Oleh : HHalem
1- Laporan dan
berita yang dimuatkan di dalam blog Kedah Times > menarik perhatian penulis
apabila Kedah Times meminta seseorang perlu bertanggungjawab apabila Kutbah
Jumaat di Politeknik Kulim aka Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah di sampaikan
oleh Tok Imam berbau politik dan menyindir penyebar Videos Bogel Anwar adalah
UMNO.
2- Penulis tidak
berapa terkejut dengan berita tersebut kerana ramai telah mengetahui bahawa
terdapat segelintir dari kakitangan dan pensyarah-pensyarah politeknik yang
condong kepada fahaman dan penganut tegar Pas. Perkara ini masih lagi
berleluasa semenjak awal tahun 80an sehingga ke hari ini.
3- Kita ambil
satu contoh iaitu Speaker Dewan Kedah sekarang adalah bekas Pensyarah
Politeknik Sultan Abdul Halim aka Politeknik Jitra aka POLIMAS. Semasa berkerja
di Politeknik, En Abdul Isa bin Ismail (masa tu belum Dr atau Datuk lagi)
sangat aktif didalam parti Pas walaupun mengetahui ia salah dari segi General
Order/Perintah Am kerajaan.
Datuk Dr Isa Ismail
4- Kawan rapat
Datuk Dr Isa waktu itu yang mengikut beliau ke hulu ke hilir seperti orang bisu
ialah En Kamaruzaman bin Ismail. Beliau kini bertugas sebagai Pengarah
Politeknik Kulim aka Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, dimana kes Tok Imam
memihak kepada PKR itu dilaporkan oleh Kedah Times. Sebab itu lah Pengarah
Politeknik amat besar kepala sekarang. Terjawab lah soalan Kedah Times mengenai
seseorang perlu bertanggungjawap terhadap kutbah Jumaat di Masjid Politeknik
Kulim.
Kamaruzaman
5- Pengarah
Politeknik Kulim, En Kamaruzaman, perlu diawasi dengan ketat dengan segera
kerana beliau mempunyai potensi menjadi Pengarah atau Ketua Pengarah di
Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya. Fahaman dan ideologi Pas akan
tersebar luas di Kementerian.
6- Jika
Kamaruzaman menjadi Ketua Pengarah Pendidikan, bertambah senang lah Speaker
Datuk Dr Isa untuk menguruskan hal-hal pendidikan di Kedah. Cuba bayangankan
apa yang mereka dapat capai dengan perhubungan intim mereka berdua semenjak
dari zaman politeknik lagi.
menarik juga isu di bawa sdr ...
ReplyDeleteIni masalah bila Pengarah2 Politeknik berotakan PAS ...
pemimpin spt ini perlu disekat daripada kenaikan pangkat .. jika tidak habis terus dihasut ideologi PAS ...kena bagitau Menteri KPT ttg perkara ini
Tuan Pejuang,
ReplyDeleteTuan mempunyai beberapa siri Weblog.:-)
Yang mana satu milik tunggal Tuan, yg boleh diikuti dan dijadikan wadah Ilmu untuk berjuang?
salam,
ReplyDeletetulah orang bulan ne...bila pencen ambil juga duit kerajaan....apa kata pada puak2 bulan ne bila hangpa semua dah pencen pulangkan balik duit pencen atau nyatakan pada kerajaan a.k.a umno(tu yg puak pembangang selalu war-warkan)kamu semua tak mau duit pencen...jimat sikit duit kami pembayar cukai ne....ingat bila dah pencen mau support kerajaan tapi belakang juga taruhhhh...duit pencen mau angkat jugaaa...tak semua perangai macam ne tapi kebanyakan nya lah......sendiri mau ingat
Pangkat besar gaji pencen pun besar tapi maseh tidak menyokong kerajaan BN kalau nak ikut memang mereka ini jatuh orang yang bernasib baik,kebanyakkan mendapat biasiswa kerajaan untuk belajar di dalam dan luar negara,dapat banyak kemudahan sebagai pegawai tinggi kerajaan, pi belajar ambil master atau Phd semua kerajaan tanggung dan gaji pun jalan, dahulu ramai pegawai tinggi kerajaan yang bebas dari politik tapi menyokong dasar kerajaan.Sepatutnya mereka bersyukor dengan nikmat yang mereka dapat.Tunggu bila kerajaan Pakatan perentah baru tahu akan nasib mereka.
ReplyDeletejangan fitnah lebih2...neraka tempatnye
ReplyDeletesaya salah seorang X-politeknik kulim...kami diajar dengan otak hijau didalam kepala....JPP & AJK semua...Mohon amik tindakan kepada pensyarah nie semua termasuk dot2...aku teringat ada seorang anak ustaz di PKU terjebak dalam maksiat semasa mak pak pi haji...nauzubillah..
ReplyDeleteAnon 22:16,
ReplyDeleteKamu memang bercakap benar.
Perwakilan Pelajar di brain-washed habis-habisan.
Di POLIMAS Jitra cukup dashayat.
Speaker Dewan, Dr Isa ni cukup meluat kalau berjumpa dengan saya, macam Azizah meluat tengok muka Anwar gituuu, sebab katanya saya direbus x hempok.:-)
PENGETUA PUO IPOH AWAL 70AN OSMAN MARICAN DULU DIKENALI OLEH CEO SYARIKAT TERKEMUKA SENANG PELAJAR PUO MENDAPAT PEKERJAAN, BEBAS DARI POLITIK ,BILA BANYAK PENGARAH MELAYU MULALAH NAK MAIN POLITIK DAH TU SOKONG PAS BULAK TU BUKAN NAK SOKONG DASAR KERAJAAN.
ReplyDeletetuan, dalam kementerian pengajian tinggi pun ramai ptd yang condong kepada PR. Sekrg ni mereka condong nak naikkan pangkat geng2 dyorg terutamanya yg berasal dari kelantan.
ReplyDeleteSEDAQ LAH SIKIT SAPA DOK BERJUANG SAMPAI HAMPA JADI ORANG BESAQ HARI NIE , TAT LAIN TAK BUKAN UMNO LAH YANG BERSUSAH PAYAH BERJUANG UNTUK BANGSA MELAYU.BILA DAH JADI ORANG BESAQ DAN BOLEH TERBANG HAMPA BUAT UMNO JADI MUSUH PULAK, DASAR TAK TAHU PERSYUKOR.
ReplyDeleteGaji besar pencen besar apa mau lagi kena terima kaseh dekat kerajaan BN/UMNO dan bawa bawa lah belajar bersyukor.
ReplyDeletesenang jer....sruh gomen haramkan parti PAS,...
ReplyDeletebetul keee pensyarah poli kulim ni ramai orang bulan,,,, RASANYE BARU SEMALAM TERPACAK TERSERGAM INDAH BENDERA KERIS MERAH PUTIH DALAM POLI.... TAK PENAH PULAK NAMPAK BENDERA BULAN ,...HMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
ReplyDeleteaku pun dengar perkara yang sama dari memba dari KHTP, baguih punya dok dengaq kutbah, last2 keluar pula isu politik. Masjid Politeknik ni memang tempat semua pekerja kilang pi semayang jumaat. Tapi puak kilang ni memang ramai geng PKR/DAP/PAS. Salah satu contoh ialah Encik Monier dari Fuji Electric. Mesti puak2 ni hepi gila bila dengaq kutbah ni. Tang depa semua betoi, kalau UMNO buat baru la jadi salah. Hang try pi tanya kat Monier tu, mesti dia kata tak pa punya, tak salah sikit pun
ReplyDeleteye ke??..haritu dengar khutbah ok je...takdak pun condong ke parti mana2...betul le ckp khatib tu..kalau dah video dok tayang dalam berita sampai anak2 dok tgk ape cite...
ReplyDeleteisu video tu xyahla sebut dlm khutbah.. motif nak cari kontroversi??.. bagi pecah belah.. itukah tujuan asal khutbah.. xyah sebut lgsg pasal isu tu.. kan senang.. cakap je haram tonton cite lucah senang jekan.. ala xyah dlm brita.. nak dlm internet pown ada.. wadah pembangkang duk kutuk kerajaan jugakkan??? lagi satu tu.. dlm astro HBO la.. pe la.. leh kate sume umah ada.. sooo???? knp nak pilih bulu plak kan.. xkesahla sape pown dlm video tu.. berani kerana benar.. kalo yakin Allah ada,jgn takut tegakkan kebenaran.. gunakan landasan yg semua org akan yakin bukan dgn kata2 tanpa bukti dan mencemar masjid....
ReplyDeletePas ka Umno ka dua2 melayu...kita bergaduh, cina hindu dok tepuk tangan!! Dalam politik biasalah tuduh menuduh, fitnah menfitnah, salahguna kuasa dan macam2 lagi. Rakyat pula, kalau dah hardcore Pas, apa kelemahan sendiri tak nampak. Umno pun camtu gak... Pas fobia tengok biru...padahal langit Allah berwarna biru. Umno plak fobia dgn hijau padahal hamparan rumput Allah berwarna hijau. Sudah-sudahlah kita bergaduh,sepatutnya Pas & Umno kena bersatu, banyak hal berkaitan org melayu kita pinggirkan...mat rempit, bohsia, buang anak, ragut, rogol, dadah, arak, judi, ponteng sekolah, bunuh dan mcm2 lagi. Kita lebih pentingkan politik dari bangsa!! Tidak pada org cina & India...mereka pentingkan bangsa. Tengoklah di Kilang2...orang atasan dari Engineer ke MD semua bangsa mereka. Technician kebawah ...operator, cleaner adalah bangsa kita. Senang2 saja mereka tindas kita. Adakah nama Perkauman itu hanya untuk orang melayu? Org cina & india tindas kita nak dinamakan apa? Bukankah itu juga Perkauman?
ReplyDeletePas & Umno mungkin tak boleh bersatu dengan politik tapi insyallah boleh diatas nama orang melayu.