Multiple Pages
Home
Video Top 10
Al-Quran (Mishary Rashed)
Hubungi
Posting Beberapa Jam Yang Lalu.
Loading...
Showing posts with label
Masyarakat
.
Show all posts
Showing posts with label
Masyarakat
.
Show all posts
24/09/2012
Ajaran Sesat Juruzon Mengorbankan 16 Anak Yatim Di Madrasah Al-Taqwa.
Oleh: HHalem.
Akibat Juruzon, 16 anak-anak yatim terkorban.
Agak memeranjatkan dan tidak terlintas langsung difikiran kita bahawa kisah tragedi tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat, Selangor pada 21 Mei 2011, tahun lalu, yang turut mengorbankan 16 orang anak yatim Madrasah Al-Taqwa, adalah merupakan pusat ajaran sesat.
Ini disahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui penyiasatan mereka dan ajaran sesat tersebut dikenali sebagai
‘Ajaran Juruzon’.
Pengasas Madrasah Al-Taqwa adalah ketua ajaran sesat itu sendiri yang bernama Juruzon Bin Abd. Latif.
Laman rasmi JAIS telah menyiarkan kutbah Jumaat dimana sebahagiannya seperti berikut
.:-
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
18/09/2012
Kereta Timbalan Menteri Di Bakar. Lagi Ganas Dari Simbah Cat Merah.
Oleh: HHalem.
Bab simbah-simbah atau lontar-lontar plastic cat merah keatas bas kempen Anwar, telah menjadi perkara biasa dan tidak berapa menghairankan, sebab ia perkara kecil.
Ini bakar kereta terus !
Perbuatan siapa? Pencuri.
..................
Polis berjaya menemui semula kereta rasmi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun yang dicuri pada 2 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd. Shukor Sulong berkata, kereta untuk kegunaan timbalan menteri tersebut bagaimanapun ditemui rentung di Bukit Kapar pada Sabtu lalu.
“Kereta Proton Perdana Executive ini ditemui terbakar di Jalan Akob. Kereta hangus tetapi pemeriksaan nombor chasis dan enjin mendapati ia kenderaan yang digunakan beliau,”
katanya.
Kereta rasmi timbalan menteri tersebut dilapor dicuri pada 2 Jun lalu di Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.
Mohd. Shukor berkata, kereta itu ditemui selepas pihak polis dan bomba mendapat maklumat orang awam mengenai sebuah kereta terbakar di Jalan Akob pada pukul 7.30 malam.
Dari KualaLumpurPost
Comments / Pandangan Melalui Facebook
14/09/2012
GAY – Akuan Benar Khairy Jamaluddin. “Saya Juga Pakai Baju Sendat, Kolar-V”
Oleh: HHalem.
KJ juga ada simptom2 Gay, tapi dia "straight-bukan Gay"
Bermacam-macam reaksi apabila garis panduan simptom Gay & Lesbian ditimbulkan dan di sokong oleh Kementerian Pendidikan untuk diedarkan di sekolah-sekolah. Garispanduan boleh dilihat
disini
>
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
28/08/2012
Pemimpin Kanan Parti Pembangkang (PKR?) Dan Anak Beliau Ditahan Kes Sumbang Mahram.
Oleh: HHalem.
Gambar Hiasan - Bebas segala-galanya tanpa had.
Jerantut: Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.
(Parti PKR?)
Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila
anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
Mereka dibebaskan pada Isnin.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.
"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.
Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.
Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.
Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional.
- Bernama.
Update: Adakah maklumat ini betul?
Calon kepercayaan PR di Jerantut 2008 mewakili PKR bertanding di DUN Damak dengan perolehan undi 5,165, beliau bertading 3 penjuru iaitu BN dpt undi 5,674 dan BEBAS 3,295 undi, ..adik beliau bertanding Parlimen Jerantut juga kalah.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
16/08/2012
Jom Melawat Kuboq (Video).
Oleh: HHalem.
Kuboq Pajang, Kedah.
Gambar dari Profile Sek Men Kebangsaan Kubor Panjang.
Melawat Kubor.
Sediakan kotak tisu jika anda berjiwa halus dan sensitive.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
13/08/2012
Kenyataan Karpal Mengenai Negara Sekular, Di Jawap PEMBELA.
Oleh: HHalem.
Kenyataan Membantah Cubaan Menghakis Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara Dengan Mendakwa Malaysia Adalah Negara Sekular – PEMBELA.
Kenyataan Karpal:
"Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular” - Karpal
"Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas
membuat keputusan
negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular," – Karpal
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata:-
“Karpal Singh membuat kenyataan yang mengelirukan seluruh rakyat apabila mengatakan Tun Salleh Abbas
memutuskan
Malaysia adalah Negara sekular dalam kes Che Omar B. Che Soh.”
“Sedangkan pada hakikatnya Tun Salleh dalam kes tersebut
hanya berpendapat
undang-undang yang dilaksanakan Negara ini pada waktu itu, tahun 1988, adalah undang-undang sekular.
TUN SALLEH TIDAK SAMA SEKALI MEMUTUSKAN MALAYSIA NEGARA SEKULAR.”
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
03/08/2012
Siapa Beliau?. Pemimpin Tertinggi Parti Politik Pengikut Ajaran Sesat Pak Habib.
Oleh: HHalem.
RAWANG - Nabi Muhammad SAW dianggap tuhan, al-Quran hanya sebuah salinan buku lama, solat hanya perlu pada hari Khamis dan tidak perlu berpuasa di bulan Ramadan adalah antara amalan yang jelas terpesong dilakukan sekumpulan pengikut ajaran Pak Habib yang bergiat aktif sejak beberapa tahun di
Bandar Country Homes (BCH)
di sini.
Demikian maklumat yang didedahkan seorang individu yang hampir terikut dengan ajaran sesat itu.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 42, berkata, pengikut Pak Habib menganggap Nabi Muhammad yang layak dijadikan tuhan kerana dalam Islam ada menyebut ‘barang siapa memuji ke atas Muhammad maka darjat mereka diangkat’.
“Terlalu banyak yang terpesong dan menyesatkan dalam amalan Pak Habib. Mereka menganggap Khamis menjadi penghulu bagi segala hari sebab itu pada setiap Khamis malam Jumaat pengikutnya dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan berhimpun melakukan pemujaan”
“Yang peliknya, pada hari tersebut mereka akan sama-sama bermain muzik yang disifatkan wajib,”
Menurut Zaidi, amalan Pak Habib juga menghalalkan arak kerana bagi mereka minuman itu menyihatkan badan.
“Minum sedikit (arak) jatuh haram, tapi jika minum banyak menyihatkan badan (halal),” katanya.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
26/07/2012
SUK Selangor. Masalah Air Ujud. Khalid Pula Ajak Muhyiddin Berperang.
Oleh: HHalem.
Muhyiddin cuba menyelamatkan keadaan, daripada “Tiada Air” kepada berlaku “Krisis Air”.
Khalid Ibrahim pula bersiap sedia untuk ajak berperang.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi memaklumkan, hasil pantauan Jawatankuasa Pemantauan Air mendapati masalah kekurangan air memang berlaku di kawasan Cheras dan tidak berlaku di tempat-tempat lain di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Maklum Mohd Khusrin pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.
“Cuma kami dapati hanya beberapa tempat di Cheras yang menerima bekalan air dari Loji Sungai Langat mengalami
masalah kekurangan bekalan air,”
“Makluman daripada empat mesyuarat yang dijalankan bersama Syabas dan semua pihak terlibat, daripada maklumat, jumlah dan data yang diperoleh daripada Syabas dan semakan di loji-loji berkenaan, kita dapati masalah yang dikatakan sebenarnya tidak berlaku sebagaimana yang didakwa.” –
SinarHarian
>
Samaada SUK Selangor, yang dibawah telunjuk MB Khalid, juga dibawah telunjuk Pakatan Rakyat, hendak menyembunyikan sesuatu atau cuba meredakan keadaan yang semakin nampak meruncing.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
23/07/2012
Muhyiddin. Konsesi Syabas dan Kerajaan Selangor Mungkir Janji. Pergolakan Air Semakin Runcing.
Oleh: HHalem.
Tak kan naik biarkan kepada Khalid tergagap-gagap.
Lambat Laun kena "Declare State of Emergency"
Sebelum ini Khalid Ibrahim berkata akan mengambil alih SYABAS didalam masa 14 hari dengan menggunakan kuasa di bawah
Klausa 32 Perjanjian Konsesi
&
Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).
Khalid juga turut berkata,
“Kerajaan negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji rawatan air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta.”
Di sertakan syarat tambahan sebelum wang diberi ialah bahawa cadangan kepada,
“Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat Pengerusi Eksekutif (TS Rozali Ismail) dan Ketua Pegawai Eksekutif (Datuk Ruslan Hassan) SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan SYABAS.” – Kenyataan Rasmi Khalid,
di sini
>
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
21/07/2012
Khalid Ibrahim Usahakan Pemecatan Rozali Ismail Dari Syabas.
Oleh: HHalem.
Di bawah kenyataan penuh Khalid Ibrahim:
...start..
Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh SYABAS.
Tujuan jawatankuasa ini untuk memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan SYABAS dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh SYABAS.
Jawatankuasa ini akan mengkaji cadangan penambahbaikan dan pemulihan ke atas masalah bekalan air yang dihadapi. SYABAS telah diminta membentangkan dan melaporkan kepada Jawatan kuasa tersebut perkara-perkara berikut:
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
14/07/2012
Cerita Terakhir Suami Muhdalina. Pura-pura Tidak Ingat. Minta Lepas Dari Semua Kesalahan.
Oleh: HHalem.
Apa kesudahan dengan Muhdalina dan suami beliau?
Mana pula cerita isteri Khalil ?
Adakah dengan mengaku tidak ingat, dirasuk dan dipukau akan bebas dari semua kesalahan?
Ini bahagian akhir dari Sinar Harian. Bahagian pertama
di sini>
5-Bagaimana pula dengan keadaan Muhdalina?
Muhdalina seperti dipukau.
Saya lihat isteri saya bukan seperti insan yang saya kenali. Dia tidak sedar dengan apa yang dilakukannya. Dia seperti dipukau. Dia taksub dengan apa yang dilakukan Khalil Afandi. Apabila sampai ke tahap itu, saya sudah mula syak bahawa dia membawa ajaran songsang dan berfikir untuk membuat laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), tetapi tidak sempat.
Apa yang membuatkan saya pasti Khalil Afandi membawa ajaran sesat apabila dia berkata manusia tidak perlu solat, syurga neraka tidak ada, jangan ikut Nabi Muhammad SAW dan bertegas hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk syurga.
Pada ketika itu, saya cuma boleh memikirkan keadaan isteri saya, saya amat risau keadaannya kerana isteri saya amat taksub kepada Khalil Afandi sehingga boleh disifatkan tidak normal.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Cerita Suami. Beliau Menghantar Isteri Untuk Tinggal Dengan "Imam Mahadi". Apa Punya Suami !
Oleh:
HHalem.
KEJADIAN amuk oleh Khalil Afandi Abd Hamid, 47 mengelar diri sebagai “Imam Mahadi” Isnin lalu berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya menggemparkan negara kerana telah menggunakan pedang samurai. Khalil bermasalah kecelaruan personaliti.
Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama dengan seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28.
Yang menjadi peliknya Irwan, suami Muhdalina turut menghantar isteri beliau ketempat kejadian amuk dan yang tidak dapat diterima akal ialah Irwan juga menghantar isteri beliau ke rumah Khalil untuk bermalam.
Entah lah, siapa yang sebenarnya bercelaruan mental. Mungkin ketiga-ketiga mereka iaitu Khalil, Muhdalina dan suami beliau Irwan.
Temubual khas wartawan Sinar Harian, bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.
1-Bagaimana sifat dan sikap Muhdalina sebelum mengenali Khalil Afandi?
Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami. Tidak pernah melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat melainkan saya sendiri.
Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi, tanpa pengetahuan saya.
Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
13/07/2012
Hishammuddin – “Pengamuk Nak Berdepan Dgn Najib . Imam Mahadi Kebal Tak Mati Dan Boleh Hentikan Waktu”
Oleh: HHalem.
Adakah wajar Hisham kaitkan nama Najib, buat ketika ini?
Hendak justifikasi kenapa Khalil Samurai ditembak, perlukah kaitkan nama Najib?
Menteri Dalam Negeri DS Hishamuddin cuba mengaitkan dengan mengesahkan melalui twitter beliau bahawa tujuan utama pengamuk ialah hendak
“berdepan”
dengan DS Najib.
Pengamuk yang ditembak mati Khalil Afandi Abdul Hamid dan pasangan beliau Muhdalina Ahmad, menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lalu dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai adalah bertujuan untuk ‘berdepan’ dengan Perdana Menteri. Twitter berikut diambil dari AgendaDaily.
Hishammuddin Hussein@HishammuddinH2O:
“Khalil Afandi - sah tujuan
berdepan
dgn @NajibRazak dan mengakui dirinya Imam Mahadi, kebal tak akan mati dan boleh menghentikan waktu”
Hishammuddin Hussein@HishammuddinH2O:
“Ajaran sesat - Khalil Afandi : sah tak melibatkan rangkaian besar atau ada kaitan kumpulan2 extrimis/penganas. Syukur alhamdullilah.”
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
12/07/2012
Uncle Seekers Di Bebas. Keluar Balai Kena Tahan Lagi.
Oleh: HHalem.
Keluar masuk - keluar masuk balai.
Boleh tahan ketagih ka berhari-hari tanpa Morpin ?
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim memaklumkan Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas (Uncle Seekers) ditahan semula selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 7 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.
Uncle Seekers ditahan semula untuk siasatan mengikut
Akta Hasutan 1948
selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 34 tahun, 4 Julai lepas. Atas perintah mahkamah beliau ditahan selama tiga hari sehingga Sabtu.
"Syed Abdullah dibebaskan semalam selepas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 8(1)(d)
Akta Rahsia Rasmi 1972
telah selesai dan kertas siasatan berkenaan kini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor untuk tindakan lanjut. Dia, bagaimanapun, ditahan semula selepas itu untuk siasatan mengikut Seksyen 4 (1)
Akta Hasutan 1948
berhubung 64 entri di dalam blog terbabit,"
– Ismail dipetik Sinar Harian.
Teman wanita Syed Abdullah, yang sebelum ini turut ditahan reman telah dibebaskan semalam dengan jaminan polis.
Beberapa hari ini, DS Najib telah mencadangkan untuk menghapuskan “Akta Hasutan 1948” dan digantikan dengan
Akta Keharmonian Nasional.
Adakah ini bermakna mat morpin ini orang yang terakhir ditahan dibawah Akta Hasutan?
Najib pernah berkata,
“
kerajaan mengambil keputusan menguatkuasakan
serta-merta semua akta baharu
dan pindaan terhadap akta-akta sedia ada yang yang diumumkan dalam Pelan Transformasi Politik termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Universiti dan Kolej Universiti” -
Berita Harian>
dan
KLPos
>
Apa maksud dengan penahan si mamat ini, dari segi kesahannya?
Sumber SinarHarian.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
10/07/2012
Kenyataan Rasmi Polis KL. “Imam Mahadi” Rupanya Yang Pakai Pedang Samurai. (VIDEO Update).
Oleh:
HHalem.
Berita sebelum ini
>
Update Video
....Kenyataan rasmi PDRM KL...
Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
09/07/2012
Mati Di Tembak. Mengamuk Di Putrajaya Nak Gulingkan Kerajaan Dengan Pedang Samurai.
Oleh: HHalem.
Akibat hendak gulingkan kerajaan secara kekerasan. Pengaruh siapa?
Berniat untuk menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali, seorang lelaki ditembak polis dan cedera ditangan, akhirnya meninggal, manakala pasangan perempuan beliau cedera di paha
kiri
kanan.
Pada 2.30 petang, seorang lelaki membawa pedang samurai dan seorang perempuan berhijab hitam telah masuk ke pondok keselamatan dan membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.
Mereka berdua bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal dan terpaksa melepaskan tembakan.
Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi sebentar tadi oleh
SinarHarian
>
mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.
Masih terlalu awal untuk membuat rumusan samada kedua-dua mereka menerima pengaruh Hollywood, atau Bollywood atau mungkin pengaruh dalaman terkini dari Himpunan BERSIH dan Anwar yang mahu gulingkan kerajaan secara kekerasan dan tidak melalui kertas undi.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
07/07/2012
CELCOM Haram Jadah. Cerita AK-47
Oleh: HHalem.
Ikuti kisah pelangan Celcom dibawah yang cukup marah dengan gelagat Celcom yang jijik dengan teknik pemasaran untuk menipu pelangan-pelangan mereka. Penulis sendiri mengalami masalah yang hampir serupa dengan Celcom yang cukup membosankan yang tidak henti-henti menghantar sms yang tidak ingin kita terima dan cukup menyakitkan hati.
Langkah selanjutnya ialah penulis sedang mengusahakan untuk menukar perkhidmatan 5+1 Celcom ke Maxis. Penulis rasa menyesal amat sangat kerana melangan perkhidmatan Celcom selama ini.
Ikuti kisah
AK-47
dibawah yang kita sokong 500%. Bagi penulis gelagat Celcom yang menghantar sms iklan sesuka hati lebih teruk dari amarah kita terhadap Pok Nick PAS, Anwar PKR dan DAP Komunis.
Memang layak kita gelar “Celcom Haram Jadah”
...start..........
Celcom Ingat Boleh Buat Ikut Suka Hati Mak Bapak Dia Orang Ke Kat Negara Ni?
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
06/07/2012
Uncle Seekers Positif Dadah Morfin.
Oleh:
HHalem.
Syed Abdullah Hussein Al-Attas - aka - Uncle Seekers
Ujian air kencing yang dijalankan polis terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Hussein mendapati beliau
positif dadah jenis morfin.
Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan hari ini, berkata ujian air kencing itu dijalankan terhadap Syed Abdullah pada pukul 1.25 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.
"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan itu.
Dua hari lepas, Polis Johor menahan Syed Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang didakwa
menfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya.
Penangkapan beliau yang turut dikenali dengan gelaran ’Uncleseekers’ bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya.
– Bernama.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Sample Surat Permohonan Rumah Urut Di Kedah.
Oleh: HHalem.
Hiasan - Anwar semasa mengurut
Contoh Surat Permohonan Rumah Urut di selindung disebalik Pusat Rawatan Kesihatan.
Di pohon oleh Ooi Chong Hock dan di tujukan kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Yang amat mencurigai ialah didalam surat tersebut ada menyatakan :-
1- Pekerja-pekerja di ambil dari Negeri China.
2- Sijil Rawatan pekerja di sahkan oleh Bahagian Peubatan Negeri China.
3- Kelulusan telah di luluskan oleh pihak Polis.
4- Kelulusan telah di luluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan.
Mendengar itu semua dan sokongan/arahan Pejabat Exco, maka Puan Rozaina, Majlis Perbandaran SP tanpa banyak bicara mencatit,
“OK...Boleh”
Pejabat Exco
sebelum itu mencatit pada bertarikh 20/05/2012
“Sdr Badro...SILA BANTU PERMOHON INI”
Kerani,
“Catitan...Failkan”
Jika surat ini dan Pusat Rawatan KERISA benar-benar ujud, bermakna Pusat Rawatan Kesihatan kemungkinan besar di sulami dengan Urut Batin.
Surat di atas belum pernah di sahihkan dan ia bersepah-sepah di dalam blog penyokong PAS dari Kedah.
Yang pastinya number telepone Pusat Rawatan di atas tiada didalam perkhidmatan.
Kepada pembaca-pembaca yang berada berhampiran dengan premis
#731, Jalan Bandar Mutiara 1/1, Bandar Mutiara Sungai Petani,
boleh lah jengok-jengok semasa waktu lapang premis tersebut, ujud atau tidak.
Sample Surat ini diambil dari
McTheory
>
Comments / Pandangan Melalui Facebook
05/07/2012
Uncle Seekers Di Tahan Polis Johor Kerana Aibkan Sultan Johor.
Oleh:
HHalem.
Syed Abdullah Hussein Al-Attas - aka - Uncle Seekers
Pengamal paranormal,
Syed Abdullah Hussein Al-Attas
atau dikenali sebagai Uncle Seekers yang didakwa mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di dalam blognya baru-baru ini ditahan di
Plaza Tol Senawang
malam tadi.
Difahamkan, dia
ditahan oleh polis dari kontinjen Johor pada pukul 9.45 malam
dan kini dibawa ke negeri Johor dipercayai bagi siasatan lanjut ekoran laporan dibuat sekumpulan 30 individu mengenai tulisannya itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, 1 Julai lalu.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung perkara itu hari ini.
- Utusan.
Salah satu kontrovosi yang ditimbulkan ialah kisah perebutan kuasa
di Istana Johor, di sini
>
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-
Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....
Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.
AIR - Khalid Membentangkan 6 Pihak Yang Salah. Kecuali Beliau Sendiri.
Oleh: HHalem. Salah orang itu-orang ini. Berbalas surat dengan Muhyiddin sana-sini. Sudah kesuntukan masa sebab Pru13 sudah hampir. ...
Pembohongan Dan Fitnah Besar Nik Aziz Terhadap Tun Mahathir. Nik Aziz Perlu Minta Ampun Pada Tun. Surat Tun Kepada Nik Aziz.
Oleh : HHalem 1- Nik Aziz telah melakukan fitnah besar dan mengaibkan terhadap Tun Mahathir. Seperti kata Nik Aziz sebelum ini, “...
Surat Ancaman Bunuh Najib oleh Mohd Fareez Kamal Intidzam. "PM Patut Letak Jawatan."
Oleh : HHalem. Bakal Pengancam Dan Kemusnahan Negara. 1- Susulan daripada tindakan, seperti biasa, tidak panjang akal AMK Pkr, d...
Pendedahan Dalaman Istana Johor. Rebutan Tahta, Wang, Harta Dan Ugut Mengugut Macam Cerita Bollywood.
Oleh: HHalem. Kamal Hisham - Peguam Khas Istana. Dilantik semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar untuk menguruskan hal-hal Bagin...
Ajaran Sesat Juruzon Mengorbankan 16 Anak Yatim Di Madrasah Al-Taqwa.
Oleh: HHalem. Akibat Juruzon, 16 anak-anak yatim terkorban. Agak memeranjatkan dan tidak terlintas langsung difikiran kita bahawa k...
Harusani - Haram Dari Hukum Syarak Mengundi Ngeh DAP Yang Menghina Rasullullah. PAS Pula Buat Pekak Badak.
Oleh: HHalem. Cakap lah apa pun, PAS tetap buat pekak badak. Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Haji Zakaria, menyeru dan mengin...
DAP Menang Pilihanraya Di Penang. MCA Tutup Cawangan.
Oleh: HHalem. DAP menang lagi di Pulau Pinang. Gerakan Hancur. MCA Hancur. Melayu Hancur. Mengesahkan pendapat bahawa, ...
Tun Mahathir – Soros Mahu Regime Change, Jatuhkan Najib dan Lantik Anwar Sebagai PM
Oleh: HHalem. Malaysia perlu mengikut contoh Mesir dan menutup segera NGO/Suaram/Malaysiakini sebelum terlambat. Tun Mahathir - ...
HANGAT : Prof Aziz Bari Di Gantung.
Oleh: HHalem. Prof Ego Bongkak Hari ini berita bahawa Aziz Bari telah di gantung bersama-sama dengan Surat Tunjuk Sebab yang ...
Video Demo Haram:- Pak Samad Di Sekat Polis Di Pintu Istana Negara
Oleh : HHalem . Daripada video clip di atas jelas menunjukan kepada kita perkara-perkara berikut:- 1- Cuba lihat di k...
Blog Archive
Blog Archive
Sept 2012 (49)
Aug 2012 (45)
Jul 2012 (50)
Jun 2012 (52)
May 2012 (54)
Apr 2012 (61)
Mar 2012 (48)
Feb 2012 (67)
Jan 2012 (76)
Dec 2011 (84)
Nov 2011 (90)
Oct 2011 (126)
Sept 2011 (119)
Aug 2011 (124)
Jul 2011 (165)
Jun 2011 (83)
May 2011 (105)
Apr 2011 (104)
Mar 2011 (69)
Feb 2011 (47)
Jan 2011 (47)
Dec 2010 (22)
Nov 2010 (6)
Oct 2010 (3)
Sept 2010 (4)
Radio Live Online
Sinar.fm - KlasikNasional.fm