Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label MB Azizan Kedah. Show all posts
Showing posts with label MB Azizan Kedah. Show all posts

11/09/2012

Kedah Di Bawah PAS - 960 Orang Tenat, Gulung Tikar dan Mati.


Oleh: HHalem.

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Kedah (PKMM) melalui Bernama melaporkan 960 anggotanya daripada 1,600 telah tenat, gulung tikar dan banyak yang mati. Hanya baki 40% sahaja dikatakan berjaya.

"PKMM cawangan Kedah dukacita kerana untuk tahun ini kerajaan Kedah hanya memberi peluang kepada kita menyelenggara jalan negeri bernilai RM50 juta sahaja," - kata Yang Dipertua PKMM Kedah, Ahmad Fatahi Omar kepada Bernama, semasa majlis perasmian mesyuarat agung tahunan ke-35 PKMM di Alor Setar semalam.

Apakah punca tenat dan gulung tikar?

Comments / Pandangan Melalui Facebook

05/09/2012

Azizan Pengerusi Mesyuarat Exco Hari Ini Setelah Tertangguh Satu Bulan.


Oleh: HHalem.
Azizan tampak tenat dan penat. Sebulan tiada Mesyuarat Exco. Hampir sebulan di hospital.
Adakah itu semua dikatakan 'sehat walafiat'?

Berita dari Alor Setar pagi tadi pukul 11, bahawa Menteri Besar Kedah, DS Azizan Abdul Razak sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid memaklumkam Tok Azizan gagah-gagahkan diri menghadiri Mesyuarat Exco kerana beliau masih didalam rawatan  di Kedah Medical Center (KMC) dan perlu dimasukan semula selepas itu.

"Ustaz Azizan sedang mempengerusikan mesyuarat dan beliau nampaknya sihat walafiat," - kata Helmi kepada Harakahdaily.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

31/08/2012

PAS Kedah Tenat. Azizan Buat Mesyuarat Exco Di Hospital.


Oleh: HHalem.
Bolehkah kita bayangkan keadaan Azizan semasa mempengerusikan Mesyuarat Exco di hospital? 
Pengerusi duduk (entah-entah terlentang) di hujung meja sekali.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini, memaklumkan Mesyuarat Exco yang tertangguh minggu ke empat berturut-turut, akan dibawa ke hospital dimana Azizan berada. Ini kerana doktor tidak membenarkan Azizan bergerak kemana-mana disebabkan keadaan beliau yang dirasakan amat teruk.

“Doktor berpendapat beliau perlu berehat di hospital buat masa ini dan mendapat pengawasan doktor dan tidak membuat kerja yang terlalu berat tetapi boleh mempengerusi mesyuarat-mesyuarat penting,” - kata Mustafa selepas melawat Azizan dipetik oleh AntaraPos

“Saya diberitahu MB akan memanggil mesyuarat Exco dalam waktu yang terdekat dan atas nasihat doktor, ia akan diadakan di hospital” – kata Mustafa di petik oleh Sinar Harian.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

29/08/2012

Tok Azizan Masih Sakit Teruk Lagi. Mesyuarat Exco Batal 3 Kali. Hancur Kedah.


Oleh: HHalem.
Mesyuarat Exco 3 minggu berturut-turut batal.
Tok Azizan merangkak dan menyulur pun dia sanggup datang Mesyuarat.
Kalau tak datang, maknanya beliau dah tidak boleh merangkak lagi.


Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak belum masuk bertugas dan masih semput walaupun beliau sepatutnya mempengerusikan Mesyuarat Exco pada hari Selasa semalam. Begitu lah sepertimana yang difahamkan dari Bernama.

Minggu sudah (disini>), Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah beriya-iya benar cuba menyembunyikan tentang sakit teruk Azizan dan menyakinkan yang Azizan telah sedia pulih untuk mengadakan Mesyuarat Exco pada hari Selasa.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

26/08/2012

Selepas Pok Nick, Kini Azizan Pula Masuk Hospital. Petanda Malang Bagi PAS.


Oleh: HHalem.
Gambar hiasan dulu kala. Bukan terkini.

Selepas Pok Nick, MB Kelantan terlentang di Hospital beberapa hari yang lalu, kini Tok Azizan, MB Kedah pula menerima nasib yang sama.

Azizan tidak hadir pada beberapa Majlis Rasmi termasuk majlis Rumah Terbuka Menteri Besar, di Seri Mentaloon, yang turut dihadiri Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Ikuti penerangan pusing-pusing seperti wau putus ekor oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Rumah Terbuka Menteri Besar,

“Tidak benar Azizan dikatakan demam atau sakit sejak dua minggu lalu. Keadaan beliau stabil dan tahap kesihatan memuaskan, cuma tidak pulih sepenuhnya. Selepas demam sekitar dua minggu lalu dan dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC), Azizan kembali sihat dan bertemu rakyat pada hari raya pertama,” – kata Amiruddin di petik dari SinarHarian

Ayat, "tidak benar Azizan demam atau sakit" pun ada. Ayat, "tahap kesihatan memuaskan, tapi tak pulih lagi" pun ada. Pusing-pusing seperti Hudud, Negara Islam dan Negara Kebajikan.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

18/07/2012

MB Azizan Perlu Paktua Pok Nick Segera. Beliau Tersepit Bab Saham Felda.


Oleh: HHalem.

Menteri Besar Kedah kini terletak diantara dua persimpangan. Pertimbangan diantara:-
a- kepentingan politik demi temolok pemimpin PAS Pusat, dan
b- kepentingan ekonomi dan membantu orang Melayu/bumiputra.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

06/07/2012

Sample Surat Permohonan Rumah Urut Di Kedah.


Oleh: HHalem.
 Hiasan - Anwar semasa mengurut

Contoh Surat Permohonan Rumah Urut di selindung disebalik Pusat Rawatan Kesihatan.

Di pohon oleh Ooi Chong Hock dan di tujukan kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Yang amat mencurigai ialah didalam surat tersebut ada menyatakan :-

1- Pekerja-pekerja di ambil dari Negeri China.
2- Sijil Rawatan pekerja di sahkan oleh Bahagian Peubatan Negeri China.
3- Kelulusan telah di luluskan oleh pihak Polis.
4- Kelulusan telah di luluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Mendengar itu semua dan sokongan/arahan Pejabat Exco, maka Puan Rozaina, Majlis Perbandaran SP tanpa banyak bicara mencatit, “OK...Boleh”

Pejabat Exco sebelum itu mencatit pada bertarikh 20/05/2012
“Sdr Badro...SILA BANTU PERMOHON INI” 

Kerani, “Catitan...Failkan”

Jika surat ini dan Pusat Rawatan KERISA benar-benar ujud, bermakna Pusat Rawatan Kesihatan kemungkinan besar di sulami dengan Urut Batin.

Surat di atas belum pernah di sahihkan dan ia bersepah-sepah di dalam blog penyokong PAS dari Kedah.

Yang pastinya number telepone Pusat Rawatan di atas tiada didalam perkhidmatan.

Kepada pembaca-pembaca yang berada berhampiran dengan premis #731, Jalan Bandar Mutiara 1/1, Bandar Mutiara Sungai Petani, boleh lah jengok-jengok semasa waktu lapang premis tersebut, ujud atau tidak.

Sample Surat ini diambil dari McTheory>

Comments / Pandangan Melalui Facebook

05/07/2012

Rektor KUIN Menyalahkan Azizan. Azizan Pula Salahkan Umno.


Oleh: HHalem.
Azizan menyelesaikan masalah tipu pemotongan gaji warga kerja KUIN.
"Kuin ni tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya ni, sebab itu isu ini timbul," 

Kita selalu tertanya-tanya kenapa dan betul kah dengan sikap MB Kedah DS Azizan Razak yang selalu dikaitkan dengan sikap beliau yang tidak mahu mendengar pandangan kawan-kawan, suka menyalahkan orang lain jika timbul masalah dan tidak mahu mencari jalan penyelesaian. Kenapa kah Azizan terkenal dengan jolokan “Azizan tak-tahu-apa-apa”.?

Contoh terkini ialah permasalahan KUIN yang timbul lagi apabila lapuran polis dibuat (disini>) dan tunjuk perasaan berlaku oleh 200 warga kerja KUIN pada Selasa lepas.

Kakitangan KUIN mendesak supaya Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Prof Datuk Dr Jamil Osman perlu meletak jawatan segera kerana dituduh menipu kerana tidak membuat pembayaran balik kepada bank, syarikat insurans dan institusi kewangan, walaupun potongan gaji kakitangan telah dibuat setiap bulan sejak Januari lepas.
 
Akibat tindakan itu, ada antara petugas Kuin yang dikenakan tindakan mahkamah, kenderaan ditarik balik oleh bank dan penamatan polisi insurans oleh syarikat insurans.

Oleh kerana sikap sombong Azizan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin, sikap tidak mahu ambil tahu dan sikap tidak mahu menerima hakikat untuk mencari jalan penyelesaian telah berkata, “KUIN tidak menghadapi sebarang masalah” dan “staff KUIN sengaja menimbulkan masalah dengan tunjuk perasaan serta membuat lapuran polis disebabkan PRU13 telah hampir”

"Kuin ni tak ada masalah pun. Semua okay. Biasalah sebab dekat pilihan raya ni, sebab itu isu ini timbul," – Azizan dipetik Bernama.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

28/06/2012

PAS Menipu Dan Pecah Amanah Lagi Di KUIN, Kedah. Laporan Polis Di Buat.


Oleh: HHalem.
Tipu Kakitangan KUIN Lagi.

KUIN dibawah kelolaan Menteri Besar Azizan Razak telah menipu dan pecah amanah terhadap petugas-petugas Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah dan menyebabkan 5 laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar semalam.
  
Petugas-petugas terbabit yang telah lama berkhidmat diantara 4 ke 15 tahun membuat laporan kerana KUIN tidak membuat pembayaran kepada bank, syarikat insurans dan institusi kewangan lain walaupun potongan dibuat daripada gaji mereka setiap bulan, sejak Januari lepas.
  
Comments / Pandangan Melalui Facebook

13/06/2012

MB Azizan Kedah Serkah Calon PAS Yang Bodoh-Piang.


Oleh: HHalem.
Pasai pa la orang-orang aku bodoh sangat.
“..orang nak buat pilihan raya, dia nak pi ke lain..”
"Ahli nak pi, pi la, tapi calon sahaja jangan dok pi, sat lagi orang nak undi calon, calon dok pi Makkah,"


Semakin dekat dengan PRU13, PAS punya la takut dan kalut sehinggakan pakcik-makcik nak pi tunaikan Haji pun jadi satu masalah bagi depa.

Ikuti kekalutan MB Azizan sehinggakan beliau terpaksa buat kenyataan pergi-haji yang dirasakan sangat memalukan PAS. Seolah-olah PAS tiada cukup pengundi sehinggakan terpaksa menggangu pakcik-makcik yang hendak ke Mekah.

Yang bertambah seronoknya ialah calon-clon PAS juga dikatakan hendak ke Mekah semasa jangkaan PRU13 nanti. Fikir sehingga otak berkecai pun tentu kita tidak dapat bayangkan betapa bodoh-piang nya calon-calon PAS.

Azizan menghamput calon-calon PAS Kedah yang bodoh piang, seperti berikut. Hatta Azizan juga berjaya membuktikan calon-calon PRU PAS memang Samdol.

“..orang nak buat pilihan raya, dia nak pi ke lain..”

"Ahli nak pi, pi la, tapi calon sahaja jangan dok pi, sat lagi orang nak undi calon, calon dok pi Makkah,"

Pernahkah Umno kalut seperti ini !

Boleh kah pembaca bayangkan nanti apa alasan PAS Kedah jika mereka tewas kepada Umno-BN di Kedah.?

Ikuti berita MB Azizan yang dilapurkan oleh SinarHarian seperti berikut.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

13/05/2012

KUIN Kedah Cukup Sesak Sehingga Ketahap Minta Sedekah.


Oleh: HHalem.

Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri Kedah dikatakan mengenakan bayaran sebanyak RM25 kepada pelajar atau waris yang ingin menyemak status permohonan kemasukan ke kolej itu bagi semester Jun 2012.

Notis mengenai caj bayaran itu dikatakan dikeluarkan oleh Dekan Kemasukan dan Rekod, Jabatan Hal Ehwal Akademik Kuin, Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Idris.

Salinan notis itu yang diedarkan kepada media hari ini, ia secara tidak langsung mendedahkan kepincangan masalah kewangan Kuin, yang bayaran seperti itu dipercayai tidak dikenakan oleh institusi pengajian tinggi yang lain.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini menyalahkan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai punca Kuin terpaksa menaikkan yuran pengajian.

"Pendedahan terbaru ini menjelaskan masalah kewangan Kuin yang diwar-warkan oleh Azizan sebagai kejayaan kerajaan negeri pimpinan Pas mendirikan universiti sendiri tetapi pada masa sama ia menyerlahkan kepincangan pentadbiran mereka”

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah dan Kuin khususnya kerana bijak menguruskan kewangan dengan baik sehingga mengenakan bayaran RM25 untuk menyemak kemasukan yang biasanya ditawarkan percuma oleh IPTA dan IPTS lain,"  - kata Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

- Bernama.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

14/03/2012

MB Azizan Buat Hal Lagi. Kali Ini Babit Cucu Beliau.


Oleh: HHalem.

1- Terkini Bernama melapurkan bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak ingin bercuti, jika berpeluang, tetapi tidak bercadang untuk melantik pemangku sebagai penganti.

"Tak dak pemangku (Menteri Besar), semua teratur, ribut sudah hilang," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini

Tidak hairanlah kenapa pentadbiran MB Azizan selalu mengundang kontravesi kerana beliau seperti Pak Lebai Kampung yang mengambil mudah segala segi terhadap semua perkara tanpa memikirkan akibat dan kesan kepada orang keliling yang bergantung kepada beliau.

Sebab itu lah Azizan dikatakan orang tua yang degil dan keras kepala kerana sikap tidak memperdulikan kesan dan akibat tindakan beliau kepada sahabat-sahabat perjuangan PAS.

Kadang-kadang Azizan ini terlupa bahawa beliau bukannya Pak Lebai PAS kampung. Beliau terlupa bahawa ramai orang bergantung kepada beliau.

Lihat sikap ambil mudah Azizan yang terlupa bahawa beliau seorang MB.

"Cuti bukan payah apa pun, ambil beg beli tiket kapal terbang, pergilah... cuti ada panjang, ada pendek. Takkan nak pergi tengok cucu baru pun nak suruh orang ambil alih”


Comments / Pandangan Melalui Facebook

13/03/2012

MB Azizan Di Aibkan Oleh Pemandu. Senarai Penuh.


Oleh: HHalem.

1- PAS terpaksa memusing menyatakan bahawa mereka terpaksa menghidupkan semula Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee) yang pernah dibentuk sebelum ini disebabkan kemelut MB Kedah, Datuk Azizan.

Semua orang tahu bahawa Jkuasa ini tidak pernah ujud untuk negeri Kedah. Jika ia benar-benar ujud sebelum ini, tak kira untuk negeri mana sekali pun, siapa kah ahli-ahli Jkuasa sebelum ini?

Ahli-ahli Jkuasa Pemandu sekarang seperti di umum Mustafa ialah:-

a-Bekas Timbalan MB Kelantan Datuk Abdul Halim (Pengerusi).

b- Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali,

c- AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar,

d- Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Mahfodz Mohamed,

e- Pengerusi Lujnah Undang-undang PAS Pusat,  Asmuni Awi.

PAS sebelum ini juga pernah menafikan bahawa golongan Anwar tidak pernah mempengaruhi apa-apa keputusan di Kedah. Dan PAS bukan lah dibawah telunjuk Anwar.

Lihat nama Kamarudin Jaffar. Beliau adalah secara istilahnya adalah member sebantal dan member sepencurian semasa Anwar Ibrahim masih lagi didalam kerajaan. PAS hanya mampu membohongi Pakcik-Makcik dan penganut mereka yang boleh dikatakan ‘tak-tau-apa-apa’ seperti MB Azizan juga, tetapi bangkai PAS-Anwar tetap tidak boleh ditutup.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

08/03/2012

Video: Jkuasa Pemandu PAS Akan Matikan Azizan.


Oleh: HHalem.





Comments / Pandangan Melalui Facebook

06/03/2012

Phahrolrazi Dedah Punca Sebenar Krisis Kedah. Azizan Terus Jadi Lembu.


Oleh: HHalem.

Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, salah seorang Exco Pas yang bermasalah, mendedahkan krisis Pas Kedah meletup berpunca apabila MB Azizan dikatakan meluluskan projek bernilai Rm600 juta kepada pembida yang berjaya memenangi sebuah tender.

Perkara ini diakui dan disahkan sendiri oleh Phahrolrazi kepada Mkini.

Projek yang dimaksudkan adalah pembinaan jalan di Kedah, projek usahasama state-GLC dengan syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian.

Phahrolrazi tidak setuju dengan Azizan kerana keputusan muktamad anugerah tender terletak pada tangan Mesyuarat Exco dan bukannya Azizan sebagai Pengerusi atau Azizan sebagai Menteri Besar.

"Saya tak setuju dengannya," – Phahrolrazi kepada Mkini.

Pas yang melaung-laungkan hapuskan kronism sebelum memerintah, tetapi secara sah mengamalkannya. Pas berjanji sebelum ini jika mereka memerintah secara Islam, semua ini akan terhapus.

MB Azizan sehingga kini terus terdiam dan terduduk setelah dicucuk hidung seperti lembu dengan di awasi oleh Jkuasa Pemandu.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Video: “MB Azizan Akan Berubah”. Cukup Memalukan & Terhina.


Oleh: HHalem.



Teks apa yang berlaku, di sini >
Comments / Pandangan Melalui Facebook

05/03/2012

Episod Menyembelih MB Azizan Sudah Bermula. Siapa Kata Selesai !


Oleh: HHalem.

Kemelut MB Kedah Selesai. Selesai ! Selesai !.
Selesai apanya. Ia baru masuk pusingan kedua.

1- Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan mesyuarat JK Khas Pusat di Alor Setar semalam dari jam 10 malam Sabtu hingga jam 3.00 pagi, bahawa:-

a-  "Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar”

b-  "Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah”

c-  "PAS akan menubuhkan satu JK Pemandu untuk membantu negeri-negeri yang PAS tadbir dan negeri yang PAS sertai,"


2- Ini lah kemuncak dan penamatnya sebagai tanda bahawa pentadbiran PAS dimana-mana sahaja lemah, terutama sekali MB Azizan di Kedah.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

02/03/2012

Nyawa MB Azizan Di Hujung Tanduk Besok. Hadi Terpaksa Mai Kedah.


Oleh: HHalem.

1- Semalam Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub telah mengadakan Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat bersama-sama dengan MB Azizan dan timbalannya Datuk Phahrolrazi Zawawi.

ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah juga hadir dalam mesyuarat khas malam tadi. Amiruddin terang-terangan bergaduh dengan Jawatankuasa PAS Kuala Kedah dan berpihak pada MB Azizan.

“Saya sudah menyatakan pendirian saya tidak menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kuala Kedah untuk berdiri teguh di belakang Yang Dipertuanya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan menetapkan semua ADUN dalam kawasan Kuala Kedah menolak pelantikan sebagai EXCO” - Amiruddin

2- Pada mesyuarat khas tersebut, wakil-wakil Pas Pusat dari kuncu-kuncu Anwar amat kecewa kerana Azizan tetap mahukan Hadi yang membuat keputusan. Azizan cukup sombong menyatakan bahawa, beliau hanya perlu akur kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

27/02/2012

PAS Pusat Mula Bertelagah. Proses Menjatuhkan MB Azizan Sedang Berjalan Lancar.


Oleh: HHalem.

1- Dengan bersuaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, maka kita tahu bahawa kemelut untuk menjatuhkan MB Azizan tidak akan berkesudahan kerana segala keputusan Azizan tidak diterima oleh golongan PAS Pusat. Iaitu golongan penyokong-penyokong Anwar. Di Pusat, Azizan keseorangan kerana Hadi tidak akan dapat membantu beliau.

Semalam, Azizan berkata hanya 8 ahli exco kerajaan negeri Kedah akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, esok Selasa, berbanding 10 sebelum ini.

2- Hari ini, Mustafa Ali membidas keputusan yang dibuat oleh Azizan, seolah-olah Pas Pusat lebih berkuasa di negeri berbanding Azizan dan menganggap Azizan tidak tahu berurusan dan tidak mampu mengawal keadaan.

"Semua 10 mereka adalah penting bagi pentadbiran negeri ini...Memang ada perbezaan pendapat dalam isu-isu tertentu dan cara ia dikendalikan... tetapi perbezaan ini, boleh diselesaikan," – bidas Mustafa kepada Azizan dipetik Mkini>

3- Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, wakil PAS Pusat bagi menyelesaikan isu pelantikan Exco Kerajaan Kedah berpendapat perkara tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang lebik elok oleh Azizan. Ia seolah-olah cara yang Azizan lakukan tidak baik, malahan Pas Pusat yang akan campurtangan untuk mencari jalan penyelesaian.

 "Kita akan mencari jalan penyelesaian dan saya yakin kemelut tersebut akan dapat diselesaikan sebaik mungkin” – Salahuddin Harakah>

  
4- Ikuti pandangan Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

26/02/2012

MB Azizan Menerima Tendangan Di Mesyuarat Khas Tertutup.


Oleh: HHalem.

1- Jikalau berita dibawah mengenai kemelut MB Azizan akan disingkirkan dikatakan khabar-khabar angin lagi, memang orang-orang PAS tidak mahu pijak dibumi yang nyata.

Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin turut bersuara mengenai desakan supaya Azizan berundur.

“Kita akan melihat perkara ini dari jauh, namun ia jelas menunjukkan PAS dalam masalah,” – Muhyiddin.

Mesyuarat Khas Tertutup yang dianjurkan Azizan ini hanya hendak melihat betulkah berita yang beliau sentiasa “aku-tak-tau-pa-pa”, dan untuk menentukan siapa lawan dan kawan sebenarnya.

PAS Pusat melihat dari jauh dan tunggu apa lagi ! Panggil lah 5 orang ini untuk mendapat pengesahan bertulis, mungkin ini angkara Umno seperti ayat standard PKR-PAS yang selalu digunapakai. Adakah mereka ini menerima berjuta-juta wang dari Umno?. Berita di bawah.

2- Lima EXCO PAS Kedah Pulau Mesyuarat Khas Tertutup Bersama MB.

....start berita..

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive