Oleh : HHalem
1- Dua berita yang menarik telah dikesan yang akan mengegarkan kerana ia melibatkan kepentingan dan keselamatan negara. Satu akan didedahkan minggu depan oleh Datuk Eskay yang akan terus menjatuhkan Anwar,
2- Masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertambah kelam, kerana satu lagi pendedahan menggemparkan negara akan dilakukan bekas rakan baiknya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, minggu depan. Menurut Eskay, pendedahan itu kelak, mempunyai implikasi yang jauh lebih besar berbanding rakaman video seks yang wajah pelakunya mirip Anwar kerana ia dikatakan melibatkan soal negara.
“Apa yang saya boleh beritahu ia pendedahan yang cukup besar. Implikasinya jauh lebih besar berbanding rakaman video seks Anwar. Perkara ini melibatkan kepentingan negara,”
3- Berita ke dua pula akan didedahkan oleh tokoh yang hebat Papa Gomo dan yang ini sungguh mengerunkan kerana ia dikatakan terlibat dengan pembunuhan dan rampasan kuasa. Kata Gomo,
“Minggu Hadapan pastinya Meletop lagi dan kali ini Rakyat Malaysia akan tahu macam mana BANGSAT nya Anwar Ibrahim dalam mengejar cita cita nya untuk ke Putrajaya. Apa sahaja sanggup di lakukan nya sampaikan MEMBUNUH siapa sahaja yang menghalangnya.” Gomo>
“Pistol Macam Pistol Saya,
Tapi Saya Punya Lebih Besar Dan Panjang”
“Azizah Kata Pistol Anwar, Saya Simpan”
...Sumber Utusan..
2 Mei – Masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bertambah kelam, kerana satu lagi pendedahan menggemparkan negara akan dilakukan bekas rakan baiknya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, minggu depan.
Menurut Shazryl Eskay, pendedahan itu kelak, mempunyai implikasi yang jauh lebih besar berbanding rakaman video seks yang wajah pelakunya mirip Anwar kerana ia dikatakan melibatkan soal negara.
“Apa yang saya boleh beritahu ia pendedahan yang cukup besar. Implikasinya jauh lebih besar berbanding rakaman video seks Anwar. Perkara ini melibatkan kepentingan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Shazryl Eskay berkata demikian ketika diminta mengesahkan tentang desas-desus bahawa satu lagi pendedahan besar bakal berlaku minggu depan membabitkan Anwar, selepas beliau bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks baru-baru ini.
Dalam pada itu, ditanya mengenai cabaran Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa supaya beliau bersama dua lagi trio ‘Datuk T’ menjalani ujian poligraf, Shazryl Eskay mengalu-alukan cabaran tersebut.
Katanya, mereka sedia menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada terdapat pembohongan atau tidak dalam isu video seks tetapi dengan syarat, Anwar juga perlu sama-sama menjalani ujian tersebut secara terbuka.
Sambil menyindir Husam yang seolah-olah tidak percaya kepada janji Allah terhadap sesiapa yang melakukan sumpah laknat, Shazryl Eskay berkata, beliau berani kerana yakin dirinya berada di pihak yang benar berbanding Anwar.
“Alhamdulillah... Saya terima cabaran tersebut dan sedia untuk menjalani ujian itu secara terbuka. Biar acara tersebut disiarkan secara langsung agar rakyat boleh menilai. Kali ini saya ingin beri penghormatan kepada Anwar terlebih dahulu.
“Saya mahu dia menjalani ujian terlebih dahulu kerana dalam soal sumpah laknat saya sudah mendahului dia. Sebagai pemimpin ‘terhebat’ pembangkang, saya bagi penghormatan kepada Anwar,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment