Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label Melayu Di Kedah. Show all posts
Showing posts with label Melayu Di Kedah. Show all posts

09/09/2011

Mat Sabu Perlu Pertolongan Menjatuhkan Pas. Celupar Beliau Terasa Bahang Panas.


Oleh : HHalem.

1- Lebih 50 ahli Pas di daerah Padang Terap bertindak keluar parti dan menyertai UMNO kerana marah dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengenai komunis dan tragedi Bukit Kepong.

2- Mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid. 

3- Wakil mereka, Ismail Abdullah, 60, yang menjadi ahli Pas selama 35 tahun berkata, beliau bersama isteri serta 7 anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua Pas itu.

"Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis,”

"Saya cuba mengelak daripada terus berdosa apabila pemimpin Pas telah melakukan pembohongan demi kepentingan politik membuatkan saya tak fikir panjang saya beralih kepada UMNO untuk meneruskan perjuangan berlandaskan agama, bangsa dan negara,” – Pak Mail kepada Bernama.

4- Ini golongan akar umbi. Jika umur dah senja 60an, satu keluarga dan Padang Terap pula tu; memang ini perkara serious. Bahang keceluparan Mat Sabu telah dirasai.

5- Jika Pas kalah teruk pada PRU13, maka Mat Sabu akan berpeluang masuk kedalam sejarah Pas bahawa beliau adalah bertanggung jawap penyebab puncanya Pas kalah.

6- Bersama-sama kita membantu usaha murni Mat Sabu Komunis kearah kejatuhan Pas. Mari kita berganding bahu bersama Mat Sabu menjatuhkan Pas.
Minta beliau timbulkan isu-isu bodoh dan menyakitkan hati orang kampung dan kita akan sambut dengan memberi kesedaran kepada penganut-penganut taksub Pas.

7- Kitsiang dan Karpal tengah kepeningan. Hendak cakap banyak takut disahkan mereka sebagai ahli komunis Malaya yang masih aktif. Lebih baik mereka berdiam diri kerana isu ini melawan sejarah dunia bukannya melawan Umno seorang sahaja. Langkah bijak. Yang bodoh-piang nya Pas bergelut disebabkan Mat Sabu.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

17/07/2011

TERKINI :- DAP Bincang Untuk Keluar Pakatan Rakyat. Hikmah Bulan Ramadan.

Oleh : HHalem.

1- Kecoh-kecoh mengenai isu penguatkuasaan penuh enakmen melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah ketika bulan Ramadan dan pendirian kukuh MB Azizan mengenainya,  Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar Pakatan Pas-Pkr-Dap.  

2- Pendirian kukuh Datuk Azizan yang disuarakan oleh setpol beliau disini > akan menambahkan kepopularitian Datuk Azizan hatta sokongan terhadap Pas. Hadi Awang pula di lihat memberi sokongan padu kepada Azizan. Cuma pendirian Pok Nicky belum lagi diketahui.

3- Tony Pua melahirkan rasa tidak puas hati menerusi Twitter semalam dengan berkata beliau berpandangan DAP tidak wajar berada dalam Pakatan Rakyat jika keprihatinan dan kebimbangan pihaknya tidak diambil kira oleh kerajaan negeri dalam isu semasa ini. Ia dibincangkan secara mendalam di Seremban semalam dan akan di bawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat pada Selasa 19 July.

“Kami tidak mahu jadi macam MCA atau Gerakan dalam BN”

4- Berkat dan hikmah kehadiran bulan Ramadan diharapkan penganut-penganut Pas mendapat petunjuk dan menentang kebiadapan China Komunis Dap-MCA-Gerakan. Jika pencerian dengan Dap berlaku, Datuk Azizan akan termaktub didalam sejarah Melayu sebagai orang yang berani dan tidak tunduk kepada telunjuk China Komunis.

5- Sokongan padu Hadi, walaupun tidak jelas, telah diketahui disini>. Sekarang apa yang mustahak ialah pandangan Pok Nicky untuk memberi sokongan padu kepada Datuk Azizan. Kerisauan ramai sekarang ialah Pok Nicky bila-bila masa akan menyatakan disebaliknya iaitu terpaksa mengorbankan keputusan Datuk Azizan.

6- Tidak hairanlah jika Pok Nicky berpandangan dan keluarkan paktua dan hadis, ‘kita perlu korbankan bulan Ramadan dan bertolak ansur demi persahabatan dengan jin-iblis-syaitan untuk menjatuhkan kafir Umno’.
  
7- Di harap Umno jangan lagi mencampori kemelut bulan Ramadan di Kedah dan biarkan Pas-Dap bergelut sendirian buat ketika ini. Ini disebabkan kita tidak mahu dituduh batu-api oleh Dap dan pemimpin tertinggi Pas akan berfikir dua kali dengan pelbagai paktua dikeluarkan untuk menghalalkan pemansuhan arahan tutup pusat hiburan di Kedah.

8- Pas memang diberi pencahayaan dan hikmah didalam isu ini.

Melaksanakan penutupan kedai pada Ramadan akan menaikan Pas dimata orang Melayu dan mendapat sokongan yang tidak terhingga. Sokongan China/India  akan hilang.

Akur dan tunduk kepada ugutan Kitsiang dan Karpal akan membuat orang Melayu marah dan hilang sokongan, tetapi mendapat sokongan China/India.

Adakah Pas akan mendapat milage yang baik menjelang PRU 13 nanti?

Adakah penceraian Pas dengan Dap akan menjatuhkan Pas di PRU 13?

Pusing kiri-kanan-depan-belakang, Pas dan Datuk Azizan telah terperangkap dan terkapit didalam isu ini dan PRU 13 dah hampir.

Sumber rujukan utama MInsider
Comments / Pandangan Melalui Facebook

02/06/2011

Bloger AloqStaq Mengamok Sakan. Datuk Azizan Akan Terduduk Dek Pendedahan Beliau.

Oleh : HHalem

1- Penulis cukup berbanggga dengan Blogger AloqStaq yang telah berjaya mengelilingi Pekan Alor Setar dan berjaya membuat pendedahan keujudan pusat-pusat Karaoke yang jumlahnya setakat ini berjaya dijumpai ialah 10 buah dan ia semakin bertambah dari hari ke hari.

2- Jika Kickdefella berjaya mengegarkan Pentadbiran Nik Aziz Kelantan dengan pendedahan pusat-pusat pelacuran yang berada hampir dengan Pejabat Menteri Besar, maka Blog AloqStaq pula berjaya membuka mata orang ramai tentang betapa kejinya Datuk Azizan yang sebelum ini berjanji akan mencegah apa bentuk hiburan sekali pun yang akan menjurus kepada maksiat.

3- Pendedahan ini bakal mengegarkan pentadbiran sonsang Datuk Azizan. Bertapa tidak songsangnya, kerana jika Penghulu segala Jin Songsang Nik Aziz sanggup menghalalkan apa saja demi berperang dengan Umno, maka Datuk Azizan adalah pula Penghulu segala Jin Tanah di Kedah. Lesen Kilang Arak di halalkan hukum nya, maka tidak hairanlah jika Datuk Azizan menyediakan tempat untuk meminumnya sambil berhibur didalam bentuk karaoke pub.

4- Berkaraoke sekarang disembunyi didalam bentuk ‘Karaoke Keluarga’ untuk menampakan dan menonjol image baik bahawa ia adalah bersih dan boleh dilawati oleh ibu-bapa dan anak-anak. Adakah ini benar? Adakah ia sesuai sebagai hiburan setempat untuk seisi keluarga? Adakah ia lebih berbentuk Karaoke Bar and Nightclub?

Kita ambil contoh seperti ‘Star-Karaoke’  yang terletak di Jalan Telok Wanjah, dibuka pada 21 Disember 2009.

Satu lagi di Simpang Kuala ialah ‘BLACK Pub & Karaoke’ yang dibuka pada 6 Disember 2009.

5- Di percayai Datuk Azizan sekarang tengah sibuk mengarah supaya maklumat terperinci diperolehi hasil pendedahan BlogAloqStaq. Data-data dari Pejabat Majlis cukup menunjukan pusat-pusat Karaoke yang telah luput atau haram tanpa lesen yang sah. Jika tersepit Datuk Azizan tidak akan teragak-agak menjawab bahawa karaoke-karaoke tersebut wujud semenjak dari zaman kerajaan BN lagi.

Lihat di sini bagaimana BlogAloqStaq berjaya menjejak liku-liku keujudan Karaoke di Pekan Alor Setar >, dengan berblog cara Investigative Reporting yang amat menarik, jauh berbeza dengan kebiasaan berblog secara Arm- Chair Review.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

29/05/2011

Video:- Datuk Azizan Tunjuk Kuasa Dan Bercakap Seperti “Inu Fatria”. Azizan Pakar Tok Dalang Wayang Kulit Ason

Oleh : HHalem




1- Pada 25hb Mei 2011 yang lalu, perbicaraan terhadap 6 Mahasiswa Kolej Insaniah (KUIN) telah di adakan. Keputusannya seorang telah di Denda dan 5 di Gantung Pengajian Semester.

1-Mohd Faiz Bin Mohd Arshad:- Gantung 2 Sem Pengajian.
2-Mohd Aiman Bin Razab:- Surat Amaran dan Gantung 1 Sem.
3-Zukhilatif Bin Marzukhi:- Surat Amaran dan Gantung 1 Sem.
4-Mohd Azlan Mat Zain:- Surat Amaran dan Gantung 1 Sem.
5-Ahmad Remi Md Arof:- Surat Amaran dan Gantung 1 Sem.
6-Mohd Farhan Mohd Baharin:- Surat Amaran dan Denda RM100.

Tuduhan terhadap Mahasiswa adalah;
1- Menyertai demonstrasi,
2- Memberikan ucapan dihadapan orang rami (speaker corner),  
3- Merayu serta mengadakan kenyataan akhbar dan

2- Datuk Azizan memperjudikan nasib dan masa hadapan Mahasiswa di atas dengan menidakkan hak kebebasan pelajar untuk memberi pandangan secara bebas. Sikap bercakap tidak serupa bikin dan lidah bercabang Datuk Azizan terang-terangan melanggar apa yang mereka janjikan dan memperjuangkan selama ini. Mereka melanggar dan tidak melaksanakan Manifesto Barisan Alternatif yang diperjuangkan oleh Pas-Pkr-Dap selama ini iaitu Manifesto ke 7,


7. Meminda dan/atau menghapuskan Akta-Akta Zalim yang menyekat Hak dan Kebebasan Rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Polis, Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.

3- Tidak cukup dengan itu, Datuk Azizan sanggup ‘loyar-buruk’ dan mempersenda gurau dengan masa hadapan Mahasiswa. Lihat bagaimana Datuk Azizan bercakap seperti ‘Inu Fatria’;  sebagaimana beliau bercakap pasal rayuan pihak UUM terhadap isu tanah yang telah dibuat berkali-kali (6 kali rayuan), tetapi tidak berhasil.
 "Kalau pihak terlibat (Mahasiswa) rasa tidak puas hati dengan keputusan panel tatatertib atau pentadbiran, dia boleh rayu kepada reaktor (Prof. Datuk Dr. Jamil Bin Osman)...Kalau reaktor pun dia tak puas hati juga, dia boleh rayu kepada Menteri Besar sebagai pengerusi kepada universiti,"
Lidah Rasmi Pas, Harakah Daily & Video di atas

4- Datuk Azizan bermain-main dan menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri Besar dengan niat tidak ingin membantu dan menunjukan kuasa beliau sebagai Pengerusi KUIN. Beliau berlagak macam Tok Dalang seperti Wayang Kulit Sri Ason.
 Jabatan Didik Ikan

Kenapa wayang kulit?
1- Seorang Tok Dalang (Azizan) main dua peranan (MB & Pengerusi KUIN).

2- Tok Dalang (Azizan) buat lawak bodoh, dan penonton (rakyat Kedah) suka mendengarnya sebagai salah satu hiburan zaman dulu kala dan masih popular.

3- Lawak Bodoh Tok Dalang (Azizan), sindirannya Tajam dan bukan bertujuan membantu atau menyelesaikan masaalah dan Bukan Sebagai Ilmu atau Pengajaran.



Comments / Pandangan Melalui Facebook

23/05/2011

Pendedahan:- MB Azizan Seleweng Duit Pusat. PAS Akui Kebenaran Dan Terperangkap


Oleh : HHalem

1- Utusan Malaysia melapurkan bahawa Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor mendedahkan bahawa Kerajaan Kedah menyalahgunakan dana untuk membaiki jalan negeri yang disalurkan Kerajaan Pusat.

Dana tersebut sepatutnya digunakan untuk menyelenggara jalan negeri tetapi telah diselewengkan untuk membiayai kos membina jalan-jalan baru di kampung-kampung.

"Di Kedah saya pasti perkara sebegini ada berlaku namun, saya masih belum menerima laporan lengkap mengenai perkara ini,"

“Kementerian akan mengkaji mekanisme baru yang akan digunakan untuk menyalurkan dana berkenaan bagi memastikan ia tidak disalahgunakan pada masa depan”

2- Kemudian bercakap selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Dewan SM Sains Kubang Pasu, Shaziman berkata,

"Rakyat tidak nampak perkara ini sebab ia tidak diterangkan dengan betul kepada mereka, jadi saya harap ahli-ahli UMNO dapat menerangkan perkara ini kepada rakyat,"

"Kita tidak mahu rakyat keliru mengenai hal ini kerana mereka akan anggap kerajaan negeri yang buat jalan baru untuk mereka sedangkan dana tersebut diberi oleh Kerajaan Pusat,"

“Kerajaan negeri Kedah yang ditadbir pembangkang jelas tidak berkemampuan untuk mentadbir negeri ini setanding dengan Barisan Nasional (BN)”

"Apa-apa hal mereka (kerajaan pembangkang) akan tuding jari kepada Pusat apabila ada masalah”

"Sampai sekarang kita tidak nampak apa pembangunan yang telah dibuat dan semuanya mereka harap kepada Kerajaan Pusat sahaja,"

3- Di bawah ini pengakuan benar oleh Pas Kedah mengenai peyelewangan dan salahguna duit Kerajaan Pusat yang dipetik dari lidah rasmi Kerajaan Pas Kedah.

Penulis berpendapat, Pas yang telah berpusing-pusing memberi alasan dan tidak mengaku kebenaran, akhirnya terperangkap dengan kata-kata mereka sendiri.

Pengerusi JKuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Dato Phahrolrazi Zawawi menafikan tuduhan Shaziman, tetapi mengakui wang yang diterima dari Pusat akan dimasukan ke dalam satu akaun, seperti amalan kerajaan BN terdahulu.

Phahrolrazi terlupa bahawa Kerajaan Kedah terdahulu adalah mesra—kerajaan-pusat, dan wang dari saku kanan dimasukan ke saku kiri dan dibelanjakan untuk kepentingan rakyat . Ia tidak akan menjadi masalah besar dan tidak berlaku tuduh menuduh seperti sekarang. Siapa punya wang, samada wang Pusat atau Negeri tidak akan dipertikaikan.

“Apabila akaun kerajaan negeri menerima peruntkan daripada kerajaan Pusat, wang tersebut sudah bercampur dengan wang sedia ada disebabkan Kedah tidak mempunyai akaun lain untuk membolehkan peruntukan tersebut diasingkan”

“Kerajaan Negeri membelanjakan bermacam-macam perkara sepanjang tahun, maka amat sukar untuk memastikan bahawa peruntukan tersebut digunakan untuk menyelenggara jalan negeri”

4- Sekali lagi Phahrolrazi terlupa bahawa beliau mempengerusikan Jkuasa Kerja Raya Kedah, maka beliau bertanggungjawab memberi arahan-arahan permintaan dan keutamaan pembinaan jalan di kampong-kampong. Samada kampong penghuni Pas atau kampong penghuni Umno akan di utamakan. 

5- Arahan berbunyi seperti, ‘jika tak cukup duit nak bina jalan baru, pakai dulu mana-mana duit yang ada, datang duit lain kita akan ganti’, selalu digunapakai. Itu adalah arahan standard yang digunapakai di mana-mana jabatan negeri atau pusat.

“Pas tidak bijak mengurus, akhirnya terperangkap”
"Boss JKR Kedah berada di JKR Pusat, mana Pas mau tipu"



Comments / Pandangan Melalui Facebook

14/05/2011

Video:- MB Azizan Malu Besar Lagi. Siswa KUIN Minta Hadi Nasihat Azizan Cara Mentadbir


Oleh : HHalem

 
Sekumpulan mahasiswa menghantar memorandum kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menuntut beliau campurtangan dengan menasihati kerajaan negeri Kedah agar lebih profesional dalam berdepan dengan aktivisme pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah.

Institut pengajian tinggi itu milik kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

Datuk Azizan Cukup Terhina. Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar Kena Sita. Pekak Buta Bisu (PBB) Tahap Maksimum

Oleh : HHalem

  
1- Berita hangat menunjukan kebodohan yang paling ultimate sekali pentadbiran Datuk Azizan apabila Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar di sita kerana tidak dapat membayar hutang.

2- Baca dibawah, dah tak sempat nak review kerana keghairahan yang memuncak. Teramat melucukan.

3- Tahniah kawan-kawan aku kat Aloq Setaq. Yang bestnya ada orang PKR didalam syarikat yang menyaman MBAS. Tentu PKR tidak akan akui.

“PKR Saman PAS”

Comments / Pandangan Melalui Facebook

09/05/2011

Muslihat Politik Terbaru Datuk Azizan, Selepas Jembalang Tanah UUM Menganas.

Oleh : HHalem

1- Apakah muslihat sebenar Datuk Azizan didalam isu Tanah UUM? Beliau sebelum ini berkeras dan bermati-matian akan meminta Pengarah Tanah Galian Kedah mendenda pihak UUM kerana gagal membayar hasil tanah bermula pada 1hb June nanti, jika tidak tanah UUM akan dirampas.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Bukti Ber-Video:- Komplot Datuk Azizan Membuat Rompakan Terancang Dan Memeras Ugut Kerajaan Pusat.


Oleh : HHalem 
Azizan Di Hantui Bayang-Bayang Jin Jembalang Tanah UUM 
 
Datuk Azizan telah lama merancang bagaimana hendak mendapat duit dari Kerajaan Persekutuan secara paksa untuk membantu membiayai Kolej Insaniah (KUIN) yang di pengerusikan oleh beliau sendiri. Idea untuk ‘kebas’ atau ‘curi’ duit dari Kerajaan Persekutuan ini muncul semenjak KUIN parah menghadapi masalah kewangan. 

Comments / Pandangan Melalui Facebook

08/05/2011

Salahguna Kuasa Di Politeknik Kulim. Kecoh Kerana Kuncu PAS Terlibat

Oleh : HHalem


1- Laporan dan berita yang dimuatkan di dalam blog Kedah Times > menarik perhatian penulis apabila Kedah Times meminta seseorang perlu bertanggungjawab apabila Kutbah Jumaat di Politeknik Kulim aka Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah di sampaikan oleh Tok Imam berbau politik dan menyindir penyebar Videos Bogel Anwar adalah UMNO.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

06/05/2011

Datuk Azizan Akhirnya Mengaku Lembap Dan Lemah. Akui Banjir Adalah Bala Kepada Kedah.


Oleh : HHalem

1- Datuk Azizan akhirnya mengaku kelemahan dan kelembapan pentadbiran beliau (termasuk di Kolej Insaniah, KUIN) memerintah Negeri Kedah di hadapan kakitangan Wisma Negeri di Dataran Wisma pada 18hb April yang lalu.

“Saya bersama kepimpinan Exco merasakan mentadbir kerajaan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab kepada  rakyat. Untuk menjayakannya bukan hanya terletak di bahu kami tetapi di bahu semua kakitangan.

“Kelembapan pengurusan akan mendatangkan kerugian kepada kerajaan dan saya berharap semua kakitangan dapat menjalankan tugas dengan cekap, cepat dan pantas agar membuahkan hasil yang baik kepada kerajaan,” tegas Azizan.

2-  Beliau turut mengaku bahawa BALA yang melanda Kedah sekarang adalah melalui BANJIR dan sedar dari kejadian itu bahawa pentadbiran beliau adalah lembap.

“Banyak berlaku kejadian seperti gempa bumi, banjir dan tsunami kebelakangan ini. Semua ini telah Allah ceritakan kepada kita dalam Al-Quran, surah Al-Zalzalah. Oleh itu berdoalah kepada Allah agar kita dijauhkan dari bala bencanaNya.”


Sumber Warta Rasmi Portal Kerajaan Kedah
Comments / Pandangan Melalui Facebook

Datuk Azizan:- Masalah KUIN Timbul Lagi. Masalah Tanah UUM Sebagai Satu Rahmat


Oleh : HHalem
 “Menunggu DUIT UUM untuk Memulihkan KUIN” 


1- Isu terkini di Kedah ialah mengenai perkara yang berlaku dibawah batang hidung Datuk Azizan sendiri. Ini adalah kerana Datuk Azizan adalah Pengerusi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan beliau berpura-pura tidak mengetahui hujung pangkal apabila keputusan dicadangkan supaya menyerahkan Program Diploma Tahfiz Wal Qiraat kepada Yayasan Islam Negeri Kedah (YIKED) untuk diuruskan. Cadangan itu dibuat berdasarkan kucar-kacir yang berlaku di KUIN sekarang dan untuk meringankan beban kewangan KUIN. Cadangan Kerajaan Negeri Kedah di usul melalui Pensyarah kepercayaan mereka. Perkara ini diketahui oleh kakitangan dan Pensyarah dan perwakilan pelajar yang terlibat.

2- Malangnya cadangan itu mendapat tentangan hebat dari pelajar dan pensyarah sehinggakan pelajar tahfiz KUIN mengadakan majlis solat hajat di Masjid Sultanah Bahiyah, Jalan Day, supaya mereka tidak diserahkan kepada YIKED untuk di tadbir. 

3- Menyedari hakikat ini Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Dato Mohd Taulan Mat Rasul telah memutar belit kenyataan bahawa ia bukan cadangan Kerajaan PAS Datuk Azizan walaupun mengetahui kewangan KUIN amat tenat dan memerlukan bantuan YIKED dengan segera. Beliau memutar dengan menyatakan Kerajaan Negeri belum membuat keputusan muktamat supaya Program Diploma Tahfiz diserahkan kepada YIKED untuk diurus tadbir. 

4- Datuk Azizan telah cukup pening dan berjanji dan berikrar untuk mentadbir kerajaan negeri dengan baik walaupun sudah memerintah Negeri Kedah melebihi 3 tahun. Kaedah Datuk Azizan membuat dasar KUIN sungguh memalukan. Ramai Pensyarah dari Timur Tengah yang terpingga-pingga dengan pentadbiran Datuk Azizan. 

5- Jika saudara-saudara berpeluang sembahyang di Masjid Mergong, Masjid Akar Peluru (Jalan Pegawai) atau Masjid Sultanah, ambil lah peluang berbual-bual dengan Penyarah-Pensyrah dari Timur Tengah. 


“Datuk Azizan Memalukan Kedah dan Malaysia Di Mata Rakyat Timur Tengah” 

Comments / Pandangan Melalui Facebook

26/04/2011

KKelam:- Datuk Azizan Teraniaya Tertipu Oleh Laki Bini Di Dalam Pentadbiran. Laki Bini Bermaharaja Lela


Oleh : KKelam


DI PERAK ADA NIZAR, DI SELANGOR ADA KHALID IBRAHIM 

KINI DI KEDAH ADA DATO'  PUAT ALI DAN DATO' BARNI. 

CUBA MENDERHAKA KEPADA TITAH KBDYMM TUANKU SULTAN PEMERINTAH NEGERI.


Ingat tak lagi Puat Ali Pegawai Kewangan Negeri yang juga sepupu AZIZAN MB, yang pandai menguruskan duit negeri sehingga berbaki beratus juta di dalam akaun simpanan tetap negeri seperti yang di war-warkan di persidangan badjet negeri dibentangkan oleh YAB MB.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

25/04/2011

Rahsia Datuk Azizan Di Jahanamkan


Oleh : HHalem

1 - Siapa kah mereka berdua di bawah ini?

2- Siapa kah yang mengigil seminggu apabila memikirkan nyawa mungkin melayang akibat Bom Molotov di KUIN?

3- Siapa kah yang manupulasi wang rakyat seperti harta sendiri?

4- Siapa kah kroni dan buah hati pengarang jantung Datuk Azizan Menteri Besar Kedah?

5- Siapa yang berani mendedahkan cerita mereka berdua ini?

6- Apakah hubung kait seorang bergelar KKelam dengan mereka berdua?




Ikuti cerita selanjut dan dari masa kesemasa dari KKelam.

Siap kah KKelam ini?

Beliau amat di geruni oleh puak-puak UMNO dan penganut-penganut PAS di Alor Setar.

Ikuti cerita beliau, apabila beliau senang, dan dedah demi dedahan akan di buat oleh beliau.



Comments / Pandangan Melalui Facebook

Pokok Pisang Rebutan:- Datuk Azizan-Datuk Bashah Pakat Berebut ‘Buah’


Oleh : HHalem
  “Lepas ni pakat lawan berebut Teloq Peliaq”

1- Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Ahmad Bashah Hanipah berkata, kerajaan negeri seolah-olah cuba menumpang nama atas usaha yang dilakukan oleh kerajaan Pusat menerusi agensi-agensi berkaitan.

“Kerajaan negeri mahu menjadi Belanda Timur tetapi tidak pernah pun terlibat dalam memacu pertanian sebaliknya hanya menumpang kejayaan petani yang dibantu agensi Pusat,”

2- Datuk MB Azizan pula berkata,

“..beliau mahu melawat projek-projek pertanian yang berjaya atas usaha kerajaan negeri Kedah.”

3- Itulah perangai onak, dengki dan muslihat Datuk Azizan yang hendak menutup kemaluan dan pekong kerana gagal memerintah Kedah. Gagal menunjukan prestasi menerajui Kedah, beliau membuat onak dan ranjau keatas hak kerajaan pusat supaya terus jahanam.

a- Setelah Kolej Islam (KUIN) gagal sehinggakan di Bom Molatov beliau kacau bilaukan Universiti Utara dengan helah Tanah dan Air. Bom Molotov>

b- Setelah Rumah Rakyat Termiskin gagal di penuhi, beliau kacau bilaukan KEDA>.

c- Sekarang setelah gagal jadikan Kedah seperti Belanda Timur, beliau berebut buah pisang dengan Bashah.

d- Agak-agak apa yang akan direbutkan oleh Azizan selepas ini?


“Pakat lawan berebut. Rakyat apa dapat? 

Padan muka sapa undi Pas!

“Aku teringat kawan taksub Pas, akhir 80an dulu. Lebuhraya, Titi Penang pakai duit haram. Buka sahaja lebuhraya di Gurun dan Titi Penang, dia yang pi masuk dulu dengan penuh bangga”


...Petikan sumber...

Comments / Pandangan Melalui Facebook

21/04/2011

Saifuddin Kera Hutan Dari Machang Cari Makan Di Kedah. Datuk Azizan Buat Pekak.

 Oleh : HHalem


1- Nampak gayanya Ahli Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan memang tidak boleh duduk diam dan gamat bertwitter. Kali ini beliau mendakwa Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen PKR Machang diberi jawatan Chairman Golf Resort di Kulim kerana kejayaannya menjadi pengampu nombor satu Anwar Ibrahim.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

20/04/2011

Video:- Datuk Azizan Bertindak Balas Terhadap Datuk Mukriz


Oleh : HHalem
Azizan Di Hantui Bayang-Bayang
Ada Hati Nak Urus UUM. Urus KUIN Pun Hancoq


1- Sebelum ini diceritakan bagaimana Datuk Mukriz dan Datuk Bashah menghentam Datuk Azizan didalam isu Tanah KEDA> dan Tanah UUM>
Lihat jawapan Datuk Azizan

Mark 00:00 – (Isunya Tidak Berapa Terang)
Mark 02:50 - Isu Tanah UUM


Comments / Pandangan Melalui Facebook

19/04/2011

Datuk Bashah Dan Datuk Mukriz Pelempang Dan Sepak Terajang Datuk Azizan. Gandingan Cukup Hebat


Oleh : HHalem

 Rompak Kerajaan Pusat Ala-ala Robin Hood


1- Setelah Datuk Bashah boh pelempang Datuk Azizan dengan isu tanah KEDA>, maka tiba pula giliran Datuk Mukriz ‘boh penampaq/karate tokio dan sepak terajang’ kat Datuk Azizan dengan isu tanah juga, kali ini di UUM (Universiti Utara Malaysia). Dua gandingan tokoh cukup hebat sehingga kini.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Muslihat Datuk Bashah Membuat MB Datuk Azizan Terperangkap.


Oleh : HHalem 

Kedah Regional Development Authority (KEDA) 

1- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah merangkap Pengerusi KEDA, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata KEDA bersedia membina lebih banyak rumah di bawah penempatan Desa Keda sekiranya kerajaan negeri Kedah dapat menyediakan tanah bagi projek perumahan golongan miskin itu. 

Comments / Pandangan Melalui Facebook

09/04/2011

PANAS:- Tempat MB Datuk Azizan Di Bom Molotov. Berkat Doa Mahfuz.


Oleh : HHalem

1- Pentadbiran Datuk Azizan sebagai Pengerusi Kolej Universiti Insaniah nampaknya semakin parah. Tidak disangka ia menjadi begitu teruk sekali sehingga membawa kepada peristiwa bom mengebom.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive