Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

24/01/2011

Mahfuz Buat Gila Lagi - Menuduh Ayahanda Tun Nyanyuk Hilang Ingatan

 
 Ogos 1959 Mahfuz baru berumur 2 tahun. Seluar terlondeh lagi.

Saya amat tertarik mengenai ulasan kawan saya Tuan Kota Sarang Semut mengenai ‘ke-tidak-berapa-cerdikan’ Dato’ Mahfuz Omar.
Beliau mengunakan bahasa harian yang sangat digemari apabila berbincang sesama kekawan. Saya mengemari bahasanya kerana saya sendiri tidak berpeluang mengunakan bahasa tersebut didalam perbualan harian. Hanya berpeluang apabila balik kekampong sahaja dan semasa lepak-lepak ditepi sungai atau bawah pokok ceri. (Insyallah cuti Raya Cina ni balik lepak kat kampong sebab Aseana Langkawi dan Berjaya Pulau Tioman dah penuh pada 3 hingga 7 haribulan February). Kepada orang luar Kedah mungkin bunyinya kasar dan janggal, tetapi hendaklah diingati bahawa mereka lah penentu undi Melayu dan kesinambungan hidup-matinya UMNO.

Kepada Tuan Kota Sarang Semut selamat “ber-menatang-pelaq-kan’ Anwar Al Bontoti.


Pernahkah kita tanya soalan, jika matinya UMNO, kemanakah hala tuju kita? Parti manakah yang akan kita jadi ahli dan sokong? Apa parti pilihan alternatif  kita? Beramai-ramai menjadi ahli PAS kah kita?
Oleh itu marilah kita berjuang mati-matian sebelum UMNO mati.
(Aiisayyy! Dengar mati yang suspen tak sedap ni).

Mari kita hentam PAS selumat-lumatnya supaya Nik Ajis tidak melelong dan mula mengelar dirinya mendapat wahyu dari Allah. Fikir-fikir semula, jika Nicky Ajis dah mula merapu seperti Ayah Pin, bagus juga! Senang dan cepat sikit Nik Ajis ditangkap dan di ISA-kan kerana memesongkan aqidah.

Sebut sahaja nama Dato’ Mahfuz, darah naik kepala!
Adakah patut beliau menuduh Ayahanda Tun lupa sejarah.
Menuduh orang-orang tua-tua LUPA & HILANG INGATAN sama seperti mengatakan dia telah NYANYUK.

Pada 1959, yang saya tahu Mahfuz masih lagi berjalan tak pernah pakai seluar. Diberi pakainya seluar terlondeh-londeh. Hingus meleleh-leleh masuk dalam mulut.

Hari ini Mahfuz berkata mengenai kenyataan Tun Mahathir,

"Saya tak tahu bila PAS kata calon wanita diharamkan kerana PAS pernah melantik Khadijah sebagai calon pertamanya dalam pertandingan tiga penjuru di Dungun Terengganu”

Nampak sangat yang beliau, bukan sahaja beliau malah hampir kesemua Tok JanGoat PAS, memutarbelitkan apa yang mereka haramkan sendiri sebelum ini untuk menyesuaikan keadaan dan isu semasa parti. Ahli-ahli PAS sedang meronta-ronta mencari identiti tersendiri yang belum diketemui lagi.

Yang sahnya apa-apa fatwa yang PAS keluarkan tidak pernah menyeluruh dan diperincikan dan menimbulkan kekeliruan diantara ahli-ahli PAS dan kesemua rakyat jelata. Main ikut sedap mulut pemimpin-pemimpin sahaja. Bayangkan jika mereka mengubal undang-undang negara atau negeri.

PAS Nik Aziz apabila berkuasa pada 1990 di Kelantan telah sekian lama mengharamkan qariahnya dari menyertai tilawah Al Quran atas sebab bahawa suara wanita itu adalah aurat dan haram untuk didengari dan ditontoni awam. Begitu juga Hadi Awang pada tahun 1999 apabila berkuasa di Terengganu mengharamkan perkara yang sama. Memang diakui asasnya. Tetapi kenapa PAS memesongkannya semula!

Bukankah fatwa-fatwa diatas bersamaan dengan kes Normala Sudirman calon piliharaya kecil PAS di DUN Tenang pada 30 January 2011 ini. Normala yang mengunakan suaranya dan idealogy politiknya untuk menawan pengundi-pengundi yang termasuk para lelaki?
Suara menawan Normala didengari oleh majoritinya lelaki, malahan di-YouTube-kan dan di-WebTV PAS-kan untuk ditontoni.

(Sekejap Normala tidak mau memakai sarong tangan, sekejap memakai sarong tangan untuk berjabat tangan dengan lelaki baik Melayu atau China. Bukan setakat bukan-muhrim sahaja tetapi tidak terfikir kah Normala bahawa China yang dijabat tangan baru sahaja memegang babi di rumah atau baru sahaja ke bilik air? Dimanakah prinsip PAS dalam hal ini? Goyang segoyang-goyangnya prinsip PAS didalam banyak hal. Jadi macam manakah orang-orang hendak mengikuti PAS? Bertambah celaru dibuatnya.)

Dato’ Mahfuz pula memutarbelitkannya dengan menyoal, ‘bilakah PAS kata calon wanita diharamkan’. Ini bukan sahaja mengesahkan ‘ke-tidak-cerdik-kan’ orang-orang PAS, malah menyerlahkan lagi ‘ke-dungu-an’ Dato’ Mahfuz.

Sama lah seperti Dato’ Mahfuz menyatakan bahawa,

- ‘Kami PAS kata suara wanita dlm tilawah, kami tak kata calon wanita di Tenang’

- ‘Islam larang umat makan Babi dan minum arak, Cina tak pa, boleh bela. Kita Islam ada sifat toleransi, tidak kejam, kita bagi lesen’

- ‘Ada tercatit kat mana2 dalam Al-Quran bahawa bagi lesen arak dan judi tu  haram, tolong tunjukan ayat  mai kat kami PAS”

-‘Oleh kerana dharurat demi berperang dengan kafir UMNO, kita boleh pungut derma duit arak, duit babi, bela babi (tapi tak makan dan tak pegang-upah India untuk uruskan), bagi lesen arak dan uruskan kedai arak (tapi tak minum dan air tak pegang sebab pegang botoi sahaja)

-‘Berkawan, hatta Parti Iblis dan Parti Syaitan sekali pun, OK sebab nak hancurkan kafir UMNO’

-'Parti Iblis dan Parti Syaitan dah mula menerima dan memahami Islam, OK boleh berkawan dgn depa'

Saya cukup kenal otak kaki lima - otak tepi sungai - otak pokok ceri - otak pokok ketapang - otak pokok pukui lima macam Dato’ Mahfuz kerana itulah tahap pemikiran dan putarbelit mereka.

Tahukah Dato’ Mahfuz bahawa pada 1959 PAS pernah dipimpin oleh orang-orang seperti Dato’ Asri yang tidak mengeluarkan fatwa-fatwa tidak tentu hala tujuannya. Tidak seperti sekarang mengeluarkan fatwa ikut sedap hati. Kata orang Kedah, ikut sedap pungkok!

Yang nyata tidak berbeza PAS 1959 dan PAS 2011 hari ini ialah PAS sanggup berkawan dengan musuh-musuh UMNO untuk menang. Hari ini lebih dahsyat lagi kerana PAS sanggup berkawan dengan Parti Komunis DAP dan Parti PKR Al-Bontoti yang mereka haramkan dahulu. Ahli-ahli PKR sekarang dulunya mereka adalah haram semasa berada didalam UMNO. Sekarang mereka telah dihalalkan setelah memasuki Parti Al Bontoti. Malah Nicky Mati-n sanggup berkawan dengan Parti Iblis, Parti Jin, Parti Syaitan, Parti Yahudi dan Parti Komunis asalkan UMNO dan orang-orang Melayu Islam dihancurkan.

Tahukah Dato’ Mahfuz bahawa Khadijah Sidek adalah asalnya Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO (Wanita UMNO) pada 1954 dan dipecat pada 1956. Khadijah cukup terkenal diseranta Tanah Melayu kerana mewakili UMNO. PAS mengambil peluang ini dan dengan mudah melantik Khadijah menjadi Ketua Kaum Ibu PAS. Dizaman dan didaerah Dungun Terengganu yang tersangat mundur ketika itu, tiada Radio, tiada TV, tiada akhbar dan internet jauh sakali, maka Khadijah dengan mudahnya diberi kepercayaan bertanding atas tiket PAS walaupun melangar perinsip PAS ketika itu asalkan UMNO hancur. Ramai pengundi-pengundi yang menyangka beliau masih lagi Ketua Kaum Ibu UMNO ketika itu. Begitulah putar alam PAS yang orang-orang hari ini tidak ketahui. Dato' Mahfuz pula mengambil peluang untuk temberang anak-anak muda hari ini.

Dato’ Mahfuz, Sijil LCE (tingkatan 3) dah ambil ka kat sekolah dulu?
Orang dulu-dulu memang dasyat-dasyat!
Kalau ada LCE memang telah jadi boss kat TUDM.
Kerja Stor Keeper TUDM pakai sijil darjah enam kot.


......Rujukan Harakah Daily oleh Rusly Yasmin......

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai lupa sejarah apabila mempersoal tindakan PAS meletakkan calon wanita bagi PRK Dun Tenang.

Menurutnya, PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh Dr. Mahathir, malah telah mengamalkannya sejak tahun 50-an lagi.

"Saya terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang kata PAS tak konsisten.

"Saya tak tahu bila PAS kata calon wanita diharamkan kerana PAS pernah melantik Khadijah sebagai calon pertamanya dalam pertandingan tiga penjuru di Dungun Terengganu.

"Saya ingat Tun Mahathir ni sudah hilang ingatan terhadap sejarah," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Khadijah Sidek menjadi Ahli Parlimen wanita pertama memenangi kerusi Dungun pada 1959 iaitu pilihan raya umum pertama selepas negara merdeka.

Semalam, Dr Mahathir berkata tindakan meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dun Tenang menunjukkan PAS tidak berpegang pada janji.

Katanya, PAS dahulu mendakwa tidak boleh meletakkan calon wanita tetapi sekarang boleh.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, pemilihan calon wanita mewakili PAS menunjukkan parti itu dan Pakatan Rakyat mengiktiraf peranan wanita khususnya untuk menguruskan rakyat.

Jelasnya lagi, Dr. Mahathir juga diminta melihat amalan kerajaan PAS negeri Kelantan dan Kedah apabila memperuntukkan kerusi exco untuk wanita.

Mengulas pemilihan Normala Sudirman sebagai calon PAS bagi PRK Tenang 30 Januari ini, Mahfuz berkata beliau yakin Normala mampu membawa visi baru untuk golongan wanita, khususnya wanita muda.

Normala, 38, yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Labis akan dicabar calon Umno, Mohd Azhar Ibrahim.

“Beliau (Normala) seorang wanita muda yang berani, yang sanggup untuk meletakkan jawatan dalam perkhidmatan untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Mahfuz.



......Rujukan Harakah Daily oleh Muhammad Yusri Amin......Tiada tarikh...


Kelantan Tetap Larang Qariah Sertai Tilawah

Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan dilakukan sebahagian wanita Islam yang ghairah bernyanyi di depan khalayak ramai tanpa memikirkan masalah aurat dari segi pemakaian dan suara cukup dibimbangi.

“Apakah orang Melayu khususnya golongan wanita boleh hidup dengan hanya bernyanyi semata-mata. Kita bimbang kecederongan itu merebak memandangkan tiada usaha kita untuk menyekatnya.

"Di Kelantan sejak 1990 lagi kita mengekang gejala tersebut di mana wanita dewasa tidak dibenarkan mempersembahkan nyanyian di depan khalayak ramai," katanya ketika menerima kunjungan Pegawai Unit Dakwah Halaqat di pejabatnya, baru-baru ini.

Rombongan itu diketuai Ketua Unit Dakwah Halaqat Ngeri, Ustaz Abdullah Abdul Razak.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, kerajaan negeri juga mengambil keputusan tidak membenarkan wanita menyertai tilawah al-Quran yang diadakan setiap tahun.

Katanya, usaha tersebut dilakukan bagi menjaga aurat wanita dari segi suara.

Beliau juga berkata, walau pun ada pendapat mengatakan suara wanita itu khilaf pada pendapat sesetengah ulama, namun kita memilih mazhab yang berpendapat suara wanita itu aurat.

Hujah itu disokong Ustaz Abdullah dengan merujuk Imam Shafei pada risalahnya, 'Hukum Nyanyian' yang menyatakan pemilik jariah apabila berkumpul mendengar nyanyiannya, maka dialah orang yang bodoh dan tertolak syahadahnya. - mj  







Comments / Pandangan Melalui Facebook

5 comments:

  1. dasar lidah biawak,apa saja boleh kedarah.ref: kapada Al-Quran surat Ibrahim ayat 21,apa yang diwahyukan pada Nabi Muhamaad SAW tentang manusia dan syaitan pada hari soal jawab dengan Allah SWT. berhati-hatilah kita jangan ambil mudah tentang mereka ini.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,
    Mohon link ke blog Tuan,
    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Mualaikum slm Tn Laksamana,

    Tuan Hamba sudi, hamba berbesar hati.

    ReplyDelete
  4. Salam perjuangan..Mohon dilink blog hamba disini.
    Terima Kasih, Perjalanan masih jauh berliku.
    http://klboyzwangsa.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Hi Tuan KL Boyz,

    Saya pun dah lama teringin nak link dgn Tuan.

    Ok ' Kita paut memaut.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive