Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

10/12/2011

Apabila Ayahanda Tun Bersuara, Shahrizat Mengigil Kerana Baju Terlalu Ketat.


Oleh: HHalem.

1- Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya bersuara dan menasihatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil seharusnya memikir kepentingan parti dan jika perlu harus berundur daripada politik berhubung kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan NFC yang dikaitkan dengan keluarga beliau.

“Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti,  kita berundur”

“Jangan tunggu orang menghalau anda keluar”

“Ya..ukur baju di badan sendiri”

Tun memberi respond ketika ditanya mengenai isu Fidlot samada Shahrizat, Senator bertaraf Menteri dan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, wajar berundur ekoran kontravesi yang ditimbulkan.
Baju Terlalu Ketat Dan Sendat - "Ukur Baju Di Badan"


2- Setelah Tun bersuara, maka bagi mereka-mereka yang sebelum ini yang berada diatas pagar atau terpaksa menyokong Shahrizat hanya kerana beliau ‘orang-kita’ atau ‘orang-Umno’; terpaksa lah membuat penilaian semula pendirian mereka.

Kita tidak mahu menyokong Shahrizat membuta-tuli hanya kerana beliau ‘orang-kita’. Demi perpaduan Umno dan tidak mahu berpecah belah di saat-saat PRU13, maka kita berkorban apa sahaja walaupun terang-terang Shahrizat, suami dan anak-anak mendapat kemudahan dan bantuan kerajaan yang tidak terhingga. Bagi pandangan dan katagori rakyat yang sederhana dan miskin, jumlah peruntukan RM250 juta tersangat lah besarnya. Yang menjadi isu ialah persepsi bahawa ia menuju kegagalan.

Mendapat kemudahan dari kerajaan tidak lah salah kerana semua Melayu menikmati kemudahan kerajaan secara langsung atau tidak langsung. Tetapi Shahrizat anak-beranak telah ditafsirkan gagal didalam usaha Fidlot tersebut. Beliau akan disanjung melangit, jika segala usaha anak-beranak berjaya menghidupkan Hub Halal Lembu 1 Malaysia dan mencapai target yang dikehendaki.
Najib Pening - Hasil Buah Tangan Pak Lah dan KJ.

3- Di atas kertas, dari segi paperwork dan dari segi kontrak perniagaan, memang cantik dan Shahrizat anak-beranak tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jika bersalah sudah lama Shahrizat anak-beranak di caj atas kesalahan jenayah menipu atau fraud.

Anda harus lihat dari segi kontrak sosial, kontrak moral dan kontrak hukum akal. Lihat ia sebagai amaran awal penyakit kronik yang dapat dikesan sebelum menemui ajal. Kita pandai melihat dan mentafsir bahawa DAP-PKR akan membawa negara ini kearah Republik Rakyat Malaysia. Jadi sekarang kita lihat segala macam yang dihadapi oleh Shahrizat sebagai titik kebencian terhadap Umno. Kita tidak mahu seperti barah kerana walaupun berubat bertahun-tahun, akhirnya mati juga. Kita tidak mahu Umno dihinggapi barah.

Satu hal lagi; lihat apabila kita selalu katakan bahawa Pas taksub sehingga sanggup mengangkat Pok Nick sehingga menjadi ‘nabi’. Kita katakan pengikut Pkr taksub dengan Anwar Al-Bontoti sehingga menutup mata telinga dan hati menerima Anwar sehidup semati.

Sekarang kita pula yang hendak menjadi taksub kepada Umno sehingga apa yang Shahrizat anak-beranak lakukan semuanya betul dan termaktub sebagai ‘al-kitab’ yang tidak harus dipertikaikan demi perpaduan Umno. Biar duit hilang berjuta-juta dan berbillion kerana Umno. Umno perlu ditaksub dan dilindungi at-all-cost.

Kita jangan naik syokk dan jadikan sayap Pemuda dan Wanita Umno semasa PAU sebagai batu ukuran untuk mengiyakan apa segala yang Shahrizat anak-beranak lakukan. Wanita mesti lah menampakkan memberi sokongan kepada Shahrizat, walaupun membuta tuli, untuk menunjukkan perpaduan dan keakraban didalam sayap itu.
Pak Lah - Yang Tersirat - Yang Tersurat Mesti Di Lindungi. 
Atas Nama Setiakawan Dan Perpaduan Umno.

4- Lain pula dengan Ketua Pemuda Khairy. Segala usaha Fidlot ini adalah di zaman Pak Lah dan ‘budak-budak-tingkat-4’. Dengan bukti dan termaktub bahawa Khairy lah orang pertama sekali melompat-lompat memberi perlindungan kepada Shahrizat anak-beranak apabila diserang, telah memberi gambaran yang jelas kepada kita.

Gambaran bahawa ia memang terdapat banyak bukti yang tersurat atau tersirat dibelakang tabir dan ia merupakan salah satu idea Pak Lah hasil buah fikiran semasa ‘budak-tingkat-4’ bermaharajalela. Ia mesti dilindungi oleh KJ supaya nama Pak Mentua beliau tidak tercemar dan dipandang gagal.

Mahu kah kita digelar pentaksub Umno sepertimana kita gelar kepada Pas Pok Nick dan Pkr Anwar Bontotman.

Mahu kah kita melindungi hasil usaha limpahan Pak Lah dan Menantu beliau yang jelas menuju kegelapan. Bagi penulis ia adalah kegagalan Pak Lah yang terpaksa ditanggung oleh Najib dan dibebani Shahrizat. Muhyiddin Yassin pula melalui kedua-dua zaman Pak Lah dan Najib, oleh itu Shahrizat anak-beranak adalah ‘orang-kita’.

Cukup mudah bagi Najib membuat keputusan sekarang. Iaitu tanggungan berat mesti dibuang. Bebanan mesti diubah segera. Penyokong-penyokong Umno sudah penat menolak kereta lembu dan bergelumang dengan taik-lembu.


Serampang Dua Mata - Akur Pada Najib Supaya Jangan Calon Shahrizat.

5- Muhyiddin pula tentu happy, tersenyum lebar dan tidak sabar-sabar lagi kerana beliau adalah bekas Menteri Pertanian yang terbabit. Beliau tidak mahu nama beliau bermula dan berbau taik-lembu apabila mengantikan Najib kelak.

Jadi Shahrizat mempunyai dua pilihan sekarang, selain mengigil apabila Ayahanda Tun bersuara memberi nasihat supaya 'ukur baju dibadan yang sendat'.

Samada berundur dengan kenyataan ‘sanggup tidak dipilih sebagai calon pada PRU13’ seperti gimmick 3 orang Naib Presiden Umno sebelum ini.

Atau membiarkan sahaja supaya tidak dipilih dan memberi gambaran kepada penyokong beliau bahawa beliau di-kambing-hitamkan dan Najib dan Muhyiddin mendapat nama buruk.

Jalan paling bijak ialah lalui liku-liku dan ikuti jejak Rafidah Aziz yang terpalit dengan kes AP sebelum ini.

Kita ahli Umno-for-life.
Kita tidak taksub kepada Umno.
Kita tidak taksub kepada Najib.
Kita pengikut setia Ayahanda Tun.
Classic Look

Comments / Pandangan Melalui Facebook

10 comments:

  1. Kalau dah ayahnda Tun kata gitu, gitulah.
    Undurlah Kak Jat, dah terlanjur dapat projek tu, apa kata beri sepenuh perhatian kepada projek tu, bantu suami dan anak-anak, pastikan ia berjaya. Buktikan dan selepas tu kalau ada umur mari semula kedepan degan penuh gaya,...tapi kalau projek tu gagal dan ada penyelewengan,...kami akan tuntut penghakiman..sudah lah Kak Jat, UMNO perlukan "pengorbanan" Kak Jat, atau Kak Jat sengaja pilih untuk kami korbankan...pikirkanlah..

    ReplyDelete
  2. Cekalkan hati. Bak kata tok det, ukur baju di badan sendiri. Tunjukkan kepada PAS & PKR bahawa kita berani bertanggungjawab. Bukannya menjadi seperti sipengecut bos PKR. sekian

    ReplyDelete
  3. Assalam bro HHalem.
    Mantap.Iniah sentimen yg APA suarakan dari awal lagi,tp diperlekehkan byk pihak menuduh APA berlidahkan pembangkang.

    Bagaimana nak kita sokong wlupun org kita kalau "KPI Moral"nya tersasar..

    ReplyDelete
  4. Pakcu Rantau Panjang10/12/2011, 14:29

    Salam buat tuan.

    Dalam perjuangan untuk kepentingan rakyat, Umno sebagai paksi dan tulang belakang kerajaan perlu memikirkan kepentingan umum dari kepentingan individu atau kelompok yang kecil.

    Dan setiap yang terlibat perlu akur dengan keputusan ramai biarpun kadangkala ianya melibatkan sedikit kelukaan dihati dari rasa sayang dan pengorbanan yang lalu.

    Tindakan yang bijak dan menyelamatkan jemaah lebih baik dari mencalit seribu masalah. Jadikan UMNO sebuah pertubuhan yang kekal gah dan telus dari peringkat tinggi hingga ke akar umbi ...barulah sejarah UMNO terpahat dibatu.....usah samakan perjuangan parti lain yang terlalu extrim dengan individu biarpun terdapat seribu masalah tapi tetap ditudung dan disembunyikan....walahualam.

    ReplyDelete
  5. Bro APA:-)

    Saya baca setiap Bro punya entri mengenai hal lembu ni. Ladang lembu biasanya tinggal taik-lembu..Habis balak, rumput dibuang.

    Habis rumput, ditinggalkan taik-lembu.

    Kes-kes Pokok Jati di Cangloon Kedah sejak dari dulu lagi, zaman MB Osman Raub, semuanya bersangkut paut dgn lembu.

    Itu belum lagi dicungkil oleh pembangkang, ladang lembu di Autralia kepunyaan Sabah/Serawak yg sebesar Negeri. Entah apa jadi..

    Selamat berjuang Bro..Jangan taksub ngn sesiapa..itu petua org tua-tua.

    Biar sederhana..kata Tok Det.

    ReplyDelete
  6. Setuju dgn Pakcu:-)

    Korban sekoq untuk selamatkan semua.

    Kata omputeh, collateral damage.
    Damagekan satu..matikan satu..untuk selamatkan Umno.

    ReplyDelete
  7. salam tuan saya dah linkan blog tuan kedalam blog saya, harap dapat juga linkkan blog saya kedalam blog tuan.. t kasih

    www.headbomb.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Bila Tun Mahathir bersuara, baru ramai yang terbeliak biji mata, baru depa tau, Sharizat wajib berundur & memang betul Sikitol terlibat sama, kerana ketika tu masa Pak Lah, Kasihan dekat blogger Din Turttle, beliau dihentam hebat hingga aku kena sama, bila cuba mempertahankanya.

    ReplyDelete
  9. :-) Messrs RH

    "This blog is an exact representation of skills. I like your recommendation. A great concept that reflects the thoughts of the writer"

    Thanks you very much for your kind words.

    Gracias gracias por sus amables palabras. – Spanish.

    Muito obrigado pelas suas amáveis palavras. - Portuguese

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive