Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label Perosak UMNO. Show all posts
Showing posts with label Perosak UMNO. Show all posts

24/08/2011

Khir Toyo ‘Penyapu’ Beri Amaran Keras Kepada Menteri. Siapa kah Menteri itu?

Oleh : HHalem.

1- Khir Toyo sedang didalam perbicaraan untuk membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

2- Kini Khir naik berang apabila terdapat 3 sahabat beliau bertaraf Menteri Kabinet mengadu domba bahawa untuk BN akan mampu menawan kembali Selangor dari Pakatan ialah dengan menyumbat Khir Toyo kedalam penjara. Siapa kah 3 individu yang beliau iktirafkan sebagai ‘sahabat’ itu?

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,”

“Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan” – Khir Toyol >

3- Bekas MB Selangor ini, nama manja atau timangan beliau ialah Khir Penyapu, seolah-olah lupa apa yang beliau telah lakukan dan ia menjadi salah satu punca utama rakyat Selangor membenci beliau dan turut membenci Umno ialah kerana sikap beliau yang tidak tahu adat dan menyerah penyapu kepada salah seorang pegawai beliau supaya ‘shake up or ship out’

4- Bahana dan badi dari isu Khir Penyapu itu telah berlarutan sehingga ke PRU 12, dan Umno menerima padahnya dengan tewas di Selangor.

5- Khir tidak sedar bahawa bukan setakat 3 orang Menteri sahaja menyeru beliau dipenjarakan, malah seluruh rakyat Malaysia bersetuju bahawa Khir Penyapu membawa aura dan gelombang negatif kepada nama Umno di Selangor. Beliau adalah kudis yang mesti dihapuskan sama sekali.

6- Jika kemenangan perbicaraan Khir Penyapu nanti, hanya diatas sebab teknikal, ia tidak akan membalut luka hati rakyat Selangor yang telah diguris Khir. Seperti kes rasuah Datuk Kuris Semenyih> dimana beliau terang-terang menerima rasuah tetapi dibebaskan dan didapati tidak bersalah hanya kerana kesilapan teknikal. Ia memberi gambaran cukup buruk terhadap kerajaan BN dan sistem kehakiman.

7- Jika kes Khir Penyapu berulang seperti kes Datuk Kuris, bermakna kemungkinan besar Pakatan akan tetap memerintah Selangor kerana aura Khir Penyapu lebih kuat terpahat dihati rakyat dari aura Khalid Majlis Syura.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

29/07/2011

UMB Pemuda Umno: Depa Buat Dah !! Depa Mula Mengamok Sakan.

Oleh : HHalem.



Kita bukan nak dengar sangat Saifudin Abdullah ni bercakap sebab dia ni perosak Umno, temberang jer, serupa macam KJ The Beruk juga.

Cuba tengok baik-baik logo siapa yang buat video ni.
UMB???    Biar Betul..macam tak caya....!!

Tahniah Yuseri Yusof.
Buat la banyak-banyak video. Boleh kita viral-kan.
(Sekarang ni kita) Asyik-asyik ambik video Malaysiakini, TVPas, TVSelangor,  Minaq Jinggo sahaja (untuk dibuat bahan rujukan). 
Lepas ni kita viral-kan (pula) video (yang dibuat sendiri oleh) UMB.

Laman orang-orang UMB ni duduk kat mana sebenarnya.?
Kat mana boleh dapat senarai penuh mereka?

Comments / Pandangan Melalui Facebook

26/07/2011

Racun Dr Asri Cukup Power Kali Ini. Ramai Yang Telah Mati Terdengar Racun.

Oleh : HHalem.
Boleh Mati Kojol Kalau Dengar Hasutan Tiga Sekawan Ini.
Dengar Racun Pun Boleh Mati 


1- Hari ini seperti yang kita jangkakan orang yang pertama dan kedua yang akan melindungi Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin setelah beliau disenaraikan sebagai orang yang ‘mengancam ketenteraman awam’ oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), ialah dua orang sahabat karib dan member sehaluan beliau iaitu Ketua Pemuda Umno, Khairi Jamaluddin (KJ) dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah.

2- Memang telah dijangka, tiga kawan serangkai ini akan membawa masalah kepada pentadbiran DS Najib apabila terang-terang mereka menganggu keputusan yang telah dibuat oleh pentadbiran Najib.

3- Kita lihat apa kata KJ dan Saifuddin dibawah.

"Pada pendapat saya sebarang langkah melulu terutama di dalam melabel serta menjatuhkan hukum kepada pihak-pihak tertentu tanpa penelitian yang mendalam serta memberikan mereka peluang untuk memberi penjelasan adalah suatu yang tidak boleh diterima,  apatah lagi apabila tuduhan atau label tersebut menyabitkan seseorang atau kelompok tertentu sebagai pengganas ” kata KJ.

“Pada masa yang sama saya ingin menegaskan bahawa daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau saya dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka moderat bahkan progresif di dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah ” kata KJ menerusi blognya

4- Kita lihat pula apa kata Saifuddin

 “Saya tidak setuju langkah melabelkan orang tertentu sebagai Wahabi selanjutnya menyebabkan dia dilabelkan sebagai teroris ...Langkah melabelkan ini hanya memecah  belahkan umat Islam... dalam Islam ada adab berbeza pendapat,  tapi janganlah kerana berbeza pendapat sehingga terbawa-bawa dengan melabelkan seseorang itu sebagai Wahabi atau teroris ” kata Saifuddin kepada portal kesayangan beliau Minsider.

5- Kita cukup faham kecelupuran KJ dan yang menjadi kemuskilan ketahap memalukan pentadbiran Najib ialah si Saifuddin ini. Ada kah beliau bercakap sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi atau Ahli Majlis Tertinggi atau pendapat peribadi beliau. Apa pun masyarakat akan berpersepsikan KJ bercakap bagi pihak Pemuda dan Saifuddin sebagai Menteri. Ini cukup mengaibkan Najib.

6- KJ dan Saifuddin dan pengikut fahaman mereka berdua harus sedar mengenai motif dari sudut kebaikan kepada umum dan bukan hanya kebaikan kepada diri Dr Asri semata-mata. Perkara ini telah dihalusi oleh MKN begitu rapi sebelum keputusan mengecop dahi Dr Asri sebagai penghasut. Ini perlu difahami terlebih dahulu sebelum terus bangun bersilat-silat ikut rentak mereka bertiga.

“Antara arahan MKN yang terbaru adalah Arahan MKN No. 21 yang menggariskan mekanisme pengurusan ancaman ketenteraman awam. Ancaman-ancaman ketenteraman awam boleh menjadi pemangkin kepada sesuatu yang lebih berbahaya dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara. Dalam arahan ini, ancaman ketenteraman awam adalah ditakrifkan sebagai insiden atau rusuhan-rusuhan sama ada dirancang atau dengan spontan yang dicetuskan oleh kumpulan agama, politik, perkauman, ekonomi atau sosial.” Cerita lama di sini >

7- Dr Asri di katogarikan  sebagai, “boleh menjadi pemangkin kepada sesuatu yang lebih berbahaya dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara.”

8- Mungkin pembaca terpinga-pinga dan tertanya-tanya apa kah benda itu. Apakah benda Dr Asri lakukan sehingga beliau dianggap ‘pemangkin’. Lihat corak dan paten beliau menghasut sehingga menganggu gugat ketenteraman semua orang. Kali ini beliau cuba kucar kacirkan Umno di saat-saat PRU 13 menjelang. Porak peranda jika hasutan beliau di ikuti. Hayati hasutan terkini Dr Asri yang cukup mahir memutarbelitkan kata supaya memihak kepada beliau.
  
“Saya tahu mereka ini (40 ulama muda)  bertungkus-lumus membantu Umno dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan menjalankan kerja-kerja mendakwah,  tetapi mereka dilabelkan macam ini”

“Jadi,  saya meminta mereka mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti Umno sama ada mahu kekal sebagai ulama muda dalam Umno ”

“(Kerajaan) Arab Saudi dan ulamanya dianggap negara pengganas... parti politik tertentu yang menerima bantuan daripada Arab Saudi juga dianggap ada unsur pengganas...sudah pasti lulusan Madinah semuanya pengganas... inilah apabila madu dibalas racun penawar dibalas tuba... elok ulama muda Umno mengambil langkah yang drastik.. ”.

9- Lihat racun yang Dr Asri tabur dan menyerap ke minda-minda pembaca yang kurang kuat ilmu pertahanan mereka. Jikalau 40 orang alim-ulama itu termakan rasukan dan racun Dr Asri, mahu porak perandanya dalaman Umno. Tiada siapa pun mengatakan Kerajaan Arab Saudi,  ulama Arab dan lulusan Madinah penganas. Itu hanya putaran beliau. Lihat racun berbisa dan halus Dr Asri.

10- Jikalau macam ini punya power hasutan Dr Asri, semua bloggers Umno-BN mahu bungkus dan termakan racun dan mati kojol. Ini akan menjadi satu kemenagan kepada Pkr-Pas-Dap dan bloggers pembangkang akan senyum lebar sampai ke telinga.

Itu lah kerja professional Dr Asri dimana orang seperti beliau ini boleh menjatuhkan sesebuah negara.


Sumber racun-racun dari Minsider
Comments / Pandangan Melalui Facebook

25/07/2011

PERGADUHAN BESAR. Tun Faisal Aziz Menghina Dan Mengaibkan Papa Gomo.

Oleh : HHalem.
Yang Berbahagia Tun Faisal Ismail bin Aziz

Berikut diperturunkan article penghinaan oleh Tun Faisal terhadap bekas sahabat beliau Papa Gomo yang sama-sama berjuang menentang pembangkang tetapi dengan pendekatan yang berlainan. Matlamat adalah sama tetapi cara nya berlainan.

1- Papagomo yang lupa daratan. Papa Gomo Penipu Dan Bongkak

Kata Tun Faisal Ismail bin Aziz di dalam blog beliau:-

“Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya bertempat, namun nampaknya penipuannya memang melampaui batas.”

“Dulu Papagomo tidak ego dan bongkak seperti hari ini. Ada yang bercerita, kabarnya dulu Papagomo adalah seorang anggota polis yang menghadapi tindakan kes disiplin. Benar atau tidak saya tidak mahu mengambil tahu sangat sebab ianya tidak penting kepada saya ketika itu. Cuma saya dimaklumkan bahawa Papagomo hanya berpendidikan menengah dan terpaksa menyara hidup dengan berniaga di uptown menjual barangan tiruan”

“Ketika itu Papagomo tidak seperti Papagomo yang sekarang yang bongkak dan penuh penipuan. Penipuan yang nyata ialah apabila saya minta dia menjelaskan tentang kandungan sms saya - sama ada ada disebut di dalam sms itu tentang hendak membawa dia ke Lembaga Disiplin parti atau tidak, dia gagal menjawab YA atau TIDAK. Dia tahu dia berbohong. Sebab itu saya mintakan pula dia tunjukkan sms itu kepada rakan-rakan twitter yang lain, itu pun dia tidak berani lakukan sebab pasti pembohongannya akan terbongkar.”

Pembukaan mukadimah oleh seorang yang dikatakan terhormat seperti Tun Faisal cukup jelas mempamirkan sifat beliau yang cukup rendah martabat apabila beliau menuduh Papa Gomo sebagai seorang yang berego, bongkak dan penipu dengan bukti-bukti yang tidak kukuh dan samar-samar.

Seterusnya Tun Faisal membawa diri beliau serendah-rendah martabat ke tahap longkang jalanan apabila beliau terus memandang hina terhadap Papa Gomo dan cuba memaklumkan kepada dunia dan menimbulkan persepsi bahawa Papa Gomo adalah seorang bekas anggota polis yang pernah menghadapi tindakan displin. Betul atau tidak ia cukup mengaibkan seseorang. Tun Faisal cuba mengheret kredebiliti anggota polis di dalam pertelagahan beliau dengan Papa Gomo di mana Tun Faisal tahu ia tidak harus dilakukan sama sekali.

Tun Faisal jelas memandang rendah kepada orang yang berpendidikan rendah dan di waktu yang sama Tun Faisal membuat penghinaan kepada orang yang berniaga menyara hidup di pasar malam dengan mencari rezeki halal.

Sedarkah Tun Faisal bahawa ramai pemuda-pemuda Umno yang menyokong beliau ketika ini diseluruh Malaysia adalah dari golongan yang tidak jauh pelajaran akademik mereka. Mereka akan cukup rasa terhina jika ini adalah pegangan falsafah seorang yang dipandang tinggi oleh anak-anak muda. Wahal mereka ini penuh dengan pelajaran dan pengalaman liku-liku hidup dan tahu memilih siapakah pemimpin mereka untuk masa hadapan.

Amat lah jelas sokongan pemuda seperti mereka terhadap Tun Faisal adalah meleset dan salah. Mereka rasa kecewa dengan mentaliti bakal pemimpin yang akan turut mencorakan penghidupan bangsa Melayu nanti.

Dengan mentaliti dan mindset Tun Faisal yang ada sekarang, beliau tidak akan dapat mencorakkan masa hadapan Malaysia dengan jelas. Oleh itu beliau perlu ditumbangkan dengan seberapa segera supaya tidak membawa padah yang lebih buruk.  Adalah satu kesilapan besar kepada sesiapa yang memilih Tun Faisal sebagai pemimpin mereka.

Isu kandongan  sms apa-apa sekali pun tidak dapat membuktikan niat atau tujuan sebenar seseorang itu. Pernah kah Tun Faisal mendengar ungkapan bahawa sms tidak bermata, berhati dan berjiwa. Mungkin kandongan sms yang dihantar oleh Tun Faisal tidak menteterakan bahawa Papa Gomo hendak dibawa ke Lembaga Displin Umno, tetapi tingkah laku dan perbualan Tun Faisal selepas itu mungkin menjurus kearah itu. Mingkin penasihat sekeliling Tun Faisal membuat nasihat sedemikian. Papa Gomo mempunyai ramai kenalan di dalam Umno, maka apa yang sedang berlaku dibelakang terhadap segala perbuatan Tun Faisal diketahui beliau.

Diingatkan Tun Faisal semula apabila boss beliau KJ menyatakan bahawa beliau lihat Jeyakumar (Parti Sosialis Malaysia PSM) cukup lemah lembut dan tidak langsung menampakan  sesorang yang boleh membawa kepada keganasan seperti yang di uarkan pihak polis. Berdasarkan itu KJ membuat rumusan bahawa penangkapan Jeyakumar adalah salah faham dan beliau ingin bertemu DS Najib. Lihat betapa deceptive nya sesuatu itu. Di belakang balik tabir,  apa pengikut agresif  PSM lakukan dan rancang, ramai yang tidak tahu.

Kita bawa Tun Faisal jauh kebelakang sedikit. Ingatkah lagi Tun Faisal bagaimana lemah lembutnya Chin Peng (PKM) dengan berbaju lengan panjang dan kekadang memakai topi koboi. Chin Peng cukup lemah lembut dan seumpama pijak semut pun tidak mati. Di belakang beliau, apa pengikut beliau lakukan semua orang tahu.

Begitu juga Tun Faisal, cukup lemah lembut, manis dan segala ungkapan Twiiter Tun Faisal cukup enak. Mungkin sms Tun Faisal kepada Papa Gomo cukup enak seperti gula. Tetapi di belakangnya, pengikut-pengikut dan pengampu Tun Faisal lakukan sebaliknya terhadap Papa Gomo, siapa yang tahu.  

Tun Faisal tersilap percaturan didalam isu sms ini. Oleh itu Tun Faisal harus sedar bahawa beliau masih lagi jauh perjalanan didalam hiraki Umno dan pemimpin negara. Image Tun Faisal diperhatikan dan diberi merit oleh anak-anak muda. Jika beliau celupar, maka celupar lah pengikut beliau. Mungkin ada yang akan berundur terus dari beliau.

2 – Papa Gomo Tidak Beretika

“Papagomo juga tidak beretika. Ketika dia menyerang saya menggunakan blog selepas PRK Kerdau, saya telah mengambil masa untuk menjelaskan pelbagai perkara melalui BBM. Saya fikir ia akan berakhir di BBM sahaja, tetapi sikap tidak beretika Papagomo amat ketara apabila dia bertindak memburuk-burukkan saya dan UMB melalui tambahan dua lagi posting di blognya.”

“Dalam kes terbaru, Papagomo merasa tidak puas hati apabila saya melaporkan tweetnya berkaitan Menteri Dalam Negeri dan KDN kepada Setiausaha Politik. Ini adalah rutin biasa seorang pagawai dan saya telah mencadangkan kepada Setiausaha Politik untuk menegur Papagomo melalui saluran parti, iaitu melalui Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju memandangkan Papagomo adalah ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsamaju.”

“Dalam hal ini hanya empat pihak sahaja yang perlu tahu. Saya, Setiausaha Politik, Ketua UMNO Bahagian Wangsamaju dan Papagomo. Sama ada dia setuju atau tidak dengan teguran itu, respon terhadap teguran itu boleh dibuat melalui saluran yang sama tanpa perlu menghebahkannya kepada sesiapa. Tetapi, oleh kerana Papagomo ini tidak memahami kaedah parti, dia telah menjadikannya sesuatu isu yang besar menggunakan media online.”

“Soalan saya - Apakah Papagomo terlalu besar, lebih besar daripada Perdana Menteri sehingga tidak boleh ditegur secara politik? Bongkaknya seorang blogger dan ahli parti jika berfikiran sebegini.”

Didalam hal ini, Tun Faisal dipandang sebagai orang yang lebih tidak beretika dari Papa Gomo disebabkan awal-awal lagi beliau telah meletakkan dan memandang Papa Gomo serendah-rendah martabat dengan menghina beliau sebagai orang yang berpendidikan menengah dan menyara hidup di uptown dengan menjual barangan tiruan. Sekarang Tun Faisal mempersoalkan, ‘Papa Gomo ini tidak memahami kaedah parti’.

Papa Gomo memberi tegoran terhadap Pak Menteri kita yang dikatakan lembab. Saya sependapat dengan Papa Gomo bahawa Pak Menteri kita memang dengan ‘amaran’ nya yang tidak sudah-sudah. Adakah itu salah? Kenapa Papa Gomo harus diberi tegoran oleh Umno? Kenapa tidak Pak Menteri diberi nasihat oleh Tun Faisal? Memang benarlah kata-kata orang yang cintakan Umno, bahawa Pak Menteri dikelilingi oleh orang yang ‘yes-man’ sahaja. Tun Faisal adalah salah seorang daripada ‘yes-man’ tersebut.

3- Papa Gomo seorang Penakut, Bacul dan Berlagak Pondan.

“Bagi saya Papagomo sudah terlalu bongkak dan merasakan dia sentiasa betul, tetapi penakut dan bacul.”

“Nasihat saya kepada Papagomo, jangan berlagak pondan. Masalah Papagomo hanyalah dengan saya. It's between you and me. Jangan jadi bacul dengan menggunakan nama blogger-blogger lain, seolah-olah hendak bersembunyi di belakang mereka.”

“Selepas Kerdau dan PRN Sarawak telah timbul banyak prasangka di antara blogger dengan UMB disebabkan oleh perbuatan dan hasutan Papagomo. Saya terpaksa mengambil begitu banyak masa untuk memperbetulkan hubungan yang rosak akibat tohmahan Papagomo. Malah tuduhan bahawa blogger-blogger dilacurkan adalah penipuan kerana saya tidak pernah menggunakan nama sebarang blogger yang tidak mahu bersama UMB untuk memohon sebarang peruntukan.”

“Jika Papagomo berani, tidak perlu gunakan nama blogger lain, sebaliknya hanya berdepan dengan saya sendiri. Apa yang hendak ditakutkan?”

Jika Tun Faisal menyatakan Papa Gomo seorang yang penakut, bacul dan berlagak pondan, saya pula katakan bahawa Tun Faisal lah paling tidak panjang akal. Tahukah Tun Faisal bahawa Tun Faisal adalah ‘public figure’ dan dengan sendirinya menjadi hak kepunyaan rakyat, paling tidak pun menjadi hak kepada pengemar-pengemar Tun Faisal.

Begitu juga Papa Gomo, beliau seiring dan sejalan dengan bloggers secara tidak bertulis dan kepunyaan kumpulan tertentu. Apa beliau lakukan mesti tidak lari dengan norma-norma kehendak segelintir bloggers yang sealiran dengan beliau. Selagi beliau tidak melakukan jenayah undang-undang dan dibuktikan bersalah, saya adalah seorang pengemar agrasif beliau sehingga kini. Mungkin besok atau lusa akan berubah. Kesalahan segi moral pula adalah lebih kepada subjektif perbandingan dengan norma-norma masyarakat dan hukum hakam.

Di antara Papa Gomo dan Tun Faisal, mana adanya istilah, “It's between you and me”. Sesungguhnya Tun tidak panjang akal.

4- Papa Gomo Menerima Bayaran.

“Papagomo berjuang tanpa dibayar? Sangat kelakar bila dia mengatakan perkara ini.”

“Sukar sebenarnya hendak memberi tugasan kepada Papagomo semasa PRK kerana dia tidak boleh mematuhi disiplin tertentu. Misalnya, dia akan sibuk menghurungi VIP sebab jika dia pergi menghurungi VIP, dia tahu dia akan mendapat sesuatu daripada mereka. Fokus akan hilang sebab yang penting bukan psy-war PRK lagi tetapi coverage VIP tertentu.”

“Dalam PRN Sarawak, apa sahaja posting Papagomo? Paling kelakar semasa orang sibuk menyerang pembangkang dan mempertahankan BN, Papagomo khayal dangan kisah dia ditahan polis. Seolah-olah dia pula selebriti; mengalahkan PM dan menteri-menteri lain la pulak. Mujurlah ada video seks yang menyelamatkan dan mengangkat `martabat' Papagomo. Dalam PRN Sarawak sebenarnya ada lebih ramai blogger yang benar-benar menghasilkan posting yang secara tepat menjawab isu dan menyerang pembangkang dengan jauh lebih baik berbanding Papagomo.”

“Papagomo tidak ada peruntukan semasa di Sarawak? Satu lagi cerita kelakar...(Saya dah menulis sini tentang soal Papagomo dan bayaran, tetapi tidak mengapa saya simpan dulu untuk masa akan datang)”

“Bagus. Papagomo telah berjaya meningkatkan taraf hidup. Bersyukurlah sebab masih ramai blogger termasuk yang selalu mengikuti program UMB yang belum ada pendapatan tetap dan berdepan dengan pelbagai masalah kewangan. Mereka ini tidak mengecapi apa yang telah dinikmati oleh Papagomo hari ini, tetapi mereka tetap berjuang untuk parti tanpa perlu menyerang sesama sendiri di dalam parti.”

“Cukup-cukuplah menyalahkan UMB. UMB tidak ada masalah bekerja dalam serba kekurangan dan jika diberi penghakupayaan hanya semasa PRK dan PRN. Jika kita gagal semasa PRK dan PRN, UMB sebagai jentera parti akan memikul tanggung jawab itu. Tetapi jangan memfitnah UMB kononnya UMB mendapat begitu banyak peruntukan, sedangkan Papagomo sendiri menerima keistimewaan yang lebih banyak berbanding rakan-rakan tertentu di dalam UMB.”

“Nasihat saya,  jika telah menerima peruntukan, tetapi masih gagal melaksanakan tugas dengan baik semasa Perhimpunan Haram Bersih, walaupun dilengkapi dengan peralatan yang begitu canggih, Papagomo kena jadi berani dan tampil ke depan untuk memikul tanggung jawab. Jangan yang baik-baik saja claim credit, peruntukan sudah diambil tetapi tidak berani menanggung kelemahan. Bila sudah gagal, memfitnah dan menunding jari ke arah UMB sedangkan UMB tidak menerima keistimewaan seperti yang Papagomo terima. Papagomo, anda blogger sepenuh masa dan berbayar, buatlah tugas sebaik-baiknya.”

“Alhamdulillah, walaupun tidak diberikan peruntukan seperti kumpulan tertentu, UMB telah berusaha melaksanakan tugas sebaik-baiknya. Latihan perang siber telah dilaksanakan secara berterusan agar lebih ramai pejuang siber di dalam parti dapat terlibat dalam kaedah yang lebih bersistematik dalam peperangan siber. Jika ada peruntukan, insya-Allah lebih cepat dan lebih banyak lagi program ini dibuat di seluruh negara. Jika tiada, tugas anggota UMB akan dijalankan seperti biasa.”

“Saya sudah cukup bersabar dengan kerenah Papagomo yang suka berbohong dan memfitnah. Jika berterusan saya terpaksa mendedahkan lebih banyak kebenaran. Saya masih mahu berpegang kepada etika dan kerahsiaan, tetapi Papagomo - cukup, cukuplah.....”

Di bahagian ini Tun Faisal menyentoh perihal Papa Gomo menerima bayaran. Kenyataan berbunyi, “Papagomo, anda blogger sepenuh masa dan berbayar, buatlah tugas sebaik-baiknya.” Ia cukup bercanggahan dengan apa yang selalu di uar-uarkan oleh Papa Gomo bahawa beliau adalah ‘blogger jalanan dan tidak bertuan’ dan ia juga memberi persepsi bahawa beliau tidak menerima apa-apa bayaran dari sesiapa pun.

Kenyataan Tun Faisal tidak lagi berbunyi andaian bahawa Papa Gomo menerima bayaran, malah terang-terangan menuduh Papa Gomo menerima bayaran.

Perkara ini biarkan Papa Gomo menerangkan dengan sendiri dan membuat pengakuan atau menafikan nya. Adakah menerima bayaran bermaksud setakat teh tarik dan roti canai selepas berkerja atau adakah Papa Gomo menerima dengan jumlah bayaran yang lumayan.

Pihak Tun Faisal harus bersedia dan tidak ragu-ragu mempamirkan segala bentuk resit bayaran atau dokumen bayaran kepada Papa Gomo supaya perkara ini ditutup ‘once and for all’. Ingat diantara Tun Faisal dan Papa Gomo tiada istilah, “It's between you and me”, lebih-lebih lagi Tun Faisal kerana Tun Faisal satu hari nanti akan menjadi pemimpin lapisan muda yang akan menerajui negara. Itu pun jika Tun Faisal tidak berterusan memandang rendah terhadap orang yang berakademik tidak seberapa dan mencari makan di pasar malam uptown ( bab barangan tiruan is another story).

* Ada yang minta saya letakkan gambar Papagomo seperti yang dilakukan oleh Papagomo dalam postingnya mengenai saya, supaya mereka boleh kenal siapakah Papagomo yang sebenar. Tapi tidak mengapalah, saya masih mahu berpegang kepada etika, biarlah Gomo dengan cara jalanannya.

Tun Faisal Ismail bin Aziz

Kenapa di akhir bicara Tun Faisal harus mengugut demikian rupa. Dengan itu saya cukup yakin bahawa Tun Faisal semanis bahasa dan bicara, tetapi kuncu-kuncu beliau dibelakang membuat onak dan duri dan menghasut segala-galanya, termasuk hasutan supaya Papa Gomo diambil tindakan oleh Umno Bahagian.
Jika Pak Menteri mempunyai penasihat yang salah seperti Tun Faisal, maka Tun Faisal pun mempunyai penasihat yang dengki khianat disekeliling beliau.



Comments / Pandangan Melalui Facebook

21/07/2011

Perdana Menteri Gua Musang Menampakan Kemusangan Beliau. Dahi Terpahat Nama Istana.

Oleh : HHalem.

1- Seperti biasa kemusangan dan muslihat Ku Li jelas kelihatan apabila hampir tibanya musim pilihanraya PRU 13 tidak lama lagi. Awal-awal beliau telah memasang perangkap untuk memenangi lagi kerusi Parlimen Gua Musang. Beliau tahu, beliau tidak akan kalah di Parlimen Gua Musang disebabkan chop Istana Kelantan tepahat di dahi beliau , tetapi beliau tidak mahu mengambil risiko tanpa berusaha.

2- Usaha pertamanya ialah menarik minat orang-orang lama yang taat setia kepada pejuang-pejuang awal Tanah Melayu kepada beliau. Khasnya orang-orang Umno. Untuk itu beliau melancarkan NGO Angkatan Amanah Merdeka pada Jumaat esok 22 July bagi mengerakan kembali semangat jati perjuangan kemerdekaan dengan enam objektif.  Iaitu menghidupkan legasi “Amanat Merdeka Bapa Malaysia” selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. Semua ini menjurus kepada gimmick Parti Semangat 46 yang telah berkubur.  Ku Li >

3- Setelah berusaha menarik kesetian orang vateran yang condong kepada Umno, beliau berusaha seterusnya membohongi dan meracuni fikiran penganut-penganut Pas apabila beliau terang-terangan menyokong padu Rusuhan Bersih pada 9 July tempoh hari.

 "Sebagai pengamal demokrasi sejati dan UMNO juga telah bersumpah akan melindungi sistem demokrasi di negara ini, sepatutnya kita perlu mempertimbangkan permintaan mereka,"

"Saya tidak merasakan mereka ini akan menggulingkan kerajaan sedia ada,"

"Jika rakyat sudah memilih pembangkang, apa boleh kita buat? Itu adalah hak demokrasi setiap pengundi," Ku Li >

4- Begitu lah sikap Ku Li dari dahulu sehingga sekarang. Jika beliau tidak dipilih sebagai calon BN pada PRU 13 nanti atas alasan terlalu vateran, beliau sudah bersedia bila-bila masa untuk bertanding atas tiket Pas. Bertanding atas tiket Umno pun Ku Li akan menang dan atas tiket Pas pun Ku Li akan turut menang. Bagi undi Orang Asli pula ia sudah cukup untuk menjadi kuasa penentu kemenangan beliau kerana chop Istana telah terpahat mati didahi Ku Li.

5- Itu lah muslihat Ku Li yang ramai tidak perasaan kerana jika dibiarkan kehendak Ku Li, beliau ingin terus menjadi Perdana Menteri Gua Musang.


Comments / Pandangan Melalui Facebook

18/07/2011

Komandan Unit Media Baru Umno Minta Bantuan Maklumat Kerajaan. Kata Orang Beliau Bengap. Masih Nak Bertongkat

Oleh : HHalem.

1- Cukup menarik apabila Din Turtle melaporkan bahawa Komandan UMB Umno cukup bengap kerana mengadu bahawa mereka tidak mendapat kerjasama dan bantuan kerajaan didalam  memerangi penulisan blogger pro-Pembangkang.

“Komandan kita ni mengadu konon kerajaan, maknanya pemimpin Umnolah, tidak berapa nak beri kerjasama kerana tidak salurkan info kepada pasukannya. Macamana nak lawan penulisan pro pembangkang kalau tidak diberikan maklumat ?”
 
“Apalah bengapnya Komandan Cybertrooper Umno ni ! Nak sokong dan pertahankan kerajaan pun kena diberi maklumat dulu baru boleh aktif ke ? Memanglah sebarang maklumat pasti membantu, apatah lagi kalau tenteranya memang bengap, tapi takkanlah tak boleh fikir sendiri bagaimana nak mematahkan serangan pembangkang ?Din Turtle>

2- Penulis ini (HHalem) bersetuju benar dengan ungkapan DinTurtle bahawa Komandan UMB adalah bengap se bengap nya. Komandan yang di maksudkan DinTurtle ialah Tun Faisal Ismail Aziz.

3- Di manakah kebengapan, kebengongan dan kesamdolan  Komandan UMB iaitu Tun Faisal? Banyak !!

4- Seperti kebanyakan orang Melayu tamak, walaupun ada yang berkemampuan dan tidak layak menerima bantuan, mereka masih mahukan bantuan kerajaan dari segala segi. Sekarang maklumat pula diperlukan. Bandingkan dengan projek-projek bantuan kerajaan, subsidi-subsidi, buku sekolah bantuan kerajaan dan pelbagai lagi yang anda boleh fikirkan.

5- Sekarang Komandan tersebut mahukan pertolongan bantuan kerajaan untuk memerangi blogger pro-Pakatan. Berapa banyak tongkat yang beliau perlukan untuk bergerak. Cukup memalukan dan mengaibkan! Kata beliau Unit Media Baru Umno cukup layak dan gah dengan pencapaian dan pergerakan sendirian mereka. Jika UMB cukup hebat, maka mereka tergolongan dalam golongan yang cukup berkemampuan, tetapi kenapa minta bantuan maklumat kerajaan?

6- Dengan pendedahan Komandan ini dengan secara automatik pengakuan telah dibuat bahawa Unit pimpinan beliau amat lemah. Pengakuan juga dibuat oleh beliau yang membawa bayangan bahawa pemimpin tertinggi Umno tidak percaya dan tidak yakin  terhadap kemampuan unit yang di pimpin oleh beliau sebagai Komandan. Teringat kisah Tengku Adnan kutuk unit ini disatu ketika dulu.

“After 13 by-elections and one state election I think we are ready to lead BN online in the next general election But the leadership needs to have faith in us ” he said.

7- Ini sebahagian laporan media yang dipetik. Komandan tersebut boleh lah berkata bahawa laporan media telah memutarbelitkan maklumat beliau seperti kebanyakan ungkapan ahli politik yang tenat.

However Tun Faisal a member of the Umno Youth executive committee believes that despite having guns primed the unit needs the government to provide it with bullets

“Most young and urban voters perceive the mainstream media as pro-government so they are automatically prejudiced against it...So we have to bring the debate online.. But the problem is getting info from the government to counter the lies from the opposition.  How can we fight claims from them and journalists when we don’t have more info than them ” he said. Minsider>

8- Jika jujur dalam perjuangan, Komandan perlu senaraikan kesemua weblog-weblog dibawah beliau untuk kita link bersama dan memerangi musuh bersama-sama.  Apa yang telah dilihat, kita dapati kebanyakan blog-blog Umno cukup hebat-hebat belaka dengan maklumat terkini mereka. Adakah ini satu lagi penipuan untuk menjatuhkan martabat dan semangat perjuangan blogger upahan Umno oleh ketua mereka sendiri?


Pengerusi Unit Media Baru (UMB)
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri DS Hishammuddin.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

26/06/2011

The Flying Kick Panas Membara. Umno Tapah Kurang Cerdik Serta Pendek Akal.

Oleh : HHalem
Saravan - Sumbangan Ahli Parlimen Tapah
1- Marah benar The Flying Kick kepada Umno Tapah;

“Yang orang UMNO kat TAPAH tu, apa ke bangang sangat!!!”

“Takkan perkara semudah itu pun masih lagi lekat di mata? Pergilah tanggalkan papan tanda bongok sebegitu! Buat malu UMNO-BN sahaja dengan promosi sebangang dan semurah itu!!!” The Flyng Kick >

2- Apa kan tidak nya, cuba lihat papantanda kubur orang-orang Islam Kampong Datok, Tapah, yang disumbang oleh Ahli Parlimen Tapah. Ia tertera dengan jelas logo BN dan UMNO di papantanda tersebut.

3- The Flying Kick mempunyai asas, dan penulis setuju dan turut berasa malu dengan perbuatan Umno tersebut. Tidak semua tempat dan situasi boleh di iklankan Logo Umno atau BN.

4- Samaada ia di lakukan oleh Umno Cawangan atau Bahagian dengan sengaja atau tidak, ia tetap menampakkan kecetekan fikiran orang-orang Umno di sana. Mungkin peruntukan dari Saravanan sebagai Ahli Parlimen, tetapi di uruskan sendiri oleh Umno. Walaubagaimana pun Saravanan harus peka. Jika Saravanan tidak peka, orang Umno Tapah lagi pekak. Persepsi umat Islam cukup sensitif jika berkaitan dengan kematian. Nanti akan ujud kubur Pas-Umno-Pkr yang berasingan. Yang best nya sekali, Umno akan di tuduh memulakan nya terlebih dahulu. 

Mungkin juga Tuan Khairuddin Mohd Jali  dan Tuan Safri Salih> dari Pemuda Umno Tapah dapat membantu, memberi pandangan serta memberi cerita sebenar apa yang telah berlaku di sana.



Comments / Pandangan Melalui Facebook

16/06/2011

Amaran Keras Kpd Blogger:- Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Oleh : HHalem

1- Penulis dari awal-awal lagi tidak berapa mengemari dasar DS Rais Yatim ni, kerana dasar beliau yang terang-terang memusuhi Bloggers. Seolah-olah bloggers ni sampah di mata beliau. Jadi apa yang blogger lakukan, bagi beliau adalah semua serba tidak kena.

2- Pada pandangan penulis, DS Rais Yatim pun tidak lama lagi akan di pencen-kan, samaada kalah pada PRU 13 atau tidak dicalonkan langsung, maka biarlah beliau menjalankan tugas beliau dengan aman.

Ini ucapan terbaru DS Rais yang memang ada asasnya, tapi entah kenapa apabila keluar dari mulut beliau macam ada yang tidak kena.

Sama juga perasaan apabila apa sahaja yang terkeluar dari mulut KJ The Berok, semuanya tidak kena, walaupun kekadang perkara itu mempunyai asas.

3-  Bertambah amarah lagi kepada DS Rais apabila ramai yang tidak mengetahui “Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)” telah di adakan semalam.



Comments / Pandangan Melalui Facebook

13/06/2011

Parpukari Mengamok Sakan Dan Naik Darah Kepada ‘Orang Itu’ Bila Di Sebut Unit Tempur Siber Umno. Siapa kah ‘orang itu’?

Oleh : HHalem

1- ‘Trigger point’ kemarahan Parpukari berkemuncak apabila sahaja Zahid Hamidi menyebut bahawa Umno memerlukan Unit Tempur Siber yang lebih sistematik. 

2- Nampak gayanya Parpukari teramat sangat membenci ‘orang tu’ yang dipercayai mengepalai Unit Tempur Siber Umno. Mungkin ia berasas kerana Parpukari telah lama berkecimpung dengan ‘orang itu’ yang tersangat hipokrit. Penulis masih mengingati bahawa Parpukari pernah menyatakan kepada 'orang itu' bahawa blog beliau diramaikan dan diberi preview oleh Utusan Malaysia, bukan nya 'orang itu'.

3- Lihat kemarahan yang membara  Parpukari seperti petikan dibawah.

“Siapa kata tak bersistematik? Kalau tak bersistematik, takkanlah ada orang tu siap cakap 'SEMUA NI DUIT AKU', 'JIHAD FISABILLAH', 'KENAPA TAK BAGI KAT AKU?”

“Nak tahu sistematik ke tidak, cuba buat pengumuman Unit Siber akan menerima wang berjuta-juta... sahih akan ada muka yang sama, yang tersengih-sengih sambil melobi kononnya dialah yang mengajar semua orang tentang TWITTER, tentang blog, tentang FACEBOOK. Dengan muka tak malunya pula, siap tulis kat dalam blog lagi konon-kononnya dia lah yang mengajar semua tu kat semua orang!”

“Kalau bab Twitter plak, tak abis-abis nak puji dan angkat diri sendiri. Bila Facebook, kerjanya tak lain, puji sajalah unit dia yang konon-konon hebat sangat tu, sedangkan semua orang yang berkait kalau sebut nama unit dia pun, kalau tak muntah pun, larilah... punyalah tak mahu dikaitkan sebab malu!”

“Jangan kata tak sistematiklah! Pak Menteri tak boleh cakap macam tu. Nanti ada orang terasa. Setelah berhempas pulas memberitahu orang lain bahawa  DIA YANG MEMBAYAR TENAGA KERJA daripada akaunnya sendiri, bila Pak Menteri cakap macam tu, bermakna Pak Menteri telah menyanggah segala dakwaan bangangnya. Takkanlah Zahid tak tahu, duit projek supply komputer dulu, makan tak abis tujuh lapan ratus keturunan!”  Parpukari >

4- Apabila Zahid Hamidi menyebut bahawa Umno memerlukan Unit Tempur Siber yang sistematik bermakna ini satu penghina peringkat tertinggi kepada ‘orang itu’. “Orang itu’ tidak sistematik langsung dan tidak dapat membantu Umno pada PRU 13 nanti. Zahid telah ‘menyanggah segala dakwaan bangang orang itu’

5- Kita tunggu ‘orang itu’ melompat dan menyangkal dakwaan Zahid Hamidi. Zahid membelasah ‘orang itu’ kaw-kaw di Berita Harian disini.>. Ada kah Zahid tidak tahu 'orang itu' ujud dan mengendalikan Unit Cybertrooper Umno. Atau Zahid sengaja menghentam 'orang itu'?

6- Siapa kah ‘orang itu’??  Mungkin ‘orang itu’ pernah membuat komen di dalam blog penulis di sini. Pembaca perlu meneliti dan membuat pembandingan apa yang diperkatakan oleh Parpukari dan apa yang dikomen oleh ‘orang itu’ . ‘Orang itu’ komen kepada HHalem bahawa;

“..siapa kata blogger tak perlu dilatih? klu ada peluang meningkatkan ilmu, berlatihlah - sbb tu saya sebutkan kpd parpukari;  jgn lupa, waktu dia baru nak blajar twitter dulu, dia belajar dgn saya. apa lagi ilmu yang nak dilatih? byk, melainkan blogger tu x mau dilatih.”

7- Jika nak tahu siapa ‘orang itu dengan dakwaan bangangnya’, pandai-pandai lah pembaca mencari nya di dalam blog HHalem.blogspot.

“Orang-itu” ialah “You-know-who” akan melenting tidak lama lagi di atas kesombongan dan keangkuhan beliau”
Comments / Pandangan Melalui Facebook

08/06/2011

UMNO (Baru) Kelantan Di Bawa Ke Mahkamah. Mungkin Di Haram Sekali Lagi.

Oleh : HHalem
1- Selepas krisis yang di timbulkan oleh Ku Li (Semangat 46) pada 1987,  Umno telah diisytiharkan sebagai haram.  Umno Baru di tubuhkan semula dan perlembagaan baru melarang ahlinya membawa sebarang pertikaian ke mahkamah.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

24/05/2011

Khairi Di Serang DAP. Lapurkan Polis Segera, Jika Benar.


Oleh : HHalem


Sekarang Baru Nak Sedar 
Tektik Halus China Nak Takluk Negara 
Siul Punya Beruk PBB (Pekak-Buta-Bisu)

1- Kali ini Khiri Jamaluddin melatah dengan memberi bukti-bukti bahawa DAP telah masuk dan menyerang kawasan beliau di Rembau dengan halus dan sistematik.

2- DAP telah membawa masuk ramai orang-orang China, tidak kira MCA, Gerakan atau DAP, untuk menyerang beliau di kawasan Perlimen. KJ memaklumkan bahawa beliau setuju dengan, DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa wujud gerakan secara berstruktur dan sistematik oleh DAP bagi merampas tiga buah negeri.

"Perkara ini sudah dikesan sejak tahun lalu (di Rembau). Kita pelik apabila secara tiba-tiba terdapat pertambahan mendadak pengundi Cina sehingga tidak lagi menggambarkan jumlah komposisi kaum yang sebenar.

"Daripada siasatan, kita percaya mereka ini dari kawasan Rasah dan Seremban. Kita juga yakin pertambahan mendadak ini adalah satu usaha terancang pihak DAP,"


3- Jika KJ mempunyai bukti-bukti kukuh, dan tidak hanya serkap jarang, tentang apa yang telah dibuat oleh DAP, maka laporan harus dibuat dengan segera. Ini kerana tuduhan beliau amat berat. 

4- Di harapkan selepas ini ‘KJ-ada-akai’ bahawa Orang Keturunan Pendatang ini boleh dibuat kawan dan kenalan berurus niaga, tetapi percaya untuk memerintah negara ini jangan sekali. 

5- Baru lah KJ dan pengikut PBB sedar bahawa apa yang di salak-salakan oleh Dap-Pkr-Pas, bahawa mereka akan melakukan perkara lebih terkutuk jika ada peluang memerintah negara.

"Nak Tahu Gi Duduk Penang"

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive