Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

30/07/2011

Peluang Mendapat Wang Juta Juta.

Oleh : HHalem.
Paip minyak-gas Tans-Asia bernilai AS$100 bilion dibangun

KUALA LUMPUR 28 Julai - PanelPoint Sdn Bhd, entiti tempatan dengan pengalaman luas dalam industri minyak dan gas, hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan enam organisasi tempatan dan asing bagi menerajui projek saluran paip Trans-Asia (TAOG) bernilai AS$100 bilion bagi membangunkan rangkaian saluran paip gas asli pertama ASEAN dan China.

PanelPoint, perancang utama projek berkenaan yang akan merupakan saluran paip gas pertama di rantau Asia, bakal melaksanakan projek besar itu secara bersama dengan sebuah konsortium kontraktor dan perunding tempatan dan antarabangsa.

Projek saluran paip sepanjang 7,000 kilometer itu, yang dijangka siap sepenuhnya dalam masa 10 tahun, bermula dari Mersing, Johor, dan disambungkan ke platform kemudahan luar pesisir di utara Kepulauan Natuna, Indonesia sebelum ke utara di Ho Chi Minh City dan Hanoi di Vietnam dan seterusnya disambung ke Hong Kong dan Guangzhou, China.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Nordin Haji Ismail berkata, saluran paip berkenaan akan menghubungkan bahagian selatan dari Indonesia dengan saluran paip yang lebih kecil menghubungkan lokasi lain di rantau ini.

"Projek ini dijangka menyediakan kemudahan pengurusan bekalan dan permintaan, membantu mengekalkan pembangunan ekonomi, menyediakan kestabilan dan menggalakkan kerjasama strategik di kalangan negara anggota,” kata beliau selepas majlis pemeteraian MoU itu di sini hari ini. – Bernama
..................................
HHalem –
1- Jika DS Najib sendiri telah tidak mengakui dan tidak mengitiraf keujudan projek TAOG berkenaan maka tamat lah riwayat projek tersebut, walaupun PanelPoint Sdn Bhd telah mendapat pelbagai surat sementara sekali pun dari UPE atau MOF.

2- Datuk Mukriz belum lagi membuat announcement bahawa pejabat beliau belum lagi menerima apa-apa permohonan mengenai projek bertaraf mega yang memerlukan kewangan dari luar negara.

3- Jika hendakan kepastian pembaca boleh periksa dengan Jabatan Alam Sekitar, gerenti EIA Report tidak pernah dihantar.

4- Announcement yang dibuat oleh PanelPoint cukup-cukup wrong timing kerana pembangkang sekarang sedang mencari-cari isu projek mega untuk membelasah pentadbiran DS Najib.

“Tidak tiada perkara sedemikian. Ia tidak pernah dibincangkan ”
-         kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

5- Kepada pembaca-pembaca dan bloggers yang berminat, di nasihatkan supaya berhati-hati dengan projek mega seperti ini kerana selalunya mereka, melalui broker-broker taik, akan meminta wang pendahuluan untuk melihat dokumen  atau apa-apa ‘letter of intent’.

6- Jika anda berminat, sila baca dan lihat gambar-gambar di bawah. Alamat pejabat, telepon dan contact person juga disediakan. Mungkin terdapat peluang perkerjaan. Berhati-hati kerana ia tanggongan anda sendiri jika kerugian dari segi kewangan.
..........................
About Us
“Panelpoint Sdn Bhd, a wholly owned bumiputra company (PPSB) was established in mid 1996 and now is an integrated oil and gas company headquartered in Kuala Lumpur, Malaysia with substantial domestic and international activities.

PPSB has a memorandum of agreement with the Vietnam government to channel investments (under the Foreign Direct Investment Scheme) for oil and gas related projects, in addition to a memorandum of understanding for oil and gas related activities with United China Capitals Limited.

With the success of the project, we envision Malaysia will be included in the regional technology hub of oil and gas industry in the very near future.”

Konsortium terdiri daripada
1- Hubei Weiguang Municipal Gas Investment and Development Co Ltd
2- PWS Manufacturing Sdn Bhd
3- Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia PKMM (Perlu nafikan?)
4- Asia Bolts and Nuts Group Lotus Action Sdn Bhd dan
5- Techknow Industrial Sdn Bhd.

Tengok Basic Project Concept.


Tengok Gambar-Gambar
Yang Mana Satu CEO Cik Nordin Haji Ismail



.......................................
Alamat Panel Point
Panelpoint Sdn Bhd (385061 H)
M-3-19, Plaza Damas,
Sri Hartamas, 50480
Kuala Lumpur. MALAYSIA
tel : +603 6207 1524
fax : +603 6201 1664
mail : info@panelpoint.com.my

Head of Corporate Communications and Public Affairs
Mr A.D Leong
+6013 212 8222
Comments / Pandangan Melalui Facebook

5 comments:

  1. HH,
    Tak leh nak join le kumpulan Panelpoint ni. Kalkulator kawan cuma 8 angka aje. Takut silap kira.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan ...

    Kalkulator ambo boleh laa sampai 4 angka utk kira monthly expenditure ... kena congak pakai abacus rasanya ... HA HA HA

    BTW ... baik Ballpoint Sdn Bhd pi approach Nik Aziz mintak kontrak pasang efficient water system kat Kelantan kalau betul2 serious pasal supply and demand ...

    ReplyDelete
  3. hehehehe:-)

    Banyak projek-projek Broker Taik macam ni Bro.

    SULIHH di Kedah 400juta setahun PAS untung.

    KASEH Highway dari Kulim ke SPetani.
    Semua 11 packages. Berebut-rebut PAS minta.

    Semuanya orang2 PAS dok syiok jadi Broker.

    ReplyDelete
  4. klu da tau projek ni cam tipu..nape pihak b'tjwb xnk siasat dan amek tindakan??? takot mereka2 yg x bersalah plak teraniaya...kesian2...

    ReplyDelete
  5. sekali tetiba projek ni mmg wujud. how?

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive