Oleh : HHalem.
Paip minyak-gas Tans-Asia bernilai AS$100
bilion dibangun
KUALA LUMPUR 28 Julai - PanelPoint Sdn Bhd,
entiti tempatan dengan pengalaman luas dalam industri minyak dan gas, hari ini
menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan enam organisasi tempatan
dan asing bagi menerajui projek saluran paip Trans-Asia
(TAOG) bernilai AS$100 bilion bagi membangunkan rangkaian saluran paip gas asli
pertama ASEAN dan China.
PanelPoint, perancang utama projek berkenaan
yang akan merupakan saluran paip gas pertama di rantau Asia, bakal melaksanakan
projek besar itu secara bersama dengan sebuah konsortium kontraktor dan
perunding tempatan dan antarabangsa.
Projek saluran paip sepanjang 7,000 kilometer itu, yang dijangka siap sepenuhnya
dalam masa 10 tahun, bermula dari Mersing, Johor, dan disambungkan ke platform kemudahan luar
pesisir di utara Kepulauan Natuna, Indonesia sebelum ke utara di Ho Chi Minh
City dan Hanoi di Vietnam dan seterusnya disambung ke Hong Kong dan Guangzhou,
China.
Ketua Pegawai Eksekutifnya,
Che Nordin Haji Ismail berkata, saluran paip berkenaan
akan menghubungkan bahagian selatan dari Indonesia dengan saluran paip yang
lebih kecil menghubungkan lokasi lain di rantau ini.
"Projek ini dijangka menyediakan
kemudahan pengurusan bekalan dan permintaan, membantu mengekalkan pembangunan
ekonomi, menyediakan kestabilan dan menggalakkan kerjasama strategik di
kalangan negara anggota,” kata beliau selepas majlis pemeteraian MoU itu di
sini hari ini. – Bernama
..................................
HHalem –
1- Jika DS Najib sendiri telah tidak mengakui
dan tidak mengitiraf keujudan projek TAOG berkenaan maka tamat lah riwayat
projek tersebut, walaupun PanelPoint Sdn Bhd telah mendapat pelbagai surat
sementara sekali pun dari UPE atau MOF.
2- Datuk Mukriz belum lagi membuat
announcement bahawa pejabat beliau belum lagi menerima apa-apa permohonan
mengenai projek bertaraf mega yang memerlukan kewangan dari luar negara.
3- Jika hendakan kepastian pembaca boleh
periksa dengan Jabatan Alam Sekitar, gerenti EIA Report tidak pernah dihantar.
4- Announcement yang dibuat oleh PanelPoint cukup-cukup
wrong timing kerana pembangkang sekarang sedang mencari-cari isu projek mega
untuk membelasah pentadbiran DS Najib.
“Tidak tiada perkara sedemikian. Ia tidak pernah
dibincangkan ”
-
kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
5- Kepada pembaca-pembaca dan bloggers yang
berminat, di nasihatkan supaya berhati-hati dengan projek mega seperti ini
kerana selalunya mereka, melalui broker-broker taik,
akan meminta wang pendahuluan untuk melihat dokumen atau apa-apa ‘letter of intent’.
6- Jika anda berminat, sila baca dan lihat
gambar-gambar di bawah. Alamat pejabat, telepon dan contact person juga
disediakan. Mungkin terdapat peluang perkerjaan. Berhati-hati kerana ia tanggongan anda sendiri jika kerugian dari
segi kewangan.
..........................
About Us
“Panelpoint
Sdn Bhd, a
wholly owned bumiputra company (PPSB) was established in mid 1996
and now is an integrated oil and gas company headquartered in Kuala Lumpur,
Malaysia with substantial domestic and international activities.
PPSB has
a memorandum of agreement with the Vietnam government to channel investments
(under the Foreign Direct Investment Scheme) for oil and gas related projects,
in addition to a memorandum of understanding for oil and gas related activities
with United China Capitals Limited.
With the
success of the project, we envision Malaysia will be included in the regional
technology hub of oil and gas industry in the very near future.”
Konsortium
terdiri daripada
1- Hubei Weiguang Municipal Gas Investment and
Development Co Ltd
2- PWS Manufacturing Sdn Bhd
3- Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia PKMM (Perlu nafikan?)
4- Asia Bolts and Nuts Group Lotus Action Sdn
Bhd dan
5- Techknow Industrial Sdn Bhd.
Tengok Basic
Project Concept.
Tengok
Gambar-Gambar
Yang
Mana Satu CEO Cik Nordin Haji Ismail
Alamat
Panel Point
Panelpoint Sdn Bhd
(385061 H)
M-3-19, Plaza
Damas,
Sri Hartamas, 50480
Kuala Lumpur.
MALAYSIA
tel : +603 6207
1524
fax : +603 6201
1664
mail :
info@panelpoint.com.my
Head of
Corporate Communications and Public Affairs
Mr A.D Leong
+6013 212 8222
HH,
ReplyDeleteTak leh nak join le kumpulan Panelpoint ni. Kalkulator kawan cuma 8 angka aje. Takut silap kira.
Salam Tuan ...
ReplyDeleteKalkulator ambo boleh laa sampai 4 angka utk kira monthly expenditure ... kena congak pakai abacus rasanya ... HA HA HA
BTW ... baik Ballpoint Sdn Bhd pi approach Nik Aziz mintak kontrak pasang efficient water system kat Kelantan kalau betul2 serious pasal supply and demand ...
hehehehe:-)
ReplyDeleteBanyak projek-projek Broker Taik macam ni Bro.
SULIHH di Kedah 400juta setahun PAS untung.
KASEH Highway dari Kulim ke SPetani.
Semua 11 packages. Berebut-rebut PAS minta.
Semuanya orang2 PAS dok syiok jadi Broker.
klu da tau projek ni cam tipu..nape pihak b'tjwb xnk siasat dan amek tindakan??? takot mereka2 yg x bersalah plak teraniaya...kesian2...
ReplyDeletesekali tetiba projek ni mmg wujud. how?
ReplyDelete