Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

29/12/2011

Cetek Akal HarakahDaily: Pamirkan Transkrip Makan Diri.


Oleh: HHalem.
Siapa Pengerusi Harakah yang control semua?

1- Siang tadi kita lihat bagaimana Hassan Ali menghentam HarakahDaily sebagai penipu dan pembelit kerana melaporkan fitnah dan memburukkan nama beliau sebagai terhegeh-hegeh pergi berjumpa Pok Nick di JKR 10.

Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah...di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu”

Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media, adalah tidak benar sama sekali”

Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan ”

2- HarakahDaily membuat tindak balas, menyangkal dan menyiarkan skrip penuh bicara Pok Nick dan berkata Hassan Ali sebagai pendusta.

Sekali baca skrip dari Harakah sendiri, maka penulis dapat rumuskan bahawa Hassan Ali dipihak yang benar dan HarakahDaily adalah kurang cerdik dan kuat makan budu. Malah penulis masih lagi berpepsi bahawa Pengarang dan Penulis-penulis HarakahDaily memang cetek akal.

Baca skrip dibawah dari HarakahDaily sendiri yang menjadi asas berita.

...start transkrip..


Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember.

Tuan Guru Nik Aziz:
Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.

Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.

Wartawan:
Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah?

Tuan Guru Nik Aziz:
Terimalah.

Wartawan:
Pertemuan itu di mana Tok Guru?

Tuan Guru Nik Aziz:
JKR 10

Wartawan:
Ustaz Nasha...?

Tuan Guru Nik Aziz:
Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai.

Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap.

Wartawan:
Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru?

Tuan Guru Nik Aziz:
Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah.

Wartawan Harakah:
Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini?

Tuan Guru Nik Aziz:
Ada peluang apa lagi lah...baik.

...end transkrip...

..........................
Hentam Sama Dia.

HHalem:
Pertama sekali, dari transkrip diatas, oleh penulis Harakah, jelas mereka seperti budak-budak sekolah lulusan darjah enam atau pun mungkin tidak bersekolah menulis dan cuai meninggalkan nama-nama ‘Tuan Guru Nik Aziz”, seperti warna merah diatas.

Mungkin ia dikatakan masalah kecil, tetapi HarakahDaily adalah lidah rasmi bagi parti yang dikatakan paling agung di Malaysia, tidak seharusnya membuat kesilapan kecil tersebut. HarakahDaily dibaca oleh beribu-ribu pembaca sehari dan bukannya blog murahan di jalanan.

Keduanya dan paling mustahak untuk menunjukan HarakahDaily banyak makan budu dan cuba memutarbelit dan menipu, malahan Hassan Ali dipihak yang benar ialah;

a- soalan-soalan diatas ditanya oleh “wartawan” dan bukannya dari “wartawan Harakah” seperti yang dibirukan diatas.

b- hanya satu sahaja soalan dari “Wartawan Harakah”.

Dari soalan “Wartawan Harakah” dan bukan dari “wartawan”,  ia menunjukan pemahaman bahawa penulis Harakah faham lain dan cerita lain. Maka terjadi kekeliruan yang cukup menonjol dan membodohkan mentaliti penulis HarakahDaily.

“Bila dia dah mari minta maaf”, bermakna wartawan Harakah faham bahawa Hassan Ali terhegeh-hegeh datang “mari minta maaf” tanpa dijemput untuk tujuan meminta maaf di JKR10. Ini jelas bahawa otak penuh dengan budu!
  
Kita tunggu dan lihat samada HarakahDaily akan mengubah tulisan article mereka.


Comments / Pandangan Melalui Facebook

1 comment:

  1. ..biar betul Pok Nik ni..tak kan ulamak besar bertaraf mursidur kecek belawak dalam isu Dr Hassan Ali bantai PAS yg telah sesat jadi BARUA DAP dan Al Juburi. Kalau betul Dr Hassan korner baring lagi macam isu arak di Shah Alam dulu maka memang sah Dr Hassan seorng manusia yg sudah tidak ada pendirian dan setaraf dgn Mr Mahpus Bean.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive