Sikap seseorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai hajatnya tanpa mempedulikan pihak lain sebagaimana perlakuan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang asing sebaliknya ia dikategorikan dalam penyakit jiwa yang umumnya ada dalam masyarakat.
Menurut pakar sakit jiwa dari sebuah hospital terkemuka di Ibu Kota, kecenderungan seseorang pesakit untuk mengalihkan tumpuan terhadap hal-hal berkaitan sesuatu peristiwa yang dialaminya kepada perkara lain adalah salah satu daripada penyakit jiwa itu sendiri.
“Bagi pesakit yang diserang “psychose” atau sakit jiwa seringkali keperibadiannya akan terganggu selain kurang mampu menyesuaikan diri dengan wajar, tidak sanggup memahami permasalahannya sendiri, tidak mahu mengakui kesakitannya sebaliknya menganggap dirinya normal saja malah ada yang lebih teruk apabila melihat dirinya lebih baik, lebih unggul dan lebih penting dari orang lain.”
Pakar tersebut mengulas demikian berikutan persoalan baru yang timbul berkaitan Anwar dengan dikaitkan video seks walhal beliau sekarang semakin tertekan ekoran desakan dari pelbagai pihak untuk menyerahkan DNA agar kes dakwaan liwat berkaitan beliau dapat disegerakan.
“Penyakit jiwa ini ada dua dan salah satunya merupakan penyakit ‘gila kebesaran’ atau ‘gila menuduh orang’ yang disebut sebagai Paranoia. Ia adalah gangguan mental yang menyebabkan seseorang mengkhayalkan perkara-perkara aneh termasuklah merasakan dirinya terlalu penting namun ia berbeza mengikut persekitarannya,” katanya.
Ujarnya lagi, apa yang cuba dilakukan oleh Anwar barangkali ada berkaitan dengan penyakit jiwa ekoran tekanan atau desakan dalam diri untuk mendapatkan apa yang diingininya dengan teramat sangat sehinggakan ia mewujudkan satu pendapat atau keyakinan yang salah.
“Dalam hal ini, seluruh tumpuannya akan ditujukan kepada matlamat dan apa saja perancangannya akan diusahakan kepada apa yang dimahukannya, sehinggakan setiap orang yang ditemuinya akan diyakinkan kebenarannya. Penderita jiwa seperti ini juga sanggup untuk menjatuhkan atau menganiaya sesiapa saja asalkan impiannya tercapai.”
Terangnya, pesakit jiwa sedemikian umumnya akan merasakan dirinya hebat dan tidak ada bandingannya dengan pihak yang lain.
“Biasanya individu yang diserang paranoia adalah seorang yang cerdas, mempunyai fikiran yang mantap, emosinya dilihat seimbang dan sesuai dengan nilai serta pemikirannya, tetapi mereka ini mempunyai kepercayaan salah sehinggakan perhatian dan perkataannya selalu dikendalikan oleh pikirannya yang salah itu.”
“Gejala-gejala gangguan dan penyakit jiwa ini membuktikan betapa besar akibat terganggunya kesihatan mental seseorang hingga menghilangkan kewajaran.”
Tambahnya lagi, punca penyakit jiwa ini tidak diketahui tetapi kebanyakan pakar percaya bahawa ia biasanya adalah disebabkan oleh kombinasi antara genetik dan persekitaran.
Hal tersebut dikaitkan dengan Ketua Umum PKR itu berikutan pelbagai kecenderungan yang dibuat oleh Anwar sehinggakan sanggup menyamakan Islam dengan agama-agama lain sebagaimana aliran pluralisme melalui ucapannya di London School of Economics.
Selain itu, realiti politik Anwar juga berkait dengan pelbagai propaganda dan memanipulasikan selain demonstrasi jalanan yang setiap agenda kerajaan akan diputarbelitkan dan cuba mewujudkan satu gelombang lain bagi kepentingan peribadi dan karier politiknya sendiri.
Dalam masa yang sama juga, janji demi janji ditaburkan, kononnya sekiranya diberi kuasa sebagai Perdana Menteri maka pelbagai perubahan akan dilakukan hinggakan berani meletakkan tarikh kononnya, 16 September 2008 lalu akan menaiki takhta sebagai pemimpin negara.
Lebih malang, Anwar kini berdepan dengan tuduhan liwat yang dibuat oleh bekas pegawainya sendiri, namun beliau terus bersandiwara selain mengajukan pelbagai alasan agar perbicaraan tersebut berlarutan selain dilihat bijak mengalihkan tumpuan masayarakat.
- Sumbangan MediaUMNO
Kalau disebabkan genetic dan persekitaran, maknanya anak2 Anwar akan mewarisi penyakit jiwa papanya. Tak boleh dibayangkan! Eloklah keluarga ini berundur.
ReplyDelete