat turut menyaman !

Comments / Pandangan Melalui Facebook

30/12/2011

Datuk Lembu: Tok Dalang Etong Ekeng Di Belakang Beliau.


Oleh: HHalem.

Membaca berita dibawah mengenai seorang “Datuk” (belum disahkan lagi anugerah Sultan berdaulat dari negeri mana), dirasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan senario apa yang berlaku.

Pertama sekali, tiba-tiba sahaja beliau muncul dan didakwa menipu Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail. Sesiapa sahaja diwaktu ini akan cuba menyembunyikan diri atau ‘remain low profile’ dari bersabit dengan kes Lembu, tetapi beliau memilih disebaliknya.

Keduanya, kemunculan beliau bukan sahaja tiba-tiba, malah penuh dengan glamour. Lihat gambar-gambar beliau dibawah, seperti seorang superstar. Mungkin Tok Dalang terlupa menyuruh beliau berpewatakan lebih menyakinkan dihadapan kelayak ramai.

Di hari-hari berikutnya, jika beliau tiba-tiba sahaja bertukar corak memakai lebai-ketayap dan membuat muka-walfare dan cuba-cuba selindung dari gambar beliau diambil oleh wartawan, maka ia mengesahkan bahawa terdapat Tok Dalang Wayang Kulit Etong Ekeng dibelakang beliau.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

22/12/2011

“Bukan Salah Ibu Mengandung”...Pengesahan Shahrizat Memohon Meletak Jawatan Dan Mengaku Tewas.


Oleh: HHalem.

1- Shahrizat kini sudah kepenatan dan cukup letih dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, selaku Pengerusi Eksekutifnya apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Sekarang mari kita lihat kenapa dan mengapa dikatakan DS Shahrizat telah memohon meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat?

Jika tidak meletak jawatan pun, Shahrizat tentu ingin bertanya khabar samada beliau calon-yang-boleh-menang atau tidak.

Tetapi bagi Najib sekarang, keutamaannya, adakah Sahahrizat akan tewas dimana-mana sahaja kerusi jika dipertandingkan pada PRU13 kali ini. Ini lah yang paling diutamakan bagi Najib sekarang.  

Dilema Najib pula ialah Shahrizat bukan calang-calang orang kerana beliau  adalah Ketua Wanita BN dan UMNO dan tidak sesiapa pun mahu sayap kiri Umno patah terkulai. Najib betul-betul pening kerana risikonya tinggi.

Di rasakan kesudahannya sekali Shahrizat akan muncul dengan senyuman dalam tangisan kerana permohonan beliau untuk meletak jawatan di tolak oleh Najib.

Berbalik kepada isu kenapa dikatakan Shahrizat telah memohon meletakan jawatan. Ikuti alasan-alasan dibawah.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

14/12/2011

Muhyiddin Yassin Di Serang Dengan Lapuran Kepada Badan Rasuah SPRM.


Oleh: HHalem.

1- Hari ini NGO Jingga 13 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Turut dilapor ialah Datuk Mustafa Mohamed yang juga bekas menteri yang memegang porfolio berkenaan dari 2008 hingga 2009.

Ketiga-tiga mereka dituduh salah guna kuasa dan menyeleweng didalam isu National Feedlot Corporation (NFC).

Comments / Pandangan Melalui Facebook

10/12/2011

Apabila Ayahanda Tun Bersuara, Shahrizat Mengigil Kerana Baju Terlalu Ketat.


Oleh: HHalem.

1- Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya bersuara dan menasihatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil seharusnya memikir kepentingan parti dan jika perlu harus berundur daripada politik berhubung kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan NFC yang dikaitkan dengan keluarga beliau.

“Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti,  kita berundur”

“Jangan tunggu orang menghalau anda keluar”

“Ya..ukur baju di badan sendiri”

Tun memberi respond ketika ditanya mengenai isu Fidlot samada Shahrizat, Senator bertaraf Menteri dan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, wajar berundur ekoran kontravesi yang ditimbulkan.
Baju Terlalu Ketat Dan Sendat - "Ukur Baju Di Badan"

Comments / Pandangan Melalui Facebook

20/11/2011

JOM Tengok Video: Dalam Pusat Sembelihan National Feedlot.


Oleh: HHalem.



Wajah blogger tersohor mundar mandir jelas kelihatan.
Siapa lagi jika bukan kawan kita !



Comments / Pandangan Melalui Facebook

14/11/2011

PANAS Bung Mokhtar: Shahrizat Liabiliti Kepada Umno Dan Mesti Letak Jawatan.


Oleh: HHalem.
"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan”
Jangan Main Dengan Lembu, Selalu Tinggal Taik-lembu

1- Nampak gaya Bung Mokhtar naik semangat muda semula setelah mengalami kekusutan selama ini sehingga lah beliau menceraikan isteri pertama (Nor Asidah Alimuddin) dan kekalkan Datin Zizie Ezette sebagai isteri. Cerita penceraian Bung Mokhtar di sini >


2- Keberangan beliau kembali lantang kedengaran apabila beliau mahu "menteri kabinet" yang terlibat dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Bung Moktar melenting ketika anggota parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab”

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan”

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,"

"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya,"

Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil seperti di petik Mkini.

3- Bung Mokhtar adalah Timbalan Ketua Majlis Ahli Parlimen BN, dan apabila beliau bersuara biasanya akan dipersetujui oleh ahli-ahli BN yang lain.

Jika benar seperti yang dilaporkan, Shahrizat tidak lama lagi akan akur dan letak jawatan.

AMARAN KESIHATAN :
Mkini selalu cucuk sana cucuk sini untuk melaga-lagakan sesiapa sahaja, jadi berhati-hati dan kita tunggu berita yang boleh di konpomkan.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

11/11/2011

Nurul Izzah Bertarung Menyelamatkan Kerusi Di Saat Akhir. Shahrizat Pula Semakin Tenat.


Oleh: HHalem.

1- Dalam minggu ini kita lihat Shahrizat bertarung habis-habisan untuk memperbaiki image beliau yang rosak teruk akibat kes lembu Feedlot Gemas. Beliau sebagai political figure dikatakan melakukan kesilapan besar dengan melibatkan diri dan berkepentingan yang bercanggahan (conflict of interest) didalam perniagaan yang dimiliki oleh suami dan anak beliau.

Tidak berapa kerat pemimpin-pemimpin Umno yang berani membantu menyelamatkan Shahrizat kecuali Noh Omar, Khairy dan Najib sendiri. Silap-silap haribulan mereka juga akan terpalit tahi lembu Shahrizat.

Shahrizat memerlukan kebijakan dan kemahiran tinggi dan nasihat pakar supaya kes lembu Feedlot ditukar dan di manipulasi dari bencana kepada satu perkara yang boleh membawa simpati rakyat kepada beliau.

Ini adalah kerana kempen pilihanraya untuk Shahrizat telah bermula di Lembah Pantai dengan tercetusnya kes lembu Feedlot. Shahrizat semakin tenat.


2- Berlainan pula dengan Nurul Izzah dimana beliau telah panik dan mula bertarung dan menyusun rapi strategi untuk menyelamatkan kedudukan beliau di Lembah Pantai.

Oleh itu beliau dengan bijak telah memainkan isu pengundi pos di kawasan Lembah Pantai dan meraih simpati yang beliau mungkin kalah kerana kononnya beliau akan ditipu.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."
-      Nurul dipetik Mkini.


Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Pada  26 September tahun ini, jumlah itu hanya 149 orang tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.

Kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

Nurul Izzah cukup menyakinkan apabila berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC).

Ini semua membawa simpati rakyat kepada Nurul Izzah.


3- Untuk mengalahkan Nurul Izzah di Lembah Pantai sekali lagi Shahrizat memerlukan keajaiban menukar kes lembu supaya memihak dan meraih simpati kepada beliau.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

10/11/2011

Lembu Feedlot: Kenyataan Media Mak Lampir kepada Shahrizat


Oleh: HHalem.

Kenyataan media dari Mak Lampir keturunan Langsuir dari Pulau Tuba, Langkawi adalah seperti di bawah.

Jika tidak ada apa-apa kenyataan dan penyataan berfakta yang tidak dimasak, digoreng dan di cooked-up yang menyakinkan dari Shahrizat, maka penulis terpaksa bersekedudukan didalam bab lembu dengan Langsuir Pontianak PKR.

Penulis pernah lihat bagaimana bekas Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan mendapat kelulusan juta-juta untuk membawa masuk lembu dari Australia, kemudiannya menebang pokok Jati berjuta-juta dan akhirnya lembu tinggal taik. Zaman TS Othman Aruf (aka Raub sapu habis semua) di Sintok, Changloon, Kedah.

Penulis juga pernah melawat kawasan lembu susu baka baik dari Autralia dan sekarang up-for-sale mesin import dari Jerman yang masih lagi berkilat-kilat di Batang Berjuntai di Kuala Selangor. Yang ada hanya kolam taik lembu. Semuanya peruntukan duit Kerajaan.

Penulis juga pernah melilau-lilau di kawasan Feedlot di Gemas kepunyaan Shahrizat 2 tahun yang lalu dan sempat bersembang-sembang dengan Bengali rumput cum operator. Cerita ini penulis dah tahu 2 tahun yang lalu. Lambat laun kawasan ini juga akan tinggal taik lembu.

Jadi, rumusannya, apa-apa yang bersangkut paut dengan lembu Autralia menggunakan duit rakyat, semuanya akan tinggal taik lembu.

Rasa-rasa nya tak nak lah jadi lembu, walaupun kita sokong Umno.

 .............
Kenyataan Media YB Zuraida Kamaruddin
Parlimen Malaysia. 10 November 2011

“Skandal NFC Bersabit Pertanggungjawaban Wang Rakyat, Bukan Soal Serangan Peribadi”

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive