Oleh: HHalem
Text seperti Di Bawah
(Sorry Tuan Tuan, Entah Kenapa MediaUmno Buang Pulak Video Ini Dari U-Tube)
(Mungkin nak elakan spekulasi, maka mark 08:40 akan di edit/buang oleh UMNO)
(Kita tunggu dan lihat) - (Sekarang masalah dah selesai)
(Kita tunggu dan lihat) - (Sekarang masalah dah selesai)
Text seperti Di Bawah
Ahli parlimen Padang Serai, N . Gobalakrishnan mendedahkan perjuangan sia-sia selama 12 tahun bersama Anwar Ibrahim dan PKR. Beliau juga bercerita tentang perangai rakus Anwar untuk menggapai cita-cita peribadi mahu jadi Perdana Menteri hingga sanggup berbohong, menikam kawan dari belakang dan memperdaya rakyat. Ikuti temubual eksklusif wartawan UMNO Online, MOHD FAIZAL MOHD SALLEH dan rakaman juruvideo ROSLAY RAFIE bersama beliau di ruang rehat Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Selepas 12 tahun berjuang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya dibuang begitu sahaja oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan kumpulan mereka yang kononnya berjuang memerdekaan negara ini dan rakyat.
Berjuang untuk berubah hanyalah retorik politik. Kata-kata indah yang tidak ada jiwa dan semangat. Satu cubaan memperdaya rakyat. Yang sebenarnya Anwar hanya mahu pergi ke Putrajaya. Ini cita-cita rakusnya. Buat apa sahaja untuk mencapai kehendak peribadinya.
Kita semua tahu bahawa retorik Anwar itu hanya sekadar mahu menjadi Perdana Menteri dan beberapa rakannya itu seperti Azmin Ali, Saifuddin dan beberapa orang lagi hanya mahu menjadi menteri-menteri kabinet sahaja. Anwar sebenarnya tidak berani menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan pada masa yang sama mahu melarikan diri dari kebenaran.
Kalau Anwar mahu menjadi Perdana Menteri, beliau harus berani berhadapan dengan kebenaran kerana sesiapa sahaja yang mahu menjaga Negara ini, mestilah seorang yang berani menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan tetapi apa yang berlaku hari ini, Anwar Ibrahim tidak berani memberi setitik darah tetapi dalam masa yang sama, dia mahu menjadi Perdana Menteri.
Beliau tidak mahu membersihkan namanya sendiri tetapi dalam masa yang sama, beliau mengatakan bahawa beliaulah yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri.
Pernah Diminta Keluar PKR Dan Masuk BN
“Kita semua tahu sejak kebelakangan ini, saya menjadi sasaran mereka selepas saya berkompromi dengan Datuk Zaid Ibrahim dan saya menyokong Datuk Zaid Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Datuk Zaid menenttang Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub.”
Tambahnya, ketiga-tiga orang ini mempunyai watak tersendiri di antara mereka. Apabila Datuk Zaid bertanding, Gobala menjadi penyokong Zaid dan menjadi sasaran kumpulan Anwar di mana Anwar sendiri sebagai Ketua Umum, hanya menyokong Azmin Ali untuk bertanding jawatan tersebut.
“Apakah sebabnya Anwar mahu menyokong Azmin Ali sahaja. Ini semua berlaku dan sebab itu saya terkeluar dan dikeluarkan dari parti. Sebelum saya keluar ini, saya sudah tiga kali dicabar Anwar apabila saya membawa masalah-masalah yang seharus saya bersihkan dalam parti, saya berbincang dengan beliau dan beliau mengatakan kalau awak tidak senang hati, awak boleh keluar dan masuk Barisan Nasional.
Saya ini yang sudah 12 tahun bersama-sama beliau, bukan sekali dikatakan begitu, tetapi tiga kali. Saya ini bukanlah seorang fanatik, saya lahir sebagai seorang hindu dan seorang India, dan menjadi tanggungjawab saya menjaga rakyat Malaysia malah bertanggungjawab juga pada orang-orang India juga,” tambahnya.
Gobala pernah bertanyakan tentang masalah Kuil Tokong Sivad di Bukit Gasing, Datuk Seri Anwar mengatakan bahawa tokong itu tidak selamat kerana bukit itu tidak selamat. Kalaulah benar bukit itu tidak selamat, kenapa 100 lebih rumah di situ tidak dikosongkan dan 100 buah rumah lagi di pinggir bukit tersebut masih didiami tetapi hakikatnya Anwar hanya mahu menutup tokong tersebut, hanya mencari alasan-alasan demi menutupnya.
“Anwar pandai melaung-laungkan tentang perbagai kaum, menyokong semua orang, menyatu-padukan satu keluarga besar sebagai Melayu-Cina-India tetapi dalam dirinya beliau menentang mereka-mereka yang bukan Melayu dan beliau menggunakan cara-cara yang paling tersembunyi untuk menunduk mereka-mereka yang menentang beliau dari dalam parti.”
Guna Sumber Selangor Untuk Kayakan Anwar Dan Kroni
Ujarnya lagi, selain masalah kuil tersebut, pergeseran antaranya dengan Datuk Seri Anwar juga berkaitan dengan hal-hal pentadbiran kerajaan negeri Kedah apabila Gobala berbincang dengan Anwar, sekali lagi Anwar marah pada Gobala sebagaimana bila mereka berbincang tentang pentadbiran kerajaan Selangor.
Gobala turut mendakwa Anwar menggunakan segala sumber ekonomi di dalam kerajaan negeri Selangor, kebanyakannya untuk kepentingan diri dan politik Anwar sahaja. Mereka mewujudkan PIKOM dan beberapa orang sahaja yang mendapat faedah daripada PIKOM.
Beliau menggunakan kerajaan negeri Selangor untuk memberikan RM15 juta kepada PIKOM dan rakan-rakan beliau apabila datang ke Kuala Lumpur membuat claim (tuntutan) kepada PIKOM. Apabila RM15juta habis, lagi RM15juta akan ditambah dan inilah caranya mereka menipu rakyat,” dakwa Gobala.
Mereka katakan perjuangan mereka adalah perjuangan rakyat, memperjuat, membangun dan memperkayakan rakyat tetapi sebaliknya, mereka memperkuatkan diri dan politik mereka, sanggup buat apa sahaja.
Jika Muammar Gaddafi di Libya mengulingkan kerajaan Libya yang terdahulu sebelumnya dengan kekerasan tentera seterusnya menjadi Presiden Libya selama 30 tahun, malah mengunakan helicopter gunship untuk menembak rakyat beliau yang menentangnya dan mendesak beliau berundur sebagai Presiden, begitu juga dengan Anwar.
“Ini Datuk Seri Anwar yang sudah 12 tahun bersusah payah, hari-hari siang dan malam, malah mimpipun menjadi Perdana Menteri, orang yang macam ini yang kena pukul, dipenjara dan ditahan di bawah ISA menjadi Perdana Menteri, akan jadi sepuluh kali lebih jahat dari Muammar Gadaffi sendiri,” ujarnya sinis.
Pernah ‘Bercuti’ Dari PKR
Gobala pernah tinggalkan PKR pada tahun 2004 untuk bersama keluarganya mengusahakan kebun sayur di bukit Lojing. Namun, pada tahun 2006, Anwar Berjaya memujuknya semula untuk kembali memperkuatkan dan memperjuangkan nasib orang-orang India dalam PKR.
“Saya kembali pada tahun 2006 selepas Anwar menjanjikan bahawa rakan-rakan beliau yang merupakan bekas ahli-ahli UMNO itu tidak akan mengganggu pluralism yang ada dalam PKR. Tetapi itu tidak berlaku. Rakan-rakan beliau, Azmin Ali, Shaifuddin dan Johari Abdul, mereka tamak kuasa dan memperkecil-kecilkan rakan-rakan lain.
Kali kedua saya keluar pada tahun ini. Bila saya keluar dari PKR, ianya merupakan satu masa yang cukup pahit untuk saya, tetapi apa nak buat. Seorang yang mengkhianati perjuangan rakyat, bukan sahaja mengkhianati rakyat tetapi juga pada saya yang memberikan kepercayaan 100% kepada beliau.
Kalau saya sendiri, sama seperti Anuar Tahir, Ezam Mohd Noor dan ramai lagi, seperti Datuk Zaid Ibrahim, kami semua bukan sahaja diperbodohkan malah diperkecilkan dan dihina oleh Anwar dan rakan-rakannya. Saya harap rakyat jangan tertipu dengan mereka, marilah kita semua bersatu, apa sahaja kerajaan yang ada, marilah kita semua bermuafakat dan mendapatkan yang terbaik untuk rakyat.
Penipuan 16 September
Gobala turut mendakwa, dalam peristiwa 16 September, dia juga merupakan salah seorang pemimpin PKR yang diminta oleh Anwar Ibrahim untuk berunding dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional untuk melompat dan membentuk kerajaan baru bersama Pakatan Pembangkang.
“Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada seorang Ahli Parlimen BN yang belum sampai umur 40 tahun. Inilah cara Anwar berpolitik, sanggup menjanjikan apa sahaja asalkan beliau menjadi Perdana Menteri.
Jangan kita tertipu atau jangan kita leka, marilah kita buat yang terbaik kepada Negara ini dengan bersatu menentang mereka yang menggunakan cara yang paling salah mengambil alih satu kerajaan,” ujarnya.
hmmm...
ReplyDeleteahli parlimen umno umo belum 40an.....
dari tilikan nujum paklongchin orang ni yang pi serah paspot masa anuar nak keluar negara selepas dibebaskan.
aku dulu lagi dah syak ada main belakang antara pakmentua/menantu dalam hal ni.
anuwar rampas tempat PM dari pakmentua dan serahkan kerusi TPM pada menantu.
sejak awal aku dah tak percaya depa ni...
btoi juga tekaan aku dulu walau tak 100peratus tepat.
Pak Long Chin,
ReplyDeleteBetui la yg Pak Long dok kata tu.
Anwar ni main belakang Khairi juga.
Maknanya Beruk Google sanggup tikam belakang Pak Lah.
Pak Mentua dia. Ayah bini dia. Tok Wan anak dia.
Dari kes passport nampak sangat dia rasok Pak Lah suruh lepas Anwar.
Maknanya Beruk tu laa yg lepas Anwar sebenarnya.
Celaka punya Beruk.
Kesian gobala. Kita dalam UMNO dah tau lama perangai anwar lagu tu. masa dia lanyak gaffar baba lagi perangai busuknya dah diketahui ramai.
ReplyDeletePak Long Chepoh,
ReplyDeleteMana boleh kesian kat dia.
Mampuih pi kat dia. Dia ni Paria Hindraf juga.
Dah berapa banyak dia menyusahkan polis-polis dan
manusia-manusia lain.
Tanah kebun kat Lojing tu, tah ada tol ka dak.
Silap-silap pi beli tanah mugak, tak bayar Tol pun.
KitSiang - Timbalan PM 1 dari dap
ReplyDeleteHadi Awang - Timbalam PM 2 dari Pas
Azmin - Timbalan PM 3 dari PKR
Kj - Timbalan PM 4 dari umno (serpihan)