Oleh : HHalem
1- INI kes berat dan sesat, yang perlu pihak
berkuasa bertindak segera. Kisahnya, isteri pengasas Al Arqam Ashaari Muhammad,
Khadijah Aam mendakwa suaminya tidak mati sebaliknya ghaib dan bergabung dengan
Rasulullah SAW dan Imam Mahdi bagi mengerakkan aktiviti dan program kumpulan
tersebut.
2- Menurut Khadijah atau dipanggil Bonda Ummu
Jah, Ashaari atau lebih dikenali dengan nama Abuya yang meninggal dunia pada 13
Mei tahun lalu akibat jangkitan paru-paru tidak mati sebaliknya hanya ghaib
sahaja dan akan menjelma semula “sedikit masa lagi”.
3- Sila baca dan dengar video dengan
fikiran terbuka supaya tidak terpesong dengan Al-Arqam.
Tiga cahaya yang
diyakini gabungan Rasulullah-Saiyidi-Abuya ( RSA) semasa satu program
jemaah Global Ikhwan Sdn Bhd di Subang, Indonesia dua jam perjalanan dari
Bandung
.......................................................................................
Soalan 1: Umumnya masyarakat sangat menerima
baik kita (jemaah Abuya) cuma mereka mempersoalkan akidah sahaja. Jadi
bagaimana kita hendak mengungkaikan persoalan ini.
Ummu Jah : Biasanya orang
berkata buah yang harum dan manis yang sangat ditunggu musimnya itu tentu dari
pokok yang baik. Tetapi nampaknya hari ini orang berkata ada buah yang baik
tetapi datangnya dari pokok yang tak baik.
Jadi saya hendak bertanya di sini mengapakah jadi begitu.
Mengapakah keadaan anti-klimaks atau double-standard ini telah berlaku dalam
masyarakat kita.
Soalnya, mengapakah proses untuk menyesatkan akidah
seseorang itu menggunakan ISA yakni tanpa perbicaraan yang dibuat di mahkamah
syariah. Sepatutnya selepas dibacakan fatwa sesat pada 5 Ogos 1994 itu,
pemimpin-pemimpin Arqam dibawa berbincang, diterangkan satu persatu hal-hal
yang dikatakan sesat itu..
Soalan-soalan semua dibenarkan dan penjelasan dari pihak
yang didakwa itu pun mahu didengar. Kemudian, bandingkan dengan Quran dan
Sunnah hinggalah semua mereka setuju dan menyesal di atas kesesatan. ISA itu
menggunakan kaedah memaksa agar mengaku sesat.
Kalau kes mengancam keselamatan negara bolehlah
diselesaikan secara ISA. Namun bila dikaitkan dengan ajaran yang menjadi amalan
seseorang, bila dipaksakan begitu, hati orang memberontak.
Memang ada dibuat kursus-kursus pemulihan, tetapi satu
hala, penuh ugutan dan percakapan diundang-undangkan yakni jangan bercakap
perkara yang tidak dibenarkan sekalipun benar. Alhasil, sampai sekarang masalah
tak selesai. Orang tak boleh terima kerana perbuatan menyesatkan orang itu
mencurigakan.
Perkara yang diharamkan itu ialah Aurad Muhammadiah,
Ashaari Muhammad, jemaah Arqam, Imam Mahdi dan daulah Islamiyah. Sebenarnya,
selagi isu sesat masih dimainkan, ertinya ISA dan kursus pemulihan bahkan fatwa
itu sendiri akan dikatakan gagal atau bolos.
Tidak dizinkan Allah untuk menyelesaikan masalah Arqam
dengan sebenarnya sebab pejuang-pejuang masih bertahan dengan ajaran. Jadi
jalan keluar yang baik adalah isu sesat jangan dimainkan lagi, izinkan bekas
Arqam hidup aman damai di bumi Malaysia. Katakanlah kes Arqam sudah selesai.
Dan kami sekarang sebenarnya berada di Mekah, di hadapan
Kaabah, kalaulah kami sesat, kami sangat-sangat bersedia untuk dihukum oleh
Allah di dunia daripada dihukum di akhirat.
Kaabah itu mahkamah Allah yang sangat boleh menghukum.
Jadi saya cadangkan supaya dikatakan kes Arqam ini kes sesat sudah tidak
berlaku kepada bekas-bekas Arqam dan cuba fikirkan risikonya apa, sedangkan
kalau kita katakan isu sesat masih berlaku, inilah masalahnya, masyarakat orang
Islam masih berpecah belah tapi kalau kita katakan dah tutup, dah selesai, cuba
fikirkan, mana lebih baik. Dalam masyarakat kita majmuk begini, dalam keadaan
dunia yang penuh masalah, mana lebih baik kita tutup kes Arqam atau kita
buka-bukakan?
.......................................................................................
Soalan 2: Kenapakah di waktu ini kita semua
diminta bertawassul kepada RSA (Rasulullah, Saiyidi dan Abuya) sedangkan
sebelum ini kita bertawassul kepada Abuya.
Ummu Jah: Mengapakah Abuya
ghaib? Kita semua sama-sama kehilangan Abuya sekarang. Sebelum Abuya pergi,
apakah pesanan-pesanan Abuya kepada kita? Atau siapakah yang dapat menghubungi
Abuya di alam ghaib untuk menerima panduan kepimpinannya? Bahkan kalau ada yang
dapat pun, bila dikhabarkan ” ini dari Abuya”, masalahnya ada yang kata apa
jaminan perkataan itu bukan syaitan.
Sebenarnya, sebelum perginya Abuya ke alam ghaib, Abuya
selalu melatih saya untuk berhubung dengan Rasulullah SAW.
Caranya diberi salam kepada baginda Rasul macam dalam
sembahyang, dalam tahiyyat ” Assalamualaika ya ayyuhannabiyyu “.
Maka dengan izin Allah, Rasulullah hadir dalam bentuk
cahaya. Jadi saya pun berdialog dengan hati ke hati dengannya, dan itu BUKAN
SYAITAN!
Semua orang tahu bila ada pengakuan ” Saya Rasulullah”
itu tidak mungkin syaitan. Jadi dari sumber inilah, dari sumber yang Abuya
tinggalkan kepada kita ini saya difahamkan bahawa ghaibnya Abuya bermakna
bergabung dengan Rasulullah dan Saiyidi.
Kenyataan bergabungnya adalah sudah diberitahu kepada
kita sebelum ini, semua orang pernah dengar Abuya kata di belakang saya
Saiyidi, di belakang saya Rasulullah.
Jadi, bila itu berlaku kita berkata ” Oh, begini ke
caranya, Abuya tak cerita pula. Rupanya gabungan itu berlaku di alam roh kerana
nabi itu berada di sana. Dan pemergian Abuya, selain bergabung ialah
menyerahkan jemaahnya ini kepada nabi akhir zaman Rasulullah SAW.
Kita bangga kerana pemimpin kita satu-satunya yang telah
mencipta kenyataan bahawa dia telah menyerahkan atau menghubungkan
orang-orangnya dengan nabi akhir zaman. Belum pernah dengar cerita ni.
Belum ada pemimpin yang mampu melakukan dan kita terkejut
” Eh! Ya Allah, aku memanglah tertanya-tanya selama ini, macamana kita ada
nabi, tetapi tak ada hubungan, jadi bila ini berlaku, bila kenyataan ini datang
pada kita, kita memang terkejut, tapi kita banggalah.”
” Eh! Ya Allah, nabi akhir zaman telah ditemui!”
Maka sepanjang ghaibnya, Rasulullah SAW yang mengetuai
kepimpinan. Jadi apa yang saya dapat itulah semuanya dari Rasulullah. Di
antaranya adalah tawassul kepada RSA [ Rasulullah, Saiyidi ( Sheikh Muhammad
bin Abdullah AsSuhaimi atau Imam Mahdi dalam kepercayaan Al Arqam: Pengarang )
dan Abuya .
Memang Abuya nak begitu. Yakni bila terjadi serahan kuasa
jemaah secara ghaib, pengikut tidak lagi hanya ada Abuya, tetapi Rasulullah dan
Saiyidi juga. Bukankah Abuya sudah ceritakan hal ini selama ini?
Kenapa kita tidak berkata di akhir zaman, di mana zaman
sudah lebih jahiliyyah dari jahiliyyah pertama, kepimpinan Abuya seorang tentu
tidak cukup untuk mengempayarkan Islam semula.
Gabungan ketiga-tiganya amat diperlukan. Dan kalau kita
setuju itu maka tidakkah bertuahnya kita, boleh, dibenarkan , diziinkan
sesuatu yang belum diizinkan sebelum ini iaitu memanggil atau bertawassul
kepada RSA.
......................................................................................
Soalan 3: Kenapa banyak amalan-amalan baru yang
dibuat sekarang yang tak dibuat di waktu sebelum Abuya ghaib contohnya pencak
dan tarik duit?
Ummu Jah: Saya rasa salah
fakta mengatakan amalan baru yang tak pernah dibuat masa Abuya sebab semua
orang tahu bahawa Abuya pernah berpencak dan Abuya pernah tarik duit dari alam
roh.
Bahkan bila SB ( polis cawangan khas ) datang, SB
tanya macamana dapat duit banyak ni, Abuya jawab ” Dari bank Tuhan, Tuan”.
Jadi itu salah fakta tapi semua itu Abuya tidak izin kita
amalkan di masa itu. Cuba kita fikirkan hikmahnya jika kita disuruh amal waktu
itu. Yang Abuya izinkan ini setelah dia ghaib. RSA ni muncul bilamana Abuya
ghaib.
Kejadian Abuya ghaiblah menjadi punca bagi segala-galanya
ini sedangkan Abuya tak pernah cerita yang dia akan ghaib. Jadi kalau
difikirkan/nak apapun, pandukan (kepada) keghaiban Abuya itu. Atau katakan
Abuya mati (supaya tak bergaduh ). Semua ini berlaku setelah Abuya tiada.
Kalau Abuya ada takkan saya nak buat macam ni. Abuya tak
pernah pula beritahu pada sesiapa agar jangan berbuat apa-apa pada jemaah ini
kalau Abuya tiada. Ada tak sesiapa yang menerima pesanan kalau Abuya tak ada
nanti jangan buat apa-apa kat jemaah Abuya, teruskan, jangan usik-usik,
teruskan.
Gambarkan, kalau Abuya tak ada, terus macam itu sahaja,
seolah-olah kita kata Abuya matilah, walaupun mulut kata ghaib. Ghaib itu untuk
meneruskan kepimpinan. Abuya tentu akan meningkat-ningkatkan
kepimpinannya.
Realitinya jemaah Abuya kini jemaah berpemimpinkan
pemimpin gabungan. Atas arahan merekalah semua program terkini itu berlaku.
Cuba fikirkan betul-betul kalaulah arahan itu arahan
saya, saya kata ” Semua orang pencak,” Tanpa kerjasama alam ghaib atau RSA
untuk proses hati-hati untuk taat, faham dan yakin, boleh berlaku kah satu
dunia orang nak pencak. Cuba menungkan betul-betul.
Kenapa hati orang mahu? Kerana faktor adanya proses hati
yang dibuat oleh RSA. Mustahil tanpa Imam Mahadi, atas dasar Ummu Jah
semata-mata satu dunia mahu pencak. Mustahil, tolong rasionallah dalam
memperkatakan ini. Mesti ada suatu kuasa di belakang ini semua.
..........................................................................................
Soalan 4: Bagaimana jadual-jadual yang disebut
oleh Abuya sebelum ini berubah-ubah dan tak jadi, contohnya jadual kebangkitan
Islam dari Timur selepas itu ke Khurasan (panggilan kepada Iran, Afghanistan,
Turkmenistan, Uzbekistan dan Tajikistan :Pengarang) dan seterusnya ke Haramain
(dua tanah suci atau Mekah dan Madinah; Pengarang). Tetapi mengapa berlaku
sebaliknya?
Ummu Jah: Abuya tak pernah
beritahu pun bahawa jadual Tuhan itu di antaranya adalah Abuya ghaib. Tetapi
kenapa ia terjadi? Sekarang Abuya sedang memimpin jemaahnya dari alam ghaib.
Ini sesuatu yang kita tidak pernah sangka, tak pernah terfikir, kalau ada orang
yang cuba cakap pun itu setelah terjadi. Tetapi sebelum itu tiada siapapun
terfikir.
Sedangkan ini cukup besar, cukup menentukan seseorang itu
boleh terima ke tak boleh terima. Sepatutnya Abuya dah hint-hintlah dulu
– Nanti ada sesuatu nak jadi, jangan terkejut pula, macam ISA tu ha, ramai yang
lari. Nanti apa-apa jadi kalau pelik-pelik sikit tu, jangan lari-lari pulak.
Tak ada, langsung tak cerita. Saya pun, sesaat lagi Abuya
nak ghaib tu, baru Abuya kata. Sebab saya harap Abuya janganlah mati, secara
roh sahajalah saya cakap tu sebab dia sudah memang koma lamalah, beberapa jam
sebelum tu dan saya mendengar respon Abuya
” Takkan kamu nak suruh Abuya buat, Abuya yang macam ni,
Abuya yang macam jerangkung ni, gigi tak ada, dan kaki pun dah macam kayu ni.’
Dan saya pun ( terdetik ) “Eh! Apa nak jadi ni?” Lepas tu
saya tengok semua papan penunjuk tentang organ-organ Abuya ni semuanya zero. Ya
Allah, tapi saya hairan saya tak histerialah, saya boleh terima. Saya cakap kat
doktor. ” Ok, doktor”
Doktor kata tak apa, kita tunggu 15 minit lagi,
kalau-kalau dia berfungsi semula dan kemudian tak ada. Jadi begitulah
ceritanya. Jadi ini satu ujian yang lebih hebat dari ISA lah. Sebab apa?
Sebab ia terjadi tanpa diberitahu, tanpa kita bersiap
apa-apa. Dan saya tak tau nak kata apa waktu tu, apa jadi ini. Saya yakin,
takkan ia berakhir begini, tak mungkin, tapi saya tak tahu nak kata apa ni.
Jadi, esoknya, baru saya diberitahu, kejadian ini,
namanya Abuya ghaib. Saya diberitahu itupun ikut rasa hati sahaja, saya begitu
diyakinkan, begitu kuat, tidak boleh difikirkan lagi, sangat menguasai.
Saya disuruh berkata Abuya ghaib dan beri kuliah 10 sebab
kenapa Abuya ghaib dan tidak mati lagi. Begitu, jadi perjuangan Abuya sekarang
tentu semua orang-orang Abuya mengatakan Abuya sedang terus memimpin di alam
ghaib.
Nanti bila terjadi futuh Malaysia (pembebasan Malaysia)
hasil kepimpinan ini, hasil perjuangan di Haramain oleh roh Abuya dan
gabungannya, maka untuk mengempayarkan Islam, barulah Abuya dapatkan Khurasan
dan terus ke Haramain lagi sekali secara fizikal.
Sekarang Abuya tidak dikatakan di Haramain tetapi di alam
ghaib. Istana RSA rupanya pusat kegiatan Imam Mahadi dan Abuya secara roh dan
akan betul-betul fizikal sedikit masa lagi.
Tidakkah kita fikir untuk menemukan semua persoalan ini,
bahawa Abuya juga pernah berkata Imam Mahdi tu, pusat pemerintahannya selain
Malaysia ialah di Haramain, jadi inilah dia, ke arah itulah. Tetapi cuma kita
keliru, kenapa langkah Haramain, kenapa langkah Khurasan.
Khurasan itu kita dah cari dah beribu kali kita round
kawasan tu, cari Harith Al Harras tak jumpa. Bila tak jumpa ertinya Abuya
fahamkan kita nanti kita jumpa. Ada faktor yang membolehkan kita jumpa.
Faktor inilah. Faktor Abuya ghaib. Mencari seorang lelaki
yang ghaib di Khurasan, cari-cari tak jumpa, semua pakat-pakat turun mencari
tak jumpa. Cuba juga, bawa seorang jumpa Abuya, inikah dia Harith Al Harras,
Abuya cek-cek tengok bukan. Ertinya cara itu Allah tidak izinkan.
Rupanya inilah kaedahnya. Apa yang susah sangat kita nak
faham. Kalau ini pun tak boleh faham, macamana nak faham yang lebih besar lagi
Ini simple logic. Siapa kata sekarang perjuangan Abuya di Haramain, Abuya di
alam roh.
Hal ini tidak pernah kita diberitahu dalam jadual. Jadual
bukan berubah, cuma kita tak tahu. Cuma kita diberitahu selepas ni, ini,
selepas ni, ini, jadi pandai-pandailah kita gabungkan.(Agendadaily.com)
Teks Petikan sepenuh dari Agenda Daily >
Nauzubillah.. Berpeganglah pada tali Allah.. Kembali ke pangkal jalan dan bertaubatlah.. Kerana syaitan itu kerjanya menipu manusia.. Sentiasa ingin menyesatkan umatNya..
ReplyDeleteSiapa sebenarnya yg berpegang dgn tali Allah dan siapa yg tidak.tiada apa yg pelik kejadian diatas.oleh krn mereka berbeza atau pelik belum tentu mrk sesat.mungkin kita sebenarnya yg pelik dari kaca mata org2 Allah.sejarah memapaparkan pd kita bhwa semua kemenangan umat islam melalui cara yg diluar logik akal dan pelik.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteMereka memang pelik, bukan dari sudut pakaian what so ever, tapi berbeza dari sudut aqidah. Adakah boleh hubungi direct dgn Rasulullah SAW. Kalau mcm tu sepatutnya Abu Bakar atau Saidatina Aisyah lah yg patut berhubung lansung dgn Nabi SAW selepas wafat.
Sekarang Ummu Jah dah digelar wasilah, ibu agama. Sudah ada title AR (Allah Redha?) kpd org2 GISB .
Saya memang geram dgn mereka ini. Tapi bodoh, tapi sombong, tak mahu dengar nasihat. Dan mereka ini memang menyesatkan org ramai melalu tuisan2 mereka.
Ashaari meninggalkan pengikut yg jahil dan keliru, maka dgn mudah shj digula2kan oleh ummu jah utk kepentingan dirinya. Sekarang ini menentang ummu jah dah jadi menentang Nabi SAW.
Tak ke mengarut tu.
Wassalam
Din Taliban
Apa yang peliknya kalau dapat berhubung dengan Rasulullah? Kisah sebegini banyak berlaku dalam Islam cuma ilmunya tak sampai ke pengetahuan kita. Kalau kita rajin mengkaji, banyak kisah-kisah pelik yang merupakan karamah atau maunah yang akan kita jumpa dalam riwayat pejuang-pejuang Islam. malah Sultan Muhammad Al Fateh sendiri mendapat panduan dari Rasululllah.Bila kita sediri tidak mengetahui tentangnya jangan mudah menuduh sesat kepada mereka yang mengalaminya.Siapakah yang memberitahu kepada Syamsuddin alwali bahawa bayi kecil itulah yang telah disabdakan oleh Rasululllah 500 tahun sebelum kelahirannya? Maka sultan menyerahkan anak itu kepada beliau untuk dididik dan akhirnya berjaya menawan kota Konstantinople dalam usia yang amat muda. Renung-renungkanlah.
ReplyDeleteAda juga saki baki yg tinggal...
ReplyDeleteAku xla pndai agama sgt tpi aku bogang pda hadis sahih Rasulullah,dlm hdis Rasulullah imam mahadi aku zahir msa umur 40thn,ia dari kturunan Rasulullah mkna ia dilahirkn hnya allah s.w.t maha megetahui,mana ada hadis nabi kata imam mahdi brada di alam ghaib,wasiat Rasulullah tinggalkan 2 perkara al quran dan sunnah jika kita brpgang tguh pada 2ini kita xkan trsesat slma2 nya,aku dah lupa nma ulama tu kata stiap pgakuan aku imam mahdi itu ada adalah pendusta,sdangkan dri hadis shahih imam bukhari imam mahdi tdak akn mgaku ia imam mahdi srta ia akan blari ke madinah mekah brulang 2atau3 kli,imam mahdi pun xtahu siapa diri dia sbnar.
ReplyDeleteHickory dickory dock
ReplyDeleteD mouse went up d klok
D clock struck one
D mouse fell down
Hickory dickory dock
Hickory dickory dock
D mouse took out his frens
Mista Magnum n mista glock
D mouse fell down
Hickory dickory dock
Al-Ahzab: 67-68
We have been with Datuk YIP KUM FOOK for a long time, since he and his family live near Taman Ehsan roundabout and I respect him because he is the chairperson of Taman Daya MCA there and works hard for our people in Kepong area, which makes people happy and the place is peaceful.
ReplyDeleteIn addition, he is a lawyer, many of our Chinese community look to him to solve the problems of some cases because at that time the MCA party had more power, so he could step into the parliament in Malaysia, he was very lucky to get such an opportunity, it was not easy
Since he made a mistake about the removal of Buddhist monks from SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE and cheated Myanmar Buddhist monks of money (funds), his luck is slow down and then more people are gossiping on the internet and from that day (reason) until today he is your luck unbalanced because.. Anyone who disturbs Sangha who that people will fall into a hot hell forever…
DATUK YIP KUM FOOK! You have been my friend for a long time, you had better return the title of Datuk to the Sultan of Selangor or any title of Datuk back to Sultan because that title is also useless, now many people know about you and your family...some people say about you, you are who is evil and deceives women and others
From and shared by Mr (Uncle Lim, Taman Ehsan)
Writing message by son