Oleh : HHalem.
Gambar-gambar dikumpul dari pelbagai blog serantauan.
...Petikan dari website JAIS...
3. PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM
MENYENTUH /MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE
3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang
anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat).
Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7
kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah
berdosa atau menyalahi hukum Islam.
(HHalem –
Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing
itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing
yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita
tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung)
3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut
pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu,
memelihara keselamatan rumah
daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan
sebagainya.
b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet)
atau dijadikan
sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab
Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu
binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan
rumah.
3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf
al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum
memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah
haram.
Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W.
yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda
antara lain maksudnya :
“Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau
ternakan, maka setiap hari pahalanya
berkurangan satu qirot”.
Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui
kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
hahahah...melayu dh moden...
ReplyDeletetak tau hukum....atau naif sgt bab islam....kesian mak bapak nya...!
ReplyDeletesemua tak pernah belajar agama kot?
ReplyDeletesemua tu islam pada nama, tapi tak beramal dengannya. Jika mati, patut disamak ke anggota badan manusia diatas?.... hehehehe...
ReplyDeleteinilah ajaran agama pluralisme...seronok ker sngt bela anjing tu? bagaimena mereka ini mengerjakan solat? bagaimana pastinya mereka ini benar-benara bersih dan suci ketika mengadap ALLAH SWT ketika solat???...takut akan hukum allah. Cuma sekadar pesanan dan ingatan saja. Akhirnya kita akan kembali kepadanya..Apakah kita benar-benar bersedia...? Bacalah surah ali imran dan baqarah..banyak maksudnya ....
ReplyDeleteItu hidup dipengaruhi cara barat yang mungkin akan mempengaruhi akidah umat islam, semuga pihak berkaitan akan mengambil tindakan seperti pihak RTM atau media dan stesen-stesen TV lain akan mem boikot atau gam artis berkenaan, jangan sampai hukum agama dipersendakan dan kepada penerbit melayu jangan ambil artis seperti ini yang memalukan kalaupun melayu sudah modern tetapi hukum agama jangan sampai dicabuli.
ReplyDeleteAsalam Bro
ReplyDeleteDah hidup pun berperangai macam anjing nak kata apa... Yang pastinya dirumah sendiri pun tak boleh nak solat...
Dari Abu Said Al Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda,
ReplyDelete‘Sesungguhnya kamu akan mengikuti jejak mereka sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah kalau mereka masuk lubang biawak pun kamu akan ikut sama.
‘Kami (sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah! Adakah mereka itu Yahudi dan Nasara?
Maka jawab Baginda s.a.w. ‘Siapa lagi!
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Mungkin pendapat Mazhab Maliki dibawah ini dapat menjelaskan mengapa ramai orang Islam yg berminat dan membela anjing. Mungkin pahala mengasihi dan memberi makan anjing lebih besar dari satu qiraat seperti kisah seorang pelacur yg menjadi ahli syurga. Walahualam. Baca dan fikirkan....
ReplyDeletePendapat kedua menyatakan bahawa anjing tidak najis seluruhnya, demikian yang masyhur daripada Mazhab Maliki. Mazhab Hanafi berpendapat seumpama kecuali mulut, air liur dan tahi anjing, ketiga-tiga ini mereka kategorikan sebagai najis.[7]
Tokoh-tokoh Mazhab Maliki berpendapat suruhan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing bukanlah disebabkan oleh kenajisan mulut, lidah dan air liur anjing tetapi disebabkan kepada ketaatan kepada Allah semata-mata (ta’abudi). Mereka berpendapat sedemikian dengan merujuk kepada lain-lain hadis Rasulullah yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk berburu dan tiadalah seekor anjing memburu dan membunuh mangsanya melainkan melalui gigitan mulutnya. Haiwan yang ditangkap oleh anjing buruan tersebut adalah tetap suci untuk dimakan seluruhnya berdalilkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya. [al-Maidah 5:04]
Berdasarkan gabungan dalil-dalil ayat di atas dan hadis-hadis yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk memburu, mazhab Maliki berpendapat bahawa mulut, lidah dan air liur anjing bukanlah najis.
Sedikit berbeza adalah mazhab Hanafi di mana mereka berpendapat anjing bukan najis kecuali mulut, lidah dan air liurnya adalah najis dengan merujuk secara zahir kepada hadis yang pertama di atas.
Bolehkah kita mencampurkan pendapat mazhab dlm kehidupan. Baca dan fikirkan....
ReplyDeleteMemilih-milih antara mazhab, sama ada seluruhnya atau sebahagiannya dinamakan talfiq. Dari sudut bahasa talfiq bererti:
Menyamakan atau merapatkan dua hujung barang yang berbeda atau membubuhkan atau menambahkan yang dipergunakan untuk suatu berita atau cerita.
Secara umumnya terdapat 3 pendapat tentang hukum talfiq:
Pertama: Tidak boleh melakukan talfiq. Seseorang itu hendaklah tetap mengikuti satu mazhab sahaja.
Kedua: Dibolehkan talfiq hanya dalam suasana terdesak atau berkeperluan. Tidak boleh melakukan talfiq dalam kehidupan harian.
Ketiga: Dibolehkan talfiq dalam kehidupan sehari-harian tanpa terhad kepada suasana terdesak atau berkeperluan.
Pendapat yang dianggap benar ialah pendapat yang ketiga, iaitu boleh melakukan talfiq di dalam kehidupan sehari-harian tanpa terhad kepada suasana darurat atau terdesak. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
1. Ketaatan yang diwajibkan ke atas umat Islam ialah kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan mazhab-mazhab. Peranan mazhab ialah memudahkan orang awam untuk mentaati al-Qur’an dan al-Sunnah. Justeru mengikuti salah satu mazhab atau kedua-duanya atau kesemuanya tetap akan membawa seseorang kepada ketaatan al-Qur’an dan al-Sunnah.
2. Semua ajaran mazhab fiqh Islam yang empat: Mazhab Hanafi, Maliki, al-Syafi‘e dan Hanbali adalah berdasarkan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Mengikuti salah satu daripadanya atau kedua-duanya atau kesemuanya tidak mengeluarkan seseorang itu daripada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah.
3. Semua mazhab fiqh Islam adalah betul, tidak ada satu yang lebih betul daripada yang lain dan tidak ada satu yang lebih lemah daripada yang lain.
4. Jika dikaji sejarah kelahiran mazhab-mazhab fiqh Islam, tujuan asal para imam mazhab ialah menyampai dan memudahkan pengajian ilmu kepada orang ramai. Orang ramai boleh memilih daripada siapa mereka hendak menerima ilmu tersebut tanpa terbatas kepada seorang imam sahaja.
5. Jauh sekali daripada tujuan asal para imam mazhab untuk membataskan seseorang kepada ajaran mereka sahaja. Para imam mazhab tidak pernah melarang murid-murid mereka untuk mengikuti ajaran mazhab yang lain.
6. Para tabi‘in, iaitu generasi umat yang menyusul sesudah generasi sahabat, sering kali menjadikan ijtihad para sahabat sebagai ikutan di samping al-Qur’an dan al-Sunnah. Kebanyakan sahabat adalah juga seorang mujtahid dan mereka berijtihad di dalam persoalan-persoalan yang baru timbul pada zaman mereka yang tidak disentuh secara terperinci oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Hasil ijtihad para sahabat digelar sebagai mazhab mereka, justeru wujud pada zaman tersebut Mazhab Ibn ‘Abbas, Mazhab Ibn Mas‘ud, Mazhab Ibn ‘Umar, Mazhab Hudzaifah bin Yaman, Mazhab ‘Ali bin Abi Thalib, Mazhab A’isyah dan puluhan lagi. Para tabi‘in tidak pernah membataskan ikutan mereka kepada mazhab seorang sahabat sahaja dan para sahabat juga tidak pernah membataskan para tabi‘in untuk mengikuti mazhab mereka sahaja. Setiap orang bebas melakukan talfiq kepada mana-mana mazhab para sahabat.[2]
7. Para imam mazhab sendiri selain daripada merujuk kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, juga merujuk kepada ijtihad para sahabat. Namun mereka, para imam mazhab, tidak pernah membataskan rujukan mereka kepada mazhab seorang sahabat sahaja.
apa nk jdi zman skrg ney mcm2 d luar jangkaan..
ReplyDeleteBacalah buku, jangan tau komen dan kutuk sahaja...
ReplyDelete