Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

14/10/2011

Steven Gan: Akuan Dan Pendedahan Benar Malaysiakini Akan Di Jual Saham.


Oleh: HHalem.
Pemilikan Malay Mail kurang dari 51% 
Content selling sebahagian dari perjanjian penjualan.

1- Di bawah diperturunkan akuan benar Steven Gan bahawa Malaysiakini berada didalam keadaan tenat dari segi kewangan. Baca dengan teliti muslihat Steven Gan  yang juga mendedahkan bahawa mereka memerlukan bantuan kewangan dengan segera untuk terus hidup.

2- Penulis HHalem, turut gembira jika Malay Mail terus membahami Mkini secara total. Komen dibawah adalah cuma huraian untuk membuktikan Steven Gan Mkini menipu.

3- Cerita-cerita sebelum ini yang Mkini dibiayai dana luar apa telah terjadi? Jika mereka masih dibiayai dana luar, mungkin mereka tidak teruk seperti sekarang.

Adakah ini satu muslihat Malaysiakini untuk menutup bahawa mereka kononnya bersih dari menerima dana haram dari luar hanya untuk mengabui mata pihak berkuasa? 

Atau adakah dana luar telah ditarik balik?

4- Kakitangan Malaysiakini dan Steven Gan cukup aksi dan langsi menyuruh mayat-mayat mereka dilangkah. Mereka mungkin akan menyesal jika salah seorang staff mereka akan betul-betul dilangkah mayat nanti.

**note. Bertanda merah adalah komen penulis HHalem.
...........................................................
Adakah Malaysiakini dijual pada Umno? Langkah mayat kami.
Oleh Steven Gan 1:41PM Okt 14, 2011         


(STEVEN GAN merupakan pengasas bersama dan ketua pengarang kumpulan Malaysiakini)

Apabila kami melancarkan Malaysiakini 11 tahun lalu, kami sedar bahawa sukar untuk laman web yang masih bertatih untuk memberikan sebarang kesan politik. Pengguna Internet masih sedikit, malah modem 56k ketika itu juga tidak membantu.

Kami salah.

Memberikan dampak politik kerja mudah. Hanya segelintir wartawan pada masa itu berani bertegas terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali gus menjadikan kami menonjol.

Bahagian yang sukar untuk memastikan kewangan Malaysiakini selesa. Apabila fenomena dot.com tiba - dua tahun selepas kami beroperasi - hakikat ini terngiang-ngiang di telinga: Malaysiakini tidak dapat bergantung kepada iklan semata-mata.

Keputusan untuk memperkenalkan langganan sukar dibuat. Semua orang berkata kami akan gagal. Benar, siapa sanggup membayar untuk kandunagn Internet? Kami keseorangan. Tiada yang akan menghulur tangan. Kami harus membina teknologi pembayaran dari kosong.

Tetapi kami tiada pilihan. Pada 16 Ogos 2002 - hari pertama langganan diperkenal - kami menulis rayuan ini:

"Tiada laman berita dalam talian terbukti bertahan. Yang paling berjaya laman pelengkap kepada versi cetak, yang mendukungnya. Hanya sedikit benar-benar berbentuk dalam talian. Sebahagian besarnya masih di awan mendung”

"Perkara itu mengasak kita menghadapi keadaan Hobson's choice atau pilihan tunggal: Kunci laman ini dan mungkin hilang pembaca - dan masih tiada jaminan bertahan - atau terus pastikan Malaysiakini boleh dilayari secara percuma sehingga merempuh jalan mati”

"Wartawan di Malaysiakini sudah membuat pilihan. Seterusnya kami kini serahkan kepada pembaca untuk membuat pilihan mereka”

Dan pembaca yang budiman membuat pilihan. Ramai mendukung Malaysiakini mendermakan sejumlah kecil wang setiap bulan untuk membolehkan kami terus membuat liputan - dengan cara runcitan tetapi berpengaruh - huru-hara yang mengambil tempat dalam negara.

Berdepan gergasi sejagat

Kandungan bukan segala-galanya. Tetapi teknologi.

Pembekal maklumat - akhbar, televisyen dan stesen radio - menghadapi masalah di merata-rata. Hanya syarikat telekomunikasi dan teknologi meraih ganjaran dari Internet.

Apabila pengiklanan dalam talian mula rancak, ruang maya menyediakan cabaran amat berbeza kepada pembekal maklumat.

Pengiklan tidak lagi bergantung kepada kewartawanan untuk mencuri tumpuan dengan cara yang sama dengan media lama, dan mereka tidak bergantung kepada laman tempatan untuk melaksanakan tugas itu. Pesaing kita untuk lubuk pengiklanan, antara lain, gergasa besar sejagat.

Malah, tiada satu pun daripada empat syarikat dalam talian paling berpengaruh - Google, Microsoft, Facebook dan Yahoo - merupakan syarikat media. Mereka dan 45 lagi menguasai lebih 95 peratus pasaran pengiklanan dalam tarian di seluruh dunia.

Semua di luar lingkaran elit ini menghadapi persaingan sengir untuk sejumlah wang yang relatifnya tidak sebanyak mana. Malaysiakini, sama ada suka atau tidak, berdepan dengan yang seperti Google.

Untuk sekarang, hakikat yang pahit bahawa langganan ialah satu cara - and untuk sekarang, mungkin jalan tunggal - untuk menyokong media bebas.

Ini menjelaskan kenapa, harian bebas berbahasa Cina Merdeka Review, dengan bantuan Malaysiakini, beralih kepada langganan bulan ini. Tanpa langkah ini, Merdeka Review, mahu tidak mahu, terpaksa bergelut untuk terus beroperasi.

Dan untuk memastikan padang permainan sama rata, laman web Malayiakini versi bahasa Cina - yang percuma sejak dilancarkan pada 2005 - juga memulakan langganan.

Pelbagai sumber pendapatan

Kami berulang kali menegaskan - media bebas memerlukan kebebasan kewangan. Elakkan sebarang kesalahan - kita sedang merintis projek untuk memastikan nasib kebebasan media.
(HHalem: Termasuk mendapatkan dana pasaran gelap dari musuh-musuh negara tanpa memikirkan kepentingan ‘nation-is-first’. Maruah negara boleh dijual atas nama kebebasan kewangan. Letakkan diri anda sebagai pemerintah, sanggupkah anda biarkan diri dan maruah dijual. Bagi diri Steven, tiada dalam kamus beliau mengenai ungkapan ‘national security’ atau pun ‘national interest’. Steven berlindung atas nama business survival dan kebebasan media)

Kegagalan kami untuk memastikan model langganan ini berjaya bermakna masa depan media dalam talian bebas makin pudar.

Tetapi untuk menjadi benar-benar bebas, laman berita perlu bergantung kepada pelbagai sumber pendapatan. Untuk itu, Malaysiakini kini mengintai melampaui langganan dan pengiklanan untuk mendanai operasi.
(HHalem: Bermakna Steven telah confirmkan bahawa Malaysiakini sakit tenat dan sedang mencari bantuan pernafasan)

Antara penambahan sumber pendapatan melalui jualan kandungan. Awal tahun ini, kami menandatangani perjanjian dengan Yahoo!, yang mana memberikan kebenaran kepada enjian carian itu memuatkan kembali kandungan Malaysiakini dengan sejumlah bayaran.

Sementara itu, sudah diketahui umum bahawa Malay Mail akan dilancarkan semula sebagai harian pagi dan bukan lagi akhbar percuma edisi petang. Untuk itu, ia mendekati beberapa pemain dunia dalam talian, blog dan agensi berita antarabangsa untuk mendapatkan kandungannya, Malaysiakini tidak terkecuali.
(HHalem: Confirm juga bahawa Malay Mail, NST Group (read: Umno) sedang berbincang dengan Mkini. Steven akui beliau berbincang dengan orang Umno. Steven mungkin cakap biz, tetapi portal beliau adalah portal politik. Maka semuanya dipandang dari sudut arah politik semata-mata)

Jadi, ia mengejutkan kami apabila perbincangan tentang kandungan yang ringkas - dan masih jauh untuk sebarang kata sepakat - dipusing oleh beberapa laman berita kepada pertukaran kandungan demi saham.
(HHalem: Hei Steven !, those people are all your readers. Jadi apa yang nak mengejutkannya. You are undermining their intelligence. Jikalau anda dibiarkan tanpa kawalan, bukan sahaja anda akan jual Mkini, anda juga akan jual segala-gala yang ada demi survival)

Biar kami jelaskan - kami tiada sebarang hasrat untuk memiliki sebarang sahan dalam Malay Mail atau menyerahkan pemilikan dalam Malaysiakini.
(HHalem: Steven menipu terang-terang lagi di sini. Malay Mail memang benar tidak akan memberi Mkini sebarang saham didalam syarikat mereka kerana Mkini tiada wang. Mkini need money to survive and no bargaining power. OK ! Lihat bagaimana Steven tipu. Menyerah pemilikan bermaksud surrendering ownership. Which mean Malay Mail will not be buying 51% of Mkini. Jikalau Malay Mail membeli 50% Mkini, ia masih lagi tidak dipanggil menyerahkan pemilikan)

Bagaimanapun, untuk penggunaan kandungannya - yang membolehkan Malaysiakini terus memberikan perkhidmatan lebih baik dan untuk sampai kepada lebih banyak pembaca - menjadi perniagaan yang baik, dan untuk kewartawanan.

Lebih-lebih lagi, menjual kandungan tidak menjejaskan pendirian editorial kami. Pengguna kandungan kami tiada sebarang suara padanya - ambil atau tinggalkan saja. Mereka juga tidak dibenarkan mengubah kandungan yang disiarkan.
(HHalem: Take it or leave it! Haahh. My foot. You have to obey your paymaster. Who is going to pay you if the content is lousy and not up to the expactation?)

Kami terkejut apabila pesaing dalam talian kami gagal faham bentuk ekonomi ini. Tetapi, sekali lagi, mungkin mereka tidak perlu bimbang masalah wang kerana mendapatnya daripada suatu tempat.
(HHalem: Steven accusing Malaysian Insider sebagai pesaing mereka telah mendapat dana dari satu sumber. Sumber itu boleh dibaca di AidcNews)

Jadi, adakah Malaysiakini akan dijual kepada Umno? Langkah mayat kami dahulu.
(HHalem: Mkini tidak akan dijual outright, but Mkini mendapat bantuan tali hayat dari Malay Mail. Steven memperbodohkan pembaca dengan mengatakan Mkini tidak akan dijual kepada Umno. Sudah tentu bukan Umno yang akan memiliki Mkini secara kontraknya, tetapi Malay Mail  akan memilki Mkini tidak melebihi 51%. Dua entity yang berbeza.)

Dan kami katanya ini bukan saja pada Umno, tapi juga MCA, MIC, PAS, PKR dan DAP. Parti politik tiada urusan untuk memiliki media, dan wartawan tiada urusan untuk membuat pernjanjian sebegini dengan ahli politik.

Ini prinsip yang kami sanjung di Malaysiakini, dan secara cermat dan teliti telah melindunginya sejak sedekad lalu. Kami tidak akan mengetepikannya untuk apa pun. Walaupun dengan longgokan wang ringgit.
(HHalem: Kita tunggu dan lihat adakah Steven ini seorang penipu atau pembelit. Time is of the essence)
  
STEVEN GAN merupakan pengasas bersama dan ketua pengarang kumpulan Malaysiakini.


Comments / Pandangan Melalui Facebook

4 comments:

  1. Pokok pangkalnya... a dua tiga saman yang sedang dan akan menyusul... antara sama Umi Halfida yang dijangka atau tak silap akan diselesaikan diluar mahkamah, Saman Jacob & Company tentang cincin Berlian DS Rosmah, Saman bekas Pengerusi MAS dan tak tahu le lagi yang akan datang.... semua puluhan mungking ratusan juta... Samada KONCO_KONCO YAHUDI mereka tak SAnggup Nak Tanggung lagi atau Salah satu jalan nak elak dari mereka terus di saman..... KWANG! KWANG! KWANG!.....

    ReplyDelete
  2. kenapa malay mail tak biarkan malaysiakini tu mampus saja, kenapa perlu ditolong

    ReplyDelete
  3. Tuan HH lama menghilang hari ni kerana berunding dengan Roketkini ke?

    Apa-apapun, selamat berhimpun dengan rakan-rakan, tak berkesempatan untuk turut serta.

    ReplyDelete
  4. Tuan TIS;-)

    Hilang semalam pasai bincang hal-hal negara.

    lepas tu gi lepak-lepak ngn girlpren:-)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive