Oleh : HHalem.
1- Terkejut dan tergempar besar apabila
membaca posting-posting rakan seperjuangan mengenai Datuk MB Azizan masuk IJN
kerana saloran darah dijantong tersumbat.
2- Cari punya cari terjumpa lah satu article yang 200 % konpom dari Utusan. Mana lah tahu kawan-kawan ni nak perdajeyyy MB yang kami orang Kedah cukup jaga, supaya mudah kami belasah.
3- Jaga supaya jangan jadi musibah menimpa diri beliau. Jika beliau bermusibah, maka kami tiada lagi tempat bergantong harapan, tempat melepas geram dan tempat membelasah.
4- Oleh itu Tok Zan, cepat-cepat lah buat segera ‘Angiogram’, supaya semboh segera. Ubat tu jangan lupa dok telan nooo. Tok Jan dengan ubat ni penakut pait.

Coronary Angiography
MB Kedah jalani rawatan di
IJN, keadaan kesihatan stabil
01/08/2011 6:43pm - Utusan
ALOR SETAR 1 Ogos – Kesihatan Menteri Besar,
Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN)
untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, tidak membimbangkan dan
berada dalam keadaan stabil.
Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi
Khalid, Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat
lalu selepas mengadu sakit jantung.
"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran
ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal
lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.
"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil
sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar
dari IJN,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Helmi berkata, doktor juga tidak
membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses
rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.
Bagaimanapun, beliau berkata, Sultan dan
Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat
menziarahi Azizan di IJN hari ini. – Bernama
No comments:
Post a Comment