Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

07/08/2011

Dr Asri:- Tidak Dapat Zakat Salah Orang Lain. Mana Zakat Selangor?

Posted by: HHalem.

Ulasan Oleh:
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 7, 11
  
Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu.

Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.

Saya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.

Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.
Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;

1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?

2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.

Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.

Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?

3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!

4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.

Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.

Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.

Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.

6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan.

Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?

Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?

Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!

..end...



HHalem –
Pada bulan puasa ini nampak gayanya Dr Asri berfikiran waras semula.
Zakat Selangor telah habis diberi kebajikan kepada Pkr-Pas. Sebahagian daripadanya dihadiahkan kepada DAP. Bukan kah bermati-matian DAP sebelum ini meminta hendak uruskan duit orang-orang Islam. Di Selangor ini lah terjadinya.

Bagaimana pula di Penang?

Sesiapa selepas ini yang tidak mendapat zakat atau tidak menerima bantuan kehidupan dari kerajaan negeri, boleh lah masuk tokong dan kuil beramai-ramai. Kemudian diserbu oleh Jabatan Agama. Baru lah mendapat perhatian umum. Satu teknik terbaru telah diperolehi untuk mendapat perhatian dan bantuan kewangan.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

12 comments:

  1. dr asri da sentuh isu wang zakat..so, tggu plak beliau sentuh isu eberapa pemimpin Islam yg kata nya memperjuangkan Islam tetapi menhebelahi kafir harbi dalam isu ini..jgn x wat plak k dr asri..gua tunggu..

    ReplyDelete
  2. Jangan biarkkan saya berjuang keseorang-mohon letahkkan link blog sya,,kerisjentayu.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Yang menerima bantuan dari Gereja tu adakah mereka yg terdiri dari golongan asnaf yg dibenarkan menerima bantuan wang zakat atau mereka2 itu simata duitan yg mencari alasan untuk menghalalkan tindakan mereka.

    ReplyDelete
  4. Kalu salah kerajaan,laju jer ustaz ni bg comment tp kalu puak pakatan yg salah, "sya belum bole mengulas".,ustaz af, ustaz af

    ReplyDelete
  5. OK Tuan Keris:-)

    Nak link ke POLIMAS Politeknik Jitra atau ke Jentayu?

    ReplyDelete
  6. Apa yg saya nampak isu org Kristian sdg mempengaruhi org Islam untuk 'suka' kpd Kristian di dalam gereja, dgn habuan bantuan wang atau sebagainya...
    Soal pengagihan wang zakat dah jadi isu lain.
    Saya juga suka nak kasi tahu, mubaligh Kristian
    lazimnya bila berdakwah akan beri imbuhan wang ringgit kpd penganut2 baru terdiri dari org2 bukan Kristian termasuk Melayu...SEBALIKnya..
    Pendakwah Islam akan mengenakan 'wang ringgit' kpd 'Penganjjur' atau org2 Islam yg mendengar ceramah kah atau dakwah kah, dsb.. .terbalik kottt...

    ReplyDelete
  7. Tuan Anon 19:16:-)

    Cukup menarik pandangan saudara.

    "ISU ZAKAT ADALAH ISU BERASINGAN"

    ReplyDelete
  8. Kalau ada lebih2 zakat sedekah juga kat dr Asri ni mana tau dia minta tolong gereja juga nanti kan naya.

    ReplyDelete
  9. Salam Tuan ...

    Rasanya tahun ni ambo kena bayar zakat pendapatan kpd JAWI ... JAIS nampak macam tak berapa boleh harap.

    Akan tetapi ... alasan para ibu tunggal tidak kukuh kerana rata2 tempat di Lembah Kelang ... surau2 menyediakan juadah berbuka yg cukup menyelerakan ...

    Kalau malu tak bertenggek di surau digunakan sebagai alasan ... habih pi masuk Church tu tak ada kemaluan???

    ReplyDelete
  10. kepada Asri,

    Apa maklumat yg awak anda sehingga membolehkan mengeluarkan pendapat yg nyata menyalahkan pihak pemberi zakat.

    ahli akademik dan ulama takan lah nak gunakan perkataan "difahamkan" sebagai bukti hujah.


    Sudahkah awak menemubual 12 orang islam dimajlis itu untuk mendapatkan cerita sebenar. Sudahkah Awak bertanya Dato Hassan Ali ?

    Pleaselah Asri, get the fact first before give any statment.

    Pendapat peribadi gua, asri makin lama makin menjengkelkan !

    ReplyDelete
  11. DAPAT WANG ZAKAT RM 200 ATAU RM 300 SEORG(ITU PUN KALAU CUKUP SYARATNYA)PIHAK GEREJA BAGI RM1000 KE ATAS.MACAM MANA NAK LAWAN?BULAN2 BAGI PULAK BARANG2 DAPUR HUHU KALAU X KUAT IMAN HABISLAH...

    ReplyDelete
  12. dah lama aku fikirkan. contoh jika tahun 1960 zakat fitrah rm1. jika umat lslam ada 10 juta masa tu maka dapat kumpul rm10 juta ringgit.tahun 1960 lagi dah tak ada org lslam miskin,fakair jika wang tu digunakan betul.SELANGOR? yang disibuk MAIS buat KUIS...nak selenggara beri pensyarah gaji,staf dll. ltu sepatutnya tgjb kerajaan.MAIS sibuk2 kenapa????wang zakat buat perkara lain/sebab ada projek,kontraktor dapat makan...lnilah masalah utama ummah.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive