Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

18/07/2011

Komandan Unit Media Baru Umno Minta Bantuan Maklumat Kerajaan. Kata Orang Beliau Bengap. Masih Nak Bertongkat

Oleh : HHalem.

1- Cukup menarik apabila Din Turtle melaporkan bahawa Komandan UMB Umno cukup bengap kerana mengadu bahawa mereka tidak mendapat kerjasama dan bantuan kerajaan didalam  memerangi penulisan blogger pro-Pembangkang.

“Komandan kita ni mengadu konon kerajaan, maknanya pemimpin Umnolah, tidak berapa nak beri kerjasama kerana tidak salurkan info kepada pasukannya. Macamana nak lawan penulisan pro pembangkang kalau tidak diberikan maklumat ?”
 
“Apalah bengapnya Komandan Cybertrooper Umno ni ! Nak sokong dan pertahankan kerajaan pun kena diberi maklumat dulu baru boleh aktif ke ? Memanglah sebarang maklumat pasti membantu, apatah lagi kalau tenteranya memang bengap, tapi takkanlah tak boleh fikir sendiri bagaimana nak mematahkan serangan pembangkang ?Din Turtle>

2- Penulis ini (HHalem) bersetuju benar dengan ungkapan DinTurtle bahawa Komandan UMB adalah bengap se bengap nya. Komandan yang di maksudkan DinTurtle ialah Tun Faisal Ismail Aziz.

3- Di manakah kebengapan, kebengongan dan kesamdolan  Komandan UMB iaitu Tun Faisal? Banyak !!

4- Seperti kebanyakan orang Melayu tamak, walaupun ada yang berkemampuan dan tidak layak menerima bantuan, mereka masih mahukan bantuan kerajaan dari segala segi. Sekarang maklumat pula diperlukan. Bandingkan dengan projek-projek bantuan kerajaan, subsidi-subsidi, buku sekolah bantuan kerajaan dan pelbagai lagi yang anda boleh fikirkan.

5- Sekarang Komandan tersebut mahukan pertolongan bantuan kerajaan untuk memerangi blogger pro-Pakatan. Berapa banyak tongkat yang beliau perlukan untuk bergerak. Cukup memalukan dan mengaibkan! Kata beliau Unit Media Baru Umno cukup layak dan gah dengan pencapaian dan pergerakan sendirian mereka. Jika UMB cukup hebat, maka mereka tergolongan dalam golongan yang cukup berkemampuan, tetapi kenapa minta bantuan maklumat kerajaan?

6- Dengan pendedahan Komandan ini dengan secara automatik pengakuan telah dibuat bahawa Unit pimpinan beliau amat lemah. Pengakuan juga dibuat oleh beliau yang membawa bayangan bahawa pemimpin tertinggi Umno tidak percaya dan tidak yakin  terhadap kemampuan unit yang di pimpin oleh beliau sebagai Komandan. Teringat kisah Tengku Adnan kutuk unit ini disatu ketika dulu.

“After 13 by-elections and one state election I think we are ready to lead BN online in the next general election But the leadership needs to have faith in us ” he said.

7- Ini sebahagian laporan media yang dipetik. Komandan tersebut boleh lah berkata bahawa laporan media telah memutarbelitkan maklumat beliau seperti kebanyakan ungkapan ahli politik yang tenat.

However Tun Faisal a member of the Umno Youth executive committee believes that despite having guns primed the unit needs the government to provide it with bullets

“Most young and urban voters perceive the mainstream media as pro-government so they are automatically prejudiced against it...So we have to bring the debate online.. But the problem is getting info from the government to counter the lies from the opposition.  How can we fight claims from them and journalists when we don’t have more info than them ” he said. Minsider>

8- Jika jujur dalam perjuangan, Komandan perlu senaraikan kesemua weblog-weblog dibawah beliau untuk kita link bersama dan memerangi musuh bersama-sama.  Apa yang telah dilihat, kita dapati kebanyakan blog-blog Umno cukup hebat-hebat belaka dengan maklumat terkini mereka. Adakah ini satu lagi penipuan untuk menjatuhkan martabat dan semangat perjuangan blogger upahan Umno oleh ketua mereka sendiri?


Pengerusi Unit Media Baru (UMB)
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri DS Hishammuddin.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

12 comments:

  1. Memang pun bro. Gua yg jaga umbhululangat ni pun terpulang pada diri sendiri la nak berdiri ke..nak terlungkup ke..nak terbaring ke. Ada organisasi (umb) pun macam tak ada. Tapi pasal sayangkan agama dan bangsa digagahkan jugak.

    ReplyDelete
  2. susah kalau orang yang hidup dengan terperangkap dalam pemikiran UMNOPUTRAS macam tuh... kemudian nak tarik semua orang untuk turut berfikir macam dia!

    ReplyDelete
  3. Ha..ha..ha. Pagi-pagi tadi kawan pikiag dua tiga kali juga nak ulas berita kat TMI tu. Rasa macam malu plak!!! Agak-agak depa nak maklumat ka, depa nak upah tu HH???

    ReplyDelete
  4. Alah... kesiannya aku... sedihnya tengok "Komandan" nih..

    Takkan Komandan tak faham cyberpsyho warfare (perang saraf di alam cyber) nih macam mana sebenarnya? Cyberwarfare bukan diperangi guna tentera yang tersusun rapat dengan jawatan2 atau fungsi2 tertentu.

    Dalam perang saraf macam ni setiap seorang penulis blog atau komentar bagaikan hulubalang. Setiap seorang punyai skill tersendiri. Takde ranking. Yang menyatukan mereka ialah perjuangan.

    Aku harap Komandan biol tuh boleh tgk blog2 macam HH nih ataupun GAP. Kat GAP kalau ada penyokong PR bising, habis kena balun dek komentar lain. Kadang tuh mengamuk sakan komentar2 pro UMNO dan BN.

    Ada dorang dapat upah dari sesiapa? Ada dorang terima arahan bertindak dari sesapa?

    Pada saat kamu bertopang pada sesapa mintak tolong itu ini, maka rapuhlah perjuangan kamu. Aku harap Komandan biol tuh sedar apa yang perlu dibuat ialah dia sendiri yang sepatutnya balun bloggers2 PR tuh.

    If you act like a crybaby, get off the field. Don't get in the way of real men fighting the good fight.

    ReplyDelete
  5. dia nak semua info@maklumat disuakan bawah dagu dia kot...pigidahhhh!

    ReplyDelete
  6. Tuan Horas:-)

    Rata-rata kawan aku kat Semenyih Broga meluat dgn peel depa ni.

    Tadi sambil kena teh tarik kat Tesco Semenyih, depa heboh cerita Komandan yg tak seberapa ni.

    Blog Tuan Horas, yg selalu update terkini, adalah salah satu yg saya maksudkan, cukup bertenaga.

    ReplyDelete
  7. Tuan Tok Wan:-)

    Komandan ni dari dulu lagi, semak.

    Bukan kah dia Pegawai Khas, apa lagi yg maklumat yg dia mau.

    Dia nak laporan/report macam investment analysis bank, tiap-tiap pagi letak atas meja dia.

    Wikipedia pun sebut jawatan dia Ahli Kaji Selidik, Farmasis pulak tu. Apa info@maklumat yg dia mau. Payah sangat ka.

    Maklumat ter-update setiap saat.

    ReplyDelete
  8. Tuan Tenggara:-)

    Bab UMB ni jagan malu-malu, untuk kebaikan kawan-kawan UMB yg kita sanjung. Tungkus lumus.

    Ada juga link di sini.
    Mcm Tuan Horas kita.

    Tuan Pahang Semut Hitam pun rasa-rasa sama juga.
    Cuba click link Members SEMUT HITAM, dia jaga Pahang lagi.

    Khairuddin Mohd Jali, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tapah, satu lagi contoh.

    Depa ni kelas-kelas belaka.

    Tapi Komandan depa, makkk aaiii.

    ReplyDelete
  9. tulis blog nak minta informasi ke? informasi pasal apa? wartawan akhbar pun kena keluar cari berita, dia pulak boleh duduk goyang kaki minta informasi.

    lawak dowh hehehehe

    ReplyDelete
  10. Dia ni pada aku hampeh. Bodoh, ego, bongkak selagi dia dok perangai lagu tu selagi tu umb hancur. . Kita tak perlukan politician macam dia ni yg hanya tahu kejar glamour je. Cywar apa dia buat? Ptuih

    ReplyDelete
  11. Salam Tuan ...

    Jika Tun Faisal dan UMB masih dikekelilingi oleh makhluk2 hina penjilat tegar Khairy ... spt Bro Jinggo yang hanya menyokong atas dasar periuk nasi ... I would say ... UMB is the symbol of UMNO's sheer stupidity.

    ReplyDelete
  12. Tuan King:-)

    Couldn't agree more.

    Judging by the temperament, I would say PapaGomo would make him disappear into oblivion if he have his way.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive