Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

20/12/2011

Hassan Ali: “Allah Pilih Saya Untuk Bertindak”. PAS Perlu Keluar Pakatan. GANASS.


Oleh: HHalem.

1- Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali semasa sidang media di kediaman beliau di Pinggir TTDI Selasa, mengkritik pedas terhadap kepimpinan tertinggi PAS yang membuang konsep perjuangan negara Islam dan mengadaptasikan perjuangan Konsep Negara Berkebajikan.

Ini semua kata Hassan dilakukan hanya semata-mata kerana PAS ingin berkerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional.

Hassan mengesa supaya PAS kembali ke Konsep Negara Islam sebagai perjuangan asal, memperjuangkan kepentingan Melayu, mempertahankan Islam dan memartabatkan Institusi Diraja.

"Siapa saja di luar PAS ataupun dalam PAS mesti letakkan parti di pancang asalnya. Perjuangan asas itu tidak boleh dipertikaikan...itu prinsip sebenar kita yang telah berpuluh-puluh tahun dipertahankan”

"Bahkan ketika di awal penubuhan parti, ketiga-tiga prinsip itu adalah perjuangan asasnya...tiangnya itu, dindingnya itu, bumbungnya itu, semuanya itu. Dalam menubuhkan negara Islam, tiangnya adalah al-Quran, syiar dan syiah,"

2- Hassan menempelak lagi bahawa DAP lah punca PAS merubah polisi perjuangan sebenar dan segala tradisi parti itu apabila ditanya kenapa prinsip Pas amat terpesong sekarang.


"Memang benar, beberapa perkara perlu diubah suai apabila kita sertai PKR dan DAP tapi janganlah ubah suai Islam. Mungkin banyak faktor lain tapi apapun itu soal sejarah, saya tak nak sebut balik,"

Bagaimanapun, Hassan terus mengutuk PAS kerana kata beliau, untuk menubuhkan negara Islam, PAS memerlukan golongan ulama yang muktabar, berfikiran jauh dan berupaya menggarap nilai-nilai Islam dalam konteks kehidupan moden hari ini. Perkara-perkara sebegini belum ada lagi pada kepimpinan tertinggi PAS. Malahan beliau sebelum ini menganggap pemimpin PAS mengalami pemikiran tersumbat ‘mental block’.

3- Malah, Hassan berani menuduh PAS telah meniru konsep negara berkebajikan yang telah diamalkan oleh pemimpin-pemimpin di negara pendidikan sekular yang hebat seperti Sweden, Norwary, Scandinavia, United Kingdom dan Australia.

"Orang PAS tidak perlu menjalankan konsep (kebajikan) ini. Kita perlu kembali ke matlamat asal yang sudah tersasar. Apa yang saya lakukan adalah untuk mengembalikan perjuangan parti yang berpaksikan al-Quran dan Sunnah,"

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia menganggap PAS tidak berjuang atas paksi Al-Quran dan Sunnah, sebaliknya beliau lihat PAS terumbang-ambing dan tidak konsisten dengan dasar perjuangannya.

4- Hassan mengangap dan masih percaya bahawa PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat, walaubagaimana pun beliau menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.

"Perbincangan dengan lebih mendalam perlu dilakukan mengenai perkara ini. Pada saya, isu ini amat penting. Saya bertindak bukan atas sebab peribadi tetapi ingin melihat agama Islam, orang Melayu dan Institusi Diraja dimartabatkan,"

Hasan mendedahkan beliau tidak berkeseorangan dalam hal PAS perlu keluar dari ikatan Pakatan Rakyat, malah mendapat sokongan meluas daripada pemimpin dan penyokong PAS serta rakyat di negara ini.

"Bisikan-bisikan ini bukan datang dari saya seorang...mungkin di dalam PAS tidak ramai yang ingin keluarkan kenyataan ini. Mungkin Allah pilih saya untuk bertindak...saya pun tak tahu,"

5- Dengan pendirian dan luahan terkini Hassan Ali, kita boleh beranggapan bahawa saat-saat Hassan Ali didalam PAS menunggu masa untuk di kuburkan.

Sebagai rumusan:-

a- Hassan Ali semakin berani dan terang-terangan menolak Konsep Negara Berkebajikan Pas.

b- Hassan Ali menganggap Konsep Berkebajikan Pas adalah tiruan dari negara Barat sekular.

c- Hassan Ali berani dan terang-terangan membenci ikatan yang dijalinkan bersama DAP.

d- Hassan Ali menganggap DAP lah punca masalah dalaman PAS sekarang.

e- Hassan Ali tidak akan berumur panjang didalam PAS.

f- Seperti kebanyakan pemimpin PAS, Hassan Ali menggangap, ‘Allah pilih beliau untuk bertindak”

Selama ini anggapan rakyat terjawap dengan pengakuan iklas dari Hassan Ali sendiri tentang pendirian beliau terhadap DAP Komunis, ikatan Pakatan Rakyat dan penyatuan orang-orang Melayu Islam Umno-Pas.

Garapan dan olahan pemikiran penulis yang tercetus dari sini>

Comments / Pandangan Melalui Facebook

7 comments:

  1. bukan kerana DAP yg merubah dasar PAS dato' tetapi nik aziz ulama mereng yg beria2 nak bersahabat dgn DAP..Disokong pulak oleh dewan ularmak PAS..sanggup buang dan menidakkan penubuhan negara islam.mereka berkempen dalam ceramah2 dan kitab harakah mereka supaya tindakan mereka bergabung dgn DAP agar kelihatan wajar dan diterima oleh penganut2 mereka..hasilnya ialah negara islam terkubur dan timbul negara berkebajikan..kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Pak jabit kg pisang20/12/2011, 20:33

    Hassan ali ni org akedemik/motivasi bukan org politik....baru ni dia tahu sepak terajang politik...
    Kepada dr hassan....tahniah pasal anda bersuara demi martabatkan islam,melayu tp takziah kerana di yakini parti anda sendiri akan kuburkan karier politik anda....
    Kerana org bernama anwarlah anda masuk politik dan kerana anwar jugalah politik anda dikuburkan...

    ReplyDelete
  3. Allah telah memilih Dr Hasan Ali untuk melihat dan menyatakan kebenaran. Andai kenyataan menentang perjuangan PAS dilakukan oleh orang yang berada di luar sana, pastinya sukar untuk mengejutkan si pekak badak yang sedang leka berendam........

    ReplyDelete
  4. apa nk ckp lagi kalau nik aziz pun sanggup berkwn dgn syaitan... inikan pula DAP... so Allah bg PAS bayaran cash di dunia lagi...

    ReplyDelete
  5. bagaimana ulamak seperti nik aziz boleh berkawan baik dgn kapal sigh yg terang2 menolak negara Islam dan Hukum Hudud...percangggahan yg amat ketara boleh dilihat oleh rakyat...

    ReplyDelete
  6. ..apalah salahnya PAS jadi barua DAP, sedangkan Nik Aziz sendiri pun rela dan sanggup berkawan dengan syaitan untuk jatuhkan parti orang Melayu/Islam iaitu UMNO...berkawan dengan syaitan ???...dia ambil ajaran atau panduan ayat Quran yg mana ni...atau dia baru jumpa hadis baru yg selama tidak belum ditemui oleh para ulamak silam.

    Kini Dr Hassan Ali lebih rela berkawan dengan Utusan Malaysia daripada Haramkah munafik..

    ReplyDelete
  7. kalau nak lawan, lawan je lah, tak payah nak suruh pas keluar pakatan. sama je umno dgn MCA, pas dgn DAP tak payah suruh pecah pakatan org

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive