Oleh: HHalem.
1- Perkembangan menarik berlaku selepas Mahkamah Rayuan memberi keputusan memihak kepada pelajar didalam kes pelajar menyaman dan mencabar pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia dan AUKU. Mahkamah Rayuan juga memutuskan Seksyen 15(5) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan pada 31 Oktober lalu.
Kerajaan mengubal AUKU pada 1971 disebabkan oleh beberapa kes rusuhan pelajar universiti dan AUKU bertujuan supaya pelajar dapat menumpukan sepenuh masa dalam pelajaran di universiti dan tidak diganggu dengan element pembangkang dari luar.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran mengeluarkan kenyataan yang kita kurang pasti halatujunya.
“Saya nak soal balik. Adakah anda sudah bersedia atau tidak (terlibat dalam politik dan pada masa sama tumpukan terhadap pelajaran)?
“Kalau “YA”, kenapa tidak. Mungkin kerajaan tak perlu akta kot atau pun kita meminda akta itu untuk memberi ruang supaya pelajar boleh membuat keputusan tanpa digagahi oleh mana-mana suatu kuasa perundangan ”
“Kalau pelajar hari ini kata, kami bersedia, kami sangat matang dan boleh membuat keputusan mengenai apa yang baik untuk kami, kami tidak perlukan sesiapa untuk mengawal kami. Kita tidak perlu apa-apa kekangan, kita tidak akan melakukan sesuatu yang tidak memanfaatkan kita ”
- Muhyiddin dipetik Bernama Online.
2- Muhyiddin tidak perlu hendak ‘test-water’ dan memberi kata cabaran kerana ia seolah menaruh harapan kepada pelajar. Kepada pelajar-pelajar yang mudah dipengaruhi anasir parti pembangkang yang kegemarannya hanya lah merusuh, tidak akan memberi apa-apa faedah dan perbezaan samada AUKU dihapuskan atau tidak. Ada AUKU atau tidak, rusuhan, piket, huru-hara ala pembangkang tetap diadakan. Ruginya anak-anak Melayu sendiri. Muhyiddin Yassin diminta jangan bermain-main dengan api.
Nama pun ‘pelajar’, maka mereka masih lagi berlajar dari sesiapa yang sanggup menunjukan jalan sonsang seperti anti-establishment. Dengan adanya AUKU ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan, walaupun tidak dapat dihapuskan, kecenderungan pelajar berdemo dan berusuhan.
3- Hasil dari ‘test-water’ dan cabaran Muhyiddin, mari kita lihat apa respond pelajar-pelajar Universiti.
Yang Di Pertua, Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaya, Mohd Syahid Mohd Zaini.
"Jawapan yang berani dan mengagumkan. Namun jika sekadar retorik politik itu suatu penipuan dan omongan kosong yang sangat menjijikkan. Jika ditanya mahasiswa adakah sudah bersedia atau tidak, saya selaku pimpinan mahasiswa akan menjawab mahasiswa sudah lama bersedia untuk hidup tanpa AUKU. Persoalan sekarang ialah adakah kerajaan benar-benar serius untuk memansuhkan AUKU”
Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.
“PKPIM juga percaya bahawa mahasiswa hari ini akan menyahut cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan membuktikan bahawa mahasiswa sudah pandai menilai dan tahu membezakan baik dan buruk dalam sistem politik negara katanya lagi”
4- Jawapan terbaik kepada Muhyiddin ialah dari Naib Canselor UiTM.
Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara UiTM, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar.
UiTM tidak bersetuju dengan cadangan pindaan AUKU kerana kebebasan politik hanya akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Melayu dan Bumiputera di universiti.
Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU tidak perlu dipinda kerana politik di universiti hanya akan memecahkan perpaduan sesama penuntut sedangkan matlamat utama mereka ialah menimba ilmu dan mendapat pekerjaan bagi menjamin masa depan.
“Anak-anak saya aman harmoni berjuang bersama-sama dan menuntut ilmu untuk menjadi insan yang berguna kepada agama bangsa dan negara...Apa yang penting kita semua bersatu padu dan tidak berpecah belah” – lapor Bernama Online.
Sahol Hamid berkata pada masa ini penuntut telah diberi peluang untuk meluahkan pandangan dan pendapat mereka melalui persatuan yang disertai serta pilihan raya kampus yang diadakan dan ini sudah memadai.
“Malah saya sendiri mempunyai akaun Facebook yang digunakan untuk berhubung secara terus dengan penuntut UiTM”
“Mereka boleh mengadu apa sahaja kepada saya dan tindakan yang sewajarnya akan diambil ”
“Kalaupun minat sangat dengan politik habiskan dulu pengajian di UiTM. Pengajian kita adalah sangat intensif jadi tidak ada masa untuk berpolitik”
Politik orang Melayu pada hari ini menjurus kepada perpecahan dan bukan perpaduan. Apa yang jelas masing-masing cuba memburukkan sesama sendiri sambil terlupa pihak lain sentiasa bersatu padu dalam memastikan survival mereka di masa depan
“Jangan terlalu ghairah sampai lupa sejarah, lupa helah dan tidak nampak apa yang sedang berlaku. Melayu sepatutnya kuat dan bersatu padu ”
5- Penulis berani katakan bahawa salah satu penyumbang kemajuan pelajar-pelajar UiTM adalah hasil dari AUKU semenjak dari tahun 1972 lagi.
Kepada pembaca yang belia tentu tidak tahu dan kepada pembaca veteran dan tua-tua belaka tentu masih ingat suasana ITM pada persekitaran tahun 1970. Kepada yang nak tahu juga cuba tanya Pakcik Google dalam Utusan.
Pelajar ITM masa itu berselipar, baju T tidak berkolar dan seluar jean koyak dan lobang sana-sini ke dewan kuliah. Hisap rokok dan berganja adalah perkara biasa seolah-olah duit belajar mereka yang cari sendiri tanpa bantuan kerajaan dan ibu-bapa.
Rusuhan kampus adalah mainan harian sehingga lah AUKU di perkenalkan pada tahun 1971.
Sehubungan dengan itu, jika AUKU hendak dihapuskan, maka peristiwa 1970an akan berulang kembali dan akan merugikan anak-anak Melayu sendiri. Jadi Muhyiddin Yassin diminta jangan bermain-main dengan api.
Cukup lah Kementerian Pelajaran/Timbalan PM ubah sana, ubah sini. Yang menjadi konpius dan bercelaru ialah jenerasi akan datang.
Kejap Kementerian Pendidikan, kejap Kementerian Pelajaran.
Kejap Bahasa Melayu, kejap Bahasa Malaysia.
Kejap ajar Bahasa Melayu, kejap ajar Bahasa Inggeris.
Kejap AUKU, kejap hapus AUKU.
Tidak ada langsung penambahbaikan dan perkembangan berterusan.
.....................
Update: Specially dedicated to Bro Eisa Emillio.
Vry good Bro you raised up the issue:-).
Statistically proven majority of the student, especially Majlis Perwakilan Pelajar, got low grades and some even flung their exams. Mind you not only in UiTM, elsewhere is the same. It is not that they are stupid, but time spend between studies and completing their coursework are spend doing other things, ie. Politicking. We are talking about TIME MANAGEMENT here, Bro. Poor time mangement will results in flungking in what ever endover they partake.
Now the next issue is about US/Europe/UK comparatively with Malaysia. The Mamak Canselor Sahol Hamid is talking about Melayu berpecah belah. He is dead right here because 60% Melayu berpecah 6, how many do we get each. Surely 10% each. And that 10% each bergabung dengan ‘the other side’. Itu lah yang Tun katakan Melayu hilang kuasa, Bro.
Update: Specially dedicated to Bro Eisa Emillio.
Vry good Bro you raised up the issue:-).
Statistically proven majority of the student, especially Majlis Perwakilan Pelajar, got low grades and some even flung their exams. Mind you not only in UiTM, elsewhere is the same. It is not that they are stupid, but time spend between studies and completing their coursework are spend doing other things, ie. Politicking. We are talking about TIME MANAGEMENT here, Bro. Poor time mangement will results in flungking in what ever endover they partake.
Now the next issue is about US/Europe/UK comparatively with Malaysia. The Mamak Canselor Sahol Hamid is talking about Melayu berpecah belah. He is dead right here because 60% Melayu berpecah 6, how many do we get each. Surely 10% each. And that 10% each bergabung dengan ‘the other side’. Itu lah yang Tun katakan Melayu hilang kuasa, Bro.
Melayu belajar berpecah belah semasa masih lagi dalam
Universiti, Bro.
UK/Europe ada satu RUMPUN saja Bro. We got
three RUMPUNs to worry about. Kalau ‘the other Rumpun berkuasa’, hilang habis
Loan Mara, Bro.
Kalau DEPA berkuasa, hilang MARA, UiTM, UniKL, Overseas students dan macam2 lagi, Bro.
The rest, like QS Ranking and Nobel Laureate,
is inmaterial here because we cannot even pass the exams in the first place.
Pelajar-pelajar ni perlu sabar 3 tahun sahaja, pass,
cari kerja, bayar balik hutang PTPTN or Loan MARA, then they can go politicking
or fly kite for all they care, or choose to serve the country in any withway they wish.
TQ Bro. Hope it answer and quench all your
thirst.:-)
Sumber utama Bernama dan MInsider.
belajar lah dulu, jangan berpolitik nanti kandas universiti mak bapa yang susah. tolong orang tua dulu agar mereka selesa.
ReplyDeleteAbe Halim weh, bukan semua pelajar IPT mampu berpolitik. Selalunya pelajar dlm jurusan Sastera mempunyai banyak kelapangan, dan golongan inilah yg selalu menonjolkan diri dlm suasana po0litik kampus.
ReplyDeleteThose who are doing hard science like engineering and medicine have no time for all these nonsense. I perfectly knew it because I was there too.
Bertegaslah dalam segala hal,...bertegas bersebab dengan tujuan murni...jangan menegak benang basah untuk kepentingan diri...Bagi saya pelajar Melayu belum matang dan bersedia...AUKU atau apa bentuk kawalan lain perlu ada...jika terpaksa akur kepada pemansuhan AUKU...kawal mereka melalui syarat dalam biasiswa..kerana itu peruntukkan atas keistimewaan Bumiputra..dan disitulah titik serangan musuh agar sasaran memajukan Melayu dengan pendidikan gagal...anak-anak pak ard...dengar lah...belajar bagi habis dulu...hidup ni panjang...korbankan 4 5 thn untuk menimba ilmu, fokus..dah tamat berpolitiklah sampai pagi...
ReplyDeleteVC UiTM memang jenis org terencat akal. Memang cetek lulusan Uitm ni.
ReplyDeleteTahun 60 dan awal 70 mana ada Auku ni. Mahasiswa bebas berpolitik sekiranya mahu. Masa tu walaupun bebas berpolitik, berapa kerat mahasiswa yg minat berpolitik? Yg minat berpolitk adalah dari jurusan yg senang lulus spt malay studies, sastera dll.
Adalah org bodoh yg mengatakan tanpa Auku, semua mahasiswa akan berpolitik dan abaikan pelajaran. Seolah2 mahasiswa bodoh mcm gerombolan Umno. Itu sebab tahap graduan UiTM rendah dan low class dimarket macam mentality VC nya..budak suruhan Umno.
ulasan yang bagus dari anon 12/11/2011 13:46 .... pak VC apa isunya dong!
ReplyDelete./eisaemillio
Anon 13:46,hang sapa nak memperbodohkan orang, hebat sangatkah hang ne?, orang yang tinggi ilmu, tidak akan mudah memperbodohkan orang lain bila memberi pendapat, kecuali dlm keterpaksaan yang teramat sangat, bagi aku hang bukanlah jenis yg bijak sangat tatapi hang jenis sombong & bongkak, apa kah jadahnya pendapat hang dok pi peleche orang lain, sedar lah diri, kita manusia biasa, ada kekurangan & kelebihan di beri tuhan
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteAUKU bukan punca kemunduran. Tanpa AUKUpun pelajar Melayu dan pensyarah Melayu akan mundur kerana budaya kuat sembang dan banyak makan. Yang jadi VC pun bukannya cemerlang sangat, jadi yg bawah2 tu ikut ajelah. Jika kerana politik orang Melayu berpecah belah maka kita kena jelkan semua politikus2 itu. Semacam ada kebenarannya hujah sewel utk universiti sewel
pelajar apa yang sebok sebok belajar ja lah, berapa ramai yang menggagur setelah tamat pengajian, lepas tu datang macam muka tak malu nak minta kerja dengan kerajaan,bagi kerja sementara tapi bila ditamatkan marah nama pun sementara faham ja lah, terutama pelajar melayu bahasa inggerisnya hancur CPA teruk. sawasta perlu 3.3 keatas. so mereka ni tadah tempurung lah pada kerajaan dalam masa yang sama balun kerajaan. Lihatlah pelajar cina tak bising pun.CPAnya bagus.Baru cadang nak tarik PTPTN dah bising,tak mampu jangan belajar keluar pun CPA teruk tak dapat kerja sama ja.nak belajar pinjam bank atau alaong senang biar bank atau alaong cari mereka. itu lebih baik daripada menolong mereka yang tidak mengenang budi.
ReplyDelete