Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

03/07/2012

Pendedahan Dalaman Istana Johor. Rebutan Tahta, Wang, Harta Dan Ugut Mengugut Macam Cerita Bollywood.


Oleh: HHalem.
Kamal Hisham - Peguam Khas Istana.
Dilantik semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar 
untuk menguruskan hal-hal Baginda semasa hayat beliau.

Ingin mengetahui kisah dalaman Istana Johor, perebutan takhta dan harta seperti film Hollywood dan Bollywood, baca kisah yang ditulis oleh seorang Peguam Khas, Kamal Hisham yang telah dilantik oleh Almarhum Sultan Iskandar untuk menguruskan hal-hal Baginda semasa hayat beliau.

Entah apa punca dan apa kisah sebenarnya yang berlaku didalam pergolakan Istana Johor, kita kurang arif.  Article dibawah sedikit sebanyak membawa kita dan memberi cahaya kedalam pergolakan drama istana yang jarang-jarang kita ketahui atau baca.

Penulis biasanya jarang membaca apa yang selalu di kisahkan oleh UncleSeekers, tetapi yang ini cukup menarik minat kerana ia didakwa ditulis sendiri oleh Kamal Hisham. Beliau dikhabarkan seorang pelarian yang pernah berkhidmat dengan Almarhum Sultan Iskandar.

Ceritanya bermula begini:- 

....start...........


Saya merasa amat dukacita tentang apa yang berlaku. Sebagai seorang yang berpegang teguh kepada Islam, sudah menjadi tanggung-jawap saya untuk mempertahankan amanah Almarhum Sultan Iskandar dan Hukum-hukum Allah. Saya telah ditaja untuk belajar di Amerika Syarikat oleh Almarhum Sultan Iskandar dan berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang Sarjana Undang-undang pada tahun 2000. Apabila saya balik ke Malaysia, Almarhum Sultan Iskandar telah meminta saya membantu beberapa perkara bagi membetulkan imej keluarganya yang tercemar di mata rakyat Malaysia. Sebagai membalas jasa Baginda, saya telah merangka satu kertas kerja dan akhirnya terjadinya satu program yang dikenali sebagai Kembara Mahkota Johor. Saya ada Setiausaha dan orang yang bekerja keras untuk memastikan program ini berjalan lancar.

Pada tahun 2004, "perebutan tahta" di antara dua beradik Tunku Ibrahim (Sultan sekarang) dan Tunku Abdul Majid (Anak Sultan Iskandar dengan Sultanah Zanariah) telah menjadi sengit dan rakyat mungkin mengetahui bahang perkara ini. Sikap dengki sesama adik beradik dan menunjukkan pengaruh di dalam Negeri Johor semakin menjadi-jadi.

Almarhum Sultan Iskandar telah memanggil saya dan seorang Pegawai Tinggi Kerajaan Johor untuk meluahkan kerisauannya terhadap masalah ini. Akhirnya Almarhum membuat keputusan bagi mengelakkan perkara menjadi lebih buruk jika Baginda mangkat, maka Baginda meminta agar dibuat pindahmilik kesemua tanah-tanah miliknya yang ada di Malaysia dan Singapura yang bernilai berbillion Ringgit.Tanah-tanah tersebut diarah untuk diletakkan di atas nama Tunku Ismail sebagai pemegang amanah bagi mempastikan kesemua anak-anak Almarhum mendapat bahagian mereka apabila Baginda mangkat.

Satu rombongan Pegawai Kerajaan telah ke India bagi dapatkan tandatangan Tunku Ismail yang berada di sana. Semasa Pegawai Kerajaan pergi ke India mereka hanya membawa dokumen pindahmilik dan tidak membawa(tertinggal) sekali dokumen bagi mendaftarkan Tunku Ismail sebagai pemilik berdaftar tetapi memegang tanah-tanah tersebut di atas kapaciti sebagai Pemegang Amanah .

Apabila Tunku Ismail balik ke Malaysia, beberapa kali percubaan minta Tunku Ismail tanda tangan dokumen amanah {"Deed of Trust"), namun ketamakan telah menguasai dirinya dan berbagai dalih serta alasan dibuatnya untuk mengelak dari tanda tangan dokumen tersebut.

Tidak ada sebab untuk Almarhum memberi tanah-tanah hanya kepada seorang cucu sahaja. Ianya jelas untuk dipegang sebagai Pemegang Amanah dan bukannya menjadi milik peribadinya. Almarhum telah bercakap tentang perkara ini secara jelas kepada ramai orang bahawa cucunya , Tunku Ismail hanya pegang amanah untuk tanah-tanah tersebut dan bukan memegangnya untuk kapasiti persedirian.

Masalah harta ini menjadi-jadi apabila kemangkatan Sultan Iskandar, sebaik sahaja tamat tempoh berkabung, saya diarah untuk uruskan tukar nama Kapal-kapal terbang dan helikopter-helikopter kepada nama Sultan yg baru, saya telah beri pendapat sebagai seorang Peguam, oleh kerana sewaktu kemangkatan Almarhum Jan 2010 kesemua harta berbentuk pesawat itu masih di atas nama Sultan Iskandar maka ianya patut dimasukkan kedalam senarai harta-harta yang perlu di bahagi mengikut Hukum Faraid. Tetapi saya telah ditekan dan diberi amaran untuk bekerjasama sekiranya hendak selamat.

Dokumen itu telah dibuat secara tidak sah dan tarikhnya telah dikebelakangkan ke September 2009 ("back dated") oleh bekas rakan kongsi saya yang berpakat dengan Sultan yang baru. Dokumen itu tiada tanda tangan yang sah Almarhum Sultan Iskandar, ianya ditandatangan oleh Dato Ali Musa yang tiada hak dan kuasa untuk tanda tangan dokumen itu.
Saya telah enggan menurunkan tanda tangan sebagai saksi di atas kapasiti saya sebagai seorang Peguam kerana saya tidak membuat datau menyediakan dokumen tersebut tetapi disediakan oleh Abdul Aziz Jaffar Sidek yang telah membuat perancangan awal sebelum saya dipanggil mengadap. Apabila saya bertegas enggan menjadi saksi kepada dokumen tersebut saya telah mula diugut dan suasana agak tegang pada masa itu.

Bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku saya cadangkan agar Aziz Jaffar Sidek menyaksikan tandatangan dokumen yang telah di "back dated" itu tetapi saya dimarahi dan diherdik kerana Sultan baru berpendapat oleh kerana Almarhum lebih percaya dan telah mengamanahkan saya membantu urusan hartanah keluarganya, Maka saya perlu tanda tangan sebagai saksi, jika yang menyaksikan tanda tangan adalah orang selain saya, adik beradiknya pasti tidak dapat menerima dokumen tersebut dan fakta bahawa pesawat telah bertukar milik sebelum kemangkatan Almarhum kerana tarikhnya diletakkan pada bulan Sept 2009.

Dokumen tersebut sebenarnya dibuat dan ditanda tangan pada bulan Mac 2010 iaitu 2 bulan selepas Almarhum mangkat. Saya mulanya hendak buat laporan Polis bagi melindungi diri saya, tetapi apabila menyedari Ketua Polis Johor amat rapat dengan Sultan, pasti ianya tidak akan kemana dan mungkin "backfire" kepada saya, jadi saya terpaksa berdiam diri dan berserah kepada Allah.

Saya tiada pilihan pada masa itu, tetapi sempat juga berfikir bahawa saya masih boleh tanda tangan sebagai saksi di atas kapasiti jawatan saya sebagai seorang Pesuruhjaya Sumpah kerana, tugas seorang Pesuruhjaya Sumpah hanya perlu saksikan tanda tangan dan tidak perlu bersetuju dengan kandungan dokumen yang disaksikannya.

Sultanah Zanariah pernah di ceraikan dengan talak dua, pada ketika itu gambar rasminya diturunkan diseluruh Negeri Johor, namun jodohnya panjang apabila mereka rujuk semula tidak lama kemudian dan gambar di seluruh Negeri Johor digantung semula. Saya kesal dan marah kerana Sultan sekarang di dalam percubaan nya membolot harta pusaka Almarhum cuba mengeluarkan atau arah keluarkan surat cerai talak tiga ke atas Sultanah Zanariah agar Baginda hilang hak sebagai isteri untuk terima bahagian isteri kepada pusaka Almarhum. Saya telah membangkang dan menegur agak keras hingga menimbulkan prasangka yang saya derhaka atau membelot menyebelahi keluarga Sultanah Zanariah.

Selepas dari itu banyak perkara lain berlaku dan saya telah mula dianiaya dan berbagai tuduhan palsu dibuat, dirancang untuk menjatuhkan reputasi saya dan menampakkan diri saya sebagai seorang penjenayah. Apa yang saya lakukan hanyalah untuk menegakkan Hukum Allah dan Undang-undang Negara ini. Saya hanya menjalankan tugas rasmi saya sebagai seorang Peguam dan sebagai seorang Islam yang taat kepada perintah Allah. Biar saya hilang pangkat tetapi saya tidak sesekali menjual maruah dan prinsip hidup saya sebagai seorang Islam.

....end.....

Ingin ketahui cerita & kisah & drama lanjut sila ke UncleSeekers>
Comments / Pandangan Melalui Facebook

15 comments:

  1. Jangan jadi macam RPK. Bila dah buat cerita Altantuya dan akuan sumpah, kemudian lari ke UK. Lepas tu baru tahu yang akuan sumpah tu berdasarkan cerita mulut dan tiada bukti. Uncle Seekers ada bukti jika didakwa??

    ReplyDelete
  2. HHalem

    Kalau orang biasa, artis, dan pembesar pun kita tak patut ambil tahu tepi kain dan masuk campur urusan peribadi dan keluarga mereka.

    Tak beza juga dengan Sultan dan bangsawan.

    Kamal Hisham ini pun bukan amanah pun. Banyak benda yang dia sudah selewengkan ketika Allahyarham gering.

    Sepatutnya dia tidak kecohkan. Ini pula nak masuk You Tube dan konon nyawa dia dalam bahaya.

    Ingat juga, Sultanah Zanariah bukan isteri sah kepada Allahyarham. Dia sudah diceraikan talak tiga.

    Dan entah apa lagi detail dalaman keluarga yang anda pasti tidak tahu.

    Ada baik juga posting ini diturunkan untuk jaga maruah Raja Melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau yakin ape yang kau cakap?? sudah lama kau bekerja dengan Almarhum Sultan Iskandar..... kau nak tau tak... kau tak cukop ilmu nak cakap semua tu... kalo betul la kau tau semua pasal Sultan, ALMARHUM KE ALLAHYARHAM??????????????

      Delete
    2. Yelah masa dapat keuntungan dia sayanglah dan jagalah rahsia segala rahsia tapi bila dah benci mulalah mengeluarkan segalanya.Pekara ini bukan setaka berlaku pada Sultan sahaja tapi pada rakyat biasa pun.Waktu berkawan rahsia dan apa jua di pelihara bila dah kena macam-macam di tabur kat orang.Inilah hakikat manusia. Aku pun dah kena

      Delete
  3. Kebenaran Hakiki akan pasti terbukti, bukan mudah bergaduh dengan seorang Sultan yang tamak dan baru mendapat merasai kuasa. Bacalah blog Peguamkamalmenulis atau face book Kamal Hisham Jaafar .

    ReplyDelete
  4. Saya amat bangga dengan Peguam Kamal yamg sangat tegas di dalam mempertahankan hukum dan sanggup menjalankan amanah Allah, walaupun dia diugut dan ditekan, Allah akan lindunginya. Siapa tidak kenal dengan ketamakan Sultan ibrahim, dia sanggup buat apa sahaja untuk wang dan perempuan.

    ReplyDelete
  5. Syabas dan tahniah, peguam seperti ini sukar dicari. Saya sudah baca blognya dan facebooknya. Peguam ini sangat ikhlas tetapi tegas. Orang seperti Peguam layak jadi seorang pemimpin kerana dia sangat berani tanpa memikirkan wang dan pangkat.

    ReplyDelete
  6. Anak Johor Jati16/04/2013 00:30

    Tahniah kepada Kamal Hisham Jaafar yang cuba menegak kan benang yang basah tapi lari keluar negara. Jika anda benar mengapa nak lari keluar negara? Bukankah itu pengecut namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu bro.... lu tak tau ttg sultan skarang nie bro... lu tau tak sultan skang ada geng kongsi gelap... aku pernah baca sendiri apa yg sultan skang pernah bwt... tidak mustahil apa org lain dah kne, kne sama Kamal Hisyam... bro dier sultan bro.... ada dgr cerita ttg saman 10m n 100m tu... masuk mahkamah johor, gerenti tak menang si kamal nie bro... dier bawak kl, terus mng sbb ada unsur mahkamah... haaa lu ank jati johor ke nie bro... wah ke BANGLA?? mcm tak tau jerrr

      Delete
  7. Anak Johor Jati16/04/2013 00:35

    Kita sudah lihat cerita2 Saudara Kamal tulis sebelum2 ini. Kejap beliau mengatakan almarhum menganggap Kamal sebagai anak angkat, tapi kini beliau menceritakan kisah keburukan almarhum. Bak kata bahasa di tepian jalanan, "Mulut peguam lebih kurang mulut biawak.

    ReplyDelete
  8. Wahai rakyat johor bukalah mata hati anda semua.. kebenaran sudah terbit tetapi anda masih melangu dan terkesima, inilah kebenaran yang selalunya sukar diterima hati dan amat perit untuk ditelan. Renungilah wahai rakyat johor..

    ReplyDelete
  9. Tulisan yg mansang
    tahniah brother

    ReplyDelete
  10. BACALAH BLOG YANG DITULIS OLEH SAUDARA KAMAL HISHAM

    ReplyDelete
  11. Bila dah bermusuh satu Malaysia beritahu. Masa dapat Laba satu ayat pun tak tulis.Manusia oh Manusia

    ReplyDelete
  12. Tahniah....anda telah membuka jln untuk membuka aib diri. Allah akan menutup aib kita selama kita tidak membuka aib org.....renungkannn

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive