Oleh: HHalem.
Ketua Biro PKR Felda and Orang Asal,
Suhaimi Said
Pakatan Rakyat akan
membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dari Bursa
Saham, jika mereka menguasai Putrajaya selepas PRU13.
Ketua Biro PKR
Felda and Orang Asal, Suhaimi Said, memberitahu konvensyen PR di Alor Setar, penyenaraian
di Bursa Saham bertentangan dengan semangat asal skim pembangunan tanah
persekutuan Felda. Ia membawa erti peneroka tidak lagi akan mempunyai tanah
mereka sendiri.
“Felda yang dibangunkan atas
kerja keras peneroka-peneroka akan dipertaruhkan di pasaran saham”
FGVH, Bahagian Komersial
Felda, dijangka ke Bursa Saham pada pertengahan tahun ini sebagai entiti
perladangan dunia yang terbesar.
DS Najib ingin
membawa Melayu ke dunia Koporate dan Melayu Global, tetapi Pakatan menghalang
dan memilih Melayu untuk tetap stagnant dan berada ditakok lama.
Ambiga.
Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mencadangkan Pakatan Rakyat perlu terus dengan rancangan melepaskan pelaku rasuah kecil sekiranya berjaya membentuk kerajaan.
"Kita mesti hukum perasuah besar tapi boleh maafkan perasuah kecil supaya kita boleh langkah ke depan tanpa halangan," - Ambiga
Cadangan yang cukup tidak masuk akal, kerana rasuah tetap rasuah, haram tetap haram, tidak kira kecil besar. Rasuah-rasuah kecil secara total nya dijumlahkan akan menjadi rasuah besar.
Husam Musa.
Exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa membohongi anak-anak negeri Kelantan dengan berjanji untuk menghapuskan hutang PTPTN anak negeri Kelantan yang dibebani warganya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Husam berkata bayaran itu akan dibuat bergantung kepada Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan.
Bohong tak habis-habis. Mendengar janji-janji kosong Husam, semua pelajar dari Kelantan akan mengundi PAS beramai-ramai, kerana mereka tidak akan rugi apa-apa, jika PAS membohongi mereka sekali pun. Pelajar-pelajar dan rakyat Kelantan rela dibohongi, malahan mereka sedar perkara tersebut.
Pertama sekali boleh kah PAS sesuka hati ‘menghapuskan hutang PTPTN’ kerana terdapat kontrak perjanjian dengan pelajar. Dan kedua nya ia ‘bergantung’ jika Kelantan mendapat bayaran royalti minyak dari Pusat, maka hutang mereka akan dilangsaikan. Kena bohong lagi !
Mat Sabu.
Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu membohong secara besar-besaran dengan berkata Pakatan Rakyat kini mendapat "kerjasama daripada dalam" BN untuk membentuk kerajaan selepas PRU13.
Kerjasama itu diperolehi daripada kakitangan awam termasuk anggota keselamatan dan juga bekas menteri BN.
Semua kena bohong beramai-ramai dengan Mat Sabu kerana kakitangan awam dan anggota keselamatan memang akan bertugas seperti biasa, tidak kira siapa yang menang memerintah Malaysia. Mereka akan senantiasa memberi kerjasama dibawah Pentadbiran terkini mengikut arahan General Order.
Bekas Menteri BN akan membantu Pakatan, mungkin ada kebenarannya, kerana ia dikepalai oleh NGO AMANAH, Ku Li dan Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Ingat kisah anak gembala dgn serigala? Satu kali tipu okay, dua kali tipuh hancus!
ReplyDeleteHasan Ali janji - BA menang sahaja, kerajaan Ngeri SELANGOR akan turunkan cukai 20% seluruh rumah kediaman. PORRRAH!!!
Janji pakai air lior... Tak pakai modal RM... itulah cara Anwar dulu sampai menang banyak kerusi.. hehehe. Melayu kena tipu tak habis2.
ReplyDelete