Oleh: HHalem.
PapaGomo dan RBf setelah celaka mencelaka diantara satu sama lain, akhirnya mendedahkan bahawa terdapat 2 versi video bogel Anwar didalam simpanan mereka.
Versi panjang selama 43:19 minit tersimpan didalam simpanan RBf.
Jika Versi salah satunya dimuatnaik kita akan mengetahui siapakah pemunya nya.
Mengikut sejarah rekod lepas-lepas yang akan diulangi sekali lagi iaitu versi pendek akan di release terlebih dahulu dan kemudian diikuti versi panjang.
Ada kah ini mainan untuk meng-frame-kan RBf supaya beliau di-kambing-hitam-kan kerana beliau telah mengaku ke Siam untuk menonton video disana. Rbf telah mengaku ke sana bersama dengan isteri beliau untuk menampakkan dan memberi keyakinan terhadap cerita beliau. Apa-apa terjadi sudah tentu isteri beliau turut terseret sebagai alibi dan dipanggil untuk disoalsiasat.
Adakah isteri beliau sudah bersedia untuk menjadi terkemuka sebaris dengan Anwar dan Papa Gomo. Bagaimana dengan orang tersayang dan terdekat yang lain dengan RBf? Jika tidak ia merupakan satu tindakan yang kurang bijak dipihak beliau.
RBf dan PapaGomo tanpa disedari telah meletakan diri mereka sebaris didalam kancah video bogel Anwar.
Adakah mereka yang terlibat sedang membuat bidaan, siapakah pembida yang tertinggi sekali?
Adakah mereka sedang merancang ke Pontianak Kalimantan untuk upload dari sana?
Atau adakah mereka sedang mengigil disebabkan sedang diperhatikan oleh Pak Polisi.
Akta yang sedang menanti mereka ialah Akta Mengekang Kenaikan Nafsu Syahwat Bahan Tidak Terkawal (Rekaan 2020 semata-mata) dengan hukum sebat 10 kali atau hilang kemaluan berperingkat-peringkat (pindaan pagi ini) atau kedua-duanya sekali.
Oleh itu kita bloggers yang telah berjaya dikonpiuskan menyeru mereka berdua meng-upload-kan kedua-dua versi panjang dan versi pendek serentak di pasaran bersama serentaknya Najib mengumumkan tarikh PRU 13 supaya kita semua senang buat kerja membenteras kaum-kaum Al Bontoti.
siot dasyat jugak lu punya penyiasatan ni..Gua respek..tapi kan bro...Gua takda video tu beb. RBF dan Parpu Kari yang ada. Gua sampai sekarang tak tengok lagi.
ReplyDeletelogik akal RBF dah tengok dah tentu video pada dia kan? Parpu kari dah 2 hari takda di Malaysia...so lu boleh agak video kat tangan siapa...
Gua tak terlibat....SERIUS beb
Gua pun respek juga dgn lu.
ReplyDeleteGua agak sesiapa yg hilang 2 tiga hari ni, tentu akan ke luar. Upload dari sana.
Haaa, Parpu akan upload dari Singapura.
Lu punya saman, dari Tipah Koyak & Khalid tu dah terima ka Bro:-)
ha ha ha depa cakap nak saman tapi sampai la ni haram....depa saman memang kantoi habis le nanti.....
ReplyDeleteapa pun gua puji blogg lu coz bagus dan adil penulisannya.....
teruskan bro, nanti lepak sama minum teh...sambil cuci mata..ha ha ha
memang mantap ah..haha
ReplyDeletehehehe:-)
ReplyDeleteGua pun 2 tiga hari sudah tergerak hati nak singgah port lu.
Tapi risau gak takut nantu lu snapshoot gua punya handsome face masuk dlm Video Bogel Anwar Part 3.0
Ok Bro, teh tarik bila2.
Tuan HH,
ReplyDeleteTuanpun semalam lama menghilang. Kalau tengok postpun, macam schedule posting aje. Apa, tuan kot yang sama-sama PK gi Singapork?
Ni nak kena suruh Gomo desak Tuan publish kat HH ni.
As-Salam Tuan Hhalem,
ReplyDeleteGua pun nak join sekali sessi Pulling Tea ini... Email Gua Ada dalam Gua ( cave ) .
Gua rasa mcm cakap dgn geng Majidee ler.
Apa apa pun email Gua.
ARK2
Hehehehe, Tuan TIS:-)
ReplyDeleteGua pun sebenarnya, malas nak cerita..
Gua pi arah selatan, sampai kat Melaka saja.
Tak sampai Sungaipork pun.
Pekena kepala ikan tepi laut kat Pengkalan Balak.
Balik ikut jalan belakang lalu ke Port Dickson, terus gua pening sbb jalan belakang tu liku-liku. teringat laa Anwar pulakkk.
Balik tidoq, kena kelestorol tinggi. Cukup nayaa.
OK Tuan ARK2:-)
ReplyDeleteApa-apa Gua email luu. hehe