Oleh : HHalem.
Rumusan dan dapatan yang dibuat dibawah adalah
hasil dari satu article oleh Tun Mahathir. Di sini>
1- Sangat menarik apabila membaca tulisan Tun
Mahathir mengenai Kerajaan Amerika yang berhutang sebanyak US$14 trillion
kepada dunia-dunia luar. Dan kerajaan Amerika ingin meminjam lagi untuk
membayar semula hutang hutang tersebut. Bermakna disini hutang cukup lama atau
ia tidak akan langsai langsung. Dan yang menarik lagi ialah apabila hutang-hutang
ini tidak dapat dilangsaikan maka negara Amerika akan di istihar bankrupt.
2- Tun turut menyatakan satu lapuran dari US
melapurkan bahawa hutang untuk membiayai peperangan di Iraq, Afghanistan dan
Pakistan mencecah lebih US $3 trillion. Pembiayaan begitu banyak ini diperolehi dari negara-negara dunia luar
melalui tawaran pembelian bond US.
3- OK! Apa bersangkut paut dengan kita semua,
saya dan saudara –saudara pembaca? Kita peduli apa? Biar Amerika hancur?
4- Ini yang menariknya! Tun menerus menyatakan
lagi bahawa Malaysia turut juga membeli bond-bond dari Amerika sebagai pelaburan.
Secara langsungnya Malaysia turut memberi pinjaman kepada kerajaan Amerika.
Bagaimana dibeli, jenis bond, institusi mana yang terlibat dan berapa jumlah
yang dibeli tertakluk kepada selidikan lanjut. Biasanya ia tidak akan terlepas
dari Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), ASN, EPF, PNB dan banyak lagi
konsortium bank-bank. Bank Negara sudah semestinya terlibat.
5- Dari rumusan diatas, tahu kah
saudara-saudara bahawa kita secara langsung turut terlibat membiayai peperangan
di Iraq, Afghanistan dan Pakistan? ‘Kita’
membawa maksud penulis, pembaca dan tuan-tuan turut terlibat didalam kematian
di negara-negara Islam. Kita turut memberi sumbangan kepada Amerika untuk
membuli negara-negara Islam yang lain didunia.
6- Mungkin saudara tertanya-tanya bagaimana
Pas-Pkr-Dap? Mereka mungkin menyumbang lebih
dari kita semua kerana penglibatan mereka turut merangkumi doa-doa dan
sembahyang hajat supaya pemimpin kerajaan Islam Timur Tengah tumbang dengan bantuan
dan propanganda Amerika.
7- Setelah kucar-kacir dengan pembunuhan tidak
terkawal oleh kuncu-kuncu Amerika, maka kita hari ini menepuk dahi tanda
menyesal kerana turut berdoa supaya regim Islam dihancurkan. Bukan sahaja
berdoa, malah turut menyumbang dana. Amerika menjadi polis dan pembuli dunia hasil sumbangan dan doa kita.
8- Aduhai ..!! Ini kes berat.
9- Tujuan article ini ialah sebagai pengetahuan untuk renungan semata-mata.
8- Aduhai ..!! Ini kes berat.
9- Tujuan article ini ialah sebagai pengetahuan untuk renungan semata-mata.
Salam perjuangan. Saya telah link blog tuan ke blog saya. Harap dapat follow & link juga blog saya ke blog tuan. Terima kasih.
ReplyDeleteDemi perjuangan alif ba ta
http://keris7lok.blogspot.com
OK Tuan Keris:-)
ReplyDeleteON.
Maknanya sume bersalah dan lebih xguna lagi kerajaan bn yg terang2 tolong usa dalam perkara ni..moga sume yg terlibat secara terangan atau sengaja masuk neraka paling dalam..dan yg xsengaja diampunkan allah..
ReplyDelete